You are on page 1of 8

::LARAS BAHASA BAHASA MELAYU::

SOALAN TUGASAN
 Anda dikehendaki mengaji dan mendapatkan maklumat berkaitan perkara-perkara berikut:
       i.        Definisi Laras Bahasa
     ii.        Ciri-ciri Laras Bahasa
    iii.        Jenis-jenis Laras Bahasa berserta contoh petikan

Definisi Laras Bahasa


Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar (1984),
berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang
penggunaannya.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya  atau  cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu


laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah
mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah  perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa
yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada
suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang
berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial
yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.

Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai ‘jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-
situasi yang berlainan’.

Sementara Hill dalam satu makalahnya Institutional Linguistics(1958) mengesorkan klasifikasi laras
mengikut matra gaya, genre, dan cara iaitu style, genre, dan mode. Joos pula (1962) melihat laras
bahasa dari dimensi formaliti telah menegaskan gaya dengan membahagikan dengan lima jenis
bahagian iaitu beku, formal, rundingan, selamba, dan intim dalam tulisannya The Five Clocks.

Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan
fungsi. Beliau melihat laras dari tiga dimensi iaitu :-
§      tajuk wacana
§      cara penyampaian
§      gaya penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
Tajuk wacana Merujuk kepada bidang yang diperkatakan
seperti biologi, perubatan, sukan, pendidikan,
matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan
istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang
digunakan.
Jika wacana merupakan wacana ilmiah, maka
ragam ayat pasif banyak digunakan untuk
memberikn fokus kepada perkara yang
dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari
perlawanan bola sepak , ragam ayat aktif dengan
ayat tunggal yang pendek-pendek banyak
digunakan supaya sesuai dengan tempo
perlawanan bola sepak berkenaan.

Sama ada wacana berkenaan disampaiakn secara


lisan atau tulisan.
Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana
Cara penyampaian syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah
atau doa.
Jika tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi
atau surat peribadi, memorandum atau iklan.
Mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan
disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.
Gaya penyampaian Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn
dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh
orang-orang kenamaan atau dif-dif.

Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial.  Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau
situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa menggunakan laras yang berbeza-beza bagi situasi
yang berlainan, mengikut kesesuaiannya. Pilihan laras amat luas, misalnya laras apabila bercakap
dengan rakan sepejabat tentang hal-hal pekerjaan; laras dengan majikan; laras dalam suasana
rumah tangga, misalnya antara suami isteri, dengan anak-anak, dengan mertua dan dengan sanak
saudara; laras sewaktu menulis laporan atau minit mesyuarat; dan laras sewaktu tawar-menawar di
pasar. Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan
yang dimainkan olehnya dalam masyarakat.

Ciri-ciri Laras Bahasa


Ferguson (1968) sewaktu membincangkan ciri-ciri bahasa yang telah maju, mengatakan bahawa
salah satu ukuran untuk menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam
bahasa berkenaan.
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
      Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan
(laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan
pemujukan (rencana, iklan).
Ø  Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.
Ø  Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.
Ø  Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi Tak Formal
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan
yang diucapkan sama ada pengguguran subjek,
sebagainya.
predikat, objek.

      Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau
peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:
v  kosa kata
v  tatabahasa
v  gaya
Perbezaan antara laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus :
Golongan laras Bidang Situasi Contoh Bahan
Berita, laporan. iklan,
Hiburan
surat peribadi
Pengetahuan
Biasa Khalayak Umum Ucapan syarahan
Maklumat
Acara majlis umum
Upacara/.Majlis
Doa, khutbah
Acara majlis rasmi
Rencana, ekonomi,
undang-unang, fizik,
kimia, dan lain-lain.
Doa-khutbah
Tesis, rencana
Khusus Teknikal Khalayak Umum
matematik, biologi, Fizik,
Ilmiah
Kimiz, Lukisan
Kejuruteraan dan
sebagainya.

ASPEK AYAT
Ayat Aktif dan Ayat Pasif.

Dari segi makna tidak ada perbezaan yang ketara antara ayat berbentuk aktif dengan ayat pasif.
Perbezaannya cuma terletak pada penekanan yang diberikan. Contohnya:

1. Pemburu itu telah menembak rusa jantan.


Dalam ayat tersebut yang diberi penekanan ialah subjek ayat, iaitu pemburu itu. Jikalau ayat ini
dipasifkan objek asal iaitu rusa jantan dikedepankan dan diberikan penekanan.
           
a: Rusa jantan telah ditembak oleh pemburu itu.

Manakala apabila frasa yang menyatakan objek pelaku dianggap tidak penting langsung dan
digugurkan iaitu frasa pemburu itu. 
b: Rusa jantan telah ditembak.
Dalam ketiga-tiga ayat ini, susunan subjek dan predikatnya dan unsur penguguran bahagian tertentu
membawa penekanan yang berbeza kepada laras.

Aspek keformalan bahasa juga dapat dilihat melalui pilihan antara ayat aktif dengan ayat pasif. Ayat
pasif biasanya digunakan dalam laporan. Contohnya:

Kajian itu telah dijalankan selama enam bulan. Salah satu dapatan kajian itu adalah bahawa gejala
itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Selain itu, bagi menunjukkan dengan lebih jelas penekanan yang berbeza yang dihasikan melalui
susunan ayat ialah:

a)    Mereka ke Melaka minggu lalu


b)    Minggu lalu mereka ke Melaka
c)    Ke Melaka mereka minggu lalu

Ayat  Pendek  dan  Ayat  Panjang


Kepanjangan ayat juga merupakan satu ciri linguistik yang membezakan  laras. Ayat dibawah
memperlihatkan susunan ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada rentetan ayat-ayat tunggal
pendek. Contohnya:

Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Kampar, Maharaja Jaya nama rajanya, Pekan Tua
nama negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau; tiada ia menyembah ke Melaka.

