You are on page 1of 19

MPU 3312-A

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI


NAMA PENSYARAH: NUR FATHIN NADIRA BINTI ABDUL RASIB
TUGASAN 3
TAJUK: KOPENTENSI PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DIKALANGAN
PENIAGA KECIL DI MALAYSIA

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. HAFEEZ HAKIME BIN FADZIL HISHAM (M184019419)


2. MUHD SYAMEL IBNY BIN ABDULLAH (M174041201)
3. AMIN JEFRI BIN ZULKIPLI (M174039101)
4. MUHAMMAD NUR SYAKIRIN BIN AZIZAN (M174038502)
5. MOHD KHALIL HAMIDI BIN MUSODDAK (M212043411)
6. MOHAMAD AIZAT BIN AB. AZIZ (M202070711)
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN 3

2 ISI ARTIKEL & RUMUSAN ARTIKEL 4-17

3 PENUTUP 18

4 RUJUKAN 19
1.PENGENALAN

Sebagai usahawan perniagaan kecil. Kita selalu menggunakan pendekatan pengurusan duit-
dalam-kepala. Tidak di catit atau direkod dengan betul dan konsisten. Jika dicatit sekalipun,
dalam buku-belacan yang apabila hendak dilihat tercari-cari entah dimana.

Kebanyakkan usahawan kecil menganggap pengurusan kewangan perniagaan tidaklah


penting, kerana selagi ada duit hendak pusing modal, ada untung sedikit sudah cukup bagi
mereka.

Pendekatan ini adalah salah, dan ia perlu diperbetulkan. Dalam perniagaan, pengurusan wang
keluar-masuk adalah satu disiplin yang perlu diikuti untuk memastikan kita berdaya maju. Tidak
mengapa tidak tahu akaunting, ia tidak menjadi kesalahan. Yang perlu anda tahu bagaimana cara
hendak urus dan kawal duit dengan betul.
2. ARTIKEL

TAJUK 1

KAJIAN KES PERNIAGAAN KERANG BAKAR DI KALANGAN PENJAJA BAZAR

RAMADHAN DI SEKITAR BANDAR ALOR SETAR

MASALAH KAJIAN

Situasi sebenar yang dihadapi oleh penjaja kerang bakar di Stadium Darul Aman berkaitan
pengurusan perniagaan, pengurusan pemasaran dan pengurusan kewangan.

OBJEKTIF

Memahami amalan pengurusan perniagaan , pengurusan pemasaran dan pengurusan kewangan


yang dilakukan oleh penjaja kecil kerang bakar di bazar ramadhan.

PERSOALAN

Sejauhmanakah amalan pengurusan perniagaan, pemasaran dan kewangan yang dipraktikkan


oleh penjaja kecil kerang bakar di bazar ramadhan?

HIPOTESIS

Pengetahuan kewangan mempunyai pengaruh terhadap amalan pengurusan kewangan di


kalangan penjaja kecil kerang bakar di bazar ramadhan.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian telah dijalankan secara kualitatif menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian secara
bersemuka dengan responden.

ANALISIS DATA

Semua data yang didapati diproses secara manual mengikut bahagian dan tema yang telah di
kenal pasti. Data yang diperoleh dikelaskan mengikut tema yang telah ditentukan iaitu
pengurusan, pemasaran dan kewangan.

SUMBANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dapat memupuk kesedaran mengenai pentingnya pengurusan perniagaan,
pemasaran dan kewangan dalam kalangan penjaja kecil di bazar ramadhan.
RUMUSAN ARTIKEL 1

