You are on page 1of 11

MATA PELAJARAN: SAINS KOMPUTER

PENGAJARAN :1

STANDARD KANDUNGAN : 1.1 Komputer Dan Impak

MASA : 1 jam

TINGKATAN :5

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.1 Menganalisis kesan inovasi dalam pengkomputeran

OBJEKTIF:
Murid boleh
1. Mengetahui bagaimana aktiviti harian dilaksanakan tanpa pengkomputeran dan dengan
pengkomputeran.
2. Memahami kesan positif inovasi pengkomputeran terhadap kemajuan kehidupan hari ini
3. Menyedari juga kesan sampingan negatif yang dibawa oleh pengkomputeran
4. Mampu untuk membezakan penggunaan positif yang perlu dimanfaatkan dan melindungi
diri dari kesan penggunaan pengkomputeran yang negatif.

BAHAN BANTU MENGAJAR:


 Lampiran 1, 2 dan 3.
 Komputer dan talian Internet.
PERSEDIAAN SEBELUM KELAS MASA: Tiada
1. Mencetak helaian kerja Lampiran 1 dan 2 mengikut bilangan kumpulan yang ada.
2. Memastikan komputer dan Internet berfungsi dengan baik.
3. Menyediakan alat bantu Pemproses Kata (Microsoft Words) di komputer yang akan
digunakan murid.
4. Menyediakan alat bantu reka bentuk grafik https://www.picmonkey.com/design atau
https://vectr.com/ di komputer yang akan digunakan murid.
5. Menyediakan soalan kuiz dan capaian yang berkaitan di Kahoot https://kahoot.it untuk
dicapai oleh murid.

SET INDUKSI MASA: 10 minit


1. Murid bekerja dalam kumpulan 4 orang.
2. Murid boleh mencatat hasil perbincangan mereka dengan menggunakan Pemproses
Kata atau menulis dalam Lampiran 1.
3. Murid berbincang dalam kumpulan bagaimana aktiviti A, B dan C (seperti di Lampiran
1) dilaksanakan dalam dua zaman yang berbeza.
4. Murid diminta memberi kelebihan dan kekurangan perlaksanaan aktiviti pada dua
zaman ini supaya mereka dapat melihat kesan inovasi teknologi pengkomputeran.
5. Selepas perbincangan, dua kumpulan dipasangkan supaya mereka boleh saling bertukar
pendapat. Guru boleh menyertai berbincangan murid.

MEMUPUK PEMAHAMAN MASA: 25 minit


1. Bahagikan murid kepada empat kumpulan – dua kumpulan A dan dua kumpulan B.
2. Setiap kumpulan A dibekalkan dengan 2 helai kertas A4.
3. Kumpulan A akan melaksanakan tugasan mereka seperti di Lampiran 2.
4. Kumpulan B akan melaksanakan tugasan mereka seperti di Lampiran 3 dengan
menggunakan komputer.
5. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk menyiapkan tugasan mereka.
6. Selepas murid menyiapkan tugasan, ahli kumpulan A dipasangkan dengan ahli
kumpulan B.
Mereka menyatakan kelebihan dan kekurangan tugasan masing-masing.
7. Kumpulan A menerangkan kelebihan menjalankan aktiviti tanpa menggunakan
teknologi (unplugged).
Contoh jawapan untuk rujukan guru:
 Cara unplugged membolehkan manusia memberi perhatian pada tugasan
mereka tanpa mempedulikan butiran teknikal.
 Jika komputer rosak, perisian ada masalah, atau tiada sambungan Internet,
manusia tidak dapat menjalankan tugas mereka.
8. Kumpulan B kemudian menerangkan bagaimana teknologi pemproses perkataan (word
processing) dan alat bantu grafik (graphic tools) yang digunakan dapat memudahkan
penyelesaian tugasan mereka.
Contoh jawapan untuk rujukan guru:
 Menjimatkan masa.
 Boleh membetulkan kesilapan dengan mudah..

PENYERTAAN SECARA AKTIF (AKTIVITI 1) MASA: 15 minit


1. Guru membuat garisan pemisah di papan hijau / putih. Satu bahagian dilabelkan
sebagai Kesan Baik Pengkomputeran bersama contoh dan satu bahagian lagi sebagai
Kesan Buruk Pengkomputeran beserta contoh.
2. Setiap kumpulan akan menghantar wakil mereka untuk menulis satu fakta sama ada di
bahagian kebaikan atau keburukan. Fakta yang sama tidak boleh berulang. Tulis
sebanyak mungkin fakta berlainan di kedua-dua bahagian tersebut.
3. Setelah tamat, murid dan guru berbincang fakta-fakta yang penting.
4. Guru perlu memaklumkan bahawa kesan baik pengkomputeran perlu dimanfaatkan
manakala keburukannya dielakkan.
KESIMPULAN MASA: 15 minit
1. Pelajar diminta menjawab soalan menggunakan Kahoot.
2. Soalan ada seperti di Lampiran 4.
3. Guru dan murid akan berbincang sekiranya ada soalan yang sukar dijawab atau
perbezaan pendapat.
4. Guru merumuskan apa yang telah mereka pelajari pada hari ini.

TOPIK AKAN DATANG MASA: 5 minit


Dari latihan mengenai kesan baik dan buruk pengkomputeran yang telah dibincangkan,
penyalahgunaan teknologi adalah salah satu punca keburukannya. Oleh yang demikian
perbincangan tajuk seterusnya ialah berkenaan aktiviti tidak beretika dalam pengkomputeran.
Lampiran 1
Berdasarkan Senario berikut, bincangkan tentang kaedah, masa perlaksanaan aktiviti, kelebihan
dan kekurangan dalam Senario yang diberi.

