You are on page 1of 17

PRINSIP KEKAYAAN

Oleh  :  Ir.  Ezwan  


Laman  web  -­‐  http://www.rahsiamindajutawan.com  
 
 

1  
 
BLUEPRINT WANG ANDA

Adakah anda suka untuk memiliki wang yang banyak dalam kehidupan

anda?

Adakah anda anda ingin memiliki lebih kebahagiaan dalam kehidupan

anda?

Jika anda mahu, anda sememangnya telah menemui tempat yang betul.

Mengapa?

Kerana dalam ebook ini, anda akan ketahui punca sebenar, saya

ulangi… Punca Sebenar tentang orang berjaya dalam kewangan, orang

yang sederhana atau orang yang gagal.

Nama saya Ir.Ezwan dan merupakan pengasas Rahsia Hukum Tarikan di

http://www.RahsiaTarikan.com yang telah menghasilkan ebook terlaris

tentang Hukum Tarikan iaitu ‘Rahsia Menarik Kekayaan & Kejayaan

Melalui Hukum Tarikan’.

Setiap daripada kita mempunyai Blueprint wang yang berada di minda

bawah sedar dan blueprint ini yang menentukan seluruh kewangan

anda. Blueprint di sini bermaksud rekabentuk atau format. Anda boleh

menjadi seorang usahawan berjaya, seorang ejen pemasaran terbaik,

seorang jurujual terbaik, atau seorang pengurus terbaik. Anda boleh

2  
 
menjadi pakar dalam bidang yang anda ceburi. Anda boleh tahu setiap

strategi dalam bidang hartanah. Anda boleh tahu setiap teknik

pelaburan saham dan kewangan. Namun jika blueprint di minda bawah

sedar anda tidak diset untuk tahap yang tinggi dalam kejayaan, anda

tidak akan mendapat kejayaan dan wang yang banyak. Dan jika anda

ada peluang, walau bagaimanapun anda akan terlepas peluang itu.

Biar saya berikan contoh. Kita biasa dengar dengan bilionair hartanah

dunia iaitu Donald Trump. Beliau pernah kehilangan segalanya, namun

dalam masa 2 tahun kemudian, beliau mendapat kembali hartanya,

malah mendapat lebih lagi. Mengapa? Kerana blueprint beliau telah diset

pada tahap yang tinggi.

Dalam kisah yang lain, ada pemenang loteri yang menang berjuta-juta,

namun 5 tahun kemudian, mereka kembali kepada tahap kewangan

asal. Mengapa? Kerana blueprint mereka adalah di tahap rendah.

Bagaimana saya tahu semua ini? Mudah saja… Saya pernah kerja

bersusah-payah suatu ketika dulu, bekerja lebih 12 jam sehari, kerana

ingin mendapat hasil terbaik. Saya telah mengkaji setiap strategi

perniagaan dan juga menghadiri setiap program motivasi. Tiada apa

yang menjadi sehingga saya pelajari tentang blueprint wang dan

bagaimana untuk mengubahnya. Itulah dia bagaimana saya mengubah

3  
 
kehidupan saya. Kini, ia menjadi satu misi untuk berkongsi prinsip-

prinsip itu dengan semua orang. Dengan itu, mereka boleh mula

berhenti daripada bersusah-payah, kebimbangan dan mula hidup

dengan potensi kewangan yang maksimum.

Apakah blueprint wang anda dan bagaimana ia

dibentuk?

Seperti satu blueprint untuk pembinaan rumah, yang mana ia adalah

satu rekabentuk yang telah ditetapkan bagi rumah tersebut. Blueprint

wang anda adalah rekabentuk yang ditetapkan di mana ia berhubung

kepada wang. Ia terdiri daripada kombinasi pemikiran, perasaan dan

tindakan anda.

4  
 
Saya akan memperkenalkan kepada anda tentang Proses Manifestasi, ia

adalah seperti formula berikut:

T hought F eeling A ction =R esult

Prinsip Kekayaan:

Thought (Pemikiran) menghasilkan perasaan

Feeling (Perasaan) menghasilkan tindakan

Action (Tindakan) menghasilkan hasil/kesan

Pemikiran anda menghasilkan perasaan, yang akan menghasilkan

tindakan, yang akan menghasilkan kesan. Jadi, apakah pemikiran,

kepercayaan dan tabiat anda? Bagaimana perasaan anda tentang diri

anda? Berapa banyak tahap keyakinan diri yang ada dalam diri anda?

Apakah kesanggupan anda untuk mengambil tindakan walaupun berada

dalam keadaan tidak selesa atau ketakutan? Yang sebenarnya adalah

pemikiran anda, sikap anda dan kepercayaan anda adalah kritikal untuk

menentukan tahap kejayaan anda.

5  
 
Jadi, dari mana datangnya pemikiran dan kepercayaan anda? Ia datang

daripada maklumat atau programming yang anda telah terima pada

masa lampau, terutamanya ketika anda masih kecil. Siapakah yang

terlibat dalam memberi sumber maklumat/programming ini? Mereka

adalah ibubapa, adik-beradik, penjaga, cikgu, media, budaya,

persekitaran dan sebagainya.

Cuba kita lihat kepada budaya. Adakah ia benar bahawa budaya tertentu

mempunyai cara pemikiran dan urusan tertentu dengan wang, dan

budaya-budaya lain mempunyai cara yang berlainan? Sudah tentu. Saya

ada satu soalan untuk anda. Adakah seorang kanak-kanak berurusan

terus dengan wang atau mereka diajar bagaimana menggunakan wang?

Faktanya adalah kita semua diajar bagaimana menggunakan wang. Dan

ramai di antara kita diajar oleh orang yang tidak mempunyai banyak

wang, atau mempunyai kepercayaan, tabiat atau isu emosional negatif

yang banyak disekelilingnya. Cara pemikiran mereka telah menyerap ke

dalam diri kita dan menjadi tabiat atau cara semulajadi secara automatik

tentang pemikiran terhadap wang.

Kita juga tidak mengetahui mengapa kita membuat keputusan. Kita

hanya lakukan yang terbaik daripada apa yang kita ada. Dan

6  
 
masalahnya ialah pemikiran ini sebenarnya menghalang kita daripada

mencapai semua kejayaan yang kita inginkan.

Prinsip Kekayaan:

Melatih dan menguruskan minda anda adalah


kebolehan yang amat penting yang perlu anda
perolehi, dari segi kebahagiaan dan kejayaan.

Jadi, bagaimana kita diajar? Berikut adalah tiga pengaruh yang terlibat.

Pertama : Programming Secara Lisan

Ini semua adalah tentang apa yang anda dengar sejak anda masih kecil.

Kedua : Model / Contoh

Ini adalah tentang apa yang anda lihat sejak anda masih kecil.

7  
 
Ketiga : Keadaan Tertentu

Ini adalah tentang apa yang anda alami di sekitar wang, kejayaan,

kekayaan dan orang kaya di masa lalu.

Pengaruh Pertama : Programming Secara Lisan

Apakah perkataan-perkataan yang anda dengar tentang wang, kejayaan

dan orang kaya apabila anda sedang membesar?

Ramai orang menyatakan seperti berikut:

- Wang adalah sumber kejahatan

- Orang kaya tamak

- Kamu perlu kerja kuat untuk mendapatkan wang

- Kamu tidak boleh jadi kaya

- Wang tidak boleh membawa kebahagiaan

- Wang tidak boleh membeli cinta

- Wang tidak tumbuh pada pokok

- Kami tidak mampu…

- Tak pernah cukup wang…

8  
 
Ada segelintir orang tua berkata begini apabila anaknya meminta

sesuatu : “Kau ingat aku ni cop duit?

Semua pernyataan yang anda dengar akan diserap oleh minda bawah

sedar dan menjadi sebahagian blueprint yang menjalani kehidupan

anda… dan anda tidak perasan langsung.

Saya ada seorang rakan yang memperolehi pendapatan RM500,000

dalam masa 5 tahun. Dia tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan

wang. Walaupun dia mendapat pendapatan yang tinggi dan konsisten,

wang tersebut tidak pernah melekat padanya. Nilai simpanannya

kosong!

Dia berkongsi dengan saya, semasa dia masih kecil, ibunya selalu

berkata, “ Orang kaya selalu tamak. Kamu tak perlu jadi orang kaya.

Cukuplah apa yang ada.” Sebab itulah rakan saya itu tidak kaya-kaya.

Dia telah diprogramkan secara lisan oleh ibunya yang mana dia percaya

orang kaya itu adalah tamak. Dan sejak dia tidak mahu menjadi tamak

dan tidak setuju dengan ibunya, secara tidak sedar, dia tidak akan

menjadi kaya.

Setelah dia mengetahui dan menggunakan beberapa teknik yang

berkesan, blueprint dia berubah serta-merta. Akhirnya dia faham pada

9  
 
tahap bawah sedar yang mana kepercayaan yang lama adalah daripada

ibunya, bukan dia yang menjadikan kepercayaan itu. Dengan

menggunakan teknik yang dipelajari, dia telah berubah menjadi bebas

kewangan selepas 2 tahun.

Pengaruh Kedua : Model / Contoh

Bagaimana hubungan ibubapa/penjaga anda dengan wang apabila anda

masih kecil? Adakah mereka menguruskan kewangan mereka dengan

baik, atau mereka tidak boleh menguruskan wang? Adakah mereka suka

membelanja atau mereka adalah penyimpan? Adakah mereka melabur

ataupun tidak?

Adakah wang datang kepada anda dengan mudah atau anda bersusah-

payah mendapatkan wang? Adakah wang menjadi sumber kegembiraan

dalam rumah anda, atau adakah ia sumber perbalahan? Mengapa ia

sangat penting?

Ramai daripada kita selalu mengikut sikap ibubapa kita apabila

berurusan dengan wang. Walau bagaimanapun, ada di antara kita yang

tidak sehaluan dengan dengan ibubapa kita apabila berurusan dengan

wang. Kenapa ia berlaku? Ia semua bergantung kepada tahap tidak

10  
 
puas hati anda kepada mereka atau terhadap tahap kewangan anda

sekarang.

Pengaruh Ketiga : Keadaan Tertentu

Apakah yang anda alami di sekeliling wang, kejayaan, kekayaan dan

orang kaya apabila anda masih kecil? Ada satu cerita tentang seorang

wanita di mana ketika dia berumur 7 tahun, dia mendengar bunyi loceng

daripada penjual aiskrim bermotor. Dia mendapatkan ibunya dan

meminta wang daripada ibunya. Kemudian, ibunya berkata,”Maaf nak.

Mak takde wang. Pergi mintak dengan ayah. Ayah ada banyak wang.”

Kemudian dia terus mendapatkan ayahnya dan ayahnya memberinya

wang untuk membeli aiskrim. Dia sangat gembira.

Pada minggu seterusnya dia mendengar loceng aiskrim lagi. Dia

meminta wang daripada ibunya lagi dan ibunya berkata,” Maaf nak. Mak

takde wang. Pergi mintak dengan ayah. Ayah ada banyak wang.”

Kemudian dia terus mendapatkan ayahnya dan ayahnya memberinya

wang untuk membeli aiskrim. Dia gembira lagi.

Dengan itu, apakah yang dia pelajari tentang wang? Baiklah, perkara

pertama yang dia belajar adalah hanya lelaki yang mempunyai wang.

11  
 
Jadi, apabila dia berkahwin, apakah yang dia sangka tentang suaminya?

Dia akan mendapat wang semuanya daripada suaminya!

Perkara kedua yang dia pelajari adalah perempuan tiada wang. Ibunya

tidak mempunyai wang. Secara tidak sedar, keadaan telah

mempengaruhinya yang mana dia perlu habiskan wang yang dia ada.

Perempuan ini juga sering bertengkar dengan suaminya pasal wang.

Kemudian dia telah menemui blueprint wang yang terbaik dan sekarang,

tidak berlaku lagi perbalahan tentang wang.

Ada juga kisah lain yang menceritakan seorang anak yang mendengar

ibubapanya bergaduh pasal wang. Bapanya amat marah sehingga

penyakit darah tingginya datang dan terus pengsan. Melalui pengalaman

ini, minda anak tersebut mempunyai tanggapan bahawa wang ada

kaitan dengan kesakitan. Jadi, apabila dia dewasa, secara tidak sedar

dia menghabiskan semua wangnya. Mengapa? Kerana ingin membuang

semua kesakitan. Apabila dia menemui blueprint wang dan

memprogram semula mindanya, kini dia telah mencapai kebebasan

kewangan.

12  
 
Prinsip Kekayaan:

Pendapatan anda boleh berkembang hanya


dengan menambah usaha anda!

Apakah Blueprint Wang yang Anda Tetapkan?

Persoalan di sini adalah: Apakah Blueprint wang anda sekarang?

Bagaimana anda ingin tetapkan? Mudah saja… Lihat hasil anda

sekarang. Adakah anda mendapat RM30,000, RM50,000, RM70,000,

RM100,000, RM200,000, RM500,000 atau RM1 Juta setahun? Apa saja

nombornya, ia adalah hasil daripada blueprint wang anda.

Adakah anda bekerja kuat dan lebih masa untuk mendapatkan wang

atau adakah anda mempunyai keseimbangan dalam kehidupan anda?

Itu adalah hasil daripada blueprint wang anda. Adakah pendapatan anda

konsisten atau tidak? Adakah anda seorang penyimpan atau anda

pemboros? Adakah anda pengurus wang yang baik atau tidak? Adakah

anda seorang pelabur atau tidak? Adakah perniagaan anda bagus atau

tidak? Semuanya adalah hasil daripada blueprint wang anda.

13  
 
Adakah anda bimbang tentang wang atau anda tidak kisah pasal wang?

Adakah anda percaya kepada orang lain pasal wang? Anda tahu

jawapannya. Semua ini adalah hasil daripada blueprint wang anda.

Blueprint anda adalah seperti thermostat. Jika suhu bilik adalah 27

darjah Celsius, thermostat diset pada suhu 27 darjah Celsius. Apabila

anda membuka tingkap dan cuaca di luar sangat panas. Sudah tentu

suhu di dalam bilik juga akan meningkat kepada 30 darjah Celsius.

Tetapi, apa yang berlaku kepada thermostat? Ia akan menendang dan

kembali semula kepada suhu 27 darjah. Ini bermakna bahawa hanya

satu cara untuk mengubah suhu di dalam bilik dengan cara set semula

thermostat itu.

Sama juga seperti anda. Hanya ada satu cara untuk mengubah tahap

kewangan anda adalah dengan set semula thermostat kewangan anda-

dengan kata lain adalah blueprint wang anda.

Prinsip Kekayaan:

Hanya ada satu cara untuk mengubah tahap


kewangan anda adalah dengan menetapkan
semula thermostat kewangan anda

14  
 
Masalahnya adalah…blueprint wang anda akan tetap bersama anda di

sepanjang hidup anda melainkan anda mengenalpasti dan

mengubahnya. Dan itulah yang akan saya programkan dalam Ebook

yang bakal saya keluarkan nanti bertajuk…

“Rahsia Minda Jutawan”

15  
 
Ebook ini akan mengubah tahap kewangan anda dan akhirnya akan

mengubah seluruh hidup anda. Dan blueprint tersebut akan kekal

bersama-sama anda selamanya.

Ubahlah Blueprint Wang Anda…

Anda telah pun mengambil langkah pertama dengan membaca buku ini

ke arah kejayaan kewangan yang lebih baik.

Anda mampu mengubah hidup anda…

Demi kejayaan anda,

Ir. Ezwan

http://www.rahsiamindajutawan.com  
http://facebook.com/ir.ezwanpage
email : rahsiatarikan@gmail.com

PS : Sila lihat mukasurat seterusnya. Ada rahsia yang harus anda


ketahui.

16  
 
Kaedah mudah untuk Menarik Rezeki…TERBUKTI

Dengan hanya memprogramkan minda anda

Melalui Kaedah HIPNOSIS

Sila lihat maklumat lanjut di http://www.RahsiaHipnosis.com

17  
 

You might also like