You are on page 1of 1

Ucapan Perasmi

Tuan Musa bin Ismail, Timbalan Pegawai PPD Sektor Perancangan PPD Petaling Perdana
memanjatkan rasa syukur atas kelancaran majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk guru-guru dan ibu bapa kerana
meluangkan masa untuk menjayakan majlis yang berlangsung secara atas talian.

Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu
bapa bagi berkongsi pendapat yang bernas bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah sama
ada akademik mahupun kokurikulum.

Beliau memaklumkan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak-
anak dan pihak sekolah dalam proses pembelajaran agar anak-anak tidak ketinggalan.

PIBG merupakan medium berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah
dan komuniti. Berbagai-bagai program yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk
memastikan anak-anak murid dapat mengikuti pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan
sebagainya secara atas talian.

Beliau mengucapan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah dan sokongan padu daripada
semua pihak merupakan senjata penting untuk memastikan kecemerlangan semua murid.
Beliau berharap PIBG akan terus menyokong pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai
aktiviti yang bersesuaian dengan norma baharu.

Beliau juga menyatakan bahawa kecemerlangan anak-anak murid bermula dari rumah iaitu
dididik dengan nilai-nilai murni agar terhindar dari segala gejala negatif dari luar rumah.
Keperibadian anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa dan disokong oleh didikan guru.

PIBG sekolah perlu bersikap proaktif dalam menyumbang kecemerlangan murid-murid


selain membantu kebajikan murid, guru dan pihak sekolah.

You might also like