You are on page 1of 9

Sejarah Tingkatan 2 Sampel Kajian Lapangan Sejarah

Sampel Kajian Lapangan Sejarah

Arahan kepada Murid

(a) Tugasan Sejarah Tingkatan 3 (TST3) ini wajib dilaksanakan oleh murid Tingkatan 3 tahun semasa
dalam tempoh Mei hingga Jun.
(b) Laporan TST3 hendaklah ditulis tangan dan proses penulisan laporan dilaksanakan dalam enam waktu
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah serta mendapat bimbingan guru.
(c) Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dibuat di luar waktu PdP.
(d) Boleh menjalankan penyelidikan secara individu atau berkumpulan tetapi hasil kerja/ laporan TST3
dan pembentangan dilakukan secara individu.
(e) Melaksanakan TST3 mengikut prosedur kerja yang betul dan penulisan laporan TST3 mengikut format
penulisan yang ditetapkan.
(f) Murid dilarang meniru, menyalin atau menciplak mana-mana sumber.
(g) Murid hendaklah menghasilkan laporan TST3 sendiri berdasarkan tema/ tajuk yang ditentukan oleh
pihak sekolah.
(h) Murid akan diberikan 0 markah jika didapati meniru, menyalin atau menciplak mana-mana bahagian
laporan.
(i) Penulisan laporan TST3 perlu mematuhi aspek tatabahasa.
(j) Masa pembentangan laporan TST3 ialah antara 03 – 05 minit bagi setiap murid.
(k) Pentaksiran/ penilaian proses kerja murid dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan.
(l) Memperakukan tugasan dengan menandatangani perakuan murid pada muka hadapan tugasan.

Peranan dan Tanggungjawab Murid

(a) Mendapat taklimat tentang TST3 daripada guru mata pelajaran dan membina jadual kerja tugasan
dengan bimbingan guru semasa taklimat.
(b) Menerima, membaca, memahami dan melaksanakan TST3 seperti yang diarahkan dalam “Arahan
kepada Murid”.
(c) Membina pernyataan masalah berdasarkan tema atau tajuk yang telah ditetapkan di peringkat sekolah
untuk TST3 tahun semasa.
(d) Mencari sumber rujukan berkaitan pernyataan masalah. Jumlah sumber rujukan sekurang-kurangnya
tiga sumber rujukan.
(e) Membina objektif kajian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.
(f) Mengenal pasti kaedah yang sesuai dengan kajian.
(g) Mengumpul dan menganalisis data daripada sumber yang berkaitan.
(h) Menyenaraikan bahan-bahan yang telah dirujuk.
(i) Menganalisis data dan membuat perbandingan daripada pelbagai bahan dan sumber untuk menjawab
pernyataan masalah yang dikaji.
(j) Menulis laporan kajian mengikut format yang ditetapkan.
(k) Membentangkan laporan kajian secara individu.

Format Penulisan

Berikut merupakan format penulisan laporan TST3 yang perlu dipatuhi oleh murid semasa menulis laporan
lengkap tugasan menggunakan 6 waktu PdP Sejarah, iaitu:
(a) Laporan TST3 hendaklah ditulis tangan di atas kertas bersaiz A4.
(b) Murid hendaklah menyediakan laporan TST3 sebanyak satu (1) hingga lima (5) halaman bertulis
termasuk jadual, graf, rajah, gambar, rujukan dan lampiran.
1
Sejarah Tingkatan 2 Sampel Kajian Lapangan Sejarah

(c) Penulisan sumber rujukan hendaklah mengikut format yang betul.


