You are on page 1of 1

Seni lukis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pergi ke navigasiPergi ke carian

Seni lukis

Catan merupakan perbuatan meletakkan pigmen pewarna terlarut dalam pelarut


(atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan)
seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan
terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama enam kali
lebih lama berbanding penggunaan tulisan.
Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam
rencana ini. Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk
sebab artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentuk seni.
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau
atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan
membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada
bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan
dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan
aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman
Pembaharuan yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang
digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul
satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang
mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula
berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff, Yong
Mun Sen, dan A. B. Ibrahim yang banyak menggunakan media cat air.

You might also like