You are on page 1of 2

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

CAWANGAN NEGERI SELANGOR


F-G-33A Vista Alam,
No. 3, Precint 4.5, Jalan Ikhtisas 14/1,
Tel: 03-5523 4475 / 1869
Seksyen 14, Faks: 03-5524 3014
40000 Shah Alam, Portal Rasmi: www.skm.gov.my
SELANGOR DARUL EHSAN. Emel: selangor@skm.gov.my

Ruj. Kami : SKM/SEL/4/314 ( )


Tarikh : 4 Oktober 2021

Pengerusi
Koperasi Pendidikan Kuala Selangor Berhad
D/A No. 5, Aras Satu
Bangunan Tabung Haji
45500 Tanjung Karang
Selangor

Tuan,

PERMOHONAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DI BAWAH


SUBSEKSYEN 39(1) AKTA KOPERASI 1993
- KOPERASI PENDIDIKAN KUALA SELANGOR BERHAD

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan bertarikh 23 September


2021 berkaitan perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) telah


menerima permohonan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) di bawah
subseksyen 39(1) Akta Koperasi 1993 bagi Koperasi Pendidikan Kuala Selangor
Berhad. Berdasarkan semakan, tahun kewangan koperasi adalah pada 31 Disember
dan koperasi hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan selewat-lewatnya
pada 30 Jun 2021.

3. Sehubungan itu, Suruhanjaya bersetuju meluluskan penangguhan Mesyuarat


Agung Tahunan bagi Koperasi Pendidikan Kuala Selangor Berhad di bawah
subseksyen 39(1) Akta Koperasi 1993 sehingga 30 November 2021. Koperasi
hendaklah membentangkan penyata kewangan beraudit berakhir 31 Disember 2020 di
dalam mesyuarat agung tahunan tersebut.
4. Dimaklumkan tiada lagi penangguhan MAT diberikan bagi tahun
pengurusan 2021 kerana mengambil kira MAT hendaklah diadakan dengan tidak
melangkau tahun kewangan berikutnya (31 Disember 2021) serta mengelakkan
koperasi berhadapan dengan implikasi terhadap Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan
perundangan lain yang berkaitan.

5. Pihak koperasi hendaklah bersedia mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan


dalam keadaan norma baharu semasa penularan pandemik COVID-19 iaitu secara
persidangan video melalui pelbagai medium atau platform atas talian (online) yang ada
pada masa kini. Bersama-sama ini disertakan arahan Menteri Pembangunan
Usahawan dan Koperasi Bilangan 1 Tahun 2021 bertarikh 31 Mac 2021 berkaitan
Tatacara Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Semasa Penularan
Pandemik COVID-19 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia seperti di
lampiran untuk rujukan tuan.

6. Sebarang urusan berkaitan Mesyuarat Agung Tahunan boleh berhubung dengan


Encik Abdul Aziz Bin Ayup, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Tinggi Wilayah Kuala
Selangor di talian 019-3665879 atau email abdaziz@skm.gov.my. Semoga pihak
Koperasi dapat mengambil perhatian dan tindakan segera berkaitan perkara ini.
Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AMINUDIN BIN YAHYA)


Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Cawangan Negeri Selangor

s.k : Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Tinggi


Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Wilayah Kuala Selangor

You might also like