You are on page 1of 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang nt 204-657 5500 Jalan Bukit Gambir nl +04686 2500 11700 Pulau Pinang Laman Web http://ipnpp.moe.gov.my Rujukan Kami: JPNPP (KUR) 600-1/1/JId.10( 7%) Tarikh: 05 OKTOBER 2021 ‘Semua Sekolah Negeri Pulau Pinang Tuan, PEMAKLUMAN PROGRAM PEMERKASAAN PELAKSANAAN — KURIKULUM. (KPMPerkasaKU) Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat KPM.600-30/1/13(32) bertarikh 29 September 2021 adalah dirujuk. 2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih. “PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, {OZAIDI BIN ABU HASSAN ) rah Pendidikan, Sektor Pembelbjaran blp Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. sk | Pangarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang |i Pejabat Pendicikan Daerah Timur LauV/Barat Daya/Seberang Peral Selatan’ Seberang Perai Utera/Seberang Perai Tengah ‘Sila catatkan rujukan jabaten in! apabila berhubung KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E Level 8, Block E8, Complex E 5 Goverment Administrative Cente Tet 03 anad 77 UTRAJAYA Laman Web: www.moe.gov.my Ruj. Kami: KPM.600-3/1/13 (32.) Tarikh t 4 September 2021 “Taser | indagy fairer | ipmare ae teh PEMAKLUMAN PROGRAM PEMERKASAAN PELAKSANAAN KURIKULUM (KPMPerkasaKU) Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa KPM amat prihatin dengan pembelajaran murid yang mungkin terjejas akibat penangguhan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dalam tempoh yang agak lama bagi membendung penularan pandemik COVID-19. Sebagai usaha merapatkan jurang pembelajaran yang berlaku, KPM telah melancarkan Program Pemerkasaan Pelaksanaan _Kurikulum (KPMPerkasaKU) mulal 1 September 2021 sehingga 28 Februari 2022 yang melibatkan semua murid (Tahun 1 hingga Tingkatan 5). KPMPerkasaKU telah dilancarkan pada 30 Ogos 2021. 3. Bagi memenuhi matiamat tersebut, KPM mengambil langkah untuk melaksanakan beberapa strategi dalam pelaksanaan KPMPerkasaKU, yang antaranya ialah Strategi Pengukuhan dan Pengayaan, Pemugaran Literasi dan Numerasi, Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta menyediakan sebuah platform repositori bahan sokongan pengukuhan dan pengayaan sekolah rendah dan menengah yang dikenali sebagai SumberKU. Repositori SumberKU boleh diakses melalui pelantar DELIMa KPM. 4. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan, intipati pelaksanaan KPMPerkasaKU adalah seperti berikut: i. pengenalpastian tahap kandungan asas kurikulum yang telah dilaksanakan; ii. pelaksanaan Catch-Up Plan mulai pada 1 September 2021 sehingga November 2021 yang bertujuan untuk menyelesaikan kandungan asas kurikulum menggunakan pelbagai strategi seperti pendekatan bertema, modular,pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran terbeza atau ‘simulasi amali (virtual lab); iii, pelaksanaan Pentaksiran Billk Darjah (PBD) secara berterusan sepanjang proses PdPR atau PDP dan melengkapkan pelaporan akhir PBD (penilaian tahap penguasaan murid) pada November 2021; dan iv. pelaksanaan Catch-Up Plan (murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 4) mulai 2 Januari 2022 sehingga 28 Februari 2022 mengikut kumpulan tahap penguasaan murid: a. tidak mencapai Tahap Penguasaan 3 (TP1 - TP2): pelaksanaan program intervensi, dan b. mencapai Tahap Penguasaan 3 (TP3 - TP6): pelaksanaan program pengayaan, pengukuhan atau program khas kecemeriangan. 5. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan_ diminta memaklumkan pelaksanaan program KPMPerkasaKU kepada semua pegawal di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah di bawah pentadbiran YBhg Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan. Perincian program KPMPerkasaKU boleh diakses melalui portal DELIMa di pautan http://sumberku.moe-dl.edu.my/. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Saya yang menjalankan amanah, Det Zone Ya (DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI ABDOL HAMID)

You might also like