BM 5.10.2021

You might also like

You are on page 1of 3
Baca petikan teks dan jawab soalan berikut. Sebagaimana yang kita tahu, kelapa sawit merupakan tanaman yang paling menguntungkan negara kita. Oleh itu, kebanyakan tanah di Malaysia digunakan untuk menanam kelapa sawit. Ladang kelapa sawit terdapat di merata-rata tempat di seluruh Malaysia. Hal ino demikian kerana penanaman kelapa sawit giat dijalankan dan sektor ini telah membuka banyak peluang kerja kepada masyarakat di kawasan pedalaman. Kelapa sawit juga merupakan eksport utama Malaysia ke negara-negara asing seperti Amerika Syarikat dan Kanada. Hal ini demikian kerana kelapa.sawit boleh digunakan untuk menghasilkan minyak kelapa sawit dan pelbagai barangan yang berguna.Malah, daun-daun dan sabut kelapa sawit boleh dijadikan baja yang boleh digunakan dalam sektor pertanian dan digunakan secara meluas oleh para petani dan pekebun. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelapa.sawit banyak memanfaatkan kita dan merupakan salah satu punca pendapatan negara yang terpenting. Walaupun kerajaan telah mencurahkan banyak usaha dalam sektor pertanian negara dan kesan positifnya amat ketara, namun banyak pihak yang berpendapat bahawa industri ini masih berpotensi untuk dimajukan lagi. Oleh hal yang demikian, langkah-langkah yang lebih efektif dan proaktif harus diambil untuk memajukan lagi sektor pertanian di negara kita. 1 Mengapakah kelapa sawit dieksport ke negara-negara luar? 2 Apakah kegunaan daun- daun dan sabut kelapa sawit kepada para petani dan pekebun ? 3 Pada pendapat anda,.apakah usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran kelapa.sawit ? (KBAT)

You might also like