You are on page 1of 52

1

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat


menyiapkan tugasan Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad ke 20
(SJHK3013). Walaupun saya menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran dalam
proses untuk menyiapkan tugasan ini, Alhamdulillah berkat pertolongan pihak-pihak
berikut saya dapat menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan pada tempoh yang
ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih


kepada Encik Norazan bin Mat Nor selaku pensyarah pembimbing kursus Sejarah
Politik Malaysia Awal Abad ke 20 kerana telah memberikan saya galakkan dan
motivasi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dengan motivasi yang tinggi, saya
sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.

Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
Encik Ismail bin Okok dan Puan Bangsawan bin Napsun atas galakkan, sokongan
dan bantuan yang diberikan kepada saya dalam pelbagai bentuk termasuklah
bantuan kewangan yang saya perlukan sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana turut membantu


dan berkongsi maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini sama ada
secara langsung mahupun secara tidak langsung tanpa mengira perbezaan antara
kami.

Hanya Allah S.W.T. sahajalah yang membalas budi baik pihak-pihak yang
membantu secara langsung dan tidak langsung sehingga terhasillah hasil tugasan
ini dengan jayanya.

Berkejar-kejaran ombak di laut,

Menyentuh pantai berpasir bersih,

Budi tuan disebut-sebut,

Kerja selesai dan terima kasih.

2
1.0 Pengenalan

Ilustrasi Pelukis Tentang Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka Suatu Ketika Dahulu

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan kesultanan Melaka oleh Parameswara


seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang berketurunan Majapahit pada tahun
antara 1400 masihi hingga 1403 Masihi. Ahli sejarah tidak dapat mengenal pasti
tentang tarikh yang sebenar mengenai pembukaan negeri Melaka. Menurut Tome
Pires iaitu penulis Portugis yang tinggal di Melaka pada tahun 1512 hingga 1515,
beliau menceritakan bahawa negeri Melaka dibuka kira-kira 100 tahun sebelum
Melaka ditawan oleh Portugis.

Seorang penulis Portugis lain De Barros memberi tahu bahawa tarikh Melaka
dibuka kira-kira 250 tahun terlebih dahulu sebelum itu. Lebih mengelirukan, terdapat
pula pendapat seorang ahli sejarah lain iaitu Gasper Correa sebagai mana yang
terdapat dalam bukunya “Lendes Da India”. Bahawa Melaka telah wujud lebih
kurang tujuh kurun lamanya sebelum ditawan oleh Portugis.

Oleh kerana tidak ada tarikh pada keseluruhan dalam sejarah melayu, maka
tarikh tepat pembukaan Melaka tidak dapat diketahui. Sungguh pun pendapat yang
diberikan oleh penulis Portugis mengenai pembukaan Melaka saling bercanggahan,
tetapi penulis-penulis tersebut bersetuju bahawa Melaka dibuka oleh Parameswara
atau lebih dikenali sebagai Raja Iskandar Syah selepas baginda memeluk islam.
Melaka pada awalnya hanya sebuah perkampungan nelayan, namun telah
berkembang pesat menjadi sebuah pusat perdagangan emtrepot dan Berjaya
menarik ramai pedagang asing untuk berdagang di Melaka.

3
Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15.
Empayar Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian
timur Sumatera termasuk Siak, Kampar, Inderagiri, Rokan, Jambi Pulau Karimun
dan Kepulauan Riau Lingga. Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari
Timur Tengah, India, China dan Kepulauan Melayu yang membawa pelbagai jenis
barang dagangan kerana kedudukannya yang strategik. Ini menjadikan melaka
sebagai pelabuhan entrrepot, iaitu pusat pengumpul dan pengedar barang-barang
dagangan. Melaka juga mencapai kesejahteraan apabila mengwujudkan undang-
undang bertulis untuk membawa kepada keamanan rakyatnya. Namun begitu,
kegemilangan Melaka berakhir semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah kerana
mengalami kemerosotan sehingga tahun 1511 apabila ditawan oleh Portugis
disebabkan oleh beberapa faktor.

