You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN...................................................................................................................................2
2.0 PELAKSANAAN IT DIMALAYSIA………………………………………………………………………………………………….3-4

3.0 KEPENTINGAN IT DALAM SEKTOR PENJAGAAN KESIHATAN…………………………………………………….. 5-7

4.0 PENGGUNAAN IT DALAM SEKTOR PENJAGAAN KESIHATAN DI MALAYSIA………………………….…..7-11

5.0 KESIMPULAN……………………………………………………………………………………………………………………………..12

6.0 RUJUKAN……………………………………………………………………………………………………………………………………12

1
1.0 PENGENALAN

Teknologi Maklumat (IT) boleh ditafsirkan sebagai kaedah yang digunakan untuk memindah ,
menyebar dan memapar maklumat bagi sesuatu objektif.. [ CITATION DIA10 \l 1033 ] Teknologi
Maklumat sering digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran,
telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan komputer,
perisian komputer dan komunikasi data. Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi
elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian
maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara elektronik. Perkakas
komputer yang berkeupayaan bagi penyampaian maklumat dan dipaparkan kepada persembahan tertentu
seperti kemasukan data , prosesan , storan dan inpu output.

Pada zaman ini , umat manusia hidup dalam keadaan serba moden dan hampir kesemua perkara
dan pekerjaan menggunakan teknologi. Revolusi paling besar adalah pada kemunculan Industri 4.0.
Perkembangan yang sangat meluas dan cepat dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Teknologi maklumat (IT)
adalah kunci utama dalam kejayaan sesuatu inovasi dalam memudahkan pelbagai objektif dan matlamat.
Ia juga mempengaruhi perkembangan dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan , komunikasi ,
perniagaan , perdagangan , kesihatan.

Dalam sektor kesihatan pula ia digunakan secara meluas oleh badan kesihatan setiap negara.
Pengumpulan data pesakit , sejarah kesihatan pesakit dan data ubat ubatan adalah antara contoh fungsi IT
dalam dunia kesihatan. Pada zaman wabak penyakit Covid – 19 melanda dunia ketika ini , semua umat
manusia beralih dan fokus kepada penggunaan IT bagi memastikan cabaran kesihatan ini dapat dibendung
dengan cara yang baik.

2
2.0 PELAKSANAAN IT DI MALAYSIA

Teknologi maklumat telah diperkenalkan kepada dunia seawall 1940an. Perkembangan demi
perkembangan yang sangat laju dan pesat diamalkan seluruh pelusuk dunia. Pelbagai ciptaan dan
pelaksanaan IT telah kita lalui sejak dari itu. Sehingga kita , teknologi terbaru dipanggil 5G telah hampir
diaplikasikan di negara kita. Ia adalah teknologi paling tidak logik jika difikirkan dengan secara kasar.
Tetapi dengan kekuatan teknologi maklumat ia menjadi realiti dan bakal dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Pada awal 1970an negara kita memulakan penggunaan komputer di dalam organisasi besar dalam
kerajaan atau swasta dan hanya urusan dalaman sahaja.

Sedekad selepas itu , IBM PC telah memasuki pasaran negara dan telah memberi impak sangat
besar kepada negara kita ketika itu. Terdapat banyak industri yang dapat melicinkan operasi dan proses
kerja mereka dengan kedatangan teknologi ini di Malaysia. Seperti contoh , pihak kerajaan dapat
menggunakan komputer bagi menyimpan data pelanggan yang merangkumi jutaan data. Hal ini dapat
menjaga akauntilibiti dan integriti kerja kerana mempunyai log sejarah penggunaan komputer tersebut.

Di negara kita , pelaksanaan teknologi maklumat (IT) dan perkembangannya dipantau dan
dikawal oleh Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diketuai oleh Menteri YB
Khairy Jamaludin dan dibantu oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia sekiranya melibatkan hal
yang berkaitan. Dalam pada itu , penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996 juga
melihatkan pelaksanaan IT di Malaysia sangat pesat. Seperti yang kita lihat hari ini di Cyberjaya
merupakan bandar IT yang menempatkan syarikat dan agensi yang sangat kehadapan berteknologi tinggi
bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing dari segi IT.