Manakala ayat-ayat panjang yang menjadi kegemaran sebahagian penulis pada masa
kini. Contohnya:

Kerajaaan disarankan menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun depan, dalam usaha
merapatkan hubungan antara pelbagai kaum di kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin
Negara.
                                                                                                                    (Berita Harian, 26 Disember 2000)

Dalam contoh ini, binaan ayat agak panjang yang terdiri daripada ayat induk dengan pelbagai bentuk
perluasan disamping ayat kecil.

Manakala contoh kedua terdiri daripada ayat majmuk yang berbentuk ayat majmuk gabungan dan
ayat majmuk pancangan relatif dan keterangan. Contohnya:

Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan matlamat untuk menyusun semula
masyarakat dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang
perniagaan masih belum dapat dicapai sepenuhnya.

Jenis-jenis Laras Bahasa Berserta Contoh


.
  1.Laras Biasa

Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks
khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi
istilah atau pola yang khusus.

Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

2.Laras Bahasa Perniagaan

v  Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang


perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.
Contoh:  Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar
                            jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi
                            setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi
                                            keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu

v  Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan  jenama barangan yang ingin dijual.
Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi
cara penyampaian yang menarik sekali.
v  Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
v  Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan
melakukan tindakan.
v  Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan,
grafik, ilustrasi dansebagainya.
v  Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) Slogan: Kami Ada Cara


(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

3.Laras Bahasa Akademik


Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang
diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini
kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang
akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah
teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
Contoh  dalam bidang ekonomi : Perubahan dalam pola guna tenaga merupakan gejala yang
umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada sektor pertanian yang
mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah semakin ramai diserap ke dalam sektor
industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.

Contoh laras sains dalam bidang biologi :  Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang
berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim
yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.
 Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia : Sejauh mana pencarian OH atau H20 pada
permukaan bergantung pada pH, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.11 dan seperti yang
diramalkan daripada persamaan 8.21.

4.Laras Bahasa Undang-Undang


Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu
lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak
menggunakan istilah teknikal.

Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan
plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan
berkenaan.
Contoh: Barangsiapa yang:-
                      a)memberikan kepadanya dirinya sendiri @ menyiksa mana-mana orang lain bertentangan
dengan peruntukan seksyen 14 dengan memberikan kepadanya dadah berbahaya yang ditetapkan
di bahagian 3 dan 4 dari jadual pertama atau
b) dijumpai berada di mana-mana premis yang telah di khaskan atau di gunakan untuk mana-mana
tujuan seperti yang telah di tetapkan dalam seksyen 13 supaya mana-mana dadah berbahaya
tersebut boleh diberikan atau atu di hisap atau dengan kaedah lain olehnya adalah bersalah atas
suatu kesalahan terahdap akta ini dan jika disabitkan hendaklah di denda tidak lebih dari lima ribu
ringgit atau di kenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.

5.Laras bahasa media


Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata
hubung.
Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks
cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara
yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:
o   Pertama - bahasa yang digunakan mudah.
o   Kedua - gaya tulisan yang jelas dan
o   Ketiga - isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa
akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.
Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.
Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca
dan penonton
 Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan
Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah
teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
6.Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile,
personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
 Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan
beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan
unsur termasuk personifikasi dan metafora.

Contoh  novel  : Perkarangan tempat menunggu di Unit Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang sudah hampir 15 minit tiba, sekadar menyepikan diri di
deretan bangku-bangku kosong yang terdapat di situ. Air matanya sudah lama kering. Penantiannya
bagaikan tiada jawapan.

7.Laras Bahasa Agama


Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam agama,
kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada  kala mati, dan
keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan
lepaskan kami dari neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.

8.Laras Bahasa Sukan


Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.

Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari oleh pihak
penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini setiap pasukan
akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada
bilangan ahli kumpulan masing-masing.

9.Laras Bahasa Sains Komputer

Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer dan siber.

Contoh : Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi (PC) sering dianggap remeh, kerana sifatnya
yang agak membosankan meskipun aktiviti ini penting. Seperti perkakasan, senggaraan secara
berterusan juga perlu untuk perisian ,sisitem operasi 
(OS), program dan data.
PENUTUP
Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah laras
sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya sesuatu
bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka, sudah
dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang pesat. Bidang
pengungkapan bahasa Melayu bertambah dengan banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam
bahasa-bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi
bahasa rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.

Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu. Malah hendaklah
tahu membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu, terutama laras formal dan
juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami masalah menggunakan laras sesuai
dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari segi penggunaan bahasa seperti
pemimipin yang terlibat dalam saluran media elektronik. Oleh itu amat penting bagi golongan ini
menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk yang sempurna.

Sebahagian laras merupakan laras baharu, oleh itu laras-laras itu haruslah dipelajari sebagai suatu
kemahiran. Hal ini menghairankan banyak pihak terutamanya orang Melayu itu sendiri. Sesetengah
orang Melayu berpendapat bahawa mereka tidak perlu lagi belajar perkara seperti ini.  Laras bahasa
Melayu moden, terutama laras formal dan rasmi merupakan laras khusus yang tidak menjadi
sebahagian kehidupan rasmi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa tidak formal.

Supaya masyarakat benar-benar menguasai bahasa kebangsaan mereka sendiri, pembelajaran laras
bahasa dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan di bangku sekolah bukannya baru di institut
pengajian tinggi.

You might also like