You are on page 1of 63

 

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah ialah untuk membantu murid

mengembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan

bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial bagi melahirkan seorang insan yang seimbang,

harmonis dan berakhlak mulia. Pendidikan yang bersifat holistik amat

diperlukan bagi memenuhi dan mencapai matlamat pendidikan Negara

kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan

untuk mewujudkan generasi murid yang boleh mencari ilmu sendiri,

sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa

melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan

kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam

kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi

maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan

generasi usahawan yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah

sebagai Negara pencipta dan pengeluar teknologi yang boleh

membangunkan negara Malaysia ke arah negara maju.

Reka bentuk dan Teknologi merupakan satu mata pelajaran

yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Mata

pelajaran ini diajar pada tahap 2 sekolah rendah iaitu tahun 4, 5 dan 6

sahaja. Mata pelajaran ini menekankan pengetahuan dan kemahiran

kepada murid sebagai persediaan kepada mereka dalam mendapatkan

asas dalam Teknik dan Vokasional sebelum mereka melangkah ke alam

sekolah menengah. Antara kemahiran asas yang diserap dalam

1
 

kurikulum RBT ialah asas Teknologi


T eknologi Pertanian,
Pertanian, asas Teknikal dan Sains

Rumah Tangga. Penekanan diberikan kepada guru dan murid dalam

standard kandungan dan standard pembelajaran perlu diketahui,

difahami dan dikuasai oleh murid tahap 2 sekolah rendah iaitu tahun 4,

5, dan 6. Selain itu, terdapat elemen-elemen yang perlu diterapkan

semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti Teknologi

Maklumat dan Komunikasi, Kreativiti dan Inovasi serta Asas

Keusahawanan.

Kesimpulannya, pendidikan awal yang bermula di sekolah

rendah sangat penting dalam memastikan potensi murid berkembang

secara menyeluruh seperti yang di sebut dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Tambahan pula, matapelajaran Reka Bentuk dan

Teknologi merupakan satu matapelajaran yang menyediakan murid

dengan kemahiran-kemahiran asas teknik dan vokasional yang akan

mereka lalui di alam sekolah menengah. Hal ini dapat memberikan

mereka pendedahan awal kepada mereka dalam menentukan hala tuju

kerjaya pada masa akan datang.

1.2 Konteks

Saya telah ditempatkan di sebuah sekolah di dalam daerah Sepang.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A),

Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Sekolah ini merupakan salah satu

sekolah Orang Asli yang terdapat di dalam daerah Sepang. Sekolah ini

diselia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan

Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Majoriti murid sekolah ini adalah murid

Orang Asli suku Mah Meri dan terdapat juga murid Melayu, Cina dan

India sebagai kumpulan minoriti di sekolah ini.

2
 

Di sekolah ini, pengelasan kelas tidak ditentukan oleh tahap

pencapaian akademik kerana sekolah ini merupakan sebuah sekolah

kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Sekolah ini hanya mempunyai

210 orang murid termasuk dua buah Pra Sekolah. Setiap tahun hanya

mempunyai satu kelas sahaja. Oleh itu, setiap kelas mempunyai murid

pelbagai tahap pencapaian iaitu sangat lemah, lemah, sederhana,

pandai dan sangat pandai. Namun kebanyakan murid-murid ini hanya

mencapai tahap sederhana. Saya telah diberi amanah untuk mengajar

tahun 4 untuk mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

Pada hari pertama saya berada di sekolah tersebut saya dapati

bahawa murid-murid sememangnya mempunyai masalah kemahiran

mengendalikan alatan tangan melalui dari pemerhatian saya terhadap

projek-projek rumah api yang telah mereka siapkan. Tambahan pula,

kekurangan infrastruktur dan kelengkapan bengkel menyukarkan murid

untuk menghasilkan projek dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan

Teknologi. Kajian yang saya jalankan adalah dalam bidang Reka Bentuk

dan Teknologi dalam tajuk penghasilan


penghasilan pojek rumah api, ttahun
ahun 4. Kajian

ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid dalam

mengendalikan alatan tangan secara amnya. Alatan tangan yang saya

fokuskan dalam kajian ini ialah tukul. Saya menggunakan satu kaedah

iaitu kaedah memaku beriirama Tic Tac untuk meningkatkan kualiti dan

keyakinan murid dalam menghasilkan projek rumah api. Selain itu,

kaedah ini juga bertujuan untuk menggelakkan berlakunya kecederaan

semasa mengendalaikan alatan

Tinjauan awal mendapati hasil projek murid sepanjang saya

berpraktikum di beberapa sekolah murid tidak dapat menghasilkan

tapak rumah api yang kemas dan cantik akibat dari kemahiran memaku

3
 

yang lemah oleh murid. Data kajian ini dikumpul melalui tiga bentuk iaitu

senarai semak, soal selidik dan gambar foto hasil projek murid sebelum

dan selepas kajian. Oleh itu, saya harapkan penggunaan kaedah

memaku menggunakan irama Tic Tac dapat meningkatkan kualiti hasil

dan keyakinan murid dalam penghasilan tapak projek rumah api tahun 4

serta dapat menggelakkan berlakunya kecederaan semasa

mengendalikan alatan 
alatan 

1.3 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Mengimbas kembali pengalaman mengajar, iaitu tajuk Penghasilan

Projek Rumah Api dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

tahun 4. Sebelum memulakan pengajaran saya telah menyediakan satu

Rancangan Pengajaran Harian berpandukan Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pengajaran Tahunan

(RPT), Modul Pengajaran Guru dan buku teks. Saya juga mendapatkan

bahan-bahan pengajaran daripada laman youtube, blog dan sebagainya

untuk mendapatkan video-video yang menarik sebagai bahan

pengajaran saya.

Pada awal set induksi, saya telah memeperkenalkan tajuk

dengan menggunakan video “how it’s made hammer” bagi menarik

minat murid. Kemudian saya memperlihatkan tunjuk cara mencantum

tapak rumah api kepada murid di hadapan kelas. Namun, sepanjang

aktiviti mencantum tapak rumah api saya dapati murid-murid tidak

menunjukkan kemahiran menggunakan tukul dengan betul. Hasilnya,

cantuman yang dibuat oleh murid tidak kelihatan kemas dan

merosakkan permukaan kayu seperti kayu pecah, retak dan paku

bengkok sebelum terbenam sepenuhnya. Selain itu, terdapat murid

4
 

yang mengalami kecederaan di jari akibat daripada tertukul jari sendiri

kerana mereka menggunakan tukul tanpa kemahiran yang betul.

Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran saya dapat

menyimpulkan bahawa kerosakan dan kecederaan yang terjadi adalah

berpunca daripada murid yang tidak mempunyai kemahiran untuk

menggunakan alatan tukul tangan. Ketiadaan kemahiran menggunakan

alatan juga menyebabkan murid tidak yakin untuk menggunakan

penukul dan akhirnya kualiti hasil kerja juga sangat tidak memuaskan.

Oleh itu, saya telah mendapat satu jalan penyelesaian dengan

menampilkan satu kaedah untuk meningkatkan kualiti dan cara

menggunakan tukul dengan betul. Kaedah yang boleh digunakan untuk

meningkatkan kemahiran memaku ialah dengan mengaplikasikan

“irama Tic Tac”. Penggunaan irama Tic Tac dalam meningkatkan kualiti

hasil kerja murid dan keyakinan murid menggunakan alatan tukul

semasa memaku kerja kayu. Saya mendapat inspirasi untuk

menggunakan Tic Tac daripada demonstrasi menukul yang saya

lakukan di hadapan murid.

 Andaian saya jika murid menggunakan


menggunakan kaedah
k aedah ini murid dapat

meningkatkan kawalan tangan semasa memaku kayu serta dapat

tingkatkan juga keyakinan murid semasa memaku kerja kayu. Hal ini

kerana penggunaan irama Tic Tac adalah satu cara dimana murid akan

menyasarkan (aiming/tic)
(aiming/tic)   paku terlebih dahulu 
dahulu  sebelum membuat

pukulan kuat (smashing/tac 


(smashing/tac ).
). Secara tidak langsung murid akan lebih

yakin untuk memaku dan dapat menggurangkan rasa takut dan

mengurangkan keberangkalian
keberangkalian terketuk jari sendiri.

5
 

Harapan saya ialah setelah murid mengaplikasikan kaedah ini

mutu atau kualiti hasil kerja murid


m urid dapat ditingkatkan dan mencapai satu

standard yang memuaskan guru untuk menilai hasil kerja murid. Tiada

lagi kayu kerja pecah dan retak akibat daripada cara memaku yang

salah. Tambahan pula, kemalangan semasa menggunakan tukul juga

dapat dihindari dan tiada lagi murid yang tercedera. Saya juga berharap

kaedah ini dapat diguna pakai secara meluas oleh guru-guru dalam

pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi atau mana-mana mata

pelajaran yang menggunakan alatan penukul sebagai alat bantu

mengajar dalam menyiapkan projek. Jika kaedah ini dapat

meningkatkan kemahiran murid ianya merupakan satu kejayaan kepada

murid kerana mereka dapat meningkatkan salah satu kemahiran dalam

diri mereka.

6
 

BAB 2

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Isu kajian yang dikenal pasti untuk menjalankan kajian ialah:

2.2.1 Murid tidak dapat mencantum kayu projek dengan kemas

2.2.2 Murid tidak yakin semasa menggunakan penukul untuk


memaku kayu projek

2.2.3 Murid cedera semasa menggunakan penukul ketika memaku


kerja projek

7
 

2.2 Huraian Fokus Kajian

Pengkaji menjalankan kajian di sebuah sekolah di daerah Sepang iaitu

Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A). Dari segi kebolehtadbiran

kajian di sekolah tersebut pengkaji mengalami sedikit masalah apabila

tempat kajian tersebut tidak mempunyai bengkel khusus untuk

menjalankan kajian. Masalah bertambah rumit apabila alatan yang

terdapat di dalam bengkel tidak mencukupi dan sesetengah alatan tidak

lagi dapat digunakan kerana telah rosak. Namun, bagi menyelesaikan

masalah ini pengkaji telah meminjam alatan-alatan yang ingin

digunakan sepanjang kajian dijalankan dari bengkel kayu Institut

Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.

Kepentingan kajian ini dijalankan ialah kajian boleh dijadikan

satu perkongsian ilmu dalam membantu guru menerapkan kemahiran

memaku dalam diri peserta kajian semasa membuat projek kayu dalam

matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Hal ini secara tidak

langsung dapat menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran

guru dan peserta kajian terhadap kemahiran menukul. Menurut Ebbut

(1985), kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan yang sistematik oleh

sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan

memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka

sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

Kenyataan Ebutt (1985) ini menunjukkan bahawa kajian tindakan sangat

penting dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru

dan murid.

Seterusnya, kebolehgunaan kajian ini dapat dilihat melalui

amalan praktis yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian iaitu

8
 

sesiapa sahaja termasuk guru dan peserta kajian boleh

mengaplikasikan kaedah menukul Irama Tic Tac semasa memaku bagi

meningkatkan keyakinan dan hasil kerja selepas memaku.