1. PETIKAN ARTIKEL 1

[ CITATION Pro21 \l 1033 ] MyDIGITAL adalah persediaan Malaysia untuk menghadapi landskap
baharu dalam ekonomi pasca COVID-19. Ia akan menjadi pelengkap kepada dua inisiatif nasional yang
dilancarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Disember tahun lalu.Ia
membabitkan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan juga Rangka Kerja
10-10 Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MySTIE).Dari sudut sejarah, agenda pembangunan
ekonomi digital di Malaysia bukan baharu. Bermula dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC)
pada 1996, Malaysia sudah pun melihat kepentingan ekonomi digital sebagai sumber pertumbuhan baharu
negara. Ketika itu, penumpuan diberikan terhadap pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan
serta memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Namun, fokus khusus terhadap usaha ke
arah transformasi ekonomi digital di Malaysia dapat dilihat dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-
10) dan RMKe-11. Pelbagai inisiatif diperkenalkan untuk memacu transformasi digital dalam era RMKe-

3
10 dan RMKe-11 seperti Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Pelan Hala Tuju Strategik e-
Dagang Kebangsaan, Pelan Hala Tuju Strategik Internet Benda (IoT) Kebangsaan, Pelancaran Zon
Perdagangan Bebas Digital, Blueprint Produktiviti Malaysia dan juga strategi serta inisiatif digitalisasi
dalam Belanjawan 2017 dan 2018.

Petikan artikel diataskan adalah jelas bahawa kerangka strategi perkembangan dan pembangunan
IT di Malaysia adalah dalam landasan yang tepat walaupun berdepan cabaran pandemik Covid -19.
Malaysia juga adalah antara negara yang terbaik dalam ASEAN dalam merancakkan penggunaan IT di
seluruh populasi sesebuah negara.

2. PETIKAN ARTIKEL 2

[ CITATION FIr21 \l 1033 ] Rakyat Malaysia dijangka dapat menikmati teknologi 5G secara
berperingkat menjelang hujung tahun ini, kata perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata
Malaysia bakal menjadi negara pertama di rantau ini yang membina ekosistem 5G menggunakan internet
dan perkhidmatan awan (cloud service) dalam masa sebenar (real-time), bagi membolehkan maklumat
dikongsi serta-merta. Bagi merealisasikan tujuan itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan melaburkan RM15
bilion dalam tempoh 10 tahun bagi pelaksanaan 5G ke seluruh negara, dan dijangka akan mewujudkan
105,000 peluang pekerjaan. “Bayangkanlah, teknologi 5G ini merupakan satu gamechanger kerana akan
wujud lebih banyak perkhidmatan pintar yang membawa kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
“Hal ini kerana 5G bukan sahaja sekadar menjanjikan capaian internet yang lebih laju, tetapi lebih
penting dari itu, ia memungkinkan pelbagai aplikasi penting berada dalam genggaman pengguna,
termasuk aplikasi-aplikasi pemantauan kesihatan bagi pesakit-pesakit kronik, bantuan kecemasan pintar,
dan aplikasi-aplikasi khas bagi warga emas yang tinggal bersendirian,” katanya lagi.

Petikan dan bacaan artikel diatas adalah tentang pelancaran teknologi 5G yang akan dinikmati
oleh seluruh Malayia tidak lama lagi. Teknologi ini telah digunakan oleh banyak negara maju seperti
China , Amerika Syarikat dan Rusia. Dengan adanya teknologi 5G ini bakal memberikan impak luar biasa
kepada kehidupan seharian rakyat sehinggalah kepada perkembangan ekonomi Malaysia khususnya.

4
3.0 KEPENTINGAN IT DALAM SEKTOR PENJAGAAN KESIHATAN

Penggunaan IT adalah sangat menyeluruh dan melangkau industri termasuk kesihatan. Dalam
dunia permodenan kini , kesihatan sangat sinonim dengan teknologi yang canggih dan maju. Seperti
contoh dalam sektor kesihatan , IT digunakan sangat mendalam dan pesat supaya ia dapat memberi impak
yang sangat besar dalam tahap kesihatan di negara kita. Penggunaan paling ketara adalah menyimpan
maklumat kesihatan peribadi supaya konunikasi antara pesakit dan doktor dapat berjalan dengan baik.