(d) Penerangan grafik muka hadapan TST3 adalah seperti berikut:
(i) Muka hadapan TST3 mengikut contoh yang disediakan
(ii) Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding
(iii) Tidak perlu memasukkan senarai kandungan dalam laporan TST3
(e) Pelajar dikehendaki membuat TST3 berdasarkan tema/ tajuk:
Tajuk 7: Campur Tangan dan Penjajahan Kuasa Barat (Tingkatan 3)

JADUAL KERJA TUGASAN SEJARAH TINGKATAN 3 (TST3) 2019

Tarikh Aktiviti Catatan


30 April 2019 Taklimat TST3 Guru memberikan
Guru memberi taklimat TST3 kepada semua murid taklimat kepada
murid kelas masing-
masing.
6 – 9 Mei 2019 Merangka pelaksanaan kajian kes Dengan merujuk
Guru membimbing murid: DSKP Tingkatan 3:
(a) Membina pernyataan masalah Tajuk 7: Campur
(b) Membina objektif kajian Tangan dan
(c) Mengenal pasti kaedah kajian yang sesuai Penjajahan Kuasa
(d) Mengenal pasti bentuk laporan kajian Barat
(e) Menentukan tempoh kajian dan proses kerja
pelaksanaan kajian kes Calon boleh memilih
tajuk daripada Bab 1
hingga Bab 3.
6 – 10 Mei 2019 Langkah 1: Membina pernyataan masalah Di dalam kelas
Guru membimbing murid:
(a) Membina persoalan kecil:
(i) Guru membimbing murid dengan membina
persoalan kecil bagi memberikan pemahaman
tentang permasalahan yang dikaji serta
membuatkan murid lebih berfokus
(ii) Memudahkan murid mengenal pasti sumber
dan mencari maklumat
(iii) Memberi panduan kepada murid untuk
menjalankan kajian
6 – 10 Mei 2019 Langkah 2: Kajian literatur
Guru membimbing murid:
Mengenal pasti bahan rujukan dan kajian lepas
berdasarkan buku ilmiah, jurnal dan majalah yang
berkaitan kajian terdahulu
6 – 10 Mei 2019 Langkah 3: Menentukan objektif kajian
Guru membimbing murid (Sekurang-kurangnya membina
tiga objektif)
(a) Menerangkan kepentingan objektif kajian kepada
murid
(b) Membina objektif yang jelas agar mudah dicapai
(c) Membina objektif yang merangkumi pengetahuan,
KPS serta elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
(d) Membina objektif kajian perlu disesuaikan dengan
aras murid

2
Sejarah Tingkatan 2 Sampel Kajian Lapangan Sejarah

6 – 10 Mei 2019 Langkah 4: Menentukan kaedah kajian


Guru membimbing murid untuk menggunakan kaedah
kajian yang bersesuaian:
(a) Menentukan kaedah kajian:
(i) Kaedah bertulis
(ii) Kaedah lisan
(iii) Pemerhatian
(b) Menjelaskan tatacara memperoleh bahan kajian atau
mengumpulkan maklumat melalui bahan sumber
6 – 10 Mei 2019 Langkah 5: Mengenal pasti sumber rujukan
Guru membimbing murid:
(a) Menentukan sumber rujukan yang sesuai digunakan
Contoh sumber rujukan:
(i) Orang sumber
(ii) Dokumen/ jurnal
(iii) Laman sesawang/ Internet
(iv) Majalah
(v) Agensi berkaitan
(b) Memilih sumber yang sesuai untuk memastikan data
yang diperoleh sahih dan benar
(c) Memastikan murid bertanggungjawab dengan
sumber yang diperoleh sebagai bukti
6 – 10 Mei 2019 Langkah 6: Analisis data
Guru membimbing murid:
(a) Membanding beza dapatan yang diperoleh
(b) Memastikan data yang diperoleh dapat mencapai
objektif kajian dan menjawab pernyataan masalah
13 – 24 Mei 2019 & Langkah 7: Laporan kajian
10 – 14 Jun 2019 Guru membimbing murid menyediakan laporan kajian:
(a) 1 hingga 5 halaman
(b) Merangkumi:
(i) Pernyataan masalah
(ii) Objektif kajian
(iii) Kaedah kajian
(iv) Dapatan kajian
(v) Kesimpulan dan cadangan
(vi) Rujukan
(vii) Lampiran
17 – 28 Jun 2019 Langkah 8: Pembentangan
Guru membimbing murid menyediakan pembentangan
dalam bentuk:
(a) Pembentangan PowerPoint
(b) Kertas sebak
(c) Video/ animasi
(d) Komik
(e) Pengucapan awam
(f) Lain-lain bentuk laporan yang difikirkan sesuai

