Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Kelas Tuisyen
Kertas Kerja Kelas Tuisyen
KELAS TUISYEN
Bulan Nov. & Dis. 15
SEKOLAH RENDAH AS-SALAM
TAHUN 2015
PENGENALAN
Tuisyen merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi mata
pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Tuition yang
bermaksud "pengajaran". Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh para pelajar yang lemah dan
tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah
seperti tidak minat belajar, tidak memahami apa yang diajar dalam sistem PDP, atau tidak dapat
menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan pelajar tersebut tertinggal dalam pelajaran.
Maka dalam keadaan seperti ini, seseorang pelajar memerlukan kelas tuisyen, yakni bimbingan
tambahan.
OBJEKTIF
Sasaran
Yuran
- RM35 .00 bagi sebulan ( Sekiranya ibu bapa pelajar membayar cuma sebulan )
- RM60.00 bagi dua bulan ( Sekiranya ibu bapa pelajar membayar 2 bulan )
TENAGA PENGAJAR
1
CONTOH JADUL KELAS TUISYEN
***Tarikh atau kotak yang berwarna hitam menunjukkan murid-murid perlu hadir ke sekolah
***Jadual kelas tuisyen akan diubah setelah merujuk jadual peperiksaan SPM 2015
Kelas 3M
10.10am – 10.50am – 11.10am –
9.30am – 10.10am
10.50am 11.10am 11.50am
M.T B.M REHAT B.I
Kelas Intensif
10.10am – 10.50am – 11.10am –
9.30am – 10.10am
10.50am 11.10am 11.50am
B.I B.M REHAT M.T
Kelas UPSR
10.10am – 10.50am – 11.10am –
9.30am – 10.10am
10.50am 11.10am 11.50am
B.M B.I REHAT M.T
LAIN-LAIN
1. Bayaran Sekolah
- Setelah perbincangan dibuat bersama Cikgu Sudirman selaku ketua, maka RM200.00
akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk menampung kos letrik yang digunakan
sepanjang kelas tuisyen berjalan.
2
2. Bilangan Kelas
- Bilangan kelas yang akan digunakan sebanyak 3 kelas pada peringkat awal. Ini
kerana jumlah yang berdaftar sebanyak 51 pelajar. Sekiranya jumlah tesebut tidak
berlaku pertambahan dengan jumlah yang banyak, maka pihak kami akan
menggunakan 2 kelas.
- Di dalam setiap kelas akan dibahagikan 2 kelas iaitu Kelas 3M, Kelas Intesif dan
Kelas UPSR.
3. Kantin
- Bagi mengelakkan pelajar keluar dari kawasan sekolah, maka pihak kami mengalu-
alukan Cikgu Jehan untuk membuka gerai makanan dan minuman. Tujuan tersebut
dibuat bagi mengelakkan kemalangan berlaku kepada para pelajar dan memberi ruang
kepada Cikgu Jehan menambah pendapatan beliau.
4. Pengangkutan Pelajar
5. Promosi
- Pihak kami akan menggunakan surat pekeliling sebagai kaedah pertama untuk
mendapatkan pelajar tuisyen. Penyerahan surat pekeliling akan dilakukan semasa
sistem PDP masih berjalan. Sebagai langkah untuk menambah bilangan pelajar
tuisyen, maka pihak kami akan mengambil peluang melalui pendaftaran pelajar tahun
2016 yang akan diadakan selain mengiklankan kelas tuisyen melalui poster mini dan
khidmat sms.
3
Sekolah Rendah As-Salam
Jalan Leila, 90000, Telefon : 089-211559
Sandakan, Sabah (Telephone)
Fax : 089-211975
(Fax)
__________________________________________________________________________
Rujukan Kami :
Tarikh : 13/10/2016
Kepada;
Ibu bapa / penjaga pelajar
Tuan/puan ,
KELAS TUISYEN
Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melalui guru-guru Sekolah Rendah As-Salam akan mengadakan
kelas tuisyen pada bulan November dan Disember 2015 di sekolah. Tujuan kelas tuisyen ini diadakan
adalah memberi ruang kepada para pelajar untuk memanfaatkan masa cuti persekolahan mereka dengan
memperbaiki kemahiran asas pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR kelak.
02. Sehubungan itu, ibu bapa / penjaga pelajar yang berminat untuk menghantar anak jagaan
( pelajar) mengikuti kelas tersebut, sila daftarkan mereka dengan Cikgu Jehan (0128322363) dan Cikgu
Najian (0145578177)selewat-lewatnya pada hari Jumaat (30.10.2015).
Mata Pelajaran Yang
Bil. Diajar Tahap I & Tahap II Tahap II
01. Bahasa Malaysia Belajar Menulis & Membaca
02. Matematik Belajar Asas Pengiraan Menjawab Kertas Soalan
Belajar Berkomunikasi Bahasa UPSR
03. Bahasa Inggeris
Inggeris
03. Yuran kelas tuisyen bagi sebulan RM35.00. Namun sekiranya bayaran yuran dibuat untuk bulan
November dan Disember, pelajar hanya perlu membayar RM60.00.
04. Bagi ibu bapa / penjaga pelajar yang gagal menghantar anak jagaan ke kelas tuisyen, bolehlah
memaklumkan kepada Cikgu Junaina untuk tujuan pengangkutan.
Sekian.
4
CIK NURUL HIDAYU.KASSE
Setiausaha Kelas Tuisyen 2015
Sekolah Rendah As-Salam
PENUTUP
Pihak kami mengharapkan agar pelajar yang mengikuti kelas tuisyen dapat membantu
meningkatkan lagi prestasi dan potensi yang sedia ada mereka agar mampu memperolehi
kejayaan yang lebih cemerlang dalam akademik. Kelas tuisyen bukan sahaja memberi didikan
dan tunjuk ajar kepada para pelajar dalam mendalami sesuatu mata pelajaran, malah mampu
untuk memupuk keyakinan dalam diri setiap pelajar dalam menghadapi peperiksaan dan juga
memberi tips-tips dalam menjawab soalan peperiksaan 2016.
Disediakan Oleh,
EN.SUDIRMAN.SURDIN
Guru Besar
Merangkap Ketua Kelas Tuisyen 2015
Sekolah Rendah As-Salam