[CITATION Mic21 \l 1033 ] Menggunakan komputer dan peranti elektronik lain memudahkan anda,
doktor, dan penyedia penjagaan kesihatan lain (seperti hospital, makmal, dan kemudahan sinar X) untuk
menyimpan, berkongsi dan mengakses maklumat kesihatan anda. Artikel yang ditulis oleh Michael Bihari
ini jelas menunjukkan kepentingan IT dalam menguruskan kesihatan. Dalam artikelnya menunjukkan
beberapa kepentingan IT dalam kesihatan seperti berikut :

 Mengurangkan kerja kertas dengan menghapuskan keperluan untuk rekod perubatan tulisan
tangan
 Mengurangkan kesilapan perubatan dengan menghantar maklumat tepat secara elektronik dan
menghapuskan kesilapan kerana salah baca tulisan tangan doktor anda
 Mengurangkan kos penjagaan kesihatan dengan mengurangkan keperluan untuk mengulangi
ujian perubatan oleh doktor yang berbeza dan menghapuskan ruang penyimpanan dan masa
kakitangan untuk mengekalkan rekod perubatan
 Meningkatkan kualiti penjagaan anda dengan mengurangkan kesilapan perubatan dan
memastikan bahawa semua penyedia penjagaan kesihatan anda mempunyai maklumat yang tepat
dan tepat pada masanya

Selain itu , setiap hospital mempunyai Sistem Maklumat Hospital (Hospital Information System)
yang berupaya melicinkan proses penjagaan kesihatan setiap pesakit mereka. [ CITATION DrA21 \l 1033 ]
Sistem Maklumat Hospital terdiri dari beberapa sistem kecil atau modul yang menggunakan teknologi
maklumat dan perhubungan (peralatan dan perisian) secara optimum untuk memudahkan pelbagai kerja
di hospital. Data kesihatan adalah perkara terpenting bagi membolehkan seseorang doktor itu mengenal
pasti rekod kesihatan dan membuat keputusan terbaik bagi merawat pesakit mereka.

Dengan adanya SMH ini doktor dapat mengumpul , menyimpan , mengeluarkan , menganalisis ,
mempersempahkan dan memaparkan data pesakit dengan masa yang pantas. Intergrasi data oleh beberapa
jabatan dalam hospital juga dapat memudahkan keputusan dibuat dengan tepat dan cepat. Seperti contoh ,
seorang pesakit yang mempunyai beberapa penyakit kronik yang memerlukan beberapa orang doktor
pakar bagi memantau tahap kesihatannya. Para doktor itu dapat membuka sistem yang sama dan dapat

5
melihat data bagi memperolehi tindakan seterusnya yang diperlukan. IT juga dapat membantu dalam
memberi per

Pada zaman pandemik Covid – 19 ini , sangat jelas dibuktikan bahawa kepentingan IT dalam sektor
penjagaan kesihatan adalah pada tahap tertinggi. Data yang diperlukan sangat membantu dalam membuat
sebarang keputusan dan tindakan dalam menjaga kemaslahatan awam dalam memerangi pandemik ini.

RAJAH 1 – Sistem Maklumat Klinikal

Merujuk kepada Rajah 1 adalah gambaran proses data pesakit digunakan dalam sistem maklumat.
klinikal. Tujuan klinikal ini adalah bagi mengetahui pembekalan barang bagi merawat pesakit dan adakah
ujian yang sesuai diperlukan oleh doktor kepada pesakit mereka.

6
RAJAH 2 – Sistem Pengurusan Pesakit

Sistem Pengurusan Pesakit pula adalah integrasi beberapa pengguna seperti doktor , pengurusan meja
hadapan , farmasi dan kewangan. Ia membolehkan semua data dipamerkan bagi melicinkan kerja dalam
pengurusan seseorang pesakit dari awal kemasukan di hospital sehingga keluar.

