You are on page 1of 1

SMK AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL ( SEMADAH )

71400 Pedas, Negeri Sembilan Darul Khusus


Tel : 06-6857162 Fax : 06-6858160 Email : smkap@ymail.com
Kod Sekolah : NRA 3001

Ruj Kami : SEMADAH.500-5/2/4 ( )


Tarikh : OKTOBER 2021

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri,
Jalan Labu Lama,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN KHIDMAT PEMANDU BAS MEMBAWA PULANG


BAS PIBG SMK AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL (SEMADAH)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak SEMADAH akan menerima sebuah bas daripada hasil
sumbangan pelbagai pihak. Oleh yang demikian, bas tersebut perlu diambil pada ketetapan berikut:

Tarikh : 13hb Oktober 2021 (Rabu)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kilang SKS Bas, Cyberjaya

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan Rendah hati memohon jasa baik pihak tuan untuk
memberi kebenaran kepada kami menggunakan khidmat pemandu bas sekolah tuan untuk mengambil
bas tersebut untuk dibawa pulang ke SEMADAH pada ketetapan waktu yang telah dinyatakan di atas.
Penama Pemandu seperti tertera:

En. Zulkefli bin Mohamad Basori


(Pemandu Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri )

4. Segala jasa baik dan keprihatinan pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

NOR ISKANDAR BIN MUHAMMAD


Pengetua Cemerlang
SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
Pedas, Negeri Sembilan

S.K : Fail

You might also like