You are on page 1of 5

2.

2 BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN

Menurut Kamus Dewan (2005), Bahasa Kebangsaan ditakrifkan sebagai


"bahasa yang diterima dan digunakan rasmi oleh penduduk sesebuah negara
yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat." Bahasa Melayu telah
mengalami proses perkembangan yang pesat. Setelah kemerdekaan, bahasa
Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan menggantikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu telah menjadi
bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke
peringkat menengah. Selain itu, bahasa Melayu turut mendukung peranan
sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum dan pelbagai bahasa. Bahasa Melayu turut menjadi bahasa kebangsaan
yang melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Perkataan ‘bangsa’
bermakna suku kaum, ras dan juga kerakyatan atau kerwarganegaraan. Cogan
kata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), “ Bahasa Jiwa Bangsa” telah
menunjukkan bahawa bahasa itu merupakan identiti serta lambang bagi sesuatu
bangsa. Bahasa kebangsaan hanya boleh ditentukan apabila terdapat satu ciri
kebersamaan yang dapat mempertemukan rakyat pelbagai kaum. Ini kerana jika
diteliti dan dikaji, penguasaan bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa
Tamil bagi pelbagai kaum di Malaysia ini adalah sedikit. Selain itu, jika bahasa
Inggeris yang dijadikan bahasa kebangsaan, ia tidak dapat melambangkan
identiti rakyat Malaysia kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa bangsa asing
yang pernah menjajah kita suatu ketika dahulu dan bahasa Inggeris merupakan
lambang serta identiti bangsa penjajah.

Jika dilihat dari sudut sejarah, Malaysia menggunakan bahasa Inggeris


sebagai bahasa rasmi ketika penjajahan British. Tiada usaha yang padu yang
dijalankan untuk memilih satu bahasa kebangsaan untuk membolehkan
penduduk Tanah Melayu menjalankan hal-hal pentadbiran negara dengan
sendiri. Selain itu, adalah kurang daripada 10% penduduk pada masa itu yang

8
berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula, Tanah
Melayu juga baru mencapai kemerdekaan pada masa itu. Oleh itu, keperluan
untuk menubuhkan bahasa kebangsaan adalah amat mendesak pada ketika itu.
Untuk menentukan bahasa yang sesuai sebagai bahasa kebangsaan, terdapat
beberapa faktor yang telah dipertimbangkan. Jika dilihat dari sudut bilangan
penduduk, bilangan kaum Melayu adalah 43% peratus daripada penduduk
Tanah Melayu. Kaum Cina 36% manakala India ialah 8%. Selain itu, bahasa
Melayu merupakan lingua franca sejak zaman berzaman lagi dan turut dituturkan
oleh golongan bukan Melayu.

Dari segi undang-undang, bahasa Melayu telah dimaktubkan sebagai


bahasa kebangsaan yang tunggal di Malaysia dan telah menjadi lambang identiti
kebangsaan hingga kini menurut perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan, Bahasa Kebangsaan telah menyatakan bahawa bahasa
kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen. Peruntukan di bawah
perkara 10 (4) turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara
yang kedudukannnya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan lambang jati


diri. Merujuk kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
bahasa Melayu merupakan lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini
sangat penting kerana setiap negara mempunyai bahasa mereka yang tersendiri.
Sebagu contoh, negara Jepun dengan Bahasa Jepun, Perancis dengan Bahasa
Perancis dan Rusia dengan Bahasa Rusia. Untuk menjadi lambang Malaysia di
persada dunia, bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting. Bahasa
Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi
memenuhi kemajuan mengikut acuan sendiri. Oleh itu, terdapat program yang
telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran iaitu Memartabatkan Bahasa
Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Program ini dilancarkan

9
agar rakyat Malaysia dapat mencapai kemajuan dengan menggunakan bahasa
kita sendiri, Bahasa Melayu. Jika negara lain seperti Jepun, Jerman dan
Perancis mampu untuk berdiri megah dengan lambang identiti mereka, bahasa
kebangsaan mereka sendiri, apa kurangnya kita.

Tiada siapa yang dapat menyangkalkan bahawa bahasa merupakan


tunggak jati diri bangsa. Jika lenyapnya sesuatu bahasa maka lenyaplah
bangsanya. Malaysia memerlukan bahasa kebangsaan sebagai satu identifikasi
kebangsaan selepas kemerdekaan. Menurut Tunku Abdul Rahman,

Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun kita memerlukan


satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan,
negara kita akan ketiadaan nyawa.