Dengan contoh sistem di atas , adalah penting bagi IT dalam sektor penjagaan kesihatan. Dengan
adanya sistem seperti ini dapat mengubah kualiti penjagaan kesihatan kepada tahap terbaik. Ia juga dapat
mengurangkan masa rawatan , kos rawatan , risiko pesakit dan sebagainya. Impak yang positif ini
didokong oleh pelbagai usaha banyak pihak dalam sentiasa menambah baik sistem mereka dalam
organisasi kesihatan kerajaan atau swasta.

4.0 PENGGUNAAN IT DALAM SEKTOR PENJAGAAN KESIHATAN DI MALAYSIA

A) APLIKASI SPEEDOC

Aplikasi ‘Speedoc’ telah diasaskan pada 2017 dan dilancarkan pada Januari 2019. Ia adalah aplikasi
penjagaan kesihatan yang sedang membangun dan ramai pengguna di Malaysia. Ia diasaskan oleh
sekumpulan doktor terlatih , jurutera dan pakar perniagaan yang merasakan rakyat Malaysia boleh
menggunakan khidmat mereka ketika negara kita sedang rancak menggunakan IT dalam sektor kesihatan.

7
Ia juga boleh dikenali sebagai platform penjagaan kesihatan sehenti bagi semua keperluan perubatan di
rumah. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Speedoc bagi memudahkan pengguna yang
memerlukan perkhidmatan hanya dari rumah. Ia juga merangkumi servis konsultasi video oleh doktor ,
mengatur prosedur A&E sehinggalah boleh membuat imbasan jantung (ECG). Aplikasi ini boleh dimuat
turut di Apple Store dan PlayStore atau melayari laman sesawang mereka.

RAJAH 3 – Tangkap Layar Skrin Aplikasi SPEEDOC

Rajah 3 menunjukkan beberapa servis yang ditawarkan oleh aplikasi ini iaitu Pengurusan Sakit Kronik di
Rumah , Konsultasi Doktor dalam talian dan Jururawat di rumah, Speedoc juga menawarkan servis
teleperubatan dengan kadar yang berpatutan. Teleperubatan adalah servis yang baru diperkenalkan di
Malaysia sejak pandemic Covid – 19 menyerang seluruh dunia.

8
RAJAH 4 - Tangkap Layar Skrin Aplikasi SPEEDOC

Terdapat pelbagai faedah dan kebaikan jika kita menggunakan aplikasi Speedoc.

 Masa pengurusan – Menghabiskan masa anda melakukan tugas penting lain dan bukannya
menunggu di klinik
 Kemudahan – Tidak perlu beratur untuk berjumpa dengan doctor. Tempahan konsultasi video
dengan Speedoc boleh menyambungkan anda kepada doctor dalam masa beberapa minit.
 Jarak keselamatan sosial – dalam konteks keperluan yang meningkat untuk berjarak keselematan
social, mengakses penjagaan perubatan dari jauh memastikan anda selamat di rumah dan jauh
dari hospital dan klinik di mana risiko jangkitan mungkin tinggi. Ini juga akan membantu
melegakan tekanan terhadap sumber perubatan yang Hospital di Malaysia sedang mengalami
sekarang.

 Peningkatan akses kepada penjagaan kesihatan: Teleperubatan sangat berguna untuk


menyediakan akses penjagaan kesihatan yang mudah untuk orang yang tinggal di Kawasan luar
bandar dimana sumber penjagaan kesihatan agak terhad. Apa yang anda perlukan adalah peranti
digital dan akses internet untuk berhubung dengan doktor.

 Peningkatan kualiti penjagaan untuk pesakit: Penyelidikan telah menunjukkan bahawa


teleperubatan boleh mewujudkan perubahan gaya hidup yang positif untuk pesakit dengan
penyakit jantung koronari.

