You are on page 1of 1

SEJARAH NAMA BATANG KALI DAN ULU YAM

Nama Batang Kali diambil sempena Sungai Batang Kali. Ada orang
mengatakan kalau ikutkan tafsiran bahasa Melayu, batang bermaksud batang kayu,
kali pula bermaksud anak sungai, jadi maksudnya ialah batang kayu anak sungai.
Ada juga yang menyatakan kali bermaksud lipat ganda, jadi Batang Kali bermaksud
banyak batang kayu.

Perkataan Batang dan Kali banyak digunakan dalam nama tempat. Misalnya
Batang Berjuntai di Selangor, dan Ulu Kali yang berdekatan Genting Highland.
Batang Kali ialah sebuah pekan kecil yang terletak di utara negeri Selangor. Ia
merupakan sebuah tempat yang kaya dengan hasil bijih timah pada ratusan tahun
dahulu.

Ulu Yam mengandungi 2 kampung iaitu Kampung Ulu Yam Lama dan Ulu Yam
Baru. Ulu sering wujud sebagai nama tempat, ulu bermaksud kawasan pendalaman
dimana aliran bermula. Walau bagaimanapun kedua-dua Kampung Ulu Yam
tidaklah terlalu hulu kedudukannya. Ulu Yam Lama bermaksud Kampung lama.
Perkataan Yam tidak wujud dalam kamus Melayu, ada yang mengandaikan ianya
berasal daripada sebutan Ulu Ayam. Dikatakan Ulu Ayam asalnya bergelar Batu
Ayam, sebab pernah ditemui sebuah batu besar yang berbentuk ayam di situ.

Mengikut Hikayat Yap Ah Loy, bala tentera Yap Ah Loy pernah bersinggah di
Batu Ayam pada tahun 1872, suatu tempat yang berdekatan dengan Ulu Yam. Ulu
Yam berkedudukan di kaki gunung Genting Highland, merupakan satu tempat yang
indah dengan diliputi gunung dan sungai.

-PENGLIPURLARA-

You might also like