(Wong & Ee, !971, hal.78)

Bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang melambangkan identiti


kebangsaan sesuatu bangsa atau negara. Bahasa kebangsaan ialah bahasa
yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan
lazimnya merupakan bahasa rasmi sesebuah negara tersebut. Bahasa
kebangsaan merupakan lambang jati diri serta identiti negara. Ia juga merupakan
bukti bahawa Malaysia juga mampu untuk berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara maju yang lain seperti Perancis, Jepun dan
Rusia. Bahasa kebangsaan selalunya digunakan sebagai wacana politik dan
undang-undang yang ditetapkan dalam negara kita. Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan kerana kita
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita di samping
dapat menjadi lambang serta identiti bagi bangsa negara kita.

Sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu mampu menggambarkan


kita bangsa Malaysia sebagai bangsa yang berkuasa. Untuk mengetengahkan
Bahasa Melayu, bahasa lain juga tidak boleh ditolak. Dalam era globalisasi ini,

10
pengetahuan dalam bahasa lain tidak akan merugikan bangsa malahan ia
adalah perlu. Namun begitu, Bahasa Melayu hendaklah menjadi “watak” utama
di pentas nasional, manakala Bahasa Inggeris merupakan “watak” sampingan
yang sama-sama mendukung peranan untuk memacu kejayaan negara. Sesuatu
bangsa itu hanya akan maju sekiranya mempelajari ilmu pengetahuan daripada
bahasa lain.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga memainkan peranan


penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Untuk memastikan bahasa
kebangsaan kita berfungsi dengan cemerlang selaras dengan perkembangan
negara, kita haruslah berusaha untuk menjdikan bahasa Melayu sebagai bahasa
yang dihormati dan lebih baik agar kita mampu untuk menyerlahkan
kegemilangan bangsa kita sendiri, bangsa Malaysia. Oleh itu, janganlah kita
merasa segan untuk menggunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan
bahasa Melayu di persada antarabangsa. Bahasa kebangsaan kita juga
merupakan wacana politik. Bahasa yang dapat membina negara bangsa, bahasa
itu juga mampu untuk melahirkan penutur yang berkualiti serta berkuasa.
Contohnya, seorang ali politik yang mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan
bermutu melalui bahasa Melayu akan dapat mengangkat Bahasa Melayu
sebagai bahasa yang berkuasa.

Sebagai kebangsaan, Bahasa Melayu digunakan dalam urusan politik


serta komunikasi rasmi. Ini bermaksud, segala hal-hal rasmi serta urusan surat
menyurat antara pejabat haruslah menggunakan bahasa Melayu. Selain itu,
bahasa kebagsaan juga merupakan alat komunikasi dalam kelompok sosial yang
besar yag mempunyai pandangan hidup yang hampir serupa. Rata-rata
penduduk Malaysia berkemampuan untuk memahami dan bertutur dalam
bahasa Malayu, oleh itu, bahasa Melayu merupakan alat komunikasi untuk
menghubungkan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia ini. Bahasa kebangsaan
juga sebagai pendekatan untuk mencapai keharmonian dalam sesebuah negara.

11
Contohnya, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa dalam sistem pendidikan
telah menyatukan rakyat pelbagai rumpun dan etnik selepas era kemerdekaan di
mana erpaduan merupakan asas kepada perjuangan kemerdekaan pada zaman
penjajahan suatu ketika dahulu. Bahasa kebangsaan merupakan identifikasi
nasional di mana ketika perasmian Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur
pada 4 Jun 1995, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan
bahawa matlamat utama bahasa kebangsaan adalah untuk menyatupadukan
warga Malaysia yang pelbagai kaum dan etnik. Hanya dengan itulah, satu identiti
bangsa Malaysia dapat diperolehi dan dicapai.

Bahasa jiwa bangsa. Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan


sesebuah tamadun juga bergantung dengan bahasanya. Negara-negara seperti
Jepun, perancis dan Jerman mampu berdiri megah di persada dunia dengan
bahasa ibunda mereka sendiri. Bahasa sebagai tunjang penting bangsa telah
memperlihatkan tahap kemajuan kita. Hanya melalui bahasa kebangsaan, kita
dapat menggambarkan diri kita sebagai bangsa Malaysia secara utuh. Jika tiada
bahasa kebangsaan sebagai identiti kita, ia bagaikan bangsa yang tidak
mempunyai wajah. Maka, kita haruslah meningkatkan daya usaha untuk
memastikan Bahasa Melayu mengambil pentas utama hingga menjadi meta
naratif dalam pembangunan negara. Jangan sesekali dibiarkan bahasa kita
ditelan bahasa asing. Kita haru terus menyuburkan, memperkasakan dan
memperluaskan penggunaanya. Lebih-lebih lagi kita sebagi warga pendidik,
haruslah senantiasa untuk menerapkan kepentingan bahasa kebangsaan dalam
kalangan pelajar agar pelajar akan sentiasa mengetahui serta menghargai
bahasa kita yang merupakan simbolik kepada bangsa kita.

12

You might also like