You are on page 1of 1

Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus

Aktiviti yang difokuskan 4: Memerhati guru Bahasa Cina Mengajar dan membuat
temu bual dengan kakitangan sekolah

Pada hari keempat PBS ini iaitu 5 Ogos 2021, saya telah mengikuti Puan Ting Kai
Ling memasuki kelas Tahun 5 Rajin untuk memerhati guru mengajar mata pelajaran
Bahasa Cina secara Google Meet .

Mula-mula, Cikgu Ling bertanya khabar dengan murid dan memastikan semua murid
hadir. Pada hari tersebut, guru membuat perbincangan dengan murid tentang soalan
peperiksaan mereka. Beliau juga membuat penerangan yang jelas dan menjalankan sesi
soal jawab supaya memastikan murid-murid memahami soalan dan jawapan tersebut.
Kemudian, beliau memimpin murid-murid membaca jawapan dengan menggunakan
intonasi yang baik dan lancar.

Saya memerhati bahawa guru menggunakan alat bahan bantu semasa P&P. Alat
bahan bantu akan lebih baik dalam proses pengajaran kerana gambar-gambar visual juga
dapat menarik minat murid-murid.

Pada waktu petang, saya membuat temu bual dengan kakitangan sekolah, iaitu
pembersih sekolah tentang pandangan beliau terhadap sekolah tersebut.

You might also like