4
5
1.3 RINGKASAN PETA I -THINK

1.3.1 Kerajaan Langkasuka

Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang membuat perhubungan dengan


negeri-negeri Asia Tenggara pada abad kedua Masihi sebuah negeri bernama
“Lang-ya-shiu” atau Langkasuka sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan
tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak
di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan
Kelantan itu adalah lokasi asal negeri Patani. Adalah dipercayai bahawa ibu
negerinya pada masa itu terletak di sekitar daerah Yarang. Patani adalah sebuah
kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang
penting sejak kurun ke-8 Masehi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang)
sangat sesuai dijadikan tempat kapalkapal dagang berlabuh dan berlindung
daripada ribut tengkujuh. Menurut Nik Anuar Mahmud (2010), 1 menjelaskan bahawa
kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting
Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk
Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ketiga
belas dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani.

1.3.2 Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang
terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram,
Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Tsing dari negara China,
Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha atau Chiecha dalam rekod China.
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas
merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah
Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu,
pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak
di Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar
untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan
Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan
tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan
Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi
1
Nik Anuar Nik Mahmud. (2010). Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Universiti Kebangsaan
Malaysia: Sham Publisher.

6
pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan
seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan
sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi
pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.

Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan


Sultan al-Mutawakil. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman
Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari
Timur Tengah. Kerajaan Chi Tu atau Kerajaan Tanah Merah merupakan sebuah
kerajaan Buddha purba di Semenanjung Melayu. 2 Sejarah Dinasti Sui dari China
menerangkan mengenai kewujudan kerajaan ini. Namun begitu, lokasi berdirinya Chi
Ti diperdebatkan. Ia terletak sama ada di Kelantan, Pahang, Songkhla atau Patani.
Bukti yang nyata ialah dimana apabila ekspedisi China ini berlayar dari Chi Tu ke
Champa, mereka mengambil masa 10 hari, maka kerajaan ini mungkin terletak di
Sungai Kelantan. Malahan, terdapat batu bersurat Buddhagupta yang ditemui di
Kedah menerangkan tentang Raktamrtikka yang bermaksud Tanah Merah.

1.3.3 Kerajaan Chih-Tu

Menurut catatan sejarah, kerajaan Chih-Tu dikatakan wujud pada awal abad
sebelum Masihi lagi. kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Manakala menurut sumber
catatan China tentang Semenanjung Tanah Melayu dianggarkan wujud pada awal
abad ke 6 Masihi lagi hasil daripada satu perutusan ke kerajaan Chih-Tu . Maklumat
tentang ekspedisi ini diperoleh daripada catatan Ch’ih-t’u Kuo chi. Walaupun catatan
ini sudah tidak lagi wujud tetapi bahan penulisannya masih lagi terdapat dalam
perenggan-perenggan dalam Sui-shu, Pei-shih dan T’ai-p’ing yun Lan.

Kerajaan Chih-Tu adalah sebahagian daripada Empayar Funan , Kerajaan


Chih-Tu berada di laut Selatan yang mengambil masa 100 hari untuk sampai jika
melalui jalan laut. Mengikut catatan daripada sumber China Tanah di sekitar
kerajaan Chih-Tu kebanyakkan merah atau bertanah liat. Di sebelah timur kerajaan
Chih-Tu adalah kerajaan Po-lo-la. Bahagian utara kerajaan Chih-Tu adalah lautan.
Raja diberi gelaran Chu Tan dan nama sebenar Raja ketika itu adalah Li-fu-To-Se.
Baginda ketika itu tidak tahu tentang kerajaan yang jauh seperti Kerajaan China.
Raja Chih-Tu bersemayam di tempat bernama Seng-Chih, di mana ia mempunyai
tiga tembok setiap satunya mempunyai jarak yang seratus langkah kaki. Di setiap

2
Anggaran dari 100 SM hingga 700 M.

7
tembok tersebut pula mempunyai lukisan yang berkaitan dengan semangat terbang,
bodhisattvas3 dan roh abadi dan tembok itu digantung dengan bunga emas dan
loceng. Pada setiap pintu tembok terdapat 4 orang pegawai yang berada di sebelah
pagoda buddha. Semua bangunan yang terdapat di istana raja terdiri daripada balai
yang berbilang dan pintu berada di sebelah utara.

