You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM SEKOLAHKU SELAMAT


PERINGKAT SK JERAM 2021

TARIKH : 13 SEPT – 17 SEPT2021


TEMPAT : SK JERAM, JLN SIMPANG TIGA
ANJURAN : UNIT 3K(HEM)
DENGAN KERJASAMA PANITIA
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
1.0 RASIONAL
Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah
di Malaysia bagi membendung masalah disiplin dan menjaga keselamatan
para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan
sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.
Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang
keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin
dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat
berjalan dengan baik.

2.0 MATLAMAT
Program ini diadakan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang melibatkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian dan identiti nasional. PAK-21 yang menekankan pembelajaran
berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dilaksanakan dengan penyediaan bilik darjah bersesuaian dan disusuli
penyediaan rancangan mengajar serta pelaksanaan pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.

3.0 OBJEKTIF
• Melahirkan modal insan yng berkeperibadian unggul menerusi
pemupukan pengetahuan , sikap dan amalan yang berkekalan
dalam aspek keselamatan.

• Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang selamat.

• sentiasa bersiap sedia menghadapi situasi di luar dugaan

4.0 SASARAN PROGRAM


Semua Murid Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2

5.0 TARIKH PROGRAM


13 Sept 2021 hingga 17 Sept 2021
6.0 PERANCANGAN PROGRAM
Sepanjang Program Sekolahku Selamat, beberapa program telah dirancang
bagi memenuhi keperluan program. Program-program yang telah dirancang
adalah seperti di bawah :-
a) Tayangan slaid tatacara pengurusan kebakaran
b) Tayangan video latihan kebakaran
c) Tips keselamatan di rumah
d) Pertandingan kuiz kebakaran
6.1 Jadual Pelaksanaan Program Taklimat 5 minit Keselamatan

TARIKH TAJUK Guru


Isnin Tayangan slaid tatacara En.Velmurukan a/l Perumal
13.9.202 pengurusan kebakaran
1
Selasa Tayangan video latihan En Norazmi bin Maskor
14.9.202 kebakaran
1
Rabu Tips keselamatan di rumah Cik Nur Amalina bt Ahmad
15.9.202
1
Jumaat Pertandingan kuiz Pn Helina bt Azizan
17.9.202 kebakaran
1

7.0 AHLI JAWATANKUASA


7.1 Ahli Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Pn Hjh Hasnita bt Hassan (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn Suzana bt Chen (PK HEM)
Naib Pengerusi I : En Mohd Hairul Razib b Nordin
(GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Pn. Azirawani bt Ab.Ilah (GPK Ko-
Kurikulum)
Setiausaha : En. Velmurukan a/l Perumal

7.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Guru Tugas

Jurufoto Merakamkamkan gambar sepanjang


perjalanan aktiviti
Pn. Dzaidatulnur bt Wandi

Dokumentasi Menyediakan dokumentasi lengkap


dalam tempoh 2 minggu selepas tamat
En. Velmurukan a/l Perumal aktiviti

Sijil / hadiah Menyediakan hadiah untuk kuiz

Cik Nur Amalina bt Ahmad

8.0 KEWANGAN

BIL AKTIVITI BILANGAN KEPERLUAN


HADIAH KEWANGAN
(buku)
1 Kuiz Kebakaran 5 x RM4, RM35
5 x RM3
Jumlah RM35

9.0 SUMBER KEWANGAN

10.0 KESIMPULAN
Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat membantu pihak-pihak
yang telah diamanahkan untuk membuktikan betapa pentingnya kesedaran
tentang keselamatan di peringkat awal lagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………........................... ...........................................................
(VELMURUKAN A/L PERUMAL) ( SUZANA BT CHEN )
Penyelaras Unit 3K GPK HAL EHWAL MURID
SK Jeram SK Jeram

Disahkan oleh,

...........................................
(HJH HASNITA BT HASSAN)
Guru Besar
SK Jeram

You might also like