You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA

72400 SIMPANG DURIAN Tel : 06-4951 950


JELEBU, NEGERI SEMBILAN Faks : 06-4951 253
Portal : skputra-jelebu-ns.blogspot.com
MALAYSIA Emel : NBA0014@moe.edu.my

Ruj. Kami: SK Putra.700 – 2/1/ 2 (01)


Tarikh : 19 Januari 2021
Kepada,
Ibu / Bapa / Penjaga Tahun 1
Sekolah Kebangsaan Putra

Tuan / Puan,

TAKLIMAT IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 1 SESI 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat


penangguhan pembukaan sekolah bagi tahun 2021. Walau bagaimanapun, pihak sekolah perlu
membuat taklimat bersama ibu bapa/ penjaga bagi murid tahun 1 sesi 2021 bagi melancarkan
proses pendaftaran dan pembelajaran di rumah.

3. Berikut adalah tentatif bagi taklimat murid tahun 1:

Tarikh : 20 Januari 2021 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi.
Tempat : Dewan Terbuka SK Putra

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah hanya membenarkan seorang sahaja ibu bapa
/penjaga hadir tanpa membawa ahli keluarga yang lain bagi mendengar taklimat. Semua
diwajibkan memakai pelitup muka bagi menjaga SOP.

5. Pihak kami berharap perkara ini di dalam makluman tuan / puan. Sebarang pertanyaan
boleh hubungi PN. NOR MAZITAH BINTI MAHUSSIN (PK HEM, SK PUTRA): 0192223880

6. Keprihatinan dan kerjasama tuan / puan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

.........................................................
(SYED ZULKAFLI BIN SYED ABDUL KARIM, PJK)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Putra

s.k: i. Fail Sekolah


ii. Fail Pengurusan Hal Ehwal Murid

You might also like