You are on page 1of 1

Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau anjur Program Bakti Belia dan Jalinan Komuniti Di Pulau

Selakan dan Pulau Sibuan.

Seramai 34 orang belia yang datang dari daerah Kalabakan, Tawau dan Semporna telah terlibat
menyertai program kembara Bakti Belia yang berlansung selama dua hari.

Bakti Belia adalah inisiatif sendiri Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau (GPBB TAWAU) dengan
kerjasama daripada Majlis Belia Sabah, agensi-agensi kerajaan dan pihak daripada komuniti
Kampung.

Program bakti belia adalah Lapangan terbaik untuk para belia menyelami kehidupan sebenar
masyarakat marhaen terutamanya di kawasan luar bandar ataupun pedalaman. Program yang
berbentuk kemasyarakatanini adalah untuk meringankan bebanan, memberi
manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti setempat . Program ini juga
amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan
warga belia.
Kali ini GPBB TAWAU telah menyelitkan 7 pengisian aktiviti sepanjang pogram ini seperti Kempen
Alam Ceria, Masyarakat cerdas dan Sehat, Taklimat Kesihatan dan Sumbangan Pek Kesihatan, Ziarah
Kasih Belia Prihatin, Makan Sekampung, Malam Gema Budaya dan Sirih Pulang Ke Gagang

Program ini adalah bermatlamat untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman baharu
tentang kehidupan Etnik Palauh dan masyrakat bajau Semporna. Selain itu juga peserta boleh
menambah pengetahuan tentang budaya dan pengekonomian penduduk di pulau selakan. Didapati
penduduk Pulau selakan berteraskan ekonomi perikanan, pertanian dan industri perlancungan
tempatan. Selain itu juga program ini sedikit sebanyak mengembangkan lagi potensi diri belia dalam
aktiviti amal dan kesukarelawan.

Dalam majlis perasmiannya, YB Andi Suryady melalui Kementeria Belia dan Sukan Sabah akan
sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti golongan belia. Beliau juga berharap agar program
berbentuk kemasyarakatan ini sentiasa diadakan dan dibuat di kawasan lain bagi memastikan belia
mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat akar umbi. Beliau yakin program seperti begini
mampu memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa
mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi. Beliau juga sempat
memberikan sumbangan beg sekolah dan Pek Makanan Bakti Belia
kepada penduduk miskin.

You might also like