Dari segi kawalan, kajian ini berada di dalam ruang lingkup

kawalan guru. Para peserta kajian telah mendapatkan arahan daripada

pengkaji terlebih dahulu sebelum memulakan kajian. Selain itu, kawalan

 juga tidak sukar kerana hanya lima orang peserta kajian yang telah

digunakan sepanjang kajian dijalankan. Dari segi penggunaan alatan

dan bahan iaitu tukul, kayu dan paku, ianya hanya boleh digunakan

dibawah seliaan dan kawalan pengkaji bagi mengelakkan berlakunya

sebarang perkara yang tidak diingini. Bagi melancarkan lagi kawalan

semasa kajian dijalankan pengkaji telah menyediakan satu rancangan

pengajaran dan pembelajaran bagi melicinkan aktiviti.

Semasa kajian dijalankan, berlakunya amalan kolaboratif

antara pengkaji dan guru matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

Pengkaji sentiasa berbincang dengan guru matapelajaran mengenai

masa, tempat dan pemilihan peserta kajian. Guru matapelajaran

berkenaan lebih arif tentang peserta kajian yang sesuai dalam kajian ini

kerana pengalaman mereka yang telah mengajar melebihi 20 tahun.

Selain itu, pengkaji juga meminta kebenaran daripada pihak pentadbiran

sekolah bagi menjalankan kajian ini. Hal ini bagi memastikan guru-guru

sekolah peka terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pengkaji di

sekolah tersebut.

Kajian yang dijalankan ini sangat relevan pada pihak sekolah

mahupun masyarakat di luar kerana kajian ini telah membantu

menyelesaikan masalah dan meningkatkan kemahiran dalam diri

9
 

individu yang mempelajarinya. Buktinya, matapelajaran RBT bermula

pada tahap dua persekolahan iaitu tahun 4,5 dan 6. Kajian ini pula

dijalankan terhadap peserta kajian tahun 4. Oleh itu, kajian ini dapat

membantu peserta kajian menguasai kemahiran menukul yang betul

dan baik sebelum mereka memasuki tahun 5 dan 6. Pada tahun 5 dan 6

mereka telah menghasilkan satu projek kayu yang memerlukan

kemahiran menukul yang tinggi bagi memastikan hasil projek mereka

kemas dan cantik. Selain itu, kajian ini juga sangat relevan kerana

kajian ini telah memberi persediaan dalam diri peserta kajian untuk

melatih diri mereka dalam matapelajaran teknik dan vokasional ketika di

alam sekolah menengah dan universiti kelak. Hal ini sedikit sebanyak

dapat membantu mereka menjadi seorang individu yang berkemahiran

tinggi dalam bidang pertukangan ketika di alam pekerjaan kelak.

2.3 Pengumpulan Data Awal

Penggunaan alatan tangan merupakan aspek yang sangat penting

dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Tanpa Kemahiran

yang betul peserta kajian tidak dapat menghasilkan sesuatu yang

mempunya nilai-nilai estetika. Selain itu, sekiranya peserta kajian tidak

mempunyai kemahiran menggunakan alatan tangan yang betul, hal ini

boleh mendatangkan kecederaan kepada diri peserta kajian. Selain itu,

peserta kajian juga perlukan keyakinan yang tinggi semasa

menggunakan alatan tangan terutama sekali alatan yang tajam dan

berbahaya seperti gergaji, tukul, pahat, pemutar skru dan sebagainya.

Pengkaji telah membaca beberapa jurnal berkaitan

penggunaan alatan tangan dalam membantu pengajaran dan

pembelajaran Reka Bentuk Teknologi dan Kemahiran Hidup. Hasil dari

10
 

pembacaan jurnal-jurnal tersebut ternyata penggunaan alatan tangan

sangat penting dalam membantu peserta kajian meningkatkan

kemahiran dalam teknik dan vokasional. Seperti dinyatakan oleh Azizi

Yahya dan Chu Siew Pang bahawa keberkesanan penggunaan alatan

tangan sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi

mencapai objektif pembelajaran serta menghindari kecederaan

terhadap diri peserta kajian.

Seterusnya, pengkaji melakukan pengumpulan data awal

dengan melihat projek rumah api yang telah dibuat oleh peserta kajian

sebelum ini. Hasil yang pengkaji dapat lihat ialah kebanyakan rumah api

yang dibuat tidak kemas dan tidak memuaskan hati pengkaji. Hal ini

demikian kerana, bahagian tapak rumah api tidak dicantum dengan

kemas oleh peserta kajian. Terdapat kayu tapak rumah api yang pecah,

paku terkeluar, kayu berlubang-lubang


berlubang-lubang dan paku bengkok di atas kayu.

Rajah 1: Kayu
1: Kayu pecah disebabkan paku keluar daripada permukaan kayu 
kayu  

Rajah 2 : Paku bengkok akibat daripada cara memaku yang salah

11
 

Selain itu, pengkaji juga menemubual peserta kajian secara rawak

berkenaan perasaan mereka semasa menggunakan tukul untuk

mencantum kayu projek mereka. Hasil daripada temu bual tersebut,

pengkaji dapati peserta kajian merasa takut dan tidak yakin semasa

memaku kayu tapak projek rumah api. Hal ini demikian kerana, peserta

kajian khuatir akan tertukul jari mereka semasa memegang paku dan

mengetuk tukul pada kepala paku. Tambahan pula, ada juga peserta

kajian yang pernah tercedera pada jari mereka semasa memaku kayu

projek tersebut. Kecederaan tersebut membuatkan mereka hilang

keyakinan diri untuk memaku mana-mana kayu projek lagi.

2.4 Tindakan Kajian

Kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian yang terdiri daripada

peserta kajian tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A).

Peserta kajian yang terlibat ialah tiga orang peserta kajian lelaki dan

dua orang peserta kajian perempuan yang berbeza tahap pencapaian

akademik. Semua peserta kajian ini berlatar belakangkan bangsa Orang

 Asli daripada suku Mah Meri. Semua peserta kajian mempunyai latar

belakang keluarga yang sederhana kerana pekerjaan ibu bapa mereka

kebanyakannya
kebanyakannya sebagai petani dan nelayan. Sekolah Kebangsaan Bukit

Bangkong (A) merupakan sekolah yang mempunyai pencapaian

akademik yang sederhana kerana berdasarkan pencapaian akademik

UPSR tahun 2015 skor Gred Purata Sekolah ialah 3.16. Kajian ini

dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Reka Bentuk dan Teknologi bagi tajuk Penghasilan Projek. Kajian ini

dijalankan kerana masalah tapak rumah api yang dihasilkan oleh

peserta kajian tidak kemas dan tidak memuaskan. Selain itu, peserta
kajian juga tidak mempunyai keyakinan diri untuk memaku kerja projek.

12
 

Sepanjang proses kajian ini dijalankan pengkaji menggunakan

satu model penyelidikan tindakan yang diketengahkan oleh Kurt Lewin

(1946). Kurt Lewin adalah seorang ahli psikologi sosial German yang

mengkaji hubungan dan interaksi manusia. Beliau terkenal sebagai

“bapa penyelidikan tindakan” kerana beliau pertama kalinya

memperkenalkan istilah “action


“action research” dalam kertas pembentangan

beliau yang bertajuk “ Action Research


Research and Minority Problem” . Hasil

dapatan kajiannya memberi gambaran perkaitan antara gaya hidup,

persepsi, tingkah laku dan sosial masyarakat. Kajian beliau menjelaskan

lagi bahawa kajian tindakan merangkumi beberapa lingkaran atau

kitaran iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.


refleksi.

Rajah 3:
3: Asas proses penyelidikan tindakan model Kurt Lewin

Sumber: Kartini et al . (2012)

Seterusnya, bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah

mencipta satu kaedah memaku yang dapat membantu peserta kajian

menghasilkan tapak projek yang kemas dan cantik serta meningkatkan

keyakinan peserta kajian ketika memaku kerja projek. Selain itu, kaedah

ini juga dapat mengelakkan dari berlakunya kecederaan terhadap diri

peserta kajian semasa memaku. Kaedah ini ialah penggunaan irama Tic

13
 

Tac semasa memaku. Irama Tic Tac merupakan satu bentuk atau cara

memaku yang pengkaji cipta untuk membantu peserta kajian. Tic

bermaksud pukulan perlahan iaitu peserta kajian hanya mengetuk paku

dengan perlahan. Pada masa ini peserta kajian telah menyasarkan

kedudukan kepala paku (Aiming) sebelum membuat pukulan kuat. Tac

pula bermaksud pukulan kuat (smashing) iaitu peserta kajian mengetuk

kepala paku dengan kuat supaya paku terbenam ke dalam kayu.

Kajian ini sangat relevan dan penting bagi menyelesaikan

masalah peserta kajian tahun 4 khususnya agar mereka dapat

menghasilkan tapak rumah api yang kemas, cantik dan mempunyai nilai

estetika. Hal ini demikian kerana, penghasilan projek yang bekualiti

telah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran peserta kajian

dan telah membantu guru mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan

seperti yang dinyatakan dalam kajian-kajian terdahulu. Selain itu,

dapatan kajian ini juga dapat digunakan oleh guru-guru Reka Bentuk

dan Teknologi dalam membantu peserta kajian untuk memaku

menggunakan alatan dengan kemahiran dan teknik yang betul. Selain

itu, harapan pengkaji dapatan kajian ini juga dapat memberi manfaat

kepada semua golongan masyarakat tidak kira guru ataupun peserta

kajian yang tidak mempunyai kemahiran dan keyakinan semasa

memaku.

14
 

BAB 3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan kajian pengkaji menetapkan objektif kajian yang

bertujuan sebagai panduan kepada pengkaji agar kajian ini sentiasa relevan
dengan objektif yang ingin dicapai. Objektif kajian terbahagi kepada dua iaitu

Objektif Umum dan Objektif Khusus.

3.1 Objektif Umum:

3.1.1 Penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac dapat

meningkatkan kekemasan projek, keyakinan dan

mengelakkan kcederaan pada diri peserta kajian

3.2 Objektif khusus:

3.2.1 Meningkatkan kekemasan cantuman tapak rumah api yang

dihasilkan oleh peserta kajian melalui penggunaan kaedah

memaku berirama Tic Tac.

3.2.2 Meningkatkan keyakinan peserta kajian semasa

menggunakan penukul untuk memaku kayu projek melalui

penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac.

3.2.3 Menggelak kecederaan peserta kajian semasa menggunakan


menggunakan

tukul ketika memaku kerja projek melalui penggunaan kaedah

memaku berirama Tic Tac.

15
 

3.3 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian dibina bertujuan untuk memastikan kajian yang dijalankan

menepati objektif dan matlamat yang pengkaji tetapkan. Ini membantu kajian

yang dijalankan lancar dan tidak mempunyai gangguan berkenaan soalan

yang tidak relevan dan tidak menepati masalah kajian. Selain itu, soalan

kajian juga dapat menjimatkan masa sekiranya soalan yang pengkaji

kemukakan relevan dengan masalah yang ingin pengkaji kaji. Kajian

pengkaji menggunakan kaedah irama Tic Tac iaitu irama untuk membantu

peserta kajian memaku dengan kemahiran yang betul. Tic Tac   merupakan

satu irama jika kita memukul paku dengan penukul. Berikut merupakan

persoalan kajian yang pengkaji kemukakan dalam kajian ini.

3.3.1 Adakah melalui


melalui penggunaan
penggunaan kaedah memaku
memaku berirama Tic Tac

dapat meningkatkan kekemasan cantuman tapak rumah api yang

dihasilkan oleh peserta kajian?

3.3.2 Adakah melalui


melalui penggunaan
penggunaan kaedah memaku
memaku berirama Tic Tac

dapat meningkatkan keyakinan peserta kajian semasa menggunakan

tukul?