Kajian ini ialah bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam situasi sebenar yang
dihadapi oleh penjaja kecil kerang bakar di bazar ramadhan, Stadium Darul Aman berkaitan
pengurusan perniagaan , pengurusan pemasaran dan pengurusan kewangan. Disebabkan
kekangan tugas di pejabat dan kekangan masa, maka kajian ini hanya menggunakan dua orang
penjaja Kerang bakar sahaja.Soalan temu bual berbentuk open-ended telah digunakan digunakan
untuk mendapatkan maklumat mengenai kemahiran keusahawanan iaitu aspek pengurusan,
pemasaran dan kewangan.Maklum balas berkaitan kebolehan kedua-dua penjaja menguruskan
kewangan perniagaan mereka menunjukkan Kedua-dua penjaja tidak mementingkan rekod dan
laporan berkaitan kewangan. Manakala maklum balas berkaitan kebolehan pemasaran Kedua-
dua penjaja menunjukkan mereka mempunyai sedikit kemahiran untuk memasarkan barang
jualan mereka. Kesimpulannya kedua-dua orang penjaja mempunyai kemahiran asas yang boleh
digunakan pada masa akan datang dalam urusan perniagaan mereka. Namun, mereka tidak boleh
brewpubs hati berada pada tahap sekarang. Keuntungan yang diperoleh dalam perniagaan
terdahulu tidak boleh dijadikan ukuran untuk membuat keuntungan pada masa akan datang
kerana keadaan akan berubah. Sama ada mahu atau tidak, mereka harus belajar secara formal
atau sebaliknya untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang yang diceburi atau mereka
boleh mencuba untuk melakukan aktiviti jualan di luar musim ramadhan akan memberi lebih
cabaran kepada penjaja dan akan memaksa mereka untuk belajar aspek-aspek keusahawanan
yang masih kurang dikuasai. Penambahan pengetahuan melalui pendidikan akan menjadikan
mereka akan melengkapkan ciri-ciri keusahawanan yang berjaya.
TAJUK 2

JENIS DAN TAHAP PEMILIKAN MODAL PENIAGA BAZAR LARUT MALAM: KAJIAN
KES DI LEMBAH KLANG, MALAYSIA

MASALAH KAJIAN

Sumber modal peniaga kecil bazar larut malam Lembah Klang, Malaysia.

OBJEKTIF

Untuk mengenal pasti jenis sumber modal bagi peniaga kecil memulakan perniagaan.

PERSOALAN

Dari manakah peniaga kecil mendapatkan modal perniagaan untuk memulakan peniagaan.

HIPOTESIS

Pengetahuan kewangan dan sumber dana mempengaruhi nilai modal yang dapat diperolehi oleh
peniaga untuk memulakan perniagaan.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian telah dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes melalui
teknik survei.
ANALISIS DATA

Semua data yang didapati diproses secara manual mengikut jenis sumber modal yang khusus
iaitu menggunakan wang simpanan, pinjaman bank dan perkongsian perniagaan sebagai modal
untuk memulakan perniagaan.

SUMBANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dapat memupuk kesedaran mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan
perniagaan dalam kalangan penjaja kecil di bazar ramadhan.
RUMUSAN ARTIKEL 2

Kajian ini telah membuktikan bahawa keadaan semasa modal komuniti peniaga bazar larut
malam boleh ditambahbaik untuk mengukuhkan perniagaan mereka. Bagi modal kewangan,
kajian ini merujuk kepada sumber dana yang dimiliki secara peribadi mahupun diperolehi
daripada sumber-sumber lain seperti simpanan peribadi, pinjaman ahli keluarga, pinjaman bank,
badan pinjaman perniagaan dan juga pemilikan aset yang boleh ditunaikan untuk permulaan
perniagaan mereka. Secara umumnya, kajian ini melibatkan seramai 250 peniaga Melayu bazar
larut malam yang merupakan pemilik perniagaan tersebut, berusia antara 19 hingga 75 tahun.
Dapatan kajian ini memperlihatkan peranan pelbagai jenis modal dalam usaha melestarikan
komuniti peniaga. Hubungan mereka terjalin melalui pelbagai jenis modal dan hanya dengan
mengetahui dan memiliki jenis modal yang tepat mereka dapat melangsungkan perniagaan.
Mengetahui tentang saling kaitan antara pelbagai jenis modal perniagaan yang terlibat adalah
asas bagi seseorang peniaga bazar larut malam menjalankan perniagaan. Jaringan modal sosial
yang rapat setidak-tidaknya dengan ahli keluarga amat penting terutamanya mendapatkan
bantuan ketika menghadapi masalah, khususnya modal kewangan. Peranan perhubungan antara
peniaga dan jaringannya inilah yang menguatkan dan mengukuhkan komuniti peniaga untuk
bersaing dalam perniagaan. Modal kewangan pula merupakan sumber asas bagi mendapatkan
bekalan produk perniagaan dan perkhidmatan. Komuniti peniaga bazar larut malam perlu
bijaksana menyeimbangkan pemilikan keempatempat jenis modal dan mengatur strategi
sewajarnya agar modal-modal yang dimilikinya dapat membantu meningkatkan perniagaan ke
tahap yang lebih maju. Penambahbaikan diri, memperluaskan jaringan perhubungan, menjana
sumber pendapatan baru dan memperkukuhkan lokasi perniagaan, adalah antara langkah-langkah
yang boleh dilaksanakan dalam usaha mencapai tahap perniagaan yang lestari. Sekaligus ia juga
dapat menjamin kelangsungan kehidupan komuniti peniaga dalam keadaan yang stabil dan
kukuh.
TAJUK 3

