You are on page 1of 10

Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong

28700, BENTONG , PAHANG DARUL MAKMUR .

TAJUK :

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK


DI TAMAN MUHIBBAH , BENUS

NAMA : MOHAMAD ROSWAN AZEERUL


KELAS : 3 RAJIN
SEKOLAH : SMK BENTONG ,
28700 , BENTONG , PAHANG DARUL MAKMUR
NAMA GURU : PN HUSNA BINTI
TARIKH HANTAR :

TANDATANGAN PELAJAR
TANDATANGAN GURU

—————————-
—————————

(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN


TAJUK
HALAMAN
1) Penghargaan
2) Pendahuluan
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Hasil Kajian
7) Rumusan
8) Rujukan
9) Lampiran
10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )

(Nombor 3) PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua
SMK Bentong , iaitu Haji Ismail Bin Endot kerana telah memberikan
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak
lupa juga kepada guru Geografi saya
iaitu Pn Husna binti yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.Ucapan terima kasih juga
kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak
wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian
ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Akhir Sekali ,tidak lupa
juga buat rakan-rakan saya iaitu yang telah banyak membantu saya
ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih
juga kerana sudi meminjamkan basikal kepada saya.Akhir sekali
saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Selulun
yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa
kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan
budi baik kalian semua.

(Nombor 4) PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan


syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami
semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh
itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian
ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan
tajuk yang diberikan. Di kampung Selulun, sememangnya terdapat
migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan
sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah
bermula bulan Mac sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan.
Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang
kajian yang telah dijalankan.Saya berharap agar kajian dan
laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada
saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya .
(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan


1) Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas
2) Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
3) Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk
di kawasan
kajian .
4) Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
5) Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang
berlaku di kawasan
kajian.
6) Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Kg.
Selulun mengenai kepentingan migrasi.
(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Kampung Selulun Batu Pahat Johor.
Lokasi kawasan
kajian ini terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Batu Pahat
dan kira-kira
11 km dari pekan Parit Sulong. Biasanya tambang bas yang
dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.40 untuk
perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk
sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah
rendah iaitu SK Sri Tanjong yang mempunyai pelajar seramai 200
orang.Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai
sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna. Kampung
Selulun mempunyai tanah subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini
menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti
pertanian. Kampung ini telah wujud sekitar tahun 1900 an
yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 1200 orang penduduk
yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Pekerjaan utama
penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit
dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan
dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.
PETA KAJIAN
1) Lukis Peta Daerah Batu Pahat
2) Peta Pekan Parit Sulong
i) Tajuk dan Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
3) Peta Kg. Selulun
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka
membuat kajian terse
but ) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
iii) Tajuk dan Bingkai [1 m]
iv) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
v) Simbol Piawai [ 1 m ]
vi) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]
( peta perlu kemas dan cantik )
- Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian
(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa
kaedah yang akan d
igunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara
terperinci dan bersistem
atik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan
kerja kursus i
ni. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-
1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpas
ti pola migrasi yang berlaku di kawasan kampung pt kassim
2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa ora
ng penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan
mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada
penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka
lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.
3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal
selidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi
responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal
selidik – sila rujuk lampiran )
4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di per
pustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan terutamanya
tentang penerangan migrasu yang berlaku di Malaysia.

(Nombor8) DAPATAN KAJIAN


8.1 Konsep Migrasi Penduduk
Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang
melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan
antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan
ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk
dari satu tempat ke tempat yang lain.
8.2 Pola Migrasi Penduduk Setelah kajian dijalankan, saya dapati
terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di kampung
saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:
i) Migrasi luar bandar bandar
Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan
kampung saya.
Migrasi ini berlaku disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan
tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan
dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap.
Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar
menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor
awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan
perkhidmatan.
ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar
Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini
berlaku disebabkan
oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah
seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik
penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar bandar untuk
berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah
menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke
kampung saya.
8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan
Kajian
Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini
disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal
selidik didapati faktor tersebut ialah :-
A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)
i) melanjutkan pelajaran
- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah
meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana
di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP
(institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan
swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada
pelajar.
ii) peluang pekerjaan
- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh
peluang pekerjaan
yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja
dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain.
Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di kampung saya
berpindah ke kawasan bandar.
B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)
iii) Governan
- pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan
adanya pembukaan tanah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti
kelapa sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini
menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan luar bandar yang
lain telah berpindah ke kawasan kampung saya untuk mencari
peluang pekerjaan daripada sektor pertanian. Sebagai contoh,
penduduk dari kampung Parit Ismail, Parit Ju dan kawasan
sekitarnya.
iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan
- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati
terdapat beberapa buah keluarga yang datang ke kampung saya ini
disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan penduduk
daripada kampung saya. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan
bilangan penduduk di kampung saya semakin bertambah secara
semulajadi.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai
penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau
pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor
migrasi dalaman ini.
8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian
Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya
telah memberi
yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan
yang dapat dilihat ialah :-
A ( KESAN POSITIF )
1) Penduduk Bertambah
- Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan
penduduk di kampung saya telah meningkat walau pun terdapat
penduduk yang telah berhijrah ke luar
. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh
faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana
pun penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada
kawasan yang belum dihuni oleh penduduk.
2) Hasil Pertanian Bertambah
- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian
telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan
pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah
menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya
hasilkelapa sawit.
B ( KESAN NEGATIF )
3) Masalah Sosial
- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan
oleh pekerja asing
yang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor
pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin
bertambah di kawasan kampung saya
. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti
kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.
4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran
- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan
sekitar dan warga asing telah telah menyebabkan berlaku
persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung
saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan
berlakunya masalah pengangguran.
5) Struktur Penduduk Berubah
- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung
saya telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana
kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda
terutamanya lelaki. Keadaan ini telah menyebabkan golongan muda
semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus
bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk
mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme


Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk
meningkatkan taraf hidup kemakmuran kampung juga perlu
dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk
memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu
wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung
daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.
Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih
lagi aman dan selamat untuk dihuni.
8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk
( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di
tajuk 8.4)
Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada
sebarang masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya
ialah :-
1) Wujudkan Rukun Tetangga
- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk
memastikan kawasan kampung sentiasa selamat daripada masalah
sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu
di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung
sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.
2) Wujudkan Peluang Pekerjaan
- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.
Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan
oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan
- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan
kesihatan dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke
semasa. Keadaan ini sangat penting
bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau
meninggalkan kampung dan berhijrah ke kawasan bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme


Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-
langkah yang dil
akukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita
perlu sedar bah
awa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya
menghembuskannafas yang terakhir.Justeru, saya amat mengharapkan
agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga
kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi.
Semangatkerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri
penduduk kampung sayaini.
Bahan Grafik
- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Graf
iii) Carta Pai
iv) Peta Aliran
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian
yang sesuai

(Nombor 9) RUMUSAN
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat
dielakkan. Apa y
ang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak
menimbulkan masalah kepad
a penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang
keterlaluan boleh
menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di
samping itu,
golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka
merupakan aset yan
g amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.

You might also like