3.3.3 Adakah melalui


melalui penggunaan
penggunaan kaedah memaku
memaku berirama Tic Tac

dapat mengelakkan kecederaan pada jari peserta kajian semasa

mencantum tapak rumah api?

16
 

BAB 4

4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian yang terdiri daripada peserta

kajian tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A). Peserta kajian


yang terlibat ialah tiga orang peserta kajian lelaki dan dua orang peserta

kajian perempuan yang berbeza tahap pencapaian. Peserta kajian ini

merupakan peserta kajian Orang Asli daripada suku Mah Meri. Semua

peserta kajian berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana kerana

pekerjaan ibu bapa mereka kebanyakkannya sebagai petani dan nelayan.

Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A) merupakan sekolah yang

mempunyai pencapaian akademik yang sederhana kerana berdasarkan

pencapaian akademik UPSR tahun 2015 skor Gred Purata Sekolah ialah

3.16.

Bil Nama Tahun

1 Nazri 4

2 Farihan 4

3 Joe 4

4 Haziqah 4

5 Shaliliy 4

Jadual 1:
1: Senarai nama peserta kajian

Pemilihan peserta kajian ialah daripada peserta kajian tahun 4.

Peserta kajian ini tidak mempunyai kemahiran dan teknik yang betul semasa

mencantum projek rumah api berdasarkan projek lepas yang pengkaji

mereka lakukan. Permukaan kayu projek seringkali rosak akibat cara

memaku yang salah. Selain itu, pengkaji juga perhatikan peserta kajian

17
 

sama sekali tidak yakin semasa memaku kayu projek kerana khuatir telah

tertukul jari mereka sendiri dan sememangnya terdapat tiga orang peserta

kajian yang cedera pada jari telunjuk dan ibu jari mereka kerana terkena

tukul.

JANTINA
LELAKI PEREMPUAN

40%

60%

Rajah 4: Peratusan
4: Peratusan jantina peserta kajian tahun 4

BANGSA
ORANG ASLI

100%

Rajah 5 : Peratusan bangsa peserta kajian tahun 4

18
 

AGAMA
ISLAM LAIN-LAIN

40%

60%

Rajah 6 : Peratusan agama yang dianuti oleh peserta kajian tahun 4

Pencapaian Akademik
Lemah Sederhana Baik Cemerlang

20% 20%

20%

40%

Rajah 7 : Peratusan pencapaian akademik peserta kajian tahun 4

19
 

BAB 5

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN 


KAJIAN 

Pengkaji membuat penelitian terhadap langkah-langkah yang pengkaji telah

ambil untuk menjalankan kajian ini. Pengkaji juga mencari satu rujukan asas
untuk dijadikan panduan. Tindakan yang pengkaji perlu jalankan ialah suatu

langkah yang menjurus untuk mencapai objektif umum dan khusus

seterusnya menyelesaikan masalah kajian dengan melalui satu prosedur

yang tersusun dan sistematik.

5.1 Langkah-Langkah Tindakan

Model yang pengkaji gunakan dalam kajian pengkaji ialah model yang

diutarakan oleh Kurt Lewin (1946). Model ini merupakan model yang

mudah untuk digunakan untuk merancang kajian. Oleh itu, pengkaji

menggunakan proses gelung asas Kurt Lewin bagi menjalankan kajian

dengan menggunakan kaedah memaku Irama Tic Tac   untuk

meningkatkan kemahiran dan keyakinan peserta kajian menggunakan

alat tukul.

Merancang

Refleksi Tindakan

Pemerhatian

Rajah 8: Kitaran penyelidikan tindakan model Kurt Lewin

Sumber: Kartini et al . (2012)

20
 

Gelung 1

5.1.1 Soalan: Bagaimana penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac

dapat meningkatkan kekemasan projek, keyakinan dan

menggelakkan kecederaan pada diri peserta kajian semasa

mencantum tapak projek rumah api?

PERANCANGAN Pengkaji menggunakan satu kaedah iaitu Tic Tac untuk

  melibatkan lima meningkatkan kualiti dan keyakinan peserta kajian

orang peserta dalam menghasilkan projek rumah api serta

  tempoh 1 bulan mengurangkan kecederaan peserta kajian semasa

memaku

TINDAKAN Pengkaji memberikan sekeping kayu kepada peserta

kajian dan meminta mereka memaku kayu tersebut

sebanyak 5 kali dalam satu garisan lurus. Peserta

kajian bebas memaku dengan menggunakan cara dan

gaya mereka yang tersendiri. Kemudian, pengkaji

menghasilkan satu audio dan video yang berkaitan

dengan bunyi irama Tic Tac bagi membantu peserta

kajian mendapatkan kemahiran memaku yang betul.


Semasa menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran pengkaji telah menunjukkan audio video

memaku paku menggunakan irama Tic Tac dan

peserta kajian telah mensimulasikan dengan

menggunakan tukul di tangan mereka. Kemudian

pengkaji telah memberi tunjuk cara memaku paku

dengan menggunakan irama Tic Tac tersebut.

Seterusnya peserta kajian telah mencontohi video dan

21
 

tunjuk cara guru pada kepingan kayu yang tidak

digunakan. Pengkaji juga telah memberikan peringatan

berkenaan keselamatan semasa memaku dan

mencantum tapak rumah api. Akhir sekali, peserta

kajian telah mengaplikasikan kaedah tersebut pada

tapak projek rumah api.

PEMERHATIAN
PEMERHATIA N Pengkaji membuat perbandingan kekemasan paku

yang di paku oleh peserta kajian di atas sekeping

papan. Hal ini untuk melihat perbezaan kekemasan

paku pada permukaan kayu antara sebelum dan

selepas menggunakan irama Tic Tac. Semasa proses


pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pengkaji

membuat pemerhatian terhadap kualiti hasil kerja

peserta kajian dengan menggunakan borang senarai

semak. Kemudian pengkaji memberikan borang soal

selidik untuk menilai tahap keyakinan mereka sebelum

dan selepas menggunakan kaedah memaku irama Tic

Tac. Pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap

keselamatan peserta kajian dan menilai mereka

dengan borang soal selidik untuk mengetahui samada

berlaku kecederaan ataupun tidak

REFLEKSI Selepas kajian dilaksanakan pengkaji membuat satu

refleksi bagi melihat kekuatan dan kelemahan kajian

bagi membuat penambahbaikan.


penambahbaikan.

Jadual 2: Gelung penyelidikan tindakan Kurt Lewin

22
 

Dengan adanya gelung penyelidikan tindakan ini pengkaji dapat

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan langkah-

langkah yang betul, tersusun dan sistematik untuk memastikan kajian ini

berjalan dengan lancar.

5.2 Kaedah Mengumpul Data 


Data 

Data merupakan sebarang bentuk maklumat daripada pemerhatian atau

fakta yang dikumpul atau direkodkan. Chow (2011) menyatakan bahawa

data ialah sebarang maklumat dalam apajua bentuk yang dapat

menjelaskan situasi yang dikaji. Dalam kajian yang dijalankan

metadologi mengumpul data adalah satu proses yang sangat penting.  

Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk

mencari jawapan kepada persoalan-persoalan kajian (Mohamad Najib

 Abdul Ghafar, 1999) Ini demikian kerana, pada proses ini, pengkaji

mengumpul semua maklumat yang perlu untuk mendapatkan hasil

dapatan kajian. Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan 3 kaedah untuk

mengumpul data iaitu senarai semak, soal selidik dan foto.

Senarai Soal
Semak Selidik

Foto

Rajah 9:
9: Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data

23
 

5.2.1 Senarai semak skala berkadar

Borang senarai semak merupakan borang pemerhatian atau satu

dokumen yang digunakan untuk merekodkan apa yang

diperhatikan secara sistematik dan teratur. Dalam borang ini

aspek-aspek tertentu telah direkodkan semasa pemerhatian

dijalankan. Senarai semak adalah indikator atau bukti yang tepat

untuk mengukur tingkah laku, kebolehan, kefahaman, pencapaian

dan kemahiran peserta kajian.

Pengkaji memilih borang senarai semak skala kadar ini

untuk menilai hasil kerja peserta kajian selepas peserta kajian

menyiapkan tapak rumah api. Borang ini telah menilai dari segi

keadaan kekemasan permukaan kayu, kesan paku pada

permukaan kayu, kekemasan cantuman kayu dan mutu tapak

rumah api setelah proses cantuman siap. Dengan adanya borang

ini pengkaji dapat membuat perbandingan tahap kekemasan tapak

rumah api sebelum dan selepas peserta kajian mempelajari cara

memaku Irama Tic Tac.

24
 

Tandakan skala yang sesuai pada ruangan yang telah disediakan.


1- Sangat tidak memuaskan
2- Tidak memuaskan
3- Sederhana
4- Baik
5- Sangat baik
PEMERHATIAN Permukaan Cantuman Keadaan Mutu/ kualiti

kayu tapak kayu paku pada hasil


rumah api tapak permukaan keseluruhan
NAMA rumah api kayu tapak tapak
rumah api rumah api
M1

M2
M3

M4

M5

Jadual 3: Contoh borang senarai semak skala berkadar hasil kerja peserta
kajian

5.2.2 Soal selidik

Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua dan ketiga.


ketiga . Pengkaji

menggunakan borang soal selidik sosiometri bagi menilai perasaan

peserta sepanjang menyiapkan tapak rumah api. Borang soal selidik

ini telah diberikan kepada kelima-lima


k elima-lima peserta kajian selepas mereka

menyiapkan projek. Borang ini mengandungi 3 soalan yang menilai

perasaan mereka dan 1 soalan bagi mendapatkan maklumat

berkenaan kecederaan sepanjang menyiapkan projek. Peserta kajian

perlu memilih jawapan dengan membulatkan jawapan yang mewakili

perasaan mereka iaitu tidak yakin, kurang yakin dan yakin. Berikut

merupakan contoh borang soal selidik sosiometri.

25
 

NAMA:
KELAS:
Sebelum anda memasang tapak rumah api, anda telah mempelajari satu
teknik memaku iaitu memaku menggunakan kaedah irama “Tic- “Tic-Tac”.
Kemudian, anda mengaplikasikan teknik memaku irama Tic-Tac semasa
mencantum tapak rumah api. Berdasarkan jadual di bawah bulatkan jawapan
berdasarkan pengalaman anda menggunakan tukul selepas mempelajari
kaedah memaku irama Tic-Tac

Bulatkan pada jawapan pilihan anda

1.  Apakah perasaan kamu sebelum mencantum tapak rumah


rumah api?

tidak yakin kurang yakin Yakin


2.  Apakah perasaan kamu semasa memegang tukul?

tidak yakin kurang yakin yakin


3.  Apakah perasaan kamu semasa memaku tapak rumah api?

tidak yakin kurang yakin yakin


4.  Adakah kamu tercedera semasa memaku tapak rumah api?

Ya Tidak

Jadual 4: Contoh borang soal selidik sosiometri

5.2.3 Foto 
Foto 

Pengkaji menggunakan foto untuk mendapatkan data berkenaan

dengan hasil kerja peserta kajian. Gambar-gambar telah diambil


sepanjang peserta kajian menyiapkan projek bagi mendapatkan

gambaran yang lebih jelas hasil dapatan kajian. Gambar-gambar yang

diambil juga telah digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab

persoalan kajian dua. Selain itu, dengan adanya gambar-gambar projek

sebelum dan selepas menyiapkan tapak rumah api dengan

menggunakan kaedah irama Tic Tac, pengkaji dapat membuat

perbandingan gambar sebelum dan selepas bagi mendapatkan

perbezaan hasil kerja peserta kajian.

