You are on page 1of 9

Kek Dangdut*

10 biji telur ayam


1 tin mentega
1 1/2 gelas horlick
1 tin sekaya tinggi
4 gelas tepung susu everyday
1 tin susu manis
1 gelas gula halus (boleh dikrgkan ikut citarasa)
Pewarna (ikut kesukaan)
Sedikit tepung gandum (agak2 ikut kemahuan)

Cara membuatnya;
Pukul mentega dan gula hingga kembang
Sudah kembang masukkan telur satu persatu hingga habis
Kacau rata2..kemudian masukkan sekaya , susu, horlick gaul hingga sebati dan
masukkan susu tepung everyday dan sedikit tepung gandum..kacau hingga
rata..lastly masukkan pewarna
Kukus selama 4 jam..
Selamat mencuba..😙
Kek Selipar Jepun
Bahan-bahannya:

10 biji telur
2 ketul butter Anchor
1 1/2 gelas tepung gandum
1 peket kecik Horlick
1 gelas coffemate
1 tin kecik srikaya
1 tin kecil susu pekat manis
1 gelas gula halus
1 sudu makan ovalette

Cara-caranya:

Pukul butter,ovalette dan gula sehingga sebati.


Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.
Masukkan 1 sudu teh vanila.
Masukkan bahan lain gula halus, Horlick, tepung gandum, Sri Kaya dan
coffeemate.
Pukul sehingga sebati.
Bahagi kepada 4 bekas dan letak pewarna yan korang suka untuk selipar jepun
😂.
Kukus setiap lapisan sehingga masak.
Kek Lady Baltimore
Bahan-Bahan:
16 oz mentega (454gm pure butter)
2 gelas gula halus (saya letak 200gm)
10 biji telur gred A (saya guna AA)
1 tin susu pekat (saya letak 350gm)
200gm kaya
1 bungkus coklat masakan (saya letak 200gm)
2 sdk esen vanila
2-3 sudu browning sugar (gula hitam Sarawak)
* 2 gelas tepung gandum (saya letak 200gm)
* 200gm horlick perisa asli
* 100gm horlick perisa coklat (Saya guna serbuk minuman malt coklat jenama
Econsave)
* 50gm serbuk Koko
* 60gm Milo
(Satukan dan ayak bahan bertanda *)
Cara-Cara:
1. Cairkan coklat masakan secara double boiler atau masukkan dan cairkan dalam
microwave. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga bertukar putih dan gebu.
3. Masukkan telur satu per satu. Pukul hingga kembang.
4. Masukkan susu pekat, kaya, coklat masakan yang sudah dicairkan tadi, esen
vanilla dan browning sugar. Pukul sehingga adunan sebati dan gebu.
5. Perlahankan mixer, masukkan tepung gandum, horlicks, serbuk koko, dan Milo
sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati sahaja.
6. Matikan mixer. Kaub balik adunan dengan menggunakan spatula.
7. Sediakan loyang saiz 10" (boleh guna 9" tapi agak tersembul masa mula masak.
Dah sejuk kang, kek tu turun sedikit 😊). Alas dasarnya dan sapu mentega pada
bahagian dalam loyang. Masukkan adunan. Hentak2 sedikit loyang tadi bagi
meratakan adunan. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus
sehingga masak. Anggaran 3 hingga 4 jam bergantung pada suhu kukusan
masing2.

Tips:
Sapu aluminium foil utk menutup loyang dengan mentega. Bahagian yang disapu
mentega diletakkan menghadap adunan. Jika kek naik tinggi, kek tidak melekat.
Kalau lekat pun masih boleh tanggal dengan senang.

KEK HATI PARIK...