3
Sejarah Tingkatan 2 Sampel Kajian Lapangan Sejarah

JADUAL KERJA TUGASAN SEJARAH TINGKATAN 3 (TST3) 2019 MURID

Bil. Tarikh Aktiviti Catatan


1 30 April 2019 • Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Dilakukan di dalam
Sejarah kelas
• Memahami tugasan dan membuat perbincangan
dengan guru dan rakan-rakan
2 2 – 3 Mei 2019 • Memilih tajuk/ pernyataan masalah berdasarkan tema Rujukan awal dibuat
yang ditetapkan di rumah/ secara
• Memilih tajuk Bab 1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat berkumpulan
ke Negara Kita
• Mendapatkan bimbingan awal daripada guru dengan
membentuk persoalan kecil bagi membina pernyataan
masalah
• Membuat pembacaan awal (kajian literatur) berkaitan
dengan tajuk yang terdapat di Internet, buku rujukan
dan majalah
6 Mei 2019 • Cuti awal Ramadhan
3 8 Mei 2019 • Tiga objektif kajian dicadangkan berdasarkan Perbincangan
pengetahuan, kemahiran dan nilai bersama kumpulan
• Tiga kaedah kajian dicadangkan untuk memudahkan dengan bimbingan
rujukan maklumat guru
• Menentukan sumber rujukan yang akan digunakan
untuk mengumpul maklumat (buku rujukan, laman
web, menemu ramah orang sumber dan video)
9 Mei 2019 • Membuat lawatan ke perpustakaan untuk mengumpul Berkunjung ke
maklumat daripada buku-buku di perpustakaan perpustakaan
• Melayari Internet untuk memuat turun maklumat dan sekolah
mencetak maklumat tersebut
4 10 Mei 2019 • Mendapatkan maklumat tentang orang sumber – Menemu bual dua
• Menyediakan soalan untuk ditemu bual orang sumber
• Menemu bual orang sumber
• Transkrip temu bual disediakan – Penyediaan
transkrip
dilakukan di
rumah
5 13 Mei 2019 • Melakukan analisis data berdasarkan maklumat dan Dilakukan di Bilik
bahan yang diperoleh Media bersama
• Mengumpul maklumat berdasarkan sumber rujukan rakan-rakan
• Membanding beza data daripada sumber rujukan yang
diperoleh
6 14 Mei 2019 • Berjumpa dengan guru untuk menyemak proses Dilakukan di dalam
pengumpulan maklumat dan perancangan kelas bersama guru
• Membuat pembetulan mengikut cadangan/ nasihat
guru
7 16 Mei 2019 Menulis laporan kajian Dilakukan di dalam
(12.40 pm Pengenalan kelas
hingga 1.15 pm) Objektif 1: Memerihalkan latar belakang kedatangan (Waktu 1)
kuasa Barat ke negara kita

4
Sejarah Tingkatan 2 Sampel Kajian Lapangan Sejarah

8 23 Mei 2019 Objektif 2: Menjelaskan faktor kedatangan kuasa Barat Dilakukan di dalam
(12.40 pm pada abad ke-16 kelas
hingga 1.15 pm) (Waktu 2)
9 25 Mei 2019 – Cuti sekolah Pertengahan Penggal 1
9 Jun 2019
10 10 Jun 2019 Objektif 3: Menganalisis faktor kedatangan kuasa Barat Dilakukan di dalam
(8.50 am hingga yang dipengaruhi perkembangan sains dan kelas
10.00 am) teknologi di Eropah (Waktu 3 dan 4)
13 Jun 2019 Objektif 4:
Mencadangkan cara memanfaatkan Dilakukan di dalam
(12.40 pm kedudukan strategik negara Malaysia di kelas
hingga 1.15 pm) laluan antarabangsa (Waktu 5)
11 17 Jun 2019 • Menulis kesimpulan dan cadangan Dilakukan di dalam
(8.50 am hingga • Menulis sumber rujukan kelas
10.00 am) • Menyusun lampiran (Waktu 6)
• Mengemas kini laporan
• Menandatangani muka surat depan
• Laporan yang sudah siap dihantar kepada guru
18 Jun 2019 – • Membuat persiapan untuk pembentangan Dilakukan di rumah
26 Jun 2019 • Menggunakan kertas sebak dan gambar
• Membuat peta minda
12 27 Jun 2019 Pembentangan Dalam tempoh
• Dilakukan di dalam kelas 3 – 5 minit
• Membuat kuiz ringkas kepada rakan di dalam kelas