26
 

5.3 Analisis Data

5.3.1 Analisis data daripada senarai semak skala berkadar

Data yang dikumpul dengan menggunakan borang senarai semak

diterjemah ke dalam jadual dan graf bar. Daripada data-data yang


dianalisis pengkaji dapat melihat perbezaan markah yang

diperoleh peserta sebelum kajian dan selepas kajian dijalankan.

Data-data yang dikumpul merupakan jawapan kepada soalan

kajian yang pertama iaitu”   


iaitu”  Adakah
 Adakah kaedah memaku irama Tic Tac

dapat meningkatkan kualiti tapak rumah api yang dihasilkan oleh

 peserta kajian? 
kajian?  “ Data 
Data  sebelum dan selepas kajian diambil agar

pengkaji dapat melihat dengan lebih jelas kesan penggunaan

kaedah memaku irama Tic Tac tersebut berkesan ataupun tidak.

Pengkaji membina satu graf bar bagi setiap pemerhatian yang

terdapat di dalam borang senarai semak tersebut. Setiap graf bar

telah memberikan jawapan yang sangat jelas kepada pengkaji

berkenaan jawapan kepada soalan kajian. Kemudian, pengkaji

telah merumuskan di akhir kajian samada penggunaan kaedah

memaku Tic Tac dapat meningkatkan kualiti hasil projek tapak

rumah api.

Bagi peserta kajian yang pertama (M1) pengkaji

memasukan data yang dikutip sebelum dan selepas

menggunakan kaedah irama Tic Tac dalam pemasangan tapak

rumah api ke dalam bentuk jadual dan graf bar seperti berikut.

27
 

Pemerhatian Permukaan Cantuman Keadaan Mutu/ kualiti


kayu tapak kayu tapak paku pada hasil
rumah api rumah api permukaan keseluruhan
kayu tapak tapak rumah
Masa rumah api api

Sebelum 2 3 2 2

Selepas 5 3 3 4

Jadual 5: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 1

Peserta Kajian 1
6
5
    h
   a 4
    k
   r
   a
   M3
   r
   o
    k 2 sebelum
   S
1
selepas
0
Permukaan Cantuman Keada
Keadaan
an paku
paku Ku
Kuali
aliti
ti hasil
hasil
kayu kayu akhir
Aspek Pemerhatian
*1-Sangat Tidak Memauskan 2- Tidak Memuask
Memuaskan
an 3- Sedehana 4-Cemerlang 5- Sangat Cemerlang

Rajah 10 : Skor markah borang pemerhatian


pemerhatian peserta kajian 1

Jadual 5 dan rajah 10 menunjukkan skor markah borang

pemerhatian yang diberi oleh pengkaji berdasarkan hasil kerja akhir

peserta kajian 1 sebelum dan selepas pengaplikasian kaedah memaku

irama Tic Tac. Merujuk kepada skor dalam jadual 5 dan rajah 6

terdapat perbezaan diantara kedua-dua skor tersebut. Skor bagi

keadaan permukaan kayu tapak rumah api menunjukkan peningkatan

dari segi kekemasan cantuman. Sebelum menggunakan kaedah Tic

Tac peserta kajian hanya mendapat skala 2 iaitu tidak memuaskan

dan selepas menggunakan kaedah Tic Tac peserta mendapat skala 5


iaitu sangat baik. Dari segi cantuman kayu peserta kajian mendapat

28
 

skor skala 3 (sederhana) sebelum dan skala 5 (sangat baik) selepas

menggunakan kaedah. Tidak berlaku sebarang perubahan pada

bahagian cantuman kayu. Seterusnya melalui pemerhatian terhadap

keadaan paku, sebelum menggunakan kaedah Tic Tac, peserta

mendapat skor skala 2 dan selepas mendapat skala 3. Hal ini

menunjukkan sedikit peningkatan terhadap kekemasan memaku pada

permukaan kayu. Seterusnya, kualiti hasil projek peserta kajian

menunjukkan peningkatan yang drastik iaitu sebelum peserta

menggunakan kaedah Tic Tac peserta mendapat skala 2 iaitu tidak

memuaskan dan selepas menggunakan Tic Tac peserta mendapat

skala 4 iaitu baik. Keberkesanan kaedah ini dapat dilihat dengan lebih

tepat dengan merujuk pada graf dalam gambar rajah 10.

Seterusnya, peserta kajian yang kedua (M2), pengkaji

memasukkan data yang dikutip sebelum dan selepas menggunakan

kaedah irama Tic Tac dalam pemasangan tapak rumah api ke dalam

bentuk jadual dan graf bar seperti di bawah.

Pemerhatian Permukaan Cantuman Keadaan Mutu/ kualiti


kayu tapak kayu tapak paku pada hasil
rumah api rumah api permukaan keseluruhan
Masa kayu tapak tapak
rumah api rumah api
Sebelum 3 3 3 3
Selepas 5 4 4 4
Jadual 6 : Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 2

29
 

Peserta Kajian 2
6

    h 4
   a
    k
   r
   M3
   a
   r
   o sebelum
    k 2
   S
selepas
1

0
Permukaan Cantuman Kead
Keadaa
aan
nppak
aku
u Ku
Kual
alit
itii h
has
asil
il
kayu kayu akhir
Aspek Pemerhatian
*1-Sangat Tidak Memauskan 2- Tidak Memuaskan 3- Sedehana 4-Cemerlang 5- Sangat Cemerlang  

Rajah 11: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 2

Jadual 6 dan rajah 11 dia atas menunjukkan skor yang diperoleh

oleh peserta kajian kedua da   lam aspek kekemasan projek. Peserta kedua

menunjukkan peningkatan terhadap kekemasan permukaan kayu iaitu

sebelum kajian peserta mendapat skala 3 dan selepas kajian peserta

mendapat skala 5. Seterusnya dari segi cantuman kayu, keadaan paku dan

kualiti hasil akhir projek menunjukkan peningkatan dari skala 3 iaitu

sederhana kepada skala 4 yang lebih baik. Peningkatan terhadap skor

markah borang pemerhatian berskala ini menunjukkan bahawa terdapat

kesan yang positif terhadap kekemasan projek selepas peserta

menggunakan kaedah Tic Tac semasa mencantum projek tapak rumah api.

30
30

Seterusnya ialah analisis terhadap skor markah borang

pemerhatian terhadap peserta kajian ketiga. Skor seperti yang terdapat

di dalam jadual 7 dan rajah 12.

Pemerhatian Permukaan Cantuman Keadaan Mutu/ kualiti


kayu tapak kayu tapak paku pada hasil
rumah api rumah api permukaan keseluruhan
Masa kayu tapak tapak rumah
rumah api api

Sebelum 4 3 4 3

Selepas 5 5 5 5

Jadual 7: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 3

6
Peserta Kajian 3
5

    h 4
   a
    k
   r
   a
   M3
   r
   o sebelum
    k 2
   S
selepas
1

0
Permukaan Cantuman Kead
Keadaa
aan
nppak
aku
u Ku
Kual
alit
itii h
has
asil
il
kayu kayu akhir

Aspek Pemerhatian
*1-Sangat Tidak Memauskan 2- Tidak Memuaskan 3- Sedehana 4-Cemerlang 5- Sangat Cemerlang  
Rajah 12: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 3 

Jadual 7 dan rajah 12 menunjukkan sko  r yang diperoleh bagi

peserta kajian ketiga. Hasil dari analisis jadual dan graf bar

menunjukkan peningkatan yang signifikan dari kekemasan projek

sebelum dan selepas peserta kajian memaku menggunakan kaedah Tic

Tac semasa mencantum tapak rumah api. Dari segi permukaan kayu

peserta kajian mendapat skala 4 sebelum kajian dan mendapat skala 5

selepas kajian. Hal ini disebabkan kaedah Tic Tac yang digunakan
31

dapat membantu peserta memaku kayu dengan cantik dan kemas

kerana peserta dapat mengawal tangan dengan baik dengan

menggunakan kaedah memaku berirama Tic Tac. Dari segi cantuman

kayu pula terdapat peningkatan yang ketara iaitu dari skala sederhana

(3) kepada skala sangat baik (5). Keadaan paku dan hasil akhir projek

 juga mengalami peningkatan


peningkatan daripada skala 3 sebelum kajian kepada

skala 5 selepas kajian dijalankan. Peningkatan dalam skor markah yang

ditunjukkan oleh peserta kajian ketiga menunjukkan bahawa kaedah

memaku irama Tic Tac memberikan penambahbaikan kepada

kekemasan hasil kerja peserta kajian.

Seterusnya, peserta kajian yang keempat (M4) pengkaji

memasukkan data yang dikutip sebelum dan selepas menggunakan

kaedah irama Tic Tac dalam pemasangan tapak rumah api ke dalam

bentuk jadual dan graf bar.

Pemerhatian Permukaan Cantuman Keadaan Mutu/


kayu tapak kayu tapak paku pada kualiti hasil
rumah api rumah api permukaan keseluruha
kayu tapak n tapak
Masa rumah api rumah api

Sebelum 3 3 2 3

Selepas 5 5 4 4

Jadual 8: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 4 



32

Peserta Kajian 4
6

5
    h
   a 4
    k
   r
   a
   M3
   r
   o sebelum
    k 2
   S
1 selepas

0
Permukaan Cant
Cantum
uman
an ka
kayu
yu Ke
Kead
adaa
aan
n pa
paku
ku Kual
Kualit
itii ha
hassil
kayu akhir
Aspek Pemerhatian
*1-Sangat Tidak Memauskan 2- Tidak Memuaskan 3- Sedehana 4-Cemerlang 5- Sangat Cemerlang  

Rajah 13: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 4

Jadual 8 dan rajah 13 menunjukkan skor markah borang

pemerhatian yang diberi oleh pengkaji berdasarkan hasil kerja akhir peserta
kajian 4 sebelum dan selepas pengaplikasian kaedah memaku irama Tic

Tac. Merujuk kepada skor dalam jadual 8 dan rajah 13 terdapat perbezaan

diantara kedua-dua skor tersebut. Skor bagi keadaan permukaan kayu tapak

rumah api menunjukkan peningkatan. Dari segi kekemasan permukaan

kayu, sebelum kajian peserta hanya mendapat skala 3 iaitu sederhana dan

selepas menggunakan kaedah Tic Tac peserta mendapat skala 5 iaitu

sangat baik. Dari segi cantuman kayu sebelum kajian peserta mendapat

skor skala 3 dan skala 5 (sangat baik) selepas kajian. Keadaan paku pula

menunjukkan skala 2 sebelum kajian dijalankan dan selepas kajian

dijalankan skor meningkat kepada skala 4. Manakala, hasil akhir

menunjukkan peningkatan dari skala 3 kepada skala 5. Peningkatan yang

dapat dilihat pada rajah graf bar 13 menunjukkan peserta kajian dapat

memperbaiki mutu hasil kerja projek selepas menggunakan kaedah Tic Tac

semasa mencantum tapak projek rumah api.


33

Seterusnya, data peserta kajian kelima (M5) yang dikutip daripada

borang pemerhatian diterjemahkan kedalam bentuk jadual dan graf bar

seperti yang ditunjukkan di bawah.

