You are on page 1of 11

1

PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DALAM PENDIDIKAN JASMANI DI SK KENYALANG

Linda Ling Hui Ting


Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Dr. Abang Ismail Bin Abang Haji Julhi

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani di SK Kenyalang. Seramai 45 orang murid yang terdiri daripada tahun 4 Hijau dan 4
Kuning telah dijadikan sebagai sampel kajian. Kajian ini mengunakan kaedah kes dengan menggunakan set
soal selidik dalam bentuk google form dan borang senarai semak pemerhatian sebagai instrumen kajian
bagi mendapatkan data untuk mengenal pasti sikap murid terhadap pembelajaran koperatif dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani serta kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru.
Murid-murid akan diberikan soal selidik berkaitan dengan pembelajaran koperatif serta tiga sesi
pemerhatian akan dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dijalankan.
Data yang diperolehi akan dianalisis dan diproses menggunakan SPSS (Statistical Package For Social
Science) versi 22. Dapatan kajian dariapada soal selidik telah menunjukkan min 3.78 iaitu pada tahap
setuju. Ini bermaksud murid-murid telah menunjukkan sikap murid yang positif serta minat terhadap
pembelajaran koperatif. Selain itu, hasil dapatan soal selidik juga telah menunjukkan bahawa kaedah
Gallery Walk merupakan kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru di sekolah dengan peratusan
84.4%. Justeru itu, kaedah pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang efektif dalam membentuk
sikap dan disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, penyelidikan
berterusan tentang kaedah pembelajaran koperatif perlu dilaksanakan agar mendapat bukti yang lebih
kukuh tentang keberkesanannya.
Kata kunci: Pembelajaran koperatif, kaedah, sikap murid, pengajaran dan pembelajaran.

E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020


2

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia pada asalnya bermatlamat untuk menjalankan pembelajaran dan pemudah
cara (PDPC) yang berkesan. Oleh hal yang demikian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah
wujud bagi memperkembangkan lagi potensi seseorang individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi rohani, intelek dan
sosial (Choong, 2009). Kerajaan Persekutuan di Malaysia telah mewujudkan satu tunjang
pendidikan yang perlu diberikan perhatian oleh warga pendidik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
telah dijadikan sebagai langkah awal transformasi negara di Malaysia.

Pelbagai kaedah pengajaran yang terkini telah diperkenalkan kepada guru-guru untuk
dipraktikkan di sekolah bagi meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif murid-murid serta
mewujudkan pengajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Pendidikan Jasmani dan kesihatan
merupakan mata pelajaran teras bagi menjaga kecergasan fizikal murid-murid. Selain itu, guru
Pendidikan Jasmani juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan sosial
murid-murid. Terdapat satu kaedah yang dicadangkan dalam pembelajaran terkini iaitu
pembelajaran koperatif yang merupakan pendekatan pembelajaran abad ke-21. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru sering menghadapi masalah gangguan murid
terutamanya kelas Pendidikan Jasmani yang melibatkan aktiviti di luar bilik darjah. Pendidikan
Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan sehingga terdapat murid-murid yang tidak
terlibat sepenuhnya.

Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
kelompok murid bekerjasama dalam kumpulan kecil bagi menyempurnakan sesuatu tugasan yang
diberikan (Said, 2009). Kaedah ini juga mendorong murid untuk melibatkan diri secara aktif serta
mengamalkan interaksi antara satu sama lain. Pembelajaran koperatif merupakan satu pembelajaran
yang dapat mengubah situasi pembelajaran yang pasif kepada sesuatu yang dinamik serta
berpusatkan murid (Slavin, 1995). Menurut Slavin (2009), pembelajaran koperatif juga merupakan
kaedah alternatif kepada pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dan keberkesanannya telah
terbukti dalam banyak kajian yang dijalankan di seluruh dunia.

E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020


3

Pernyataan Masalah

Pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui


pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan. Selain itu, guru juga lebih menggalakkan
pengajaran dan pembelajaran sehala yang menyebabkan murid berasa bosan dan bersikap pasif
dalam kelas. Menurut Hamid e.t al (2015), pemahaman murid akan menjadi lebih sukar sekiranya
berdepan dengan guru yang mempunyai penyampaian yang lemah di samping mempunyai
pengetahuan yang terbatas.