Laporan Kajian

Tajuk 7: Campur Tangan dan Penjajahan Kuasa Barat


Tajuk Kajian: Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita
Penulis: (Nama murid)

Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif dalam menjalankan tugasan ini, iaitu:
(a) Memerihalkan latar belakang kedatangan kuasa Barat ke negara kita.
(b) Menjelaskan faktor kedatangan kuasa Barat pada abad ke-16.
(c) Menganalisis faktor kedatangan kuasa Barat yang dipengaruhi perkembangan sains dan teknologi di
Eropah.
(d) Mencadangkan cara memanfaatkan kedudukan strategik negara Malaysia di laluan antarabangsa.

Kaedah Kajian
Terdapat beberapa kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan sumber rujukan bagi tugasan ini.
Antaranya ialah:
(a) Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya telah berkunjung ke perpustakaan sekolah untuk membaca beberapa buah buku rujukan bagi
mendapatkan maklumat tentang tugasan.
(b) Kaedah melayari Internet
Saya telah melayari beberapa laman web yang sahih bagi mendapatkan maklumat tentang tugasan.
Dapatan data daripada beberapa laman web ini telah disemak silang bagi memastikan maklumat yang
diperoleh adalah tepat dan benar.

5
Sejarah Tingkatan 2 Sampel Kajian Lapangan Sejarah

(c) Kaedah temu bual


Saya telah menemu bual dua orang sumber, iaitu dan
bagi mendapatkan idea tentang cara memanfaatkan
kedudukan strategik negara Malaysia di laluan antarabangsa. Saya telah menemu bual mereka di
rumah mereka.
(d) Kaedah audio visual
Saya telah menonton video berkaitan Revolusi Perindustrian di aplikasi youtube.com dan telah memuat
turun video tersebut sebagai rujukan.

Dapatan Kajian
Pengenalan
Negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak 62 tahun yang lalu. Pelbagai rintangan dan cabaran
telah dihadapi oleh pemimpin negara kita bagi melepaskan diri daripada penjajahan yang telah berlaku
selama 446 tahun. Terdapat beberapa kuasa Barat seperti Portugis, Belanda dan British telah menjajah
negara kita atas pelbagai faktor. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah ditubuhkan oleh kerajaan
British di London pada 31 Disember 1600 serta diberikan hak monopoli dalam perdagangan rempah di
Kepulauan Melayu. Walaupun pada awalnya SHTI berfokus kepada perkembangan perdagangan, namun
kemudiannya telah menunjukkan usaha untuk menguasai tanah jajahan. Begitu juga dengan Syarikat Hindia
Timur Belanda yang ditubuhkan pada 20 Mac 1602 bagi memonopoli perdagangan di Timur, manakala
Perancis pula menubuhkan Syarikat Hindia Timur Perancis pada Ogos 1628 untuk berdagang di Asia.
Kuasa-kuasa ini telah bangkit sebagai kuasa penjajah dan bersaing untuk mendapatkan kekayaan dan tanah
jajahan dengan menjadikan negara-negara di Alam Melayu sebagai sasaran mereka.

Faktor Kedatangan Kuasa Barat pada Abad ke-16


Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong kedatangan kuasa Barat ke negara kita pada abad
ke-16. Antaranya ialah bagi mendapatkan barangan mewah. Kuasa Barat ingin mendapatkan barangan
mewah seperti rempah-ratus, minyak wangi, emas, perak, batu permata, gading dan hasil hutan yang
terdapat di Alam Melayu. Hal ini kerana, kawasan Alam Melayu sangat kaya dengan hasil-hasil tersebut.
Tambahan pula, orang Eropah juga memerlukan barangan mewah dari negara China seperti teh, sutera dan
tembikar. Sememangnya teh mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Eropah.
Selain itu, kedatangan kuasa Barat juga didorong oleh keperluan untuk mendapatkan satu pusat
pengumpulan barangan di Alam Melayu di mana syarikat perdagangan Eropah memerlukan pusat
pengumpulan bahan mentah tempatan yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara India
dengan China. Hal ini disebabkan, dalam perdagangan antara kuasa Barat dengan negara China, kuasa Barat
perlu mendapatkan barangan seperti emas, perak, bijih timah dan rempah-ratus untuk dijadikan tukaran
kepada negara China. Barangan ini boleh didapati di Alam Melayu yang terletak di laluan perdagangan.
Maka secara tidak langsungnya hal ini telah menjadi salah satu faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita
yang merupakan sebahagian daripada Alam Melayu.
Faktor seterusnya ialah keperluan sebuah pelabuhan yang sesuai untuk dijadikan pelabuhan
persinggahan dan dijadikan tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun. Terdapat
dua jenis angin monsun yang bertiup dan mempengaruhi pelayaran kapal dagang, iaitu angin Monsun Barat
Daya yang bertiup dari bulan Mei hingga September serta angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari
bulan November hingga Mac. Tiupan angin monsun ini memainkan peranan penting dalam menentukan
masa pelayaran. Malah, kuasa Barat juga memerlukan pelabuhan persinggahan di Tanah Melayu untuk
memudahkan kapal berlabuh, mengisi bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum
belayar ke Canton, China.
Faktor terakhir ialah penyebaran agama Kristian. Hal ini kerana, matlamat penjajahan adalah untuk
kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran. Mereka ingin memonopoli perdagangan rempah, menyebarkan
agama Kristian serta menaikkan nama negara masing-masing. Dari segi penyebaran agama Kristian, orang
Eropah berkobar-kobar untuk menyebarkan agama Kristian di tanah jajahan akibat daripada Perang Salib,
iaitu ingin menentang pengaruh Islam.

6
Sejarah Tingkatan 2 Sampel Kajian Lapangan Sejarah

Faktor Kedatangan Kuasa Barat yang Dipengaruhi Perkembangan Sains dan Teknologi di Eropah
Walaupun terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada kemaraan kuasa Barat ke negara kita,
namun untuk membuat tugasan ini penumpuan diberikan kepada aspek sains dan teknologi. Perkembangan
sains dan teknologi berlaku di Eropah sejak abad ke-17 hingga abad ke-20 yang telah memberikan impak
secara langsung terhadap kedatangan kuasa Barat.
Antaranya ialah Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke-17. Perkembangan dalam
perladangan serta Revolusi Pertanian di Britain telah mendorong kepada berlakunya Revolusi Perindustrian
ini. Revolusi ini juga berkaitan dengan perubahan daripada penggunaan tenaga manual buruh kepada
pembuatan berasaskan mesin. Malah, peluasan kuasa yang dilakukan oleh kuasa Barat telah menggalakkan
perkembangan kegiatan perdagangan, kewujudan pasaran kewangan dan pengumpulan modal. Kuasa Barat
yang terlibat ialah Jerman, Perancis dan Britain. Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan menguasai
tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang perusahaan secara
konsisten. Pengeluaran secara besar-besaran yang dilakukan telah mendorong kepesatan perdagangan
barangan kilang. Oleh itu, kawasan pasaran yang lebih luas diperlukan untuk memasarkan hasil keluaran
barangan tersebut supaya mereka dapat memperoleh keuntungan yang maksimum. Tuntasnya, Revolusi
Perindustrian ini telah membawa kepada keperluan bahan mentah dan pasaran yang telah mendorong
kemaraan kuasa Barat ke Alam Melayu.

Gambar menunjukkan sebuah kilang dalam era Revolusi Perindustrian di Britain

Faktor seterusnya ialah perkembangan industri kereta. Industri ini mula mendapat perhatian di Barat
seiring dengan penciptaan kereta dan perkembangan motokar seperti kereta, bas dan lori. Penciptaan
tayar daripada getah asli telah menyebabkan permintaan untuk komoditi tersebut meningkat. Malah, getah
asli juga merupakan bahan penting dalam perusahaan penebat barangan elektrik. Jadi, negara kita yang
berfokus kepada penanaman getah asli secara besar-besaran oleh pemodal Eropah telah menjadi tumpuan
kuasa Barat untuk memperoleh bahan mentah tersebut bagi memenuhi penciptaan tayar dan bahan penebat
barangan elektrik.
Faktor lain pula ialah perkembangan industri mengetin seperti industri mengetin makanan. Bahan
mentah utama yang diperlukan dalam industri mengetin ini ialah bijih timah, iaitu komoditi yang sangat
mudah didapati di negara kita. Selain daripada industri mengetin makanan, bijih timah juga diperlukan
untuk membuat bumbung rumah dan tong minyak. Hal ini telah menyebabkan harga bijih timah melambung
tinggi. Selepas tahun 1840, permintaan bijih timah dari negeri-negeri Melayu bertambah dengan pesat dan
pengeluaran tersebut banyak melibatkan pemodal Barat.
Pembukaan Terusan Suez juga merupakan salah satu aspek perkembangan sains dan teknologi di
Eropah yang telah membawa kepada kedatangan kuasa Barat ke negara kita. Terusan Suez ini dibina pada
tahun 1859 yang telah menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.
Panjang terusan ini ialah 193.3 km. Pembukaan Terusan Suez telah menyebabkan perjalanan ke Barat dan
Timur menjadi lebih selamat dan jarak perjalanan menjadi pendek. Hal ini kerana, kapal-kapal tidak perlu

7
Sejarah Tingkatan 2 Sampel Kajian Lapangan Sejarah

menggunakan laluan yang melalui Tanjung Harapan. Perdagangan yang berlaku di antara Alam Melayu
dengan Benua Eropah semakin bertambah dengan pembukaan Terusan Suez yang menjadi antara faktor
pemangkin kedatangan kuasa Barat ke negara kita.

Gambar menunjukkan Terusan Suez pada abad ke-18

Di samping itu, faktor penciptaan kapal wap yang menggantikan kapal layar pada abad ke-19.
Penggunaan kapal wap telah membawa pelbagai kebaikan seperti dapat membawa muatan yang banyak,
perjalanan menjadi cepat, malah dapat menjimatkan kos. Tambahan pula, penghantaran barang dagangan
menjadi semakin murah dan mudah.
Faktor terakhir ialah penciptaan telegraf yang merupakan satu bentuk komunikasi yang telah
memudahkan perhubungan serta menyumbang kepada perkembangan perdagangan antara Alam
Melayu dengan Benua Eropah. Hal ini kerana, ahli-ahli perniagaan di Eropah dan Amerika Syarikat dapat
menghubungi ejen atau wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat. Secara tidak langsung penglibatan
Tanah Melayu dalam kegiatan pasaran dunia antarabangsa menjadi penting dan ini telah menyebabkan
faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita.

Cara Memanfaatkan Kedudukan Strategik Negara Malaysia di Laluan Antarabangsa


Kedudukan strategik Malaysia di laluan perdagangan antarabangsa merupakan satu kelebihan untuk
negara kita. Kedudukan Malaysia di laluan perdagangan antara Timur dengan Barat, iaitu antara negara
China dengan India yang menjadi tumpuan aktiviti perdagangan sejak zaman dahulu lagi. Oleh itu, kita
haruslah memanfaatkan kedudukan strategik ini bagi memajukan negara kita.
Antara cara memanfaatkan kedudukan strategik negara Malaysia ialah dengan membina pelabuhan
antarabangsa serta menaik taraf pelabuhan negara kita ke taraf antarabangsa. Hal ini akan memberi
keyakinan kepada pedagang-pedagang antarabangsa untuk menjadikan pelabuhan di Malaysia sebagai
pelabuhan pilihan utama mereka. Antara pelabuhan sedia ada yang terdapat di Malaysia ialah Pelabuhan
Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan sebagainya. Kemudahan yang dimaksudkan
ialah penggunaan kabin dan platform yang lebih luas dan selesa. Malah, penggunaan mesin-mesin automasi
yang memudahkan urusan seperti forklift untuk mengangkut barangan dan troli mesra pengguna adalah
penting bagi menarik perhatian pengguna menjadikan Malaysia sebagai pilihan mereka untuk mendapatkan
kemudahan pelabuhan.
Keselamatan merupakan aspek penting dalam aktiviti perdagangan antarabangsa. Oleh itu, pihak
berkuasa perlu memperketat keselamatan di perairan malah di ruang udara. Hal ini adalah perlu bagi
memelihara negara daripada ancaman keselamatan seperti lanun, pengganas, pemerdagangan manusia
serta aktiviti-aktiviti sabotaj yang lain. Harus diingatkan bahawa jaminan keselamatan akan memberi
keyakinan kepada pengguna dalam dan luar negara untuk menjadikan Malaysia pelabuhan pilihan utama
mereka memandangkan kedudukan strategik Malaysia yang terletak di laluan perdagangan antarabangsa.

8
Sejarah Tingkatan 2 Sampel Kajian Lapangan Sejarah

Seterusnya ialah meningkatkan sektor perkhidmatan di negara kita. Contohnya seperti sektor
perhotelan, pengangkutan dan perhubungan. Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak pembinaan
hotel berdekatan pelabuhan untuk didiami pengguna antarabangsa. Hal ini bukan sahaja akan menjana
pendapatan negara malah akan mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Penyediaan
perkhidmatan yang berkualiti akan memudahkan urusan perdagangan antarabangsa.

Kesimpulan dan Cadangan


Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kedatangan kuasa Barat ke negara kita.
Pada abad ke-16, faktor-faktor seperti keperluan mendapatkan barangan mewah, pusat pengumpulan
barang, pelabuhan persinggahan serta motif menyebarkan agama Kristian mempengaruhi kedatangan
kuasa Barat ke negara kita. Pada abad ke-17 hingga abad ke-20 pula, perkembangan sains dan teknologi yang
berlaku di Barat telah mempengaruhi kedatangan kuasa Barat seperti Revolusi Perindustrian, penciptaan
tayar dalam industri kereta, industri mengetin makanan, pembukaan Terusan Suez, penciptaan kapal wap
serta telegraf. Sememangnya, kedudukan negara kita di laluan perdagangan antarabangsa menjadi antara
faktor yang menyebabkan tumpuan kuasa Barat.
Kedatangan kuasa Barat telah membawa pelbagai perubahan dari aspek politik, ekonomi dan sosial
serta impaknya masih lagi dirasai sehingga ke hari ini. Sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah
mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah yang telah berlaku dan menjadikan tugas menjaga kedaulatan
dan kemerdekaan negara sebagai tanggungjawab bersama. Pihak kerajaan haruslah sentiasa memantapkan
pelaksanaan kempen kesedaran melalui media massa supaya rakyat sentiasa sedar akan kepentingan
menjaga kemerdekaan negara. Hal ini sangat penting bagi menjaga keamanan dan keharmonian negara
selain menjaga imej negara kita di persada dunia.

Rujukan

Buku rujukan
• Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan & Muslimin bin Fadzil, 2018. Buku Teks Sejarah
Tingkatan 3 KSSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Hartwell, R.M. (2017). The Causes of the Industrial Revolution in England. Abingdon: Routledge,Taylor &
Francis Group.

Jurnal
• Sivachandralingam, S. “Dasar Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas di Negeri-negeri Selat Abad
ke-18” dalam Jurnal Sumber: Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil.21, 1993.

Laman Internet
• http://eropah.weebly.com/faktor-faktor-yang-mendorong-kedatangan-kuasa-kuasa-barat-ke-asia.html
• https://www.marineinsight.com/maritime-history/a-brief-history-of-the-suez-canal/
• https://www.youtube.com/watch?v=xLhNP0qp38Q

Orang sumber
• Encik Amin bin Wahab, 32 tahun,
No.1, Lorong Delima 6, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
• Encik Wong Khei Herng, 40 tahun,
No 1-2A, Bayan Mutiara Villa, 11600 Georgetown, Pulau Pinang.

You might also like