You are on page 1of 4

SK CHENDERIANG

KERTAS KERJA PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

1.0 LATAR BELAKANG

Program Transformasi Sekolah 2025 merupakan sebahagian daripada usaha


Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.
Di samping itu, TS25 juga memerlukan sekolah untuk mengaplikasikan amalan
terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pembelajaran dan pengajaran selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
TS25 adalah suatu usaha ke arah melahirkan modal insan yang unggul melalui:-

1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dengan pelibatan


pembelajaran murid yang aktif dan bermakna.
2. Disokong dengan kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan,
3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta
4. Komitmen komuniti yang padu.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program TS25 adalah untuk:

a) menggalakkan pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan


pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid;
b) pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan, iklim bilik
darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang kreatif dan berkesan;
c) memperkasakan pengurusan sekolah yang cekap dan mengutamakan
kemenjadian murid;
d) peningkatan capaian dan penggunaan ICT;
e) pelibatan aktif komuniti setempat; dan
f) pembangunan sahsiah dan kesejahteraan mental.
3.0 PENGENALAN KMR

Projek KmR ( Kefahaman Melalui Rekabentuk ) mengemukakan pendekatan atau


model PdP yang diharapkan dapat membantu guru membudayakan PBS dan
mengaplikasi pedagogi melalui teknik pembelajaran abad 21 terutamanya menjana
kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid semasa aktiviti pembelajaran.

4.0 OBJEKTIF KMR

1. Menambah kefahaman murid berkaitan subjek Sains, Bahasa Inggeris, PSV dan
Bahasa Melayu melalui project-based learning.
2. Menggalakkan murid dalam penglibatan secara hands on bagi meningkatkan
“memory retention” terhadap perkara yang dipelajari.
3. Menguji kefahaman pelajaran melalui kaedah pentaksiran yang dibuat melalui
penglibatan mereka dalam pembinaan projek.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

Bermula dari tarikh 15 Mac hingga 3 Jun 2021, iaitu meliputi perancangan, mesyuarat,
makluman kepada semua murid Tahun 5 dan pembelian hadiah serta penyampaian
hadiah kepada para pemenang.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid Tahun 5 SK Chenderiang dan melibatkan guru-guru subjek Sains,


Bahasa Inggeris, PSV dan Bahasa Melayu.

7.0 PERBELANJAAN

Perbelanjaan bagi menjalankan KmR ini adalah menggunakan peruntukan TS 25


sepenuhnya seperti berikut –

Pembelian peralatan bagi


melaksanakan program
JUMLAH BESAR RM400.00

8.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program Kefahaman Melalui Rekabentuk
(KmR) ini dapat mencapai objektifnya dan menyuntik semangat kepada murid-murid
untuk mengaplikasi kefahaman mereka dengan meneroka, menilai dan memerhati di
sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh:
…………………………
NISA HAIRANI BT NEK MAN
Setiausaha TS 25 Tarikh : …………………………

Disemak oleh:

…………………………
NOORHUZAIRY BINTI ABDUL MAJID
Penolong Kanan Pentadbiran Tarikh : …………………………

Diluluskan oleh :

………………………….
FAUZIAH BINTI ZUN
Guru Besar
SK Chenderiang Tarikh : ………………………..

You might also like