Senario A:
Seorang anak yang sedang menuntut di Amerika Syarikat mengirim berita kepada keluarga di
Malaysia.
Kaedah yang Masa yang
Kelebihan Kekurangan
diambil diambil
Sebelum tahun 2000
(60’an-80’an)
Tahun 2000 hingga kini

Senario B:
Seorang penyelidik menulis laporan sebanyak 80 mukasurat.
Kaedah yang Masa yang
Kelebihan Kekurangan
diambil diambil
Sebelum tahun 2000
(60’an-80’an)
Tahun 2000 hingga kini

Senario C:
Mengetahui tajuk filem dan membeli tiket di panggung wayang.
Kaedah yang Masa yang
Kelebihan Kekurangan
diambil diambil
Sebelum tahun 2000
(60’an-80’an)
Tahun 2000 hingga kini
Lampiran 1 – JAWAPAN
Berdasarkan senario berikut, bincangkan tentang kaedah, masa perlaksaan aktiviti, kelebihan dan
kekurangan dalam suasana yang diberi.

Senario A:
Seorang anak yang sedang menuntut di Amerika Syarikat mengirim berita kepada keluarga di
Malaysia.
Kaedah yang Masa yang
Kelebihan Kekurangan
diambil diambil
Sebelum tahun 2000 Menggunakan Masa – paling Kos rendah, Lambat
(60’an-80’an) surat, cepat 4 hari. hanya perlu
aerogram atau kertas, pen,
poskad. dan setem.
Tahun 2000 hingga Email, Skye Masa respon Cepat, mudah Bergantung
kini dan media boleh capai kepada peranti.
sosial seperti kurang dari 1 Jika peranti
Facebook, minit atau rosak, akan
Twitter, sekitar 3 ke 5 menghadapi
Instagram, minit, masalah untuk
WhatsApp. berkomunikasi.
Senario B:
Seorang penyelidik menulis laporan sebanyak 80 mukasurat.
Kaedah yang Masa yang
Kelebihan Kekurangan
diambil diambil
Sebelum tahun Menulis Masa Fail sentiasa Pembetulan sukar
2000 (60’an- dengan tangan bergantung boleh dicapai dibuat dan
80’an) atau kepada kesilapan walaupun menjejaskan
menggunakan yang berlaku dan tiada peranti kekemasan
mesin taip. masa yang atau sumber laporan.
diambil untuk tenaga
membetulkannya. elektrik.
Tahun 2000 Mengguna Masa Cepat dan Fail mungkin
hingga kini PemprosesKata bergantung mudah rosak disebabkan
Words. kepada membetulkan kerosakan
kecekapan kesilapan. perisian atau
menaip. virus.
Senario C:
Mengetahui tajuk filem dan membeli tiket di panggung wayang.
Masa
Kaedah yang
yang Kelebihan Kekurangan
diambil
diambil
Sebelum tahun 2000 Merujuk Masa Ketepatan Sukar untuk
(60’an-80’an) kepada akhbar bergantung maklumat mendapatkan
atau majalah kepada tinggi, kerana maklumat, kerana
dan beli di bilangan penulis perlu kena cari bahan
kaunter pelanggan memastikan rujukan. Tidak
panggung di kaunter sumber dapat menentukan
wayang. dan maklumat yang bahan rujukan yang
kecekapan sebenar sebelum mana mengandungi
pegawai menerbitkannya. maklumat tersebut.
kaunter.
Tahun 2000 hingga Menggelintar Masa yang Terdapat Mungkin
kini tajuk cerita diambil banyak sumber mengandungi
yang adalah maklumat atas maklumat palsu. Ini
ditayangkan sekitar 10 talian. Senang kerana sesiapa pun
serta membeli minit, untuk boleh memaparkan
tiket wayang bergantung didapatkan. maklumat tersebut
secara atas kepada atas talian.
talian dari kelajuan
rumah atau talian
mana-mana Internet.
menggunakan
computer atau
talipon pintar.
Lampiran 2
Tugasan kumpulan A
A1) Berbincang tentang Masalah Keselamatan Siber Masa Kini dan menulis laporan ringkas
sebanyak 1 mukasurat A4.

A2) Melakar satu reka bentuk grafik kempen “Etika Pengguna Komputer” menggunakan alat
bantu grafik berkomputer.
Lampiran 3
Tugasan kumpulan B
B1) Berbincang tentang Masalah Keselamatan Siber Masa Kini dan membuat laporan ringkas
topik ini menggunakan Pemproses Kata (MS Words) sebanyak 1 mukasurat A4.

B2) Melakar satu reka bentuk grafik kempen “Etika Penggunaan Komputer” dengan
menggunakan kertas dan pensel warna.
Lampiran 4

Soalan Review – menggunakan Kahoot (in progress)


S1. Pengkomputeran merangkumi sistem komputer dan rangkaian komputer – Betul / Salah

S2. Bagaimana pengkomputeran Pemproses Kata dapat menambah kecekapan dan kekemasan
sesuatu laporan?
A. Mudah untuk edit (tambah, padam, alih) B. Semak ejaan (spell checker)
C. Sistem menaip secara sendiri D. Semua di atas kecuali C
E. Semua di atas

S3. Berikut adalah bukan kesan positif inovasi pengkomputeran


A. Sistem satelit yang canggih
B. Pengurusan rekod pendaftaran berjuta-juta rakyat (seperti kad pengenalan, surat mati)
C. Pembayaran bil secara atas talian
D. Komunikasi merentasi sempadan
E. Tiada yang di atas

S4. Pengkomputeran membawa kesan baik sahaja tanpa kesan negatif. Betul / Salah

S5. Pengkomputeran akan menggantikan manusia dalam pelbagai kerjaya dan membuatkan
ramai yang menganggur. Setuju / Tidak setuju

You might also like