Kaedah pembelajaran konvensional ini adalah tidak bermakna dan kurang menarik serta tidak
melibatkan semua murid-murid dengan aktif semasa seusatu aktiviti dilaksankan. Pembelajaran
yang bosan boleh mengakibatkan berlakunya penurunan kadar kehadiran murid di sekolah (Jenkins,
2006). Kes ponteng sekolah berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Pencapaian sesebuah sekolah
akan terganggu akibat permasalahan kes ponteng sekolah. Pembelajaran yang berkesan berlaku
apabila suasana sekolah tenteram, kerana ketenteraman itu mampu melahirkan pencapaian yang
baik dalam kalangan murid (Hussein Mahmud, 1993). Oleh itu, guru memainkan peranan yang
penting untuk mengatasi masalah penurunan kadar kehadiran murid di sekolah.

Selain itu, guru-guru di sekolah juga tidak mengikut trend pendidikan semasa yang merangkumi
penggunaan ICT ‘Information and Comunication Technology’ atau dikenali sebagai Teknologi
Maklumat dan Komunikasi semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Holmes
(1999), integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru untuk bersedia
dan fleksible dalam mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran harian
mengikut matapelajaran yang diajar. Guru yang kurang kemahiran dalam Teknologi Maklumat dan
Komunikasi akan menyebabkan guru tersebut sukar untuk mengaplikasikan teknologi semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran berbantukan ICT menuntut guru
berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya
menggunakan power point dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan
bunyi bagi meningkatkan kualiti sesuatu pengajaran.

E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020


4

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan murid terhadap kekerapan guru menggunakan
kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu,
tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap murid terhadap pembelajaran koperatif dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Persoalan Kajian

Terdapat dua persoalan yang telah dikemukakan oleh pengkaji iaitu:

a) Apakah pandangan murid terhadap kekerapan guru menggunakan pembelajaran koperatif dalam
pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani?
b) Apakah sikap murid tehadap pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani?

Tinjauan Literatur

1. Teori Konstuktivisme Sosial Vygotsky

Teori asal yang mendasari kajian dalam mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif dalam
meningkatkan kemahiran dalam sukan bola baling ialah teori Vygotsky. Teori Vygotsky
menyatakan bahawa perkembangan manusia tidak akan terpisahkan dari kegiatan-kegiatan sosial
dan budaya. Dalam teori ini, beliau juga menekankan bagaimana anak-anak mendapat bantuan serta
bimbingan oleh orang-orang dalam proses perkembangan. Teori Vygotsky ini juga lebih banyak
menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak lain dalam memudahkan perkembangan kanak-
kanak.

E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020


5

2. Dapatan Kajian Dalam Negara

Fauziah Jaafar (2017) telah mengkaji tentang Kesan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional
Terhadap Pencapaian Akademik Penguasaan Kemahiran Jawi. Tujuan kajian dijalankan adalah
untuk melihat sejauh manakah pembelajaran koperatif dan juga tradisional berkesan dalam
meningkatkan pencapaian Jawi. Selain itu, kajian yang telah dilakukkan oleh Zainun Ismaon (2004)
yang bertajuk “Keberkesanan Koperatif Model Student Achievement Division (STAD) ke atas
Sikap Murid Dalam Matematik KBSR”. Tujuan beliau melaksanakan kajian ini adalah untuk
menentukanpendekatan koperatif berjaya sebagai satu pendekatan pembelajaran dan pengajaran
yang lebih baik berbanding pembelajaran tradisional. Justeru itu, tinjauan yang telah dilakukan oleh
Zamri Mahamod (2017) berkaitan dengan Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap
Pencapaian Dan Motivasi Murid Sekolah Menengah Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah
sekolah menengah di daerah Petaling Perdana, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan
kuasi eksperimen yang terdiri daripada dua kumpulan responden.

3. Dapatan Kajian Luar Negara

Dalam kajian Keritha McLeish (2009) yang bertajuk “Attitude of Students Towards Cooperative
Learning Methods at Knox Community College: A Descriptive Study”. Kajian ini telah dijalankan
untuk mngenal pasti sikap pelajar terhadap pembelajaran koperatif di kolej komuniti. Di samping
itu, menurut D. W. Johnson dan R. T. Johnson (1989) dalam bukunya Cooperative and competition
Theory and Research, lebih daripada 500 kajian terhadap kaedah pembelajaran koperatif
menyimpulkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran yang efektif.
Sehubungan itu, dalam kajian Ismail, Anitah, Sunardi dan Rochsantiningsih (2017) yang bertajuk
“The Effectiveness Of Gallery Walk And Simulation (Galsim) To Improve Students’ Achievement
In Fiqh Learning”. Kajian ini adalah untuk mengetengahkan upaya guru dalam meningkatkan
prestasi siswa melalui penerapan model pembelajaran kooperatif iaitu Gallery Walk dan Simulation
(GALSIM).

