You are on page 1of 1

Selamat sejahtera semua, nama saya How Xin Yi dengan nombor metrik SB20092.

Saya akan
memberikan pandangan saya terhadap isu akhlak remaja zaman sekarang.

Pada hari ini, pelbagai isu-isu akhlak remaja seperti buli, merokok, ponteng sekolah dan melepak di
tempat-tempat hiburan boleh diperhatikan di sekeliling kita. Hal ini kerana, Rukun Negara semakin
diabaikan meskipun di sekolah diajar dan dibicarakan, kepentingan Rukun Negara semakin tidak
diutamakan. Tidak keterlaluan dikatakan, remaja hari ini tidak menghairankan dan ada juga yang terlupa
kewujudan Rukun Negara. Prinsip-prinsip di dalam Rukun Negara jelas merupakan nadi kepada
keharmonian dan perpaduan kaum demi memastikan kesejahteraan dan keamanan di Malaysia tetapi
mereka tidak menghayati Rukun Negara sehingga melakukan perbuatan yang salah. Sebagai contohnya,
salah satu prinsip Rukun Negara iaitu kedaulatan undang-undang, tidak dihayati oleh remaja hari ini
ketika mereka membuat keputusan untuk melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang negara
seperti mencuri, merompak dan menagih dadah. Mereka tidak sedar akan perbuatan mereka ini telah
menjejaskan imej negara dan juga menjatuhkan maruah keluarga dan mereka sendiri. Oleh itu, langkah
yang boleh diambil untuk mengelakkan isu isu ini ialah dengan menghayati prinsip Rukun Negara. Pihak
sekolah dan ibu bapa perlulah mengajar dan membicarakan kepentingan Rukun Negara kepada anak-
anak supaya mereka lebih memahami betapa pentingnya Rukun Negara terhadap negara, masyarakat,
keluarga dan diri mereka. Remaja sendiri juga perlu menghayati Rukun Negara dengan mengelakkan diri
daripada melakukan perbuatan yang tidak baik. Akhir kata,

You might also like