You are on page 1of 3

Beli Rumah Tanpa Modal?

Inilah Caranya…
by MOMMY LYNA on JULY 31, 2010 · 91 COMMENTS

Beli rumah tanpa modal tidak mustahil langsung. Malah,


ianya salah satu pelaburan hartanah paling best pernah saya
buat. Dah le langsung tak keluar apa-apa modal, dapat duit lepas
bank bayar penjual lagi ade. Sebab tu antara sebab saya suka beli
rumah, sebab saya tadak duit! Banyak kawan buat muka blur
when I say that to them.
Lepas tu pulak, setiap bulan dapat cash. Am talking about
pulangan infiniti here, zero cost tapi dapat duit every month.
Once you did it, pandang ASB/ Tabung Haji sebelah mata je…

Bagaimana nak beli rumah tanpa modal?

Saya sekeluarga suka jalan-jalan tengok rumah. Lepas tu kami akan list down nama-
nama rumah yang kelihatan menarik dari kaca mata pelabur. Kalau ada masa lapang,
I’ll call my favourite valuers tanya tentang market value (MV) kawasan tersebut. MV ni
sangat penting sebab berapa banyak boleh pinjam bank untuk beli sesuatu hartanah
bergantung kepada nilai MV daripada valuer. Biasanya bank bagi 90% daripada MV.

Lepas tu mula la telefon semua ejen atau pemilik yang berminat nak jual. Saya akan beli
jika owner sanggup jual sekurang-kurangnya 10% lebih rendah daripada MV. Biasanya I
tawar sampai dapat 15-20% lebih rendah daripada MV. Di samping itu, akan saya
pastikan, sewa bulanan dapat bayar balik bayaran bulanan bank (mortgage) dan
maintenance fee (jika ada) so that asset yang dibeli ni mampu menjana pendapatan
sampingan jugak.

Serampang dua mata; beli rumah tanpa modal + pendapatan bulan.

Contoh,
Harga Jualan: RM80,000
Market Value: RM100,000
90% Loan: RM90,000
Lebihan CASH: RM100,000 – RM90,000 = RM10,000

Cash ni anda boleh guna untuk bayar kos guaman SPA & loan agreement; dalam
RM7,000 untuk contoh di atas. Lebih bagus kalau boleh masukkan kos guaman dalam
loan jugak; jadi macam zeo-moving cost. Ini kena kowtim dengan lawyer & banker. So,
you get cold cash RM10,000!

Let’s say, kos guaman (masuk dalam pinjaman rumah) + MRTA/MRTT + loan
RM90,000 = RM507 sebulan (faedah 4.5%, 30 tahun pinjaman). Kos maintenance
dalam RM50. You still can get roughly RM50 sebulan jika sewakan hartanah yang baru
dibeli ni dengan kadar RM600 sebulan.

Dengan kadar sewaan semasa untuk hartanah ni RM700, anda


boleh dapat RM150 sebulan atau RM1,800 setahun. Dan kalau letak duit RM10,000
tadi dalam Tabung Haji dengan 5% dividen tahunan, you can get additional RM500
setahun. Total, RM2,300 setahun atau RM191 sebulan dengan cara beli rumah tanpa
modal satu sen pun.
Ulangi proses yang sama 10x sepanjang hidup anda = RM1.9k sebulan dengan
RM100,000 CASH dalam Tabung Haji. Isn’t that nice? Paling kurang boleh bayar loan
rumah yang anda duduk sekarang ni tanpa sedikit pun kacau gaji mahupun tabung
simpanan anda! So tolong la jangan buat muka blur when I say “beli rumah sebab tadek
duit”
**P/S: Someone is charging a fee untuk info di atas and yet I reveal to you for free.
Tolong hargai teknik beli rumah tanpa modal ini…


Tagged as: beli hartanah, beli hartanah tanpa deposit, beli hartanah tanpa duit, beli
hartanah tanpa modal, beli hartanah tanpa uang

You might also like