You are on page 1of 3

Mesyuarat PIBG Google Meet Bil.

1/2021
Taklimat Perjalanan Pdpr, Kehadiran, dan PBD Murid
Tarikh: 23 Ogos 2021
Hari: Isnin
Masa 2.30 pm – 4.00 pm
Kehadiran: Sila rujuk lampiran
Agenda;
Guru Besar
1. Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar
a. Perjumpaan kali pertama bersama ibu bapa melalui Google Meet.
b. Kemungkinan besar sekolah belum dapat dibuka semula pada tahun ini.
c. Minit curai akan diedarkan melalui Whatsapp kepada ibu bapa.

2. Pdpr masih baru walaupun masuk tahun kedua digunakan sebagai medium pembelajaran.
a. Proses pdpr SK Kuala Nyalau setakat ini mencapai 100% tetapi guna kaedah
offline.
b. Ada pdpr yang mengikut jadual dan ada yang tidak dapat mengikut jadual atas
sebab-sebab tertentu. Seperti guru hadir berkursus dan sebagainya.
c. Ibu bapa perlu peka dan memantau proses pdpr anak-anak.
d. Sekiranya menerima maklumat pdpr, ibu bapa perlu berikan maklum balas.
e. Ada kes murid langsung tidak respon selama seminggu pdpr dijalankan.
f. Andai kata tiada gajet atau data, maklumkan kepada guru matapelajaran. Bahan
boleh disediakan secara photostat.

3. Dalam pdpr ada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


a. Semasa pdpr, guru akan menilai murid melalui maklumbalas dan penglibatan
dalam pdpr.
b. Ini penting bagi penilaian prestasi murid-murid.
c. Terdapat beberapa cara penilaian iaitu secara lisan, penulisan, pemerhatian, dan
gabungan.

4. PBD ada 6 tahap pentaksiran bermula dari TP 1 – TP 6.


a. Ibu bapa perlu menyemak TP anak masing-masing.
b. Setiap murid perlu memberi maklumbalas dan penglibatan bagi dalam pdpr agar
PBD dapat dijalankan oleh guru.
c. Pelaporan PBD dibuat 2 kali dalam masa satu tahun.
d. Ibu bapa perlu berada bersama murid-murid sewaktu pdpr.
e. Sebarang masalah atau kesukaran yang dihadapi oleh pihak ibu bapa perlu
dimaklumkan kepada guru atau pihak sekolah.

5. Kehadiran pdpr.
a. Agak berbeza dengan sesi persekolahan biasa.
b. Kehadiran diambil melalui maklumbalas dan penglibatan murid.
c. Dua jenis kehadiran dalam pdpr SK Kuala Nyalau buat masa ini iaitu hadir
dengan respon dan aktif dan hadir tapi tidak aktif.
d. Sekiranya dalam 1 minggu murid hadir sehari sahaja dalam pdpr, murid tersebut
dianggap hadir dalam pelaporan kehadiran.

6. Penglibatan Ko-Kurikulum
a. Tahun 6 seboleh-bolehnya aktif dalam setiap aktiviti ko-kurikulum yang
dianjurkan.
b. Memudahkan kemasukan ke sekolah menengah pilihan.
c. Sijil ko-kurikulum penting sebagai penilaian.
d. Ambil peluang PKP untuk terlibat aktif dalam aktiviti ko-kurukulum.
e. Ibu bapa boleh maklumkan segera kepada guru-guru sekiranya anak ingin
menyertai aktiviti ko-kurikulum.

7. KAFA
a. Dijalankan secara online dan offline.

8. Vaksinasi
a. Untuk pendaftaran vaksinasi, hanya 12 tahun – 18 tahun sahaja wjib daftar
manakala 11 tahun ke bawah belum terima arahan daripada pihak atasan.

Penolong Kanan Pentadbiran


1. Pdpr
a. Penggunaan modul dan platform yang bersesuaian bagi mengendalikan pdpr.
b. Guru-guru dan pihak sekolah berharap agar pihak ibu bapa tidak tertekan dengan
proses pdpr.
c. Tidak menjadi masalah sekiranya murid memberi maklumbalas lambat atau tidak
dapat melibatkan diri secara aktif kerana masalah-masalah yang tidak dapat
dielakkan.
d. Guru-guru dan pihak sekolah amat memahami akan masalah setiap ibu bapa
adalah berbeza. Contoh, data tiada dan line hilang.
e. Akan tetapi ibu bapa digalakkan mencuba mencari iktihar agar anak-anak tidak
ketinggalan dalam pdpr mereka.

2. PBD
a. Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk memperbaiki TP murid-murid.
b. TP 1 dan TP 2 perlu dielakkan dan diperbaiki sekiranya ada.
c. Murid-murid dinilai berdasarkan maklumbalas dan penglibatan.

3. Ko-Kurikulum
a. Pelibatan ditekankan untuk murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 terutamanya.
b. Penting bagi penempatan ke sekolah menengah.
c. Semua ujian berkaitan seperti ujian psikometrik dan PAJSK, dll perlu diselesaikan
sebelum hujung tahun persekolahan.
d. Ibu bapa diminta sama-sama membimbing anak-anak dalam kegiatan ko-
kurikulum.
Selitan dari Guru Besar
1. Ibu bapa diminta untuk mengambil video anak-anak membaca buku dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris secara sukarela.
2. Ini bertujuan untuk melihat dan memantau perkembangan prestasi membaca murid-
murid.

Mesyuarat dibuka kepada mana-mana ibu bapa dan guru-guru.


Encik Mohamad (bapa)
1. Meminta guru-guru menetapkan masa pdpr online contoh 8.00 pagi setiap kelas mengikut
subjek.
2. Ulasan GB: cadangan diterima dan akan dimaklumkan kepada guru-guru bagi tindakan
selanjutnya. Sebenarnya, kaedah online telah dibuat sebelum ini tetapi ramai atau majoriti
murid tidak dapat ikut serta atas sebab masalah tertentu.
Encik Jons (GM username) (bapa)
1. Cadangan; sekiranya murid tidak dapat mengikuti pdpr, boleh meminta untuk membuat
video call dengan guru secara individu.
2. Ulasan GB; cadangan diterima tetapi tidak digalakkan membuat pada hari Sabtu dan
Ahad. Ibu bapa dan murid boleh berhubung terus dengan guru bagi menyelesaikan
permasalahan murid yang tidak dapat menyertai pdpr.
Mesyuarat PIBG ditangguhkan.

Disediakan oleh Disahkan oleh

__________________________
____________________________
Encik Ahjarul Bin Amirul Encik Abang Zainal Abidin
Guru Akademik Biasa Guru Besar
SK Kuala Nyalau

You might also like