Dalam kerajaan Chih tu adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap


rakyatnya menindik telinga mereka dan memotong rambut dalam sebuah perayaan
keagamaan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengagungkan buddha tetapi
penghormatan yang tertinggi diberi kepada para brahmin. Para perempuan perlu
mengikat rambut mereka. Kerajaan chih tu mengamalkan ajaran buddha dalam
kerajaan mereka, ini dapat dilihat dari struktur bangunan dan struktur masyarakat
chih tu yang meletakkan golongan brahmin pada kedudukan yang istimewa.
Masyarakat chih tu juga menjalankan upacara perkahwinan. Bagi mengadakan
upacara perkahwinan hari yang dianggap bertuah dipilih. Lima hari sebelum upacara
perkahwinan dijalankan, Keluarga sebelah perempuan akan menyediakan bahan
untuk upacara dan setelah upacara perkahwinan selesai harta perkahwinan akan
dibahagikan serta pasangan pengantin akan tinggal di rumah berasingan. Bagi
upacara kematian pula, bapa atau abang kepada si mati perlu mencukur kepala
mereka dan berpakaian preman dam mereka perlu melakukan upacara kematian
saudara mereka itu sendiri.

1.3.4 Kerajaan Gangga Negara

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang
dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan
Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga
Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa
kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra
Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut
sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara
mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari
Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja
Khmer tidak lewat dari abad ke-2. Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan
Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara

3
Kepercayaan agama Buddha tentang kewujudan dewa-dewa.

8
ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong), sekitar kawasan Selatan Gunung
Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang.

1.3.5 Kerajaan Temasik

Kerajaan Temasik diasaskan oleh Sang Nila Utama iaitu putera Melayu Srivijaya dari
Bintan dana merupakan anak Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Timurti Tri
Buana dan Wan Sendari sekitar abad ke-14 M. Pada suatu ketika dahulua semasa
abad ke-14, Pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Srivijaya
dan dikenali sebagaiTemasik.4 Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat
pemerintahan kerajaan Melayu sebelum diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Ini
berdasarkan tulisan Abdullah Kadir Munshi yang menyatakan ketika Singapura
dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telahpun dikenali sebagai bukit larangan dan
terdapat banyak pokok-pokok buah yang ditanam di situ. Ini menunjukkan
terdapatnya pusat pentadbiran.

Sultan Iskandar Syah telah memerintah Temasik selama 5 tahun sebelum


pembukaan Kota Melaka. Kerajaan Srivijaya merupakan warisan keluarganya yang
diasaskan begitu lama telah diserang dan dirampas oleh Kerajaan Majapahit sekitar
abad ke-14 M. Dari segi kegiatan ekonomi pula, Temasik dibahagikan kepada dua
iaitu sumber ekonomi yang utama iaitu kegiatan pelabuhan dan perikanan. Dari segi
sosial, masyarakat Temasik yang banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari
merata tempat menyebabkan berkembangnya komunikasi antara dua hala. Sebagai
contohnya, bahasa Melayu Kuno telah digunakan oleh masyarakat Temasik dan
dijadikan sebagai bahasa pengantar terutama dengan para pedagang dari Jawa
Barat, Bangka, Jambi dan Semenanjung Tanah Melayu. Pada ketika itu juga, Agama
Hindu-Buddha menjadi kepercayaan masyarakat Temasik.

1.3.6 Kerajaan Beruas

Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk


batu nisan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan
titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Kebanyakan artifak,
dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas yang
bertarikh semenjak abad ke5 dan abad ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk
meriam 128 kilogram, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari Dinasti Ming
dari pelbagai era dan temapayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa

4
Dikenali juga sebagai Kota Laut.

9
Pengkalan, Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan
sebahagian kerajaan Beruas. Artifak yang ditemui juga menjelaskan bahawa
kemungkinan pusat kerajaan Beruas berpindah beberapa kali. Gangga Negara
dinamakan sebagai menjadi Beruas setelah Islam bertapak di sana.

Beberapa batu isan diraja Acheh telah ditemui di daerah Beruas dan ini dapat
dikait dengan bukti melalui sumber sejarah bahawa putera raja dari Acheh,
Sumatera berehat di bawah pokok Beruas, yang bernama Malik. Sejarah Pasai ada
menjelaskan bahawa Malikul Salih merupakan Raja Melayu Hindu temapatan
pertama yang memeluk agama Islam pada tahun 1267. Kini pondok Beruas telahpun
pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di Pengkalan Baru
dan Batang Kubu.

1.3.7 Kesultanan Melayu Melaka

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400.
Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan
Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini
ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan
kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan
Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya.

Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah


oleh Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukan
geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh
Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam dengan
mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya
melarikan diri ke Muar sebelum sempat serangan dilakukan. Perjalanan seterusnya
adalah melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara yang membawa mereka
tiba ke sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang
Melayu, orang laut dan orang asli. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh
Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari
Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka
bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409, apabila
Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai
agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.

10
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad
sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir
Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin
Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah


pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.
Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi
sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini
dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang
menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of
Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang


maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat
Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China
dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka
ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di
Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik
pada masa itu.

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta.
Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar
yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan
Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po
dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut
Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan
segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di
Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah
wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di
antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga
dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini. Semasa pemerintahan
Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri
daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.

11
Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit
kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka
sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru


menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan
yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang
pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang
setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang
pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil
alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan
menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka
ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar
sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan
berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya


berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan
perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti
Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela
datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang
tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti
kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali
berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan,
menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam.
Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya
dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru


dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli
barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat
termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang
dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya,
namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka
merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi
menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

12
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah
mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia
Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu
juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga
mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap,
akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin
Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta
ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan
sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari
Angkatan di Raja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama
yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh
kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-
gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah
kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India
diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat
beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya
ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis
berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa
melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya
mendapat pertolongan daripada negara China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan


Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu
kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik 5, beliau terus
menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya
sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua
gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525,
Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak
Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

5
Yang kini dikenali sebagai Singapura.

13
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar
di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud
Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin
Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa
dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang
anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang
utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

14
Kesimpulan

Sebelum munculnya Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud beberapa kerajaan


Melayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu Awal ini terletak di pesisir pantai atau
dikenali sebagai kerajaan maritim. Kerajaan-kerajaan tersebut juga wujud pada
masa yang berbeza. Kerajaaan-kerajaan awal ini merupakan pusat perdagangan
yang maju pda zamannya. Kerajaan-kerajaan ini juga menjalankan hubungan
diplomatik dengan negara luar untuk meluaskan pengaruh perdagangan mereka.
Sebagai contohnya, Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Chih-Tu yang mengadakan
diplomatik dengan negara China sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan
kerajaan-kerajaan ini dengan negara China.

Seterusnya, kerajaan-kerajaan tersebut juga terkenal sebagai pusat


pelabuhan pedagang sama ada dalam ataupun luar negara. Hal ini jelas apabila
Kerajaan Kedah Tua menjadi pusat pelabuhan untuk pertukaran barang dan menjadi
persinggahan pelayar kerana pelabuhan ini terletak di kawasan yang strategik dan
berada di tengah-tengah laluan para pedagang pada masa itu. Sama seperti
Kerajaan Temasik dan Kesultanan Melayu Melaka juga apabila menjadi pelabuhan
para pedagang luar. Dengan adanya pelabuhan-pelabuhan pada kerajaan-kerajaan
tersebut, maka mudah untuk para pedagang untuk singgah serta melakukan aktiviti
perdagangan dengan kerajaan-kerajaan ini.

Selain itu juga, kerajaan-kerajaan tersebut juga menjalankan aktiviti pertanian


untuk menyara kehidupan mereka dan turut dipasarkan jika mempunyai lebihan.
Buktinya dapat dilhat dengan jelas apabila Kerajaan Kedah Tua mengusahakan
penanaman padi huma dan menjadi pengeluar huma padi. Bukti ini jelaslah
sehingga ke hari kerana Kedah merupakan negeri pengeluar padi dan dikenali
sebagai negeri Jelapang Padi kerana hasil padi yang banyak dan menjadi sumber
pengeluar padi yang utama kepada negara luar. Bukan sahaja Kerajaan Kedah Tua,
malah Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Beruas turut menjalankan aktiviti
pertanian iaitu penanaman padi.

Secara totalnya, semua Kerajaan-kerajaan Melayu Awal melakukan pelbagai


aktiviti untuk meningkat ekonomi mereka ketika itu seperti menjadi pusat pelabuhan,
menjalankan aktiviti pertanian dan perikanan serta mengadakan hubungan
diplomatik dengan negara luar khususnya. Kedudukan setiap kerajaan-kerajaan
tersebut juga yang strategik menjadikan ia sebagai tumpuan para pelayar untuk

15
berlabuh. Malah, dengan adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk
para pedagang juga telah menarik minat mereka untuk berdagang di situ. Jelaslah
bahawa, Kerajaan-kerajaan Melayu Awal sekitar abad 2 Masihi sehingga tahun 1400
mencapai kegemilangan terutama sekali dalam bidang ekonomi kerana kewibawaan
pengasas setiap kerajaan-kerajaan tersebut.

16
2.1 Hukum Kanun Melaka

Undang-undang Melaka yang lebih dikenali Hukum Kanun Melaka dan risalat hukum
kanun6 merupakan undang tradisional yang tertua di negara ini. Hukum Kanun
Melaka merupakan peraturan yang tidak bertulis. Menurut pandangan Dr Mohd
Yusoff Hashim (1996) 7, Hukum Kanun Melaka pada mulanya dijalankan pada masa
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah pada tahun (1446M -1456M) tetapi ia baru
ditulis dan disusun secara teratur pada pemerintahan Sultan Mahmud Syah pada
tahun (1489M – 1511M). Hukum Kanun Melaka ini diwujudkan bertujuan untuk
melindungi rakyat, kerajaan dan negeri Melaka. Hukum Kanun Melaka mempunyai
44 fasal yang menyentuh tentang bidang kuasa raja dan pembesar, pantang larang
dalam kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
dan undang-undang Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka juga, sedikit sebanyak
menyentuh tentang hukum-hukum Islam seperti Hukum Hudud.

Hukum Kanun Melaka sungguh penting kerana menjadi panduan dalam


menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun
Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta
menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku jenayah di dalam negeri melaka
dapat diatasi dengan baik dan terurus. Hal ini demikian kerana setiap jenayah akan
dikenakan hukuman yang setimpal.sebagai contoh kesalahan membunuh akan
dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan menjadi peringatan dan rakyat
takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan aman serta keselamatan rakyat
lain terpelihara.

Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sumber rujukan bagi menentukan
hukuman bagi kesalahan tertentu. Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan
seadil-adilnya dan mengikut undang-undang negara. Tidak akan berlaku fenomena
"main hakim sendiri" dalam kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka
sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan. Sebagai contohnya,
dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau undang-undang
awam yang menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan
hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi
perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan
mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh.

6
Mohd Yusoff Hashim. (1996). Sejarah Melayu Melaka 1400. Kuala Lumpur : Bluesky Copy Printing.
7
Dalam bahasa Arab.

17
Peruntukan hukuman yang lengkap dalam hukum kanun melaka ini sesungguhnya
telah menjadi panduan yang sempurna dalam menjalankan pemerintahan kerajaan.

Pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai


menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam
undang-undang tersebut, terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di
dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur.
Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan larangannya, perihal
peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar dalam
membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan urusan
tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan
produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam
menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi


mempertahankan sistem sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan
raja dengan rakyat jelata. Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh
jurangnya dengan golongan yang diperintah, hak masing-masing sentiasa
terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri,
maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu
tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan
rakyat samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi
memastikan perbezaan antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka
diadakan pelbagai peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud
jurang antara pemerintah dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan raja.
Misalnya, raja sahaja yang berhak memakai pakaian kuning, payung kuning,
pakaian nipis, keris berhulu emas.

Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut kecuali dianugerahkan


oleh raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara. Buktinya,
sebahagian daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka
menjelaskan tentang undang-undang perhambaan. Undang-undang ini
memperakukan kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti
barang, tetapi mempunyai hak yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka
mengukuhkan institusi beraja di Melaka, mempertahankan sistem sosial yang adil.
Peruntukan yang telah termaktub ini sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan
pemerintahan baik melibatkan golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba.

18
Jadual di bawah adalah antara 44 Fasal yang terkandung dalam Hukum Kanun
Melaka.

Jadual 1 : 44 Fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka

Fasal 1 Keterangan Fasal


1.1 Larangan rakyat memakai pakaian berwarna kekuningan dan lain-lain.
1.2 Syarat-syarat hamba raja.
1.3 Syarat raja-raja.
Fasal 2 Keterangan Fasal
2.1 Hukum bahasa raja-raja.
2.2 Hukum orang menjunjung duli.
Fasal 3 Keterangan Fasal
3 Perkara-perkara yang dilarang rakyat menggunakannya (berpayung,
menghambur dirham pada masa pengebumian
Fasal 4 Keterangan Fasal
4 Sepuluh kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman bunuh (membunuh,
mencuri, memukul dan lain-lain).
Fasal 5 Keterangan Fasal
5.1 Membunuh setahu raja.
5.2 Yang dapat membunuh tanpa setahu raja (membunuh madu, membunuh
orang yang angkara).
5.3 Seseorang yang membunuh madunya.
5.4 Membunuh orang yang membawa perintah raja.
Fasal 6 Keterangan Fasal
6.1 Pengamuk yang boleh membunuh.
6.2