You are on page 1of 4

Jawab soalan berikut

Bahagian A (Soalan Objektif) – 20 markah

1)   Manakah yang merupakan kriteria kajian yang baik?

i.  Tinjauan kajian yang jelas


ii.  Piawai etika yang tinggi
iii. Dapatkan pengesahan Pegawai atasan
iv. Penerangan yang jelas tentang proses kajian

(A)        i dan ii


(B)        i, ii dan iii
(C)       i, ii dan iv
(D)        i dan iii

2)   Apakah tujuan tinjauan literatur?

(A)          Memberikan gambaran awal kepada pembaca


(B)         Menyatakan deskripsi senarai bahan bacaan
(C)         Menyampaikan kepada pembaca ilmu, idea dan dapatan yang
berkaitan dengan topik
(D)         Memberikan ringkasan kajian yang diperolehi

3)  Kajian empirikal mengaplikasikan dua kaedah. Apakah kaedah tersebut?

(A)          Temuramah dan kualitatif


(B)         Tinjauan dan temuramah
(C)          Kuantitatif dan deskriptif
(D)         Soal selidik dan temuramah

4)  Yang manakah betul mengikut turutan aktiviti kajian empirikal?

(A)         Pengumpulan data, penganalisisan, rumusan, pemilihan responden


(B)         Perancangan awal, penganalisisan, penyediaan soalan berkaitan
(C)         Pemindahan data, penganalisisan, pemilihan responden
(D)         Penyediaan soalan yang berkaitan, pengumpulan data, rumusan

5) Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan untuk
mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian,
justeru perlu memenuhi ciri-ciri berikut kecuali:

(A) Memenuhi objektif dan persoalan kajian.


(B) Mempunyai keesahan alat ukur (validity)
(C) Mermpunyai kebolehpercayaan (reliability)
(D) Tidak Praktikal (tidak boleh dilaksanakan).
6) Dua jenis soal selidik yang biasa digunakan ialah:

i- Butiran bentuk tertutup:


ii- Butiran bentuk terbuka.
iii- Butiran bentuk bebas
iv- Butiran bentuk terpiawai

(A) i dan ii
(B) i dan iii
(C) ii dan iv
(D) iii dan iv

7) Kebaikan menggunakan butiran bentuk tertutup ialah:

i- Boleh dijawab dengan mudah


ii- Mengambil masa yang pendek
iii- Tidak mengalih pandangan responden daripada tajuk yang disoalkan
iv- Berbentuk objektif
v- Mudah disusun dan dianalisis.    
(A) i, ii, iii dan iv 
(B) ii, iii , iii dan v
(C) i, ii, iv dan v
(D) i, ii, iii,iv dan v

8) senaraikan Cara untuk Mengendalikan Soal Selidik

i- Pilih responden daripada mereka yang benar-benar berminat untuk menjawab


dan yang mempunyai ciri-ciri responden yang dihajati.
ii- Uji soal selidik kepada responden daripada sampel yang hendak dikaji. Baiki
butiran yang didapati kurang jelas supaya butiran tersebut benar-benar dapat
memperoleh maklumat yang dihajatkan.
iii- Untuk memastikan soal selidik dijawab dan dikembalikan kepada penyelidik,
beri soal selidik melalui ketua jabatan responden.
iv- Untuk mendapatkan kerjasama daripada responden, beri penerangan tentang
tujuan penyelidikan dengan jelas dan menjanjikan satu salinan dan sebagai
laporan akan dihantar kepada jabatan penjawab.
v- Elakkan soalan yang menidakkan perkara yang tidak benar. Misalnya,
“Adakah anda tidak bersetuju supaya pelajar tidak disebat di khalayak
ramai?” Ya, tidak.
(A) i, ii , iii dan iv
(B) ii, iii , iii dan v
(C) i, iii , iv dan v
(D) i, ii , iv dan v
9) bagaimana cara terbaik menyusun item soalan

i- soalan yang penting didahulukan

ii- soalan berkaitan dengan responden didahulukan

iii- soalan lebih umum dan mudah dinyatakan dahulu

iv- soalan sensitive diletakkan di bahagian akhir

(A) i dan ii sahaja

(B) ii dan iii sahaja

(C) iii dan iv sahaja

(D) i, ii, iii dan iv

10) Nyatakan 5 ukuran dalam bentuk skala dari 5 skala penilaian (rating scale)
dalam penggubalan item soal selidik :
i- skala berselang
ii- skala Kategori
iii- skala Likert
iv- skala Perbezaan semantic
v- skala Jumlah Tetap/ Berterusan
vi- skala bebas terbuka
vii- skala Dikotomi (skala nominal)

(A) i, ii, iii, iv dan v


(B) ii, iii, iv, v dan vi
(C) iii, iv , v , vi dan vi
(D) ii, iii, iv, v dan vii

Bahagian B (soalan Subjektif) – 80 markah


1. Apakah Yang Anda Faham Tentang Maksud Penyelidikan (5 Markah)
2. Bincangkan mengenai kategori penyelidikan (5 markah)
3. Nyatakan perbezaan antara penyelidikan Asas, penyelidikan Kuantitatif
dan Penyelidikan Kualitatif (10 markah )
4. Bincangkan Mengapa Penyelidik Harus Berpegang Kepada Etika
Penyelidikan (10 Markah)
5. Apakah Pemahaman Anda Tentang Hipotesis (10 Markah)
6. Apahah yang anda faham dengan sorotan karya, jelaskannya (10
markah)Bincangkan Apakah Peranan Reka-Bentuk Kajian Kuantitatif
Dan Kualitatif (10 Markah)
7. Bincangkan Apakah Peranan Teori Dalam Penyelidikan (10 Markah)
8. Huraikan Apakah Beberapa Perkara Yang Perlu Ada Dalam Proposal
Penyelidikan (10 Markah)

You might also like