Pemerhatian Permukaan Cantuman Keadaan Mutu/ kualiti


kayu tapak kayu tapak paku pada hasil
rumah api rumah api permukaan keseluruhan
Masa kayu tapak tapak rumah
rumah api api

Sebelum 2 3 2 2

Selepas 5 4 4 4

Jadual 9: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 5 


Peserta Kajian 5
6

    h 4
   a
    k
   r
   a
   M3
   r
   o sebelum
    k 2
   S
selepas
1

0
Permukaan Cant
Cantum
uman
an ka
kayu
yu Kead
Keadaa
aan
nppak
aku
u Ku
Kual
alit
itii has
hasil
il
kayu akhir

Aspek Pemerhatian
*1-Sangat Tidak Memauskan 2- Tidak Memuaskan 3- Sedehana 4-Cemerlang 5- Sangat Cemerlang  
Rajah 14: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 5

 Analisis jadual 9 dan rajah 14 menunjukkan perubahan yang ketara

terhadap skor markah pada borang pemerhatian. Sebelum kajian dijalankan

peserta kajian ini memperoleh markah skala yang sangat rendah iaitu pada

tahap tidak memuaskan. Hal ini menunjukkan bahawa peserta ini tidak

mempunyai kemahiran dalam mengendalikan tukul dengan betul semasa

mencantum kayu projek. Dari segi permukaan kayu sebelum kajian peserta

hanya mendapat skor pada skala 2. Namun, selepas didedahkan dengan


34

kaedah memaku berirama Tic Tac peserta mendapat skor pada skala 5 iaitu

satu perubahan yang sangat baik dan positif. Seterusnya, dari cantuman

kayu menunjukkan skala 3 sebelum kajian dijalankan dan meningkat kepada

skala 5 selepas kajian. Cantuman kayu yang dilakukan oleh peserta sangat

baik dan kemas. Dari segi keadaan paku dan kualiti hasil akhir menunjukkan

peningkatan dari skor skala 2 iaitu tidak memuaskan kepada baik iaitu skala

4. Perubahan yang positif terhadap skor markah yang ditunjukan oleh

peserta kajian kelima ini menunjukkan bahawa kaedah irama Tic Tac

sememangnya dapat membantu memperbaiki kualiti hasil kerja peserta

kajian kepada yang tahap yang lebih baik

Hasil daripada analisis borang pemerhatian terhadap 5 orang

peserta kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa terdapat peningkatan

yang positif terhadap skor markah yang mereka peroleh daripada borang

pemerhatian yang ditanda oleh pengkaji dan dibantu oleh guru Reka Bentuk

dan Teknologi di sekolah tersebut. Kekemasan projek yang dihasilkan oleh

peserta kajian selepas menggunakan kaedah memaku berirama Tic Tac

lebih baik dari sebelum kajian

5.3.2 Analisis data


data daripada borang soal selidik

Data yang dikumpul daripada borang soal selidik sosiometri ini telah

menjawab 2 soalan kajian yang pengkaji utarakan iaitu soalan kajian kedua

“ Adakah
 Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan keyakinan

 peserta kajian semasa menggunakan


menggunakan tukul?” dan soalan kajian ketiga

“ Adakah
 Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat mengelakkan kecederaan

 pada jari peserta kajian semasa mencantum tapak rumah api?”. 


api?”.  Data-data

yang diperoleh diterjemahkan ke dalam bentuk carta pai. Pengkaji

menggunakan carta pai kerana pengkaji dapat menilai dengan lebih jelas
35

berkenaan peratusan keyakinan peserta kajian memaku tapak rumah api

sebelum dan selepas menggunakan kaedah irama Tic Tac. Penggunaan

kaedah memaku irama Tic Tac memberikan kesan dan jawapan yang positif

terhadap persoalan pengkaji sekiranya sebelum menggunakan kaedah

peratusan menunjukkan keyakinan yang rendah, kemudian peratusan

meningkat selepas kajian dijalankan.

Jadual 10 di bawah menunjukkan analisis soalan 1 bagi borang

soal selidik sosisometri yang dijalankan terhadap 5 orang peserta kajian

selepas mereka menyiapkan tapak rumah api.

Soalan 1:
 Apakah perasaan
perasaan kamu sebe
sebelum
lum mencantum tapak rumah api?
api?
Perasaan Tidak yakin Kurang yakin Yakin
Sebelum 80% 20%
Selepas 100%
Jadual 10: Peratusan peserta kajian yang menjawab soalan 1 soal selidik
sosiometri sebelum dan selepas penggunaan kaedah memaku irama Tic Tac

Sebelum Kajian Selepas Kajian


Tidak Yakin Kurang Yakin Yakin Tidak Yakin Kurang Yakin Yakin

0% 0% 0%

20%

80%

100%

Rajah 15: Perbandi


Perbandingan
ngan peratusan keyakinan peserta kajian sebelum
mencantum tapak rumah api sebelum dan selepas menggunakan kaedah
irama Tic Tac

Jadual 10 dan rajah 15 menunjukkan perbandingan tahap keyakinan

peserta kajian sebelum mencantum tapak rumah api. Sebelum kajian


36

dijalankan 80% peserta kajian tidak yakin untuk mencantum taak rumah api.

Manakala, 20% peserta kajian kurang yakin untuk mencantum tapak rumah

api. Hal ini disebabkan oleh peserta kajian tidak yakin terhadap kemahiran

yang mereka ada untuk mencantum tapak rumah api. Namun, selepas

peserta kajian mempelajari kaedah memaku irama Tic Tac keyakinan

peserta kajian meningkat secara drastik iaitu 100% peserta kajian yakin

untuk mencantum tapak rumah api. Hal ini disebabkan oleh peserta kajian

yang mempunyai kemahiran memaku yang baik untuk mencantum tapak

rumah api
37

Soalan 2:
 Apakah perasaan
perasaan kamu semas
semasa
a memegang
memegang tukul?

Perasaan Tidak yakin Kurang yakin Yakin

Sebelum 60% 40%

Selepas 100%

Jadual 11: Peratusan peserta kajian yang menjawab soalan 2 soal selidik
sosiometri sebelum dan selepas penggunaan kaedah memaku irama Tic Tac

Sebelum Kajian Selepas Kajian


Tidak Yakin Kurang Yakin Yakin Tidak Y
Ya
akin Kurang Y
Ya
akin Yakin

0% 0% 0%

40%

60%
100%

Rajah 16: Perbandingan peratusan keyakinan peserta kajian semasa


memegang
memegan g tukul sebelum dan selepas menggunakan kaedah irama Tic Tac

Jadual 11 dan rajah 16 menunjukkan perbandingan tahap keyakinan

peserta kajian semasa memegang tukul. Merujuk kepada carta pai di atas,

dapat dilihat terdapat peningkatan dari segi keyakinan peserta kajian

memegang tukul sebelum dan selepas peserta kajian mempelajari kaedah

memaku irama Tic Tac. Sebelum mempelajari kaedah Tic Tac 60% peserta

kajian tidak yakin dan 40% kurang yakin untuk menggunakan tukul untuk

mencantum tapak rumah api. Seterusnya, selepas peserta kajian

mempelajari memaku kaedah Tic Tac keyakinan peserta kajian meningkat

untuk memegang tukul. 100% Peserta kajian yakin dan tidak lagi takut untuk

menggunakan tukul kerana kemahiran yang diterapkan dalam diri mereka

menambah keyakinan mereka untuk mencantum tapak rumah api. Data


38

kajian ini menunjukkan bahawa kaedah memaku irama Tic Tac dapat

meningkatkan keyakinan peserta kajian untuk mencantum tapak rumah api.

Seterusnya, data yang diperoleh daripada borang sosiometri bagi

soalan ketiga diterjemahkan kedalam jadual dan carta pai seperti yang

dinyatakan di bawah.

Soalan 3:
 Apakah perasaan
perasaan kamu semas
semasa
a memaku tapak
tapak rumah api?
Perasaan Tidak yakin Kurang yakin Yakin
Sebelum 40% 60%
Selepas 100%
Jadual 12: Peratusan peserta kajian yang menjawab soalan 3 soal selidik
sosiometri sebelum dan selepas penggunaan kaedah memaku irama Tic
Tac

Sebelum Kajian Selepas Kajian


Tidak Ya
Yakin Kurang Yakin Yakin Tidak Y
Ya
akin Kurang Ya
Yakin Yakin

0% 0% 0%

40%

60%
100%

Rajah 17: Perbandingan peratusan keyakinan peserta kajian semasa


memaku tapak rumah api sebelum dan selepas menggunakan kaedah
irama Tic Tac

Jadual 12 dan rajah 17 menunjukkan perbandingan tahap keyakinan

peserta kajian semasa memaku tapak rumah api. Merujuk kepada carta pai

di atas, dapat dilihat ada peningkatan dari segi keyakinan memaku tapak

rumah api sebelum dan selepas peserta kajian mempelajari kaedah

memaku irama Tic Tac. Sebelum mempelajari kaedah Tic Tac 40% peserta
39

kajian tidak yakin untuk memaku tapak rumah api. Seterusnya, selepas

peserta kajian mempelajari kaedah memaku irama Tic Tac keyakinan

peserta kajian meningkat kepada 100% peserta kajian yakin untuk

mencantum tapak rumah api. Data kajian ini menunjukkan bahawa kaedah

memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan keyakinan peserta kajian untuk

mencantum tapak rumah api.

Seterusnya jadual dan rajah dibawah telah menunjukkan perbezaan

 jumlah peserta kajian yang mengalami kecederaan sebelum dan selepas

mempelajari Irama Tic Tac.

Soalan 4:
 Adakah kamu tercedera
tercedera semasa memaku tapak
tapak rumah api?
Kecederaan YA TIDAK
Sebelum 60% 40%
Selepas 100%
Jadual 13: Peratusan peserta kajian yang mengalami kecederaan semasa
memaku tapak rumah api 
api 

Sebelum Kajian Selepas Kajian


Ya Tidak Ya Tidak

0%

40%
60%
100%

Rajah 18: Perbandingan peratusan kecederaan peserta kajian sebelum


dan selepas peserta menggunakan kaedah memaku irama Tic Tac

Merujuk kepada jadual 13 dan rajah 18, sebanyak 60% peserta

kajian mengalami kecederaan semasa memaku kayu projek. Hal ini


40

disebabkan oleh peserta kajian tidak mempunyai kemahiran yang

betul menggunakan penukul untuk mencantum tapak rumah api.

Namun, selepas peserta kajian mempelajari kaedah memaku irama

Tic Tac, tiada lagi kecederaan yang berlaku terhadap diri peserta

kajian seperti tertukul jari sendiri. Keyakinan diri yang tinggi sepanjang

proses mencantum tapak rumah api menjadi penyumbang utama

kepada senario ini kerana peserta kajian tidak lagi teragak-agak untuk

memaku seperti sebelum mereka mempelajari kaedah Tic Tac ini.

Hasil yang diperoleh ini menunjukkan satu keputusan yang positif iaitu

kaedah memaku irama Tic Tac sangat membantu peserta kajian untuk

menggelak kecederaan semasa mencantum tapak rumah api.

5.3.3 Analisis data daripada foto

Foto merupakan salah satu sumber yang pengkaji gunakan untuk

mengutip data mengenai keberkesanan kaedah Irama Tic Tac dalam

meningkatkan kekemasan, keyakinan dan menggelakkan kecederaan

pada diri peserta kajian semasa mencantum tapak rumah api. Foto

atau gambar yang diambil merupakan gambar tapak rumah api yang

pengkaji siap iaitu sebelum dan selepas penggunaan kaedah Tic Tac.