E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020


6

Metadologi Kajian

Kajian yang dijalankan melibatkan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif yang
disepadukan mengikut prosedur secara tersusun dari awal hingga akhir. Responden yang terlibat
adalah murid-murid tahun 4 SK Kenyalang dari kelas 4 Hijau dan 4 Kuning yang terdiri daripada
45 orang responden. Data-data yang diperolehi daripada sampel rawak sistematik ini kemudiannya
dianalisis dan dipersembahkan dengan statistik perihalan dan ujian signifikan. Keputusan ujian-
ujian statistik seterusnya akan memberi kesimpulan terhadap ciri-ciri populasi yang dikaji. Pengkaji
telah menggunakan soal selidik dalam bentuk Google Form bagi pendekatan kuantitatif manakala
pendekatan kualitatif pula menggunakan kaedah pemerhatian iaitu borang senari semak. Pengkaji
telah menggunakan aplikasi SPSS (Statistical Program for Social Science) versi 22 bagi
menganalisis instrument kuantitatif.

Dapatan Kajian

1. Tidak Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Koperatif
Berdasarkan Jantina

Jadual 1. Perbezaan Min Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Koperatif Berdasarkan Jantina.

Jantina Min N S.Piawai f t sig.

Perempuan 4.02 25 .64 .044 2.38 .836

Lelaki 3.48 20 .88

Jadual 1 menunjukkan dapatan nilai min lelaki (min=3.48, s.p=.88) , nilai min perempuan pula ialah
(min=4.02, s.p=.64). Nilai f = .044 manakala nilai t ialah 2.38. Dapatan ujian-t telah menunjukkan
nilai signifikan adalah p=.836 iaitu lebih besar dari nilai p=.005 (p>.005). Ini menunjukkan
E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020
7

hipotesis nul pertama (H01) diterima iaitu tidak terdapat tidak terdapat perbezaan yang signifikan
sikap murid terhadap pembelajaran koperatif berdasarkan jantina.

2. Tidak Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Koperatif
Berdasarkan Kaum.

Jadual 2. Perbezaan min Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Koperatif berdasarkan Kaum.

Kaum N Min S. piawai

Bidayuh 3 4.00 1.08

Melayu 19 3.82 .99

Cina 12 3.81 .70

Iban 9 3.62 .50

India 2 3.58 .00

Jumlah 45 3.78 .79

Keputusan ujian ANOVA sehala telah digunakan bagi menganalisis hipotesis tersebut. Jadual 2
menunjukkan dapatan perbezaan min bagi setiap kaum. Kaum Bidayuh menunjukkan min yang
paling tinggi iaitu (min=4.00, s.p=1.08). Diikuti oleh kaum Melayu (min=3.82, s.p=.99), dan min
kaum Cina (min=3.81, s.p=.70). Min bagi kaum Iban pula ialah (min=3.62, s.p=.50). Kaum India
merupakan min yang paling rendah berbanding kaum lain dengan min (min=3.58, s.p=.00).

Jadual 3. Ujian ANOVA Sehala Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Koperatif Berdasarkan Kaum.

Pemboleh Ubah ss df Ms F Sig. Hipotesis

Antara Kumpulan .48 4 .121 .170 .95 diterima


Dalam Kumpula 27.58 40 .688
Jumlah 28.02 44

Ss= Sum square (Punca ganda dua)


E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020
8

Df= Darjah Kebebasan


Ms= Mean Square (Min Kuasa)
Setelah menggunakan Ujian Anova Sehala untuk menganalisi, didapati punca ganda dua (SS) antara
kumpulan (SS=0.48) sementara dalam kumpulan (SS=27.58) menjadikan jumlahnya SS T=28.02
Darjah kebebasan (DF) berdasarkan (N-1 dan N-5) menunjukkan antara kumpulan (DF= 4) dan
dalam kumpulan (DF=40) menjadikan jumlah keseluruhan DFT=44. Min Kuasa (MS) antara
kumpulan ialah MS=.121 manakala nilai f ialah .170. Ujian Anova sehala menunjukkan nilai
signifikan berada pada tahap p=.95 iaitu lebih besar dari nilai signifikan standard p=.005 (p>.005).
Keputusan telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah sikap
murid terhadap pembelajaran koperatif dalam Pendidikan Jasmani berdasarkan kaum, F= .170.
Keputusan telah ditunjukkan pada Jadual 3.

Hasil analisis statistik inferens iaitu ujian t-test telah mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan sikap murid terhadap pembelajaran koperatif berdasarkan jantina. Bagi statistik inferens
ANOVA sehala juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap murid terhadap
pembelajaran koperatif berdasarkan kaum. Berdasarkan Jadual 4, boleh disimpulkan bahawa
kedua-dua hipotesis adalah diterima.

