You are on page 1of 2

Aduan Pengguna

Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat
Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).

Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak
semua aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Kementerian untuk menyelesaikannya.

Pengguna sering ditipu menerusi:

Penipuan Perkhidmatan

Penipuan Harga

Penipuan Transaksi Internet

Jualan Bahan Petroleum

Tiada Tanda Harga

Bengkel Kenderaan Bermotor

Pekhidmatan Telekomunikasi

Penipuan Gores Dan Menang

Penipuan Perjanjian Sewa Beli

Penyelewengan Jualan Lansung

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:

Talian bebas tol (1-800-886-800)

Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my

Whatsapp

Skim Piramid
Promosi sesuatu skim atau pembayaran bonus atau faedah lain adalah semata-mata atau terutamanya
perekrutan atau pengenalan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid
berbanding dengan jualan barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.

Bonus dibayar kepada peserta atau mana-mana faedah lain diterima oleh peserta semata-mata atau
terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain ke dalam skim, pelan, pengendalian atau
proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara
oleh peserta atau orang lain.

Suatu kontrak bertulis atau pernyataan yang memperihalkan terma material perjanjian tidak disediakan
kepada peserta yang menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

Pembelian barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak
jualan dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan bagi
penyertaan atau pembayaran bonus atau faedah lain dalam skim, pelan, pengendalian atau proses
berantai piramid.

Peserta dikehendaki untuk membeli barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara dalam amaun
yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh
masa yang munasabah. Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka
didesak untuk membeli pakej barang-barang terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk
melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses
berantai piramid.

Dasar bayar balik bagi barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta
atau pengguna tidak disediakan.

Dasar beli balik oleh pengendali skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid bagi barang-
barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang boleh dipasarkan pada masa ini atas permintaan
peserta dalam terma atau perjanjian yang munasabah tidak dibenarkan atau disediakan.

Kehendak struktur skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid yang ketat atau tidak
munasabah bagi kelayakan peserta untuk dibayar bonus atau faedah lain.

Pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid tidak
dibenarkan.

Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk
menyertai skim, pengendalian atau proses berantai piramid.

You might also like