PENGURUSAN KEWANGAN USAHAWAN MADA: KAJIAN KES DI KUBANG PASU,


KEDAH

MASALAH KAJIAN

Sumber pengurusan kewangan usahawan MADA di Kubang Pasu, Kedah.

OBJEKTIF

Untuk mengukur tahap pengurusan kewangan usahawan MADA di Kubang Pasu, Kedah.

PERSOALAN

Bagaimana usahawan mada menguruskan kewangan dalam sesebuah perniagaan?

HIPOTESIS

Pengetahuan kewangan dan sumber dana mempengaruhi nilai modal yang dapat diperolehi oleh
peniaga untuk memulakan perniagaan.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Rekabentuk kajian adalah kuantitatif melalui instrumen kajian iaitu dengan menggunakan borang
soalan soal selidik ke atas 31 orang responden.
ANALISIS DATA

Semua data yang didapati diproses secara manual mengikut tahap pengurusan kewangan
usahawan yang dinilai melalui borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada 15 orang
responden lelaki dan 16 orang responden wanita.Data yang dianalisis dibahagikan mengikut tiga
kategori iaitu kewangan usahawan dan program-program yang disertai oleh usahawan di bawah
anjuran pihak MADA.

SUMBANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dapat memupuk penggunaan yang lebih berhemah dan cekap dari
aspek sumber modal dan perbelanjaan.
RUMUSAN ARTIKEL 3

Pengurusan kewangan amat penting dalam sesebuah sistem perniagaan yang dijalankan oleh
seseorang individu atau usahawan. Hal ini disebabkan, pengurusan kewangan merupakan aspek
penting untuk menguruskan sesebuah organisasi. Namun, pentingnya pengurusan kewangan
dalam sesebuah perniagaan yang melibatkan institusi tertentu untuk menjadi indikator bagi
prestasi perniagaan supaya dapat menarik pihak pelabur luar. Sesebuah organisasi perlu
mengikut proses yang mempunyai aturan tertentu untuk memperolehi dan mengagihkan sumber-
sumber mengikut keutamaan. Setiap usahawan di bawah bimbingan pihak MADA dinilai
berdasarkan sasaran dan pencapaian yang ditetapkan oleh Lembaga tersebut. Pengurusan
kewangan yang baik hasil dari pengurusan perbelanjaan yang berhemah dan efisyen akan
membolehkan organisasi tersebut berjalan dan beroperasi dengan sempurna dan lebih cemerlang.
Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan. Seramai 31 orang responden terlibat dalam
kajian ini. Instrumen kajian menggunakan borang soalan soal selidik yang mengandungi empat
bahagian, profil responden, tahap pengurusan kewangan usahawan yang telah dikenalpasti dan
program anjuran MADA. Sesetengah usahawan MADA mengikuti program yang dianjurkan
oleh pihak MADA bagi memperoleh ilmu mengenai pengurusan kewangan. Hasil pemantauan
yang dijalankan ketika mengedar instrument kajian, sesetengah usahawan tidak mengaplikasi
sistem merekodkan urus niaga di dalam buku tunai disebabkan oleh sikap usahawan tersebut.
Segelintir usahawan mencatat urussan transaksi secara manual tanpa mengikuti kaedah yang
terkini. Namun hasil keseluruhannya menunjukkan tahap pengurusan kewangan usahawan
MADA bukan pada tahap yang rendah kerana pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan
oleh pihak MADA dari segi bantuan, bimbingan dan pemantauan setiap bulan. Pengurusan
kewangan yang bijak amatlah penting bagi setiap usahawan perniagaan
TAJUK 4

Literasi dan Tingkahlaku kewangan Usahawan Mikro di Utara Semenanjung Malaysia

MASALAH KAJIAN

menilai tahap literasi kewangan usahawan mikro dan pengaruhnya terhadap tingkahlaku
kewangan yang diamalkan.

