You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) melalui Mok Soon Sang (2009),[1]
psikologi perkembangan dianggap sebagai kajian terhadap faktor-faktor yang
menentukan tingkah-laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti, motivasi dan
ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu, dari masa pralahir (dalam kandungan)
sehingga dewasa. Aspek psikologi perkembangan meliputi pertumbuhan dan
perkembangan fizikal, mental dan emosi manusia mengikut peringkat umur. Psikologi
sosial boleh diertikan sebagai kajian saintifik terhadap pertumbuhan dan perkembangan
manusia dalam aspek-aspek seperti fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan
individu dan tingkah lakunya sepanjang hayat.

1.1 Konsep Asas Pertumbuhan dan Perkembangan

Menurut Mok Soon Sang (2009) lagi, perkembangan merupakan suatu proses
berterusan dari peringkat lahir sehingga mencapai peringkat kematangan. Mengikut
kajian ahli psikologi, kajian manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi,
sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor
persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan yang asasnya merupakan
perubahan fizikal tubuh badan. Manakala konsep perkembangan pada asasnya ialah
perubahan tingkah laku mental.

Dari aspek jasmani, secara pertumbuhannya dapat diperhati dengan melihat


bertambahnya saiz badan, berat, gigi, organ deria dan lain-lain. Secara
perkembangannya pula boleh dilihat dari kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal
seperti berjalan, melihat, mendengar dan sebagainya. Sementera itu dari aspek mental
pula, secara pertumbuhannya dapat dilihat dengan bertambahnya keupayaan berfikir
kanak-kanak tersebut. Perkembangannya pula dapat dilihta dari kemahiran berfikir,
mengingat, menaakul dan sebagainya. Aspek yang ketiga iaitu aspek emosi, secara
pertumbuhannya dapat dilihat dari wujudnya perasaan takut, gembira, sedih dan
sebagainya. Perkembangannya pula dapat dilihat dari kemahiran mengawal perasaan
dalam situasi tertentu. Aspek yang terakhir iaitu sosial, secara pertumbuhannya dapat
dilihat dengan meluasnya perhubungan komunikasi dan pergaulan dengan orang-orang
lain. Perkembangan aspek emosi pula bagi kanak-kanak boleh dilihat dengan wujudnya
kemahiran mendisiplinkan dan penyesuaian diri dalam berinteraksi dan bergaul
bersama masyarakat luar. (sila rujuk jadual 1 di bahagian lampiran)

1.2 Prinsip-prinsip Asas Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam Perkembangan Kanak-Kanak


Edisi Kedua, [2] prinsip asas perkembangan kanak-kanak dapat dibahagikan kepada 5
jenis. Prinsip asas perkembangan yang pertama ialah proses perkembangan ini berlaku
mengikut aturan. Sebagai contohnya pada permulaannya seorang bayi pada mulanya
boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak dan seterusnya diikuti dengan
kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan tanpa dipimpin. Perkembangan juga dapat
dilihat dari perkembangan konkrit kepada abstrak. Iaitu bayi atau kanak-kanak hanya
mampu membayangkan sesuatu yang berada di hadapan mereka sahaja, namun
akhirnya dapat memikirkan sesuatu yang lebih kompleks iaitu yang sukar untuk
digambarkan.

Prinsip kedua perkembangan kanak-kanak ialah perubahan dalam pertumbuhan


dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik.
Pertumbuhan secara lahiriahnya akan berlaku dari otot-otot yang besar dahulu sebelum
berlakunya perkembangan ke otot-otot halus. Sebagai contohnya seorang bayi hanya
mampu menggengam sesuatu objek dengan tangannya tanpa menggerakkan jari,
namun setelah sekian lama dia mampu memegang sesuatu dengan jari-jemarinya
seperti memegang sebutir kacang dengan jari telunjuk dan ibu jarinya.

Prinsip ketiga perkembangan kanak-kanak ialah pertumbuhan dan


perkembangan adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. Ini bermakna
perkembangan kanak-kanak adalah suatu proses yang berterusan selagi mereka hidup.
Sebagai contoh sesuatu kemahiran asas pada waktu kecil akan menjadi suatu
kemahiran yang lebih rumit dan kompleks di masa hadapan.

Prinsip keempat perkembangan kanak-kanak ialah, corak dan aturan


perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza
untuk setiap individu. Ini kerana adanya perbezaan individu dalam setiap masyarakat
walaupun mungkin mempunyai umur yang sama. Sebagai contohnya perkembangan
kanak-kanak dari merangkak kepada berjalan. Mungkin ada sesetengah bayi dapat
merangkak dalam 18 bulan, namun ada juga yang mengambil masa yang lebih lama.
Ini semua bergantung kepada faktor baka dan persekitaran kanak-kanak tersebut.

Prinsip kelima dalam perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan adalah


hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. kematangan adalah
kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak,
duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik.
Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan
memerlukan usaha.

Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan


potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota
badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang jika berlatih atau meniru
cara-cara berenang.

1.3 Perkembangan Kanak-kanak

Mok Soon Sang (2009)[3] telah menyatakan bahawa secara keseluruhannya


perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu
peringkat bayi iaitu berumur 0 hingga 2 tahun. Peringkat awal kanak-kanak iaitu berusia
sekitar 2 hingga 6 tahun. Manakala peringkat ketiga ialah peringkat kanak-kanak iaitu
berusia 6 hingga 11 tahun. Setiap peringkat kanak-kanak tersebut biasanya mengalami
perkembangan yang unik dalam aspek-aspek seperti psikomotor, mental, emosi, sosial
dan bahasa. (sila rujuk jadual 2,3,4 dan 5 di bahagian lampiran 1)

Selain itu Mok Soon Sang turut menghuraikan keadaan pertumbuhan,


pertumbuhan berlaku dari dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.
Pada kebiasaannya struktur fizikal wujud mendahului kemahiran fungsinya. Corak
pertumbuhan setiap individu adalah sama namun yang membezakannya hanyalah
kadar bagi setiap individu. Pertumbuhan pada kebiasaannya berlaku sehingga
mencapai mencapai tahap hadnya, tetapi perkembangan berlaku tanpa mempunyai had
sehinggalah seseorang individu itu meninggal dunia. Pertumbuhan dan perkembangan
saling bersaing dan berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh
menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan social. Ciri-ciri pertumbuhan boleh
dikelaskan kepada beberapa peringkat seperti pralahir, bayi, awal kanak-kanak,
pertengahan kanak-kanak dan sebagainya. (sila rujuk jadual 6 di bahagian lampiran).

You might also like