You are on page 1of 2

ISNIN, 27 SEPTEMBER 2021

9 PAGI

HEBAHAN TERKINI

PANDUAN PENGISIAN DAN KELULUSAN BORANG A BAGI KEMASUKAN PELAJAR


SIDANG AKADEMIK 2021/2022

A. BAHAGIAN 1: PELAJAR

1. Bagi pelajar senior (tahun 2, 3 & 4) yang akan pulang ke kampus pada semester baharu
perlu mengisi Borang A di CampusOnline bermula 27 September 2021.

2. Bagi pelajar junior (tahun 1) yang akan pulang ke kampus pada semester baharu perlu
mengisi Borang A di pohon@usm bermula 4 Oktober 2021.

3. Semua pelajar yang ingin pulang ke kampus perlu mematuhi peraturan yang disediakan
termasuk jadual kemasukan mengikut Pusat Pengajian masing-masing.

4. Pelajar juga perlu kemaskini alamat dalam kampus yang terdapat di dalam Borang A.
Sekiranya pelajar ingin menetap di desasiswa, mohon nyatakan alamat desasiswa
mengikut jadual yang dikeluarkan.

5. Namun begitu, jika pelajar menetap di luar kampus, mohon nyatakan alamat dalam
kampus sebagai PETAS dan mengisi alamat penuh terkini.

B. BAHAGIAN 2: PUSAT PENGAJIAN

1. Pihak Pusat Pengajian perlu meluluskan Borang A pelajar mengikut kuota yang telah
diberikan kebenaran.

2. Hanya pelajar yang menetap di Desasiswa akan dikira dalam kuota kemasukan pelajar
mengikut Pusat Pengajian.

DIKEMASKINI PADA 27 SEPTEMBER 2021


C. SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Talian hotline Bilik Gerakan USM seperti di bawah:

i. Kampus Induk :- 04-6532267 / 04-6536124 (Nerve Centre)


ii. Kampus Kesihatan :- 09-7671306
iii. Kampus Kejuruteraan :- 04-5995530/5531/5532/5533
iv. Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) :- 04-5622999

Email: nerve_centre_usm@usm.my

PROFESOR DR. SIVAMURUGAN PANDIAN


Pengerusi Nerve Centre COVID-19 USM
Universiti Sains Malaysia

27 September 2021

DIKEMASKINI PADA 27 SEPTEMBER 2021

You might also like