You are on page 1of 3

BIL 1/2014

Sekolah Kebangsaan Nanga Ibau, Kapit, Sarawak

Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil 1/2014

Tarikh : 06 Januari 2014


Masa : 3:00 p.m
Tempat: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran:
1. Encik Mohd Haris Bin Mat Din (Ketua Panitia)
2. Encik Jeli Anak Achan (Guru)
3. Encik Anwar Hariz Bin Osman (Guru)
4. Cik Nur Firdaus Binti Zamrunmunaim (Guru)

Agenda :
1. Ucapan Ketua Panitia
2. Penubuhan AJK Panitia
3. Perancangan Aktiviti Tahunan
4. Perbincangan
5. Hal-hal Lain

1. Ucapan Ketua Panitia

1.1 Beliau mengalu-ngalukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK 
kerana dapat menghadiri dan meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat kali pertama
ini.

1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah menjalankan
tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun lepas. Beliau juga berharap prestasi ini dapat
di teruskan dengan lebih cemerlang pada tahun ini. Beliau berdoa semoga keputusan
UPSR juga terutamanya matapelajaran Matematik akan meningkat pada tahun ini.

Tindakan: Semua Guru Matematik

2. Penubuhan AJK Panitia

Penasihat : En. Rinnie Anak Jaon (Guru Besar)


Pengerusi: En. Kilau Anak Kanyan (GPK 1)
Naib Pengerusi: En. Mohd Haris Bin Mat Din (Ketua Panitia)
Setiausaha: Cik Nur Firdaus bt Zamrunmunain
Bendahari: En. Anwar Hariz Bin Osman
AJK: En. Jeli Anak Anchan

Tindakan : Semua Guru Yang Dilantik


BIL 1/2014

3. Perancangan Aktiviti Tahunan

- Rujuk Lampiran 1

Tindakan: Semua Guru Matematik

4. Guru Mengajar Matematik

4.1 Tahun 1: Cik Nur Firdaus bt Zamrunmunaim


4.2 Tahun 2: En. Jeli Anak Achan
4.3 Tahun 3: En. Mohd Haris bin Mat Din
4.4 Tahun 4: Cik Nur Firdaus bt Zamrunmunaim
4.5 Tahun 5: En. Anwar Hariz bin Osman
4.6 Tahun 6: En. Mohd Haris bin Mat Din

Tindakan: Semua Guru Matematik

5. Perbincangan

5.1 Semua guru boleh memberi cadangan aktiviti sekiranya terdapat penambahan aktiviti.

5.2 Peruntukan yang di berikan kepada Panitia Matematik telah habis di gunakan seperti yang
di beritahu oleh Encik Anwar Hariz. Oleh itu peralatan yang masih belum di beli akan di
usahakan pada tahun ini. Peruntukan pada tahun ini belum diperolehi lagi.

5.3 Ketua Panitia mengingatkan semua peralatan Matematik perlu di simpan di dalam Bilik
Pusat Sumber di dalam almari Matematik. Peralatan yang di pinjam perlu di rekodkan.

5.4 Semua guru boleh mencadangkan peralatan yang sesuai untuk di gunakan pada tahun ini
kepada Cik Nur Firdaus.

Tindakan: Semua Guru Matematik


6. Hal-hal Lain

6.1 Ketua Panitia mengingatkan supaya guru-guru dapat mempertingkatkan prestasi


pengajaran dan pembelajaran untuk tahun ini dengan membuat ABM yang
sesuai  dan menarik minat murid terutamanya untuk murid yang lemah.

6.2 Beliau juga meminta semua guru memastikan murid dapat menguasai operasi asas iaitu
penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.
BIL 1/2014

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:10 Petang

Di sediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ……………………….............
(NUR FIRDAUS BT ZAMRUNMUNAIM) (MOHD HARIS BIN MAT DIN)
Setiausaha Panitia Matematik, Ketua Panitia Matematik,
SK Nanga Ibau, Kapit. SK Nanga Ibau, Kapit.

Disahkan oleh:

…………………………….
(KILAU ANAK KANYAN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sk Nanga Ibau, Kapit.

You might also like