Gambar-gambar tersebut dibandingbezakan bagi melihat perbezaan

tapak rumah api yang sebelum dan selepas menggunakan kaedah Tic

Tac. Antara aspek yang dilihat dari gambar tersebut


t ersebut ialah aspek

I. Kekemasan cantuman kayu

II. Keadaan paku

III. Permukaan kayu

Setiap aspek ini memberikan data tentang keberkesanan

kaedah yang digunakan dalam memperbaiki hasil kerja peserta kajian.


41

Gambar di bawah merupakan perbandingan hasil kerja para peserta

sebelum dan selepas kaedah Tic Tac digunakan dalam menghasilkan

tapak rumah api.

A B
Sebelum Selepas
Rajah 19: Kekemasan cantuman kayu sebelum dan selepas
menggunakan
menggunak an kaedah memaku irama Tic
T ic Tac 
Tac 

Rajah 19 menunjukkan perbezaan tapak rumah api yang

dihasilkan oleh peserta kajian. Sebelum peserta kajian diberi

pendedahan kepada teknik memaku kaedah berirama Tic Tac,

cantuman antara kayu tidak kemas. Terdapat ruang antara cantuman

kayu yang tidak bercantum disebabkan cara pemakuan yang salah.

Selain itu, terdapat juga permukaan kayu yang pecah akibat daripada

paku yang tidak dipaku masuk ke dalam kayu dengan betul.

Kemudian, selepas peserta kajian diberi pendedahan dengan satu

kaedah memaku yang mudah dan senang, para peserta berjaya

menghasilkan satu set tapak rumah api yang cantik dan kemas.

Cantuman kayu rapat dan kemas serta tidak meninggalkan ruang

antara kayu. Kayu juga tidak mengalami kerosakan akibat dari cara

pemakuan yang salah.


42

A B
Sebelum Selepas
Rajah 20: Keadaan paku pada permukaan kayu sebelum dan selepas
menggunakan
mengguna kan kaedah memaku irama Tic
T ic Tac

Seterusnya, rajah 20 menunjukkan perbezaan keadaan rupa bentuk paku

pada permukaan kayu. Perhatikan pada gambar sebelum, terdapat paku

yang kelihatan bengkok pada permukaan atas tapak rumah api. Hal ini

terjadi kerana paku tersebut bengkok sebelum sempat habis dipaku masuk

ke dalam kayu. Paku tersebut


t ersebut bengkok kerana peserta kajian memukul paku

tersebut dengan kuat dan tidak tepat. Selain itu, jika dilihat pada sebelah sisi

kiri gambar A terdapat paku yang terkeluar dari permukaan kayu. Hal ini

mengakibatkan kayu tersebut pecah dan permukaan kayu menjadi rosak

dan tidak kemas. Lihat pula pada gambar B, tiada paku yang bengkok pada

permukaan kayu selepas peserta menggunakan kaedah memaku irama Tic

Tac. Semua paku dipaku masuk dengan baik kedalam kayu. Hasilnya, satu

tapak rumah api yang kemas dan cantik dihasilkan oleh peserta kajian.
43

A B
Sebelum Selepas  
Selepas
Rajah 21: Keadaan permukaan kayu sebelum dan selepas
menggunakan
menggunak an kaedah memaku irama Tic
T ic Tac

Rajah 21 menunjukkan dua set tapak rumah api yang

dihasilkan oleh peserta kajian. Gambar A menunjukkan keadaan

permukaan kayu yang rosak akibat daripada cara pemakuan yang tidak

begitu baik. Jika dilihat pada kayu bahagian sisi hadapan terdapat tiga

batang paku yang terkeluar daripada permukaan sisi kayu. Paku-paku

yang terkeluar tersebut memecahkan permukaan kayu sehingga

merosakkan kayu projek. Namun, setelah mereka diberi pendedahan

dengan kaedah memaku irama Tic Tac mereka menunjukkan

perubahan yang ketara dalam aspek memaku. Para peserta kajian

memaku dengan lebih baik dan tepat. Hasilnya seperti dalam gambar B

iaitu tiada lagi kerosakkan pada permukaan kayu yang berpunca

daripada paku yang terkeluar.

Kesimpulannya, kaedah memaku irama Tic Tac memberi

penambahbaikkan pada kemahiran memaku peserta kajian. Pada

awalnya kemahiran yang mereka tunjukkan tidak begitu baik dan

banyak merosakkan projek mereka sendiri. Para peserta juga kelihatan

tidak begitu yakin semasa memegang tukul kerana apabila disoal

mereka mengatakan bahawa mereka takut tertukul jari sendiri. Lebih

teruk lagi memang terdapat tiga orang peserta kajian cedera di jari
44

akibat tertukul semasa memaku kayu projek mereka. Selepas para

peserta didedahkan dan diberi tunjuk ajar dengan kaedah memaku

irama Tic Tac mereka kelihatan lebih yakin dan bagus semasa

mencantum tapak rumah api. Hasil yang ditunjukkan juga sangat

memuaskan.

5.4 Cara Menyemak Data

Data yang dikumpul disemak dengan menggunakan triangulasi data.

Triangulasi ialah satu proses menggunakan pelbagai teknik

pengumpulan data dan dilakukan untuk meningkatkan kesahan data.

Triangulasi juga dikenali sebagai “pemeriksaan silang” (cross

examination)) atau “kesahan silang”. Menurut Fatimah dan Lim (2010),


examination

maklumat yang didapati dari satu sumber boleh disahkan dengan

merujuk kepada perkara yang sama dari sumber lain. Triangulasi adalah

sebahagian daripada pengumpulan data yang bersilang sama ada

menggunakan dua atau lebih kaedah pengumpulan data atau punca

sumber data (Wiersma, 2000). Proses triangulasi boleh dilakukan

berasaskan kepada 3 pendekatan iaitu:

I. Pengalaman

II. Persoalan

III. Peperiksaan

Dalam kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapatkan

data dengan menggunakan ketiga-tiga pendekatan tersebut. Pengkaji

menggunakan instrumen borang soal selidik bagi mendapatkan data

melalui pendekatan pengalaman. Pendekatan persoalan pula pengkaji

telah mendapatkan data-data melalui pemerhatian dengan bantuan

borang senarai semak berskala kadar. Borang tersebut menilai hasil


45

kerja peserta kajian. Kemudian, pendekatan peperiksaan pengkaji

menggunakan gambar atau foto projek peserta kajian bagi

mendapatkan data.

Pemerhatian

Soal selidik Foto


Rajah 22 : Proses triangulasi data

Berdasarkan kaedah pengutipan data pada rajah 22, pengkaji

memilih triangulasi metadologi (kaedah). Kesahan data yang tinggi

boleh diperoleh berdasarkan data- data yang diperoleh daripada kajian

ini. Data-data yang dianalisis telah membuktikan bahawa kaedah

memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan kekemasan projek,

keyakinan peserta semasa memaku dan menggelakkan kecederaan

pada diri peserta. Bagi menambah lagi kesahan bagi data-data ini

pengkaji telah membuat semakan melalui triangulasi terhadap data-data

yang dikutip bagi meningkatkan lagi kesahan data tersebut.

Data pemerhatian daripada borang senarai semak

menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi kekemasan projek

yang dihasilkan oleh peserta kajian apabila skor skala borang senarai

semak meningkat. Peserta kajian berjaya menghasilkan tapak rumah

api yang kemas dan cantik berbanding dengan sebelum kajian. Bukti ini

dikukuhkan lagi dengan foto-foto yang telah diambil iaitu terdapat


46

perbezaan yang ketara antara foto tapak rumah api sebelum kajian dan

foto selepas kajian. Perkara ini dapat dikait rapat dengan faktor

keyakinan peserta kajian semasa proses mencantum. Sebelum kajian

dijalankan para peserta tidak yakin dengan diri mereka untuk

mencantum projek kerana mereka menggangap bahawa proses

memaku satu proses yang membahayakan diri para peserta. Hal ini

disebabkan oleh beberapa peserta kajian yang cedera pada jari akibat

tertukul jari sendiri. Akibat daripada peristiwa tersebut para peserta

kajian menjadi tidak yakin untuk memegang tukul dan mencantum tapak

rumah api. Hasilnya, para peserta mencantum projek mereka dengan

tidak bersungguh-sungguh
bersungguh-sungguh iaitu “asal siap”. 
siap”.  Masalah keyakinan ini

dibuktikan apabila pengkaji memberi set soalan soal selidik kepada


peserta kajian dan ternyata hampir 80% peserta kajian menjawab tidak

yakin pada soalan mengenai perasaan mereka sebelum mencantum

tapak rumah api. Tambahan pula, 60% tidak yakin dan 40% kurang

yakin untuk memegang tukul.

Seterusnya, pengkaji yakin bahawa kaedah memaku irama Tic

Tac banyak membantu meningkatkan keyakinan peserta memegang

tukul semasa proses memaku tapak rumah api. Hal ini dapat dibuktikan
melalui soal selidik yang diberikan kepada peserta kajian. 100% peserta

kajian yakin dengan diri mereka semasa memegang tukul sepanjang

proses memaku dan mencantum tapak rumah api. Selain itu, 100%

peserta kajian mempunyai perasaan yang yakin semasa mencantum

tapak rumah api. Bukti ini dikukuhkan lagi dengan peningkatan skor

markah peserta kajian dalam borang senarai semak berskala kadar.

Keyakinan yang tinggi dalam diri peserta membuatkan hasil projek

bertambah baik. Semua peserta mendapat skor skala 3 iaitu sederhana


47

hingga skala 5 iaitu sangat baik. Tiada lagi peserta yang mendapat

skala 1 dan 2. Tambahan pula, kesahan data ini ditingkatkan lagi

dengan perbandingan foto-foto hasil kerja peserta sebelum kajian dan

selepas kajian. Hasil yang kemas dan cantik ditunjukkan oleh setiap

peserta kajian.

Hasil analisis data menunjukkan bahawa tiada peserta kajian

yang tercedera sepanjang proses kajian dijalankan. Perkara ini

disahkan melalui borang soal selidik apabila 100% peserta kajian

menanda tidak pada soalan 4. Selain itu, hal ini dikukuhkan lagi dengan

pemantauan pengkaji sepanjang peserta kajian menyiapkan projek.

Tiada aduan kecederaan daripada pihak peserta sepanjang kajian

dijalankan. Tambahan pula, peserta berjaya menyiapkan projek tepat

pada masanya. Ini membuktikan tiada masalah yang berlaku sepanjang

peserta menyiapkan tapak rumah api.

Kesimpulannya, hasil daripada proses triangulasi data, data-

data yang dikumpul dan dianalisis mempunyai kesahan yang tinggi.

Oleh itu, kebolehpercayaan terhadap data-data yang dikumpul boleh

dipercayai dan boleh digunakan sebagai rujukan untuk kajian masa

akan datang
48

BAB 6

6.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil daripada keputusan analisis data kajian ini menunjukkan bahawa

kajian tindakan ini berjaya mencapai dan menjawab soalan kajian yang

dinyatakan. Penyelidik akan menggunakan persoalan kajian bagi

membincangkan dapat kajian ini.

6.1 Persoalan 1

Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan

kekemasan cantuman tapak rumah api yang dihasilkan oleh

murid?