Jadual 4. Kesimpulan Dapatan Inferens.

Hipotesis Pernyataan Keputusan

H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap Diterima


murid terhadap pembelajaran koperatif berdasarkan
jantina.

H02 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap Diterima


murid terhadap pembelajaran koperatif berdasarkan
kaum.

E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020


9

Keputusan Dan Perbincangan

Pembelajaran koperatif dapat memberi kesan yang positif kepada hubungan sosial antara kaum,
sikap dan minat terhadap sesuatu pembelajaran. Seperti yang dikemukakan oleh Vygotsky dan
Piaget, kesan positif yang dihasilkan oleh pembelajaran koperatif mempunyai kepentingan dalam
interaksi dan kolaboratif antara murid (Suhaida, 2002). Menurut Zamri (2017), guru juga dapat
mengurangkan masalah disiplin murid yang menggangu pembelajaran di bilik darjah melalui
pembelajaran koperatif. Strategi-strategi pembelajaran koperatif bukan sahaja menarik tetapi
melibatkan semua murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kaedah pembelajaran Gallery Walk boleh melibatkan semua murid secara berkesan
dalam proses pembelajaran (Ridwan, 2015). Dengan ini, murid-murid dapat memperoleh
pengetahuan dengan mudah, menggunakan kemahiran mereka dalam memahami topik tersebut,
membincangkan dan mewujudkan sikap yang membina terhadap murid yang lain. Menurut Kirby
(2007), beliau menyatakan bahawa pembelajaran koperatif dapat meningkatkan prestasi akademik
murid, meningkatkan harga diri murid dan menghasilkan lebih banyak kerjasama antara murid
semasa proses pembelajaran sama ada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah.

Dapatan kajian daripada soal selidik dan pemerhatian telah menunjukkan bahawa sikap murid
terhadap pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah
positif dan sangat baik dari aspek kemahiran sosial, proses kumpulan, interaksi promotif,
akauntabiliti individu, dan ketergantungan positif antara kumpulan. Dapatan kajian dariapada soal
selidik telah menunjukkan min 3.78 iaitu pada tahap setuju. Pemerhataian telah dijalankan sebanyak
tiga sesi untuk melihat berbezaan sikap murid dari masa ke masa. Dapatan kajian telah
menunjukkan peningkatkan kerjasama antara responden terhadap pembelajaran koperatif semasa
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dilaksanakan. Seterusnya, dapatan kajian
berkaitan dengan pandangan murid terhadap kekerapan guru menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif telah menunjukkan bahawa kaedah Gallery Walk adalah yang paling dominan dengan
peratusan 84.4% antara kaedah yang telah disenaraikan iaitu kaedah STAD, TGT, Jigsaw dan
Round Table.
E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020
10

Kesimpulan

Secara keseluruhanya dapatan kajian yang diperolehi memberi implikasi yang baik dalam
membentuk sikap murid-murid. Hal ini kerana, kaedah pembelajaran koperatif ini menekankan
aspek penglibatan, perbincangan dan berkerjasama murid-murid dalam melakukkan aktiviti
berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid semakin berkeyakinan dalam memberikan idea dan
pandangan serta melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pembelajaran. Namun, kajian ini juga
boleh dijadikan sebagai panduan guru dalam membentuk sikap muird dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif. Oleh itu, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam
meningkatkan dan membentuk sikap murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran dalam
berjalan dengan lancar.

Rujukan

Chun, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. New York: Mc-Graw Hill Education.

Choong Lean Keow. (2009). Falsafah dan pendidikan di Malaysia untuk Kursus Perguruan
Pendidikan Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Hamid K. A., Ahmad A., Awang M.M., Ahmad A.R (2015). Kepentingan Pengetahuan Pedagogi
Isi kandungan (PPIK) Bagi Guru Bukan Opsyen Dalam Mata Pelajaran Sejarah Di
Sekolah Menengah: Satu Kajian Retrospektif Di Malaysia. Proceeding: 7th International
Seminar on Regional Education. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor. Vol 1, 253-258.

Holmes, N. (1999). The myth of the educational computer. IEEE Computer, 32(8):36-42

Sekaran, U. (2002) Research Methods for Business: A Skill-Building Approach. 4th Edition, John
Wiley & Sons, New York.

Slavin, R. E. (2005). Cooperative Learning. London: Allymand Bacon.


E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020
11

Slavin, R. E. (2010). Cooperative Learning Teori, Riset dan Praktik. Bandung: Nusa Media.

Zamri, M (2017). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian. Jurnal Pendidikan


Bahasa Melayu, 11-23.

E-Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan IPGKBL 17-18 April 2020

You might also like