9
 Kos yang lebih rendah: Dengan kos penjagaan kesihatan pesakit luar yang berharga RM 426.50
setahun, mengekalkan penjagaan kesihatan yang berpatutan untuk semua rakyat Malaysia adalah
penting. Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang menggunakan teleperubatan boleh
mengurangkan kos pesakit sehingga 11%.

Peranti yang boleh akses adalah Android 4.4 ke atas atau iOS 12 ke atas.

B) APLIKASI MYSEJAHTERA

Pihak kerajaan telah memperkenalkan satu aplikasi Bernama MySejatera yang mempunyai pengguna
paling ramai di Malaysia setakat ini. Ia dibangunkan oleh kerana kedatangan pandemik Covid – 19 di
Malaysia pada penghujung 2019. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan
Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan
membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang
cepat dan berkesan.

RAJAH 5 – Tangkap Layar Skrin MYSEJAHTERA

10
Dalam penjagaan kesihatan merangkumi pelbagai sudut dan aspek. Seperti aplikasi Speedoc ia
bersifat kesihatan umum. Ia berbeza dengan aplikasi MySejahtera adalah aplikasi penjagaan kesihatan
awam dari wabak pandemik Covid -19. Aplikasi ini juga bukan sahaja fokus kepada memerangi wabak
Covid – 19 ia juga mempunyai pelbagai maklumat lain seperti khidmat nasihat , carian klinik berdekatan ,
berita terkini tentang keadaan kesihatan negara. Urusan vaksinasi juga terdapat di dalam aplikasi ini , kita
boleh melihat dan mendaftar untuk janji temu vaksinasi Covid – 19.

Antara faedah penggunaan aplikasi MySejahtera adalah :

 Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani


wabak COVID-19
 Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak
COVID-19
 Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika
dijangkiti COVID-19
 Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan
pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Selain itu , aplikasi ini juga boleh menyambung pengguna untuk membuat janji temu di Klinik
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memudahkan pengguna dari segi masa. Aplikasi
ini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store , Playstore , Huawei App Gallery dan
GAMMA. Peranti yang digunakan juga adalah hanya Android 4.4 dan iOS 12.

11
5.0 KESIMPULAN

IT adalah tunjang utama dalam semua sektor yang bergerak di dalam dunia ketika ini. Ia
menjadi satu jambatan kepada jarak dan jurang kepada apa sahaja termasuk komunikasi ,
perhubungan sillaturahim , perniagaan , sosial dan pelbagai lagi. Pelaksaan IT yang teratur dan
cepat adalah kejayaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara Asia Tenggara yang berdaya saing.
Kadar celik IT oleh rakyat Malaysia juga antara negara yang terbaik dalam Asia Tenggara.
Pada ketika ini , penggunaan IT banyak difokuskan kepada sektor kesihatan. Seluruh dunia
tertumpu ke arah pembangunan vaksin dan mengawal pandemik yang melanda. Sehubungan itu ,
IT sangat membantu dari segi Analisa data , penyimpanan data , perkongsian maklumat bagi
membuat keputusan dan tindakan yang sewajarnya bagi melawan cabaran yang getir ini.
Penjagaan kesihatan adalah perkara yang diamalkan oleh semua manusia sejagat. Adalah
menjadi satu keperluan untuk menjaga kesihatan untuk terus sihat dan hidup dalam kebahagiaan.

12
6.0 RUJUKAN

Abidin, P. M. (2021, Mac 4). MyDIGITAL lonjak transformasi ekonomi pasca COVID-19.

Azil, F. (9221, Februari 19). Malaysia bakal nikmati teknologi 5G menjelang hujung tahun ini .

DERIN, D. @. (2010, Februari 23). Retrieved from https://sahabat3.wordpress.com/2010/02/23/apa-itu-


teknologi-maklumat/

Michael Bihari, M. (2021). Menggunakan Teknologi Maklumat Kesihatan untuk Mengurus Maklumat
Anda. Retrieved from https://ms.approby.com/menggunakan-teknologi-maklumat-kesihatan-
untuk-mengurus-maklumat-anda/

Salleh, D. A. (2021). drdollah.com. Retrieved from https://drdollah.com/sistem-maklumat-hospital/

13

You might also like