OBJEKTIF

mengambil inisiatif dalam meningkatkan tahap literasi kewangan serta mengekalkan pengurusan
kewangan yang baik khususnya dalam kalangan usahawan mikro.

PERSOALAN

Bagaimanausahawan mikro menguruskan kewangan dalam perniagaan

HEPOTESIS

tahap literasi kewangan dalam kalangan usahawan mikro adalah sederhana di mana mereka tidak
menunjukkan kesan yang memberangsangkan terhadap pengurusan sumber kewangan mereka
KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik.
Responden kajian ini adalah usahawan mikro dengan persampelan rawak mudah di utara
semenanjung. Sampel kajian ini adalah usahawan-usahawan mikro yang mendaftar dengan Mini
Rural Transformation Center (MRTC). Sampel kajian melibatkan usahawan-usahawan mikro di
negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Kajian ini melibatkan 239 usahawan yang
mendaftar dengan MRTC.

SUMBANGAN DAPATAN KAJIAN

Kajian ini membuktikan bahawa tahap literasi kewangan usahawan memberi pengaruh kepada
tingkah laku kewangan yang diamalkan iaitu kemahiran pengurusan usahawan, perancangan,
belanjawan dan kawalan serta simpanan. Secara keseluruhannya, tahap literasi kewangan
usahawan mikro memberikan pengaruh yang lebih tinggi kepada kemahiran pengurusan
kewangan berbanding dengan perancangan, belanjawan dan kawalan serta simpanan mereka.
Tahap literasi kewangan yang tinggi dalam diri usahawan mampu membantu mereka untuk
bertingkah laku baik dan cekap untuk menyelesaikan masalah kewangan dalam perniagaan.
RUMUSAN ARTIKEL 4

Literasi kewangan sangat penting dalam menjamin kedudukan kewangan yang stabil. Justeru itu,
tumpuan utama kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana tahap literasi kewangan usahawan
mikro dan pengaruhnya terhadap tingkahlaku kewangan yang diamalkan oleh mereka. Kajian ini
menggunakan kaedah soal selidik dan responden adalah usahawan-usahawan mikro di utara
semenanjung. Penemuan menunjukkan tahap literasi kewangan usahawan mikro adalah pada
tahap yang sederhana. Ini telah mempengaruhi tingkahlaku kewangan mereka. Kesannya
tingkahlaku kewangan menunjukkan tahap yang sederhana dalam aspek kemahiran pengurusan
kewangan, perancangan, belanjawan dan kawalan dan juga simpanan. Justeru itu usaha perlu
dilaksanakan untuk memperbaiki tahap literasi kewangan dan tingkahlaku kewangan khususnya
dalam kalangan usahawan mikro. Penemuan ini adalah input yang penting kepada pihak yang
berkaitan untuk mengambil inisiatif dalam meningkatkan tahap literasi kewangan serta
mengekalkan pengurusan kewangan yang baik khususnya dalam kalangan usahawan mikro.
Kebanyakan peniaga kecil memulakan perniagaan tanpa sebarang latihan kewangan yang jelas
dan mencukupi. Oleh hal yang demikian, perkara ini memberi kesan secara tidak langsung
kepada para usahawan dalam menguruskan perniagaan yang dijalankan. Kajian mengenai tahap
literasi kewangan dalam kalangan usahawan di Malaysia masih lagi terhad kerana
kebanyakannya lebih tertumpu kepada golongan belia dan pelajar.
TAJUK 5
Amalan pengurusan kewangan di kalangan usahawan asnaf: kajian kes di lembaga zakat negeri
selangor

MASALAH KAJIAN
Sumber pengurusan kewangan ke atas peniaga kecil di daerah selangor

OBJEKTIF
Untuk mengukur tahap pengurusan kewangan di kalangan usahwan kecil di daerah-daerah di
dalam negeri selangor

PERSOALAN
Bagaimana usahawan kecil mampu untuk menguruskan kewangan dalam sesebuah perniagaan

HIPOTESIS
Pengetahuan dalam kewangan dan sumber dana mempengaruhi nilai modal yang dapat
diperolehi oleh peniaga bagi menguruskan kewangan dengan baik untuk memulakan sesebuah
perniagaan

KAJIAN PENGUMPULAN DATA


Kajian telah dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes melalui
teknik survei.

ANALISIS DATA
Semua data yang didapati diproses secara manual mengikut jenis sumber modal yang khusus
iaitu menggunakan wang bantuan zakat peniagaan,wang simpanan, pinjaman bank dan
perkongsian perniagaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan.

SUMBANGAN DAPATAN KAJIAN


Dapatan kajian ini dapat memupuk kesedaran bagi peniaga industry kecil untuk mengagihkan
kewangan dengan betul dalam sesuatu peniagaan agar tidak menanggung beban yang terlalu
tinggi.

RUMUSAN ARTIKEL 5

Kajian ini telah membuktikan bahawa keadaan semasa pihak peniaga mempunyai masalah dalam
memulakan perniagaan baru ini kerana dari sudut kaedah pembahagian serta pengurusan wang
yang baik tidak di lakukan mengakibatkan pelbagai masalah lain yang timbul, justeru itu pihak
Lembaga Zakat Selangor(LZS) menawarkan bantuan dari sudut kewangan . Bagi modal
kewangan, kajian ini merujuk kepada sumber dana yang dimiliki secara peribadi mahupun
diperolehi daripada sumber-sumber lain seperti simpanan peribadi, pinjaman ahli keluarga,
pinjaman bank, badan pinjaman perniagaan dan juga pemilikan aset yang boleh ditunaikan untuk
permulaan perniagaan mereka. Secara umumnya, kajian ini melibatkanPengurusan kewangan
dan rekod perakaunan masih diamalkan secara tidak formal oleh usahawan kecil asnaf.
Pendapatan yang diperolehi daripada perniagaan adalah sekadar cukup menampung kos operasi.
Apa yang jelas amalan yang tidak seragam dan unik dilaksanakan mengikut objektif dan cita-cita
pemilik organisasi masing-masing. Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan terdapat
sekurangkurangnya tatacara dan amalan perekodan maklumat kewangan digunakan oleh setiap
responden, namun amalannya adalah berbeza-beza. Bagi organisasi yang mana pemiliknya
mempunyai cita-cita besar untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi, maka
sistem perekodan maklumat kewangan telah cuba dilaksanakan sebaik mungkin mengikut
piawaian perakaunan yang sewajarnya. Dengan demikian, pihak Lembaga Zakat Selangor secara
khususnya perlulah menyediakan suatu rangka perancangan pembangunan usahawan asnaf yang
lebih strategik dengan memberikan penumpuan khusus terhadap penambahbaikan kemahiran
serta kualiti perekodan kewangan firma di kalangan semua peserta program keusahawanan asnaf.
Antara program yang boleh dilaksanakan adalah kursus dan latihan berterusan berkaitan
perekodan dan pelaporan kewangan untuk usahawan asnaf serta kakitangan mereka, skim mentor
perniagaan dan sistem perniagaan serta skim business coaching.
3.PENUTUP

Apa yang yang boleh disimpulkan adalah kebanyakan usahawan kecil menganggap pengurusan
kewangan perniagaan tidaklah penting, kerana selagi ada duit hendak pusing modal, ada untung
sedikit sudah cukup bagi mereka. Sikap seperti ini amat dikhuatiri kerana wang yang anda dapat
hasil dari perniagaan seharusnya disimpan untuk masa hadapan. Mungkin masih ada yang tak
tahu ataupun tidak endah tentang bagaimana pengurusan kewangan perniagaan kecil? Tidak kira
apa jua perniagaan yang dilakukan adalah penting untuk asingkan duit peribadi dan duit
perniagaan kerana dengan cara ini akan membantu untuk majukan bisnes yang dilakukan.
4. RUJUKAN

1. http://upikpolimas.edu.my/ojs/index.php/JTVE/article/view/92
2. https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/17588
3. http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/290
4. https://ejournal.um.edu.my/
5. http://jmm.kuis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/31
6. http://blog.coastaldimsum.com/2020/10/20/tips-pengurusan-kewangan-perniagaan/
7. https://smeniaga.com/2019/03/8-tips-urus-duit-bisnes-kecil/

You might also like