You are on page 1of 4

PANDUAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI PT3 2021

Tajuk : Kitar Semula : Cara, Kepentingan, Kesan dan Langkah Atasi dalam Kehidupan Keluarga
(Pelajar- Tulis nama pelajar & Tingkatan ) dan Masyarakat Sekitar

Kandungan:
1.0 Menyediakan jadual kerja Kerja Lapangan
Contoh:
Bil Tarikh/Hari/Masa Perkara Tindakan
1. 27/09/2021 Membaca buku teks Bab 12 untuk mengetahui pdpr
Isnin langkah-langkah menyiapkan Kerja Lapangan
9:50 -11:20 pagi
2. 04/10/2021 Membuat Jadual Kerja, menulis tajuk, menulis pdpr
Isnin pendahuluan dan Kawasan kajian
9:50 -11:20 pagi
Pelajar mencatat proses menulis sehingga
HANTAR…contoh seperti di bawah
14. 29/11/2021 Menghantar Kerja Lapangan kepada Cikgu Di sekolah
Isnin Tang Sin Kie

2.0 Pendahuluan:
- beri maksud kitar semula dan contoh – rujuk buku teks atau Wikipedia
- hurai sedikit tentang masalah melanda masyarakat dan negara -covid 19
- tegaskan kewajipan menyiapkan Kerja Lapangan ( KL ) bagi pelajar Tingkatan 3
- Pilih tajuk – buat kajian di rumah sendiri

3.0 Kawasan Kajian - pelajar nyatakan alamat rumah yang dibuat kajian dan berapa jarak ke bandar
Kota Tinggi
- huraikan sedikit tentang bilangan ahli keluarga dan pekerjaan
- Lakar kawasan kajian secara kasar kedudukan rumah respondan seperti jalan
raya,
kedai, dewan dan lain-lain kemudahan asas, ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan
kajian. Peta lakar perlu lengkap dengan tajuk, petunjuk, bingkai, arah mata angin
dan simbol yang tepat.
( Boleh rujuk Google Map -print /Tak faham tanya cikgu )

4.0 Penghargaan :
- kepada Tuan Pengetua – Nama penuh – kerana memberip eluang menyiapkan KL
- ibu dan bapa – nama penuh – memberi bantuan dan galakkan
- Guru mata pelajaran – En Tang Sin Kie/ En Mohamad Azri Bin Abdullah – membimbing dan
tunjuk ajar
- Rakan-rakan jika ada – Nama penuh – berkolaborasi dan berbincang
5.0 Objektif kajian:
i. memberikan maksud kitar semula
ii. Mengenal pasti bagaimana keluarga menguruskan kitar semula di rumah
iii. Menghuraikan kepentingan kitar semula kepada masyarakat
iv. Membuat rumusan tentang kesan kepada alam sekitar dan manusia jika amalan kitar semula
tidak diamalkan
v. Menjelaskan langkah untuk memupuk keluarga pelaar dan masyarakat mengamalkan
amalan kitar semula

6.0 Kaedah yang digunakan:


i. Pemerhatian
ii. Rujukan
iii. Temu bual
Nota : Huraian boleh dirujuk dalam buku teks m/s 194…kalau xfaham, sila rujuk cikgu

7.0 Merekod, mengumpul dan menganalisi maklumat


Pelajar perlu:
i. merekod bahan kitar semula yang terdapat di rumah sendiri ( 5 jenis )
ii. Pelajar mencatat kekerapan bahan kitar semula yang hendak dibuang dalam seminggu ( 7
hari )
iii. Isi maklumat dalam jadual di bawah:

Tajuk : Jenis Bahan Kitar Semula dan Kekerapan Dibuang oleh Keluarga dalam Seminggu
Bil Jenis Bahan Kitar Semua Kekerapan yang dibuang dalam
seminggu
1 Cth Botol plastik 5
2
3
4
5
iv. Luksi gaf bar yang menghubungkan jenis bahan kitar semula dan kekerapan yang dibuang
dalam seminggu oleh keluarga pelajar. Lukis dalam kertas graf. Contoh:

Tajuk :

Nota : Graf bar di atas tidak lengkap dan data rekaan sahaja sekadar contoh untuk panduan pelajar.
Semasa melukis ( pindahkan data adri jadual ke graf bar),pelajar boleh rujuk Buku Teks m/s 10 atau
tanya cikgu.

v. Kemudian tafsir graf bar yang pelajar lukis. INGAT: setiap pelajar akan mempunyai graf
tersendiri dan tidak sama antara satu sama lain. Jadi…JANGAN tiru ya.

8.0 Bagaimanakah keluarga pelajar menguruskan bahan kitar semula ( Beri 3 dan huraikan )
Cth : Buang ke dalam tong sampah, jual kepada pembeli barangan terpakai, meletakkan dalam tong
kitar semula di tepi jalan dan lain- lain.
Nota : pilih 3 cara dan huraikan

9.0 Huraikan kepentingan kitar semula ( pilih 3 dan huraikan )

10.0 Jelaskan kesan jika amalan kitar semula tidak dilakukan terhadap alam sekitar dan manusia.
( pilih 3 dan huraikan )

11.0 Bincangkan langkah yang boleh diambil untuk memupuk amalan kitar semula dalam kalangan
ahli keluarga dan masyarakat. ( pilih 3 dan huraikan )

12.0 Rumusan
- nyatakan kepentingan kerja lapangan ini kepada pelajar
- nyatakan nilai-nilai yang diperoleh sepanjang membuat kerja lapangan ini.
13.0 Pembentangan
- pelajar akan membentangkan hasil Kerja Lapangan apabila naik sekolah nanti. Tempoh
pembentangan ialah 5 hingga 10 minit.
- Jika tidak naik sekolah, pelajar perlu membuat pembentangan secara rakaman dan hantar
kepada guru pembimbing. Apa-apa pun, tunggu arahan guru selepas siap proses menulis
Kerja Lapangan.

Catatan:
1. Memandangkan kita masih dalam PKP fasa 2, maka hasil Kerja Lapangan pelajar ditulis ( TIDAK
BOLEH TAIP ) di rumah pada waktu pdpr. Cikgu akan menyusun jadual perlaksanaan dan
dimaklumkan dari semasa ke semasa.
2. Semua hasil kerja pelajar ditulis tangan dalam test pad kecuali peta lakar dalam kertas A4 dan graf
bar dalam kertas graf.
3. Kerja Lapangan ini mesti hantar untuk disemak oleh guru pembimbing. Tarikh penghantaran akan
dimaklumkan.
3. Sebarang perubahan jika ada akan dimaklumkan semasa proses penulisan.
4. INGAT : Sebarang masalah sila hubungi cikgu pembimbing.

You might also like