You are on page 1of 1

PANKEK SUPER GEBU

130gm tepung gandum


1/4 sudu teh serbuk vanilla/vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu makan gula pasir
1 biji telur gred A - dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus
limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit)
2 sudu makan mentega - dicairkan
Sedikit marjerin - untuk oles pada kuali
1. Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder,
baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan
terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat.
3. Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan
tuang adunan dengan secukupnya.
4. Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah
warna menjadi coklat keperangan.
5. Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja.
*jika tiada serbuk vanilla@vanilka cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla.

You might also like