1- Sangat tidak memuaskan


2- Tidak memuaskan
3- Sederhana
4- Baik
5- Sangat baik

Murid Pemerhatian Permuka Cantuma Keadaan Mutu/ kualiti


an kayu n kayu paku pada hasil
tapak tapak permukaa keseluruhan
rumah rumah n kayu tapak
Masa api api tapak rumah api
rumah api

M1 Sebelum 2  3 2 2

Selepas 5 3 3 4
M2 Sebelum 3 3 3 3
Selepas 5 4 4 4
M3 Sebelum 4 3 4 3
Selepas 5 5 5 5
M4 Sebelum 3 3 2  3
Selepas 5 5 4 4
M5 Sebelum 2  3 2 2
Selepas 5 4 4 4
Jadual 14: Skor markah borang senarai semak hasil kerja peserta kajian

Berdasarkan persoalan kajian di atas, pengkaji telah

melaksanakan satu kajian di sebuah sekolah bagi membuktikan


49

persoalan yang timbul. Seramai lima orang peserta kajian telah dipilih

daripada kalangan murid tahun 4 untuk menyertai kajian ini. Sebelum

kajian dijalankan peserta kajian telah menghasilkan satu projek rumah

api seperti yang diperuntukkan dalam dokumen standard kurikulum

Reka Bentuk dan Teknologi tahun 4. Namun, projek yang dihasilkan

oleh murid tidak mencapai satu standard yang ditetapkan oleh guru.

Projek yang dihasilkan oleh murid tidak kemas dan mempunyai

kerosakkan teruk pada permukaan kayu. Disebabkan masalah yang

berlaku, pengkaji membuat tinjauan tentang mengapakah masalah ini

terjadi. Hasil dari tinjauan tersebut pengkaji medapati masalah ini

berpunca dari kemahiran mencantum yang lemah. Masalah kemahiran

yang lemah dalam diri peserta kajian berpunca dari keupayaan peserta
yang berbeza-beza.
berbeza-beza. Oleh itu, sebagai penyelesaian
penyelesaian kepada masalah
masalah ini

pengkaji telah mereka satu kaedah bagi meningkatkan kemahiran

mencantum dalam diri peserta kajian. Kaedah tersebut ialah kaedah

memaku berirama Tic Tac. Pengkaji menguji kaedah ini pada peserta

kajian bagi menilai keberkesanan kaedah yang direka.

Merujuk kepada jurnal kajian yang dijalankan di sebuah

sekolah di daerah Segamat Johor, kemahiran mengendalikan alatan


tangan amat penting bagi mendapatkan hasil kerja yang berkualiti tinggi.

Merujuk kepada jadual 14, sebelum kajian dijalankan skor markah yang

diperoleh oleh peserta kajian amat rendah sehinggakan ada antara

peserta kajian tidak mendapat markah melepasi paras sederhana iaitu

pada skala 3. Namun,


Namun, selepas pengkaji mendedahkan dengan kaedah

memaku irama Tic Tac terdapat perubahan yang ketara terhadap skor

markah peserta kajian. Tiada lagi peserta yang mendapat skor bawah

paras sederhana. Skor minimum yang diperoleh ialah sederhana dan


50

yang lebih cemerlang mendapat skor sangat baik dalam menghasilkan

tapak rumah api. Tambahan pula, selepas pengkaji membuat

perbandingan dari foto tapak rumah sebelum kajian dan selepas kajian

sememangnya terdapat perbezaan yang ketara dari segi kekemasan

projek. Projek yang dihasilkan sebelum kajian mempunyai banyak

kecacatan dari segi rupa bentuk dan kekemasan tapak rumah api. Maka

dengan dapatan kajian yang diperoleh jelas bahawa kaedah memaku

irama Tic Tac Berjaya menjawab persoalan kajian dan mencapai

objektif kajian yang pertama.

6.2 Persoalan 2

Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan

keyakinan murid semasa menggunakan tukul?

Sebelum kajian ini dijalankan peserta kajian telah membina

sebuah rumah api bagi matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

dalam tajuk penghasilan projek. Projek yang dihasilkan adalah hasil dari

usaha peserta kajian dengan bimbingan guru. Walau bagaimanapun,

projek yang dihasilkan oleh murid tidak berjaya memuaskan hati

pengkaji kerana banyak kecacatan yang berlaku pada projek tersebut.

Tambahan pula, pengkaji menggangap projek yang dihasilkan oleh

peserta kajian boleh ditambahbaik. Pengkaji juga dapat mengenalpasti

punca utama masalah yang menyebabkan projek yang dihasilkan oleh

peserta kajian tidak mencapai satu standard yang boleh dibanggakan.

 Antara punca yang berjaya dikenalpasti


dikenalpasti ialah peserta kajian tidak

mempunyai keyakinan semasa mencantum tapak rumah api. masalah

ini dikukuhkan lagi dengan soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji

terhadap peserta kajian.


51

Soalan Masa Tidak Kurang  Yakin


 Yakin  Yakin
1.  Apakah perasaan Sebelum 80% 20%

kamu sebelum
Selepas 100%
mencantum tapak
rumah api? 
api? 
2.  Apakah perasaan Sebelum 60% 40%
kamu semasa
Selepas 100%
memegang tukul? 
tukul? 
3.  Apakah perasaan Sebelum 40% 60%
kamu semasa
Selepas 100%
memaku tapak
rumah api? 
api? 
4.  Adakah kamu  YA TIDAK
tercedera semasa
Sebelum 60% 40%
memaku tapak
Selepas 100%
rumah api? 
api? 
Jadual 15 : Peratusan data borang soal selidik sosiometri

Merujuk kepada jadual 15 soalan 1, 80% peserta kajian tidak

yakin untuk mencantum tapak rumah api dan 20% kurang yakin.

Manakala, bagi soalan 2, 60% peserta tidak yakin dan 40% kurang

yakin untuk memegang tukul. Hal ini membawa kepada perasaan tidak

yakin semasa memaku tapak rumah api di mana 40% tidak yakin dan

60% kurang yakin dalam diri peserta. Hal ini disebabkan oleh perasaan

takut yang dihadapi oleh peserta kajian. Perasaan takut ini muncul

selepas 60% peserta cedera semasa mencantum tapak rumah api.

Keyakinan yang rendah dalam diri murid menyebabkan projek yang

dihasilkan oleh peserta kajian tidak memuaskan hati pengkaji.

Oleh itu, pengkaji telah mereka satu kaedah memaku yang

boleh meningkatkan keyakinan murid sepanjang menghasilkan projek.


52

Pengkaji yakin kaedah memaku Irama Tic Tac dapat meningkatkan

keyakinan peserta dan seterusnya dapat membantu peserta

menghasilkan projek yang berkualiti. Setelah kajian dijalankan, pengkaji

memperoleh hasil seperti yang diharapkan iaitu terdapat

penambahbaikan terhadap kualiti projek. Seterusnya, pengkaji telah

memberikan semula borang soal selidik bagi menilai sama ada

keyakinan peserta betul-betul meningkat ataupun tidak selepas

menggunakan kaedah memaku berirama Tic Tac. Dapatan yang

diperoleh daripada soal selidik menunjukkan keyakinan murid

meningkat mendadak selepas kajian dijalankan. 100% peserta kajian

menjadi lebih yakin sepanjang kajian dijalankan. Tiada lagi masalah

kekurangan keyakinan dalam diri peserta kajian. Tambahan pula,


kecederaan yang dialami oleh peserta juga dapat dielakkan apabila

tiada peserta kajian yang cedera semasa menyiapkan projek tapak

rumah api.

Hasil dapatan ini membuktikan bahawa kaedah memaku

irama Tic Tac yang diutarakan oleh pengkaji dapat meningkatkan

keyakinan murid dalam menyiapkan projek tersebut. Faktor keyakinan

ini menyumbang kepada penghasilan projek yang kemas dan cantik.


Perasaan tidak yakin yang membuatkan projek rosak dan tidak kemas

tidak lagi membelenggu peserta kajian kerana peserta kajian sudah

tidak khuatir dengan keadaan bahaya semasa memaku kayu projek. Hal

ini disebabkan oleh tahap kemahiran mengendalikan alatan yang tinggi

dalam diri peserta kajian. Dapatan kajian yang positif ini telah berjaya

mencapai objektif kajian yang kedua dan menjawab persoalan kajian.


53

6.3 Persoalan 3

Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat mengelakkan

kecederaan pada jari murid semasa mencantum tapak rumah api?

Penggunaan alatan bertukang seperti tukul dan paku tanpa

kemahiran yang betul sememangnya boleh mendatangkan bahaya pada

diri si pengguna. Sebelum kajian ini dijalankan, peserta kajian telah

menghasilkan satu projek Reka Bentuk dan Teknologi dalam tajuk

penghasilan projek. Peserta kajian dikehendaki untuk membina rumah

api. Sepanjang peserta kajian menyiapkan projek tersebut 60%

daripada mereka mengalami kecederaan pada jari mereka akibat

daripada tertukul jari sendiri. Kecederaan yang dialami mengakibatkan

peserta kajian hilang keyakinan untuk menggunakan alatan-alatan

tangan yang boleh mendatangkan bahaya pada diri mereka.

 YA TIDAK
 Adakah kamu tercedera
tercedera
Sebelum 60% 40%
semasa memaku tapak
rumah api? 
api?  Selepas 100%

Jadual 16: Peratusan murid yang mengalami kecederaan semasa


memaku tapak rumah api

Merujuk kepada jadual 16, selepas pengkaji mendedahkan

murid dengan satu kaedah baharu tentang penggunaan tukul iaitu

memaku berirama Tic Tac, tiada lagi kecederaan yang dialami oleh

peserta kajian. Peserta kajian lebih berhati-hati dan mahir dalam

menggunakan tukul. Kemahiran yang tinggi dalam diri peserta dapat

menggelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini berbanding


54

dengan sebelum kajian di mana peserta masih belum mahir untuk

menggunakan tukul perlu menyiapkan tugasan yang diberi.

Kesimpulannya,
Kesimpulannya, kaedah memaku irama Tic Tac dapat menggelakkan

berlakunya kecederaan pada diri pengguna. Dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa objektif ketiga dalam kajian ini dapat dicapai dan

berjaya membantu peserta kajian. Persoalan yang timbul berjaya

dirungkai dan diselesaikan dengan jawapan yang positif.


55

BAB 7

7.0 REFLEKSI

Kajian ini merupakan satu tugasan wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap

penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia sebagai memenuhi syarat

Program Ijazah
Ijazah Sarjana
Sarjana Muda
Muda Perguruan.
Perguruan. Kajian ini
ini mengambil
mengambil masa

selama hampir 12 minggu iaitu sepanjang melaksanakan praktikum dan

internship di sekolah. Pengkaji menjalankan kajian ini di sebuah sekolah di

daerah Sepang, Selangor. Pengkaji menggunakan 5 orang peserta kajian

daripada murid tahun 4. Sebelum kajian ini dijalankan pengkaji telah

membuat banyak rujukan daripada kajian-kajian bekas penuntut Institut

Pendidikan Guru Teknik di perpustakaan kampus.

Sebelum kajian dijalankan pengkaji telah menyediakan satu kertas

cadangan kajian tindakan kepada pensyarah matapelajaran Penyelidikan

Tindakan. Kertas cadangan tersebut menerangkan butir-butir berkenaan

kajian yang perlu dijalankan oleh pengkaji. Di dalam kertas cadangan itu

 juga, pengkaji telah mencungkil satu masalah yang dihadapi oleh para

pelajar di sekolah sepanjang pengalaman pengkaji mengajar matapelajara

Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah-sekolah tempat berpraktikum.


Masalah yang ketara yang dihadapi oleh pengkaji ialah semasa

melaksanakan amali pemasangan Rumah Api dalam tajuk Penghasilan

Projek tahun 4. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran tajuk ini

pengkaji mendapati murid-murid tidak dapat menggunakan alatan tukul

dengan betul walaupun pengkaji telah memberi tunjuk cara meggunakan

tukul dengan gaya ketukan yang biasa. Menurut Nordin Hassan (1991), guru

Kemahiran Hidup perlu dilengkapkan dengan kemahiran tertentu di semua

bidang supaya dapat mengendalikan proses pembelajaran dan pengajaran


56

dengan lebih cekap dan berkesan khususnya ketika proses pengajaran yang

melibatkan kerja amali. Disebabkan masalah yang timbul ini, terdetik dalam

pemikiran pengkaji untuk mereka bentuk satu cara atau gaya ketukan yang

mudah dan dapat memerbaiki kemahiran memaku dalam diri murid.

Tambahan pula, sebagai seorang guru, pengkaji sememangnya perlu

mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan kerana menurut Atan Long

(1980), guru dianggap sebagai individu yang mengetahui segala-galanya

dan pelajar sebagai individu yang tidak mengetahui apa-apa

Seterusnya, setelah pengkaji mereka bentuk satu kaedah memaku,

iaitu kaedah memaku irama Tic Tac, pengkaji menguji kaedah tersebut pada

peserta kajian yang telah dipilih untuk menjalankan kajian ini. Pengkaji

memilih peserta kajian dengan pelbagai tahap pencapaian bagi melihat

kesan implimentasi kaedah terhadap murid berlainan tahap pencapaian

akademik.

Kemudian, setelah pengkaji memilih peserta kajian yang sesuai

dengan kajian, pengkaji mengatur perancangan untuk menjalankan kajian.

Perancangan sangat penting bagi memastikan kajian yang dijalankan

berjalan dengan lancar dan tidak tersasar daripada objektif kajian yang telah

ditetapkan. Menurut Daft (1997), perancangan merupakan satu proses

penetapan objektif dan menentukan apakah yang mesti dilakukan untuk

mencapai objektif tersebut. Semasa mengatur perancangan pengkaji telah

mempelajari beberapa model penyelidikan tindakan bagi membantu

merancang kajian ini. Pengkaji telah memilih model yang diutarakan oleh

Kurt Lewin. Model ini menggunakan kaedah gelung asas proses

penyelidikan tindakan. Pengkaji dapat merasakan kajian ini lebih teratur dan

berada di landasan yang betul selepas menggunakan model penyelidikan

Kurt Lewin.
57

Sepanjang proses pengutipan data, pengkaji dapat memerhatikan

tingkah laku yang ditunjukan oleh peserta kajian. Mereka kelihatan sangat

seronok apabila mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam aspek

pertukangan. Perbezaan ini dapat dilihat dengan ketara, sebelum kajian

dijalankan murid kelihatan tidak berminat untuk terus menyiapkan projek

kerana masalah kurang keyakinan dan kecederaan yang dihadapi oleh para

peserta. Selain itu, pengkaji juga dapat mempelajari kaedah baru untuk

menunjuk demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya,

murid-murid akan bergerak ke hadapan kelas untuk melihat demonstrasi

guru, tetapi kali ini pengkaji menggunakan video di mana peserta kajian tidak

perlu bergerak ke tempat guru. Penggunaan video dalam pengajaran juga

dapat membantu peserta kajian memahami dengan lebih mendalam perkara


yang ingin disampaikan oleh pengkaji. Ropp (1999), mendapati bahan

pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai satu

alat kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran kritis dan

kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran. Tambahan pula, hal ini

secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah kawalan semasa

menjalankan kajian.

Pengkaji juga dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri


pengkaji semasa menyiapkan kajian tindakan ini. Masalah utama yang

dihadapi ialah kekurangan kelengkapan bengkel Reka Bentuk dan Teknologi

di sekolah kajian. Kekurangan kelengkapan menyebabkan berlaku kekangan

dalam melaksanakan
melaksanakan projek mencantum tapak rumah
rumah api. Selain itu,

keperluan internet juga menjadi satu masalah kerana pengkaji juga banyak

melakukan rujukan-rujukan melalui internet berkenaan perlaksanaan kajian.

Masalah juga timbul apabila peserta kajian tidak hadir ke sekolah. Kajian

terpaksa ditangguh sekiranya peserta kajian tidak hadir ke sekolah kerana


58

kutipan data memerlukan peserta kajian untuk mengambil bahagian dalam

kajian secara 100%. Namun, masalah-masalah yang timbul ini dapat

diselesaikan dengan sebaik mungkin. Masalah kekurangan alatan

diselesaikan dengan pengkaji meminjam alatan daripada bengkel teknik dan

vokasional di kampus Institut Pendidikan Guru. Alatan-alatan tersebut

dipinjam dan dipulangkan semula selepas kajian selesai. Masalah

kelembapan internet diselesaikan dengan pengkaji menggunakan internet

berbayar daripada syarikat telco. Bagi menyelesaikan masalah

ketidakhadiran peserta ke sekolah, pengkaji mengambil inisiatif untuk

sentiasa mengingatkan peserta kajian untuk sentiasa datang ke sekolah

kerana mereka diberi tanggungjawab dan amanah untuk menyiapkan

tugasan yang diberi oleh pengkaji.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini pengkaji dapat merasakan

kegembiraan dan kepuasan dalam diri kerana kajian yang dijalankan dapat

membantu menyelesaikan masalah yang berlaku dalam dunia pendidikan.

Walaupun masalah ini nampak kecil tetapi impak kepada masa depan murid

yang menjadi peserta kajian adalah besar. Kemahiran yang tinggi dalam diri

mereka membuatkan mereka menjadi minat dengan dunia teknik dan

vokasional. Hal ini dapat membuka peluang kepada meeka untuk memasuki
aliran kemahiran teknik vokasional di alam sekolah menengah kelak. Secara

tidak langsung ianya dapat membuka peluang kerjaya kepada murid-murid

yang lemah dalam akademik untuk menjuruskan diri mereka kepada bidang

kemahiran. Dalam kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin

Yassin, memberitahu media bahawa rombakan ini bagi membolehkan pelajar

mengikuti aliran vokasional lebih awal selepas UPSR. Langkah itu adalah

selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke- 10 untuk memastikan 20

peratus pelajar mengikuti aliran vokasional berbanding 10 peratus pada


59

masa kini. Kemasukan pelajar awal dalam bidang kemahiran menjadikan

mereka lebih lama dalam bidang tersebut dan menjadikan mereka leih mahir

dalam bidang yang mereka minati. (Bernama, 25 September 2010).

Banyak pengajaran yang pengkaji peroleh sepanjang melaksanakan

kajian ini tidak kira sebelum, semasa atau selepas kajian. Kajian ini

membuka mata pengkaji untuk lebih banyak memberikan sumbangan

kepada dunia pendidikan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang

membantutkan proses pembelajaran murid di sekolah. Sebagai seorang guru

sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu meningkatkan potensi diri

murid secara menyeluruh seperti yang dinyatakan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini juga memberi pendedahan awal kepada

pengkaji untuk sentiasa menjalankan kajian-kajian baru pada masa hadapan

bagi membantu meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru

pada masa akan datang.

 Akhir sekali, pengkaji sedar bahawa sumbangan yang diberikan

dalam membantu meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara kita

sangat ditekankan bagi setiap warga pendidik. Sebagai bakal guru, banyak

lagi kajian-kajian yang boleh dilakukan pada masa akan datang.

Sumbangan-sumbangan dalam memperbaiki kualiti pendidikan negara

adalah satu usaha yang murni dan harus diteruskan oleh semua warga

pendidik tidak kira sama ada yang masih berada dalam latihan ataupun telah

berkhidmat di luar sana.


60

BAB 8

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kajian ini banyak membantu peserta

kajian meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan tukul semasa

memaku kayu projek. Walaubagaimanapun, terdapat aspek lain yang perlu

ditambahbaik iaitu dari aspek kemahiran menggunakan alatan-alatan lain

seperti gergaji, pahat dan kikir rata. Alat-alat lain juga penting dalam

membantu peserta kajian meingkatkan kemahiran teknik dan vokasional

dalam diri mereka.

Selain itu, sepanjang menjalankan kajian ini terdapat beberapa

kelemahan yang boleh ditambahbaik bagi mendapatkan satu kajian yang

lebih berkualiti. Aspek yang boleh ditambahbaik ialah aspek pengumpulan

data. Banyak instrumen yang lebih berkesan boleh digunapakai seperti temu

bual dan ujian tetapi mengikut kesesuaian kajian. Lebih banyak maklumat

yang boleh didapati


didapati daripada instrumen
instrumen kutipan data kajian
kajian ini. Akhir sekali,

kajian ini boleh diperluaskan lagi pada masa hadapan di mana pengkaji

boleh memperluaskan lagi skop kajian kepada bidang-bidang kemahiran

yang lain seperti kemahiran pertukangan, kemahiran pertanian dan lain-lain


lagi.
61

BAB 9

9.0 RUJUKAN

 Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. 


Pendidikan.  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

 Azizi Yahaya, C. S. (2008). Keberkesanan


Keberkesanan Penggunaan
Penggunaan Alatan Tangan Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Penambahbaikan Amalan Pengajaran dan

Pembelajaran,, 1-23.
Pembelajaran

 Azizi Yahaya, C. S. (2008). Penggunaan


Penggunaan Alatan Tangan. Kaedah Pengajaran Guru,

1-3.

Bernama (2010). Sistem Pendidikan vokasional dirombak, kata Muhyiddin. Dicapai


pada 27 September 2010. Daripada http://www.themalaysianinsider.com 
http://www.themalaysianinsider.com 

Chow, F.M. (2011). Kajian Tindakan: Konsep amalan dalam pengajaran. Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Daft. (1997). Management.


Management. Dryden
 Dryden Press.

Ebbutt, D. (1985) Educational action research: some general concerns and specific

quibbles. In R. Burgess (Ed.) Issues in educational research: qualitative

methods. Lewes: The Falmer Press.

Fatimah Saleh & Lim Chap Sam (2010). Analisis Data Kualitatif. Dalam Noraini

Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Ghafar, M. N. (Panel Asas Pendidikan ).  Asas Penyelidikan


Penyelidikan Sains Sosial. 
Sosial.  UTM:

Tidak diterbitkan.

Hassan, N. (1991). Pendidikan Satu Pemikiran Semula. 


Semula.  Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Pustaka.
62

Kartini Abdul Mutalib, A. S. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk

PISMP dan DPLI. Ipoh:


DPLI. Ipoh: Perpustakaan Negara Malaysia.
Malaysia.

Kurikulum, B. P. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Reka Bentuk

dan Teknologi Tahun 4. Kementerian


4. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kurt Lewin (1946). "Action research and minority problems"


problems".. J Soc. Issues 2(4)
Issues 2(4)

Ropp. (1999). Exploring Individual Characteristics


Characteristics Associated With
W ith Learning to Use

Computers in Preservice Teachers Preparation . 


.   Boston: Pearson

Education.

Sang, M. S. (2009). Penyelidikan dalam pendidikan : Perancangan dan

Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. 


Tindakan.  Selangor Darul Ehsan: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Wan Mashiwandi Wan Ismail, M. R. (2013). Buku Teks Reka Bentuk dan Teknologi

Tahun 4. Kuala
4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

WIersma, W. (2000). Research methods in education: An introduction (7 th  ed.).

USA: Allyn and Bacon

You might also like