16oz butter
6 gelas gula (2 gelas utk d masak)
10 bj telur
1 tin susu manis
200 gm horlicks
6 sudu browning
7 1/2 gelas tepung gandum
3 sudu bikarbonat soda
500 gm kismis (dtumbuk halus)
1 bar coklat cadbury (optional)

Pukul butter dgn 4 gelas gula sampai kembang. Masuk telur 1 per 1. Sebatikan..
masuk susu manis, horlicks, dan browning. Ratakan adunan. Tuang tepung dgn
bikarbonat sedikit2 sampai habis terus masuk coklat dan kismis. Last sekali gula yg
d masak..time tk harus kerja keras sbb gula masak ya cepat mengeras dan maok
hati2 sbb mun tekenak maka cop krjaan hati parek akan terhasil..hahaa ratakan
adunan..
Tuang dlm loyang 10" dan tutup muka nya dgn plastik.ikat kuat2 sbb nya akan
melilih sikit2 kelak.jgn make aluminium foil..
Mun make loyang 8 bahagi 2 adunan.
Kukus 8jam.. ok 8jam.. jgn kurang.. 8jam.. pake kukus dapor..timpak dgn mak
lesong tudung ya..
Dah siap 8jam ngukus..biar plg kurang 3 4 hr bruk makan..
Kek tk tahan sampe 6 bln.
Sekian..selamat mencuba ♥️♥️♥️
Resepi kek cheese pure ❤️
Bahan-bahan:
1kg cream cheese (suhu bilik)
1 cwn gula halus
5 biji telur Gred A
1 sk esen vanilla
2 sb yogurt asli
1 cwn tepung gandum

Panaskan oven selama beberapa minit sebelum membakar kek.

Cara membuat:
- Satukan cream cheese,gula halus,yogurt asli,esen vanilla dan pukul hingga gebu
dan ringan.
-Masukan telur (satu persatu),pukul dgn kelajuan max,hingga kembang.
-Akhir sekali masukan tepung dan sebatikan.
-Tuang adunan ke dlm loyang 8 (alas baking paper) hentak beberapa kali supaya
adunan mampat dan sekata.
-Guna kaedah water-bath/bain marie (rujuk gambar) bakar kek selama 50-
60minit,suhu 130c (api atas sahaja)
-Setelah kek masak,sejukan dan simpan dlm peti sejuk semalaman sebelum
dipotong (rasa kek akan lebih sedap dan padat)

Selamat mencuba 😘
KEK BUAH CAMPURAN
Bahan-bahan:
250g mentega
150g gula kastor
4 biji telur
225g tepung serbaguna
2 sudu kecil susu tepung
1/4 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil madu
230g buahan campuran
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (jika suka, jika tidak suka bau nya tak payah
letak)
Cara membuat:
Panaskan oven pd suhu 160 C. (ikut kesesuaian oven masing-masing) - oven saya
hanya 150C.Pukul mentega dengan gula sehingga kembang/putih. Masukkan telur
sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan madu dan esen
vanilla. Pukul hingga sebati.Sementara itu ayak tepung serbaguna dengan serbuk
penaik, serbuk kayu manis dan susu tepung. Ambil 2 sudu besar tepung yg diayak
tadi dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari
mendap ke dasar kek. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik
sehingga sekata. Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata. Masukkan adunan
ke dlm loyang bersaiz 8 inci. Bakar dalam oven selama 35-45 minit atau sehingga
masak.
Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.
Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah
masak bolehlah diangkat
Selamat mencuba
Resepi Belacan Lumut Cheese
Bahan-bahan:
A. Kek Belacan
1. Mentega - 170g
2. Gula halus/Castor - 50g
3. Sekaya - 100g
4. Susu manis - 100g
5. Telur Gred A - 3 biji
6. Milo - 100g
7. Horlick - 100g
8. Dark Chocolate Beryl's - 250g
9. Browning sugar - secukupnya
B. Kek Lumut
1. Mentega - 170g
2. Gula halus/castor - 50g
3. Susu manis - 100g
4. Sekaya - 100g
5. Horlick - 100g
6. Telur Gred A - 3biji
7. Tepung pau - 20g
8. Roti marie chocolate - 100g
9. Pandan paste - 1/2 botol
10. Perwarna hijau – secukupnya
C. Kek Cheese
1. Cream cheese - 750g
2. Gula halus - 150g
3. Telur Gred A - 3 biji
4. Esen vanila - 1sudu
5. Tepung pau - 40g

Selamat Mencuba❤️

You might also like