You are on page 1of 1

Kepercayaan kepada tuhan

Definisi:

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan
pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Kata Kunci:

Keyakinan wujudnya Tuhan

Tuhan sebagai pencipta alam

Mematuhi segala suruhan Tuhan

Berlandaskan pegangan agama masing-masing

Ajaran Agama KEluarga saya

1. Saya dan keluarga saya berpegang kepada ajaran agama.


2. Saya mempunyai kawan-kawan yang terdiri daripada pelbagai agama.
3. Setiap agama mempunyai cara beribadat yang tersendiri dan berbeza dengan agama-agama
lain.
4. Saya perlu patuh kepada ajaran agama saya.
5. Kawan-kawan saya juga perlu patuh kepada ajaran agama masing-masing.

Amalan Ajaran Agama

1. Setiap agama mengajar pengikutnya untuk berbuat kebaikan.


2. Setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat balasan yang baik dari Tuhan.
3. Beribadat kepada Tuhan akan memberi kebaikan iaitu disayangi Tuhan, disayangi keluarga dan
mendapat kebaikan serta kebahagiaan dalam kehidupan.

Contoh perlakuan patuh kepada ajaran agama dalam keluarga

a) Islam – mengucapkan salam


b) Buddha – menghormati ibu bapa
c) Hindu – meletakkan “Vibuthi” di dahi (Abu SUCI)
d) Kristian – berdoa sebelum makan
e) Sikh – Memakai turban

Apakah perasaan kamu apabila patuh kepada ajaran agama?

1. Saya berasa gembira


2. Saya berasa senang hati

Apakah yang telah saya pelajari dari nilai ini?

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai keluarga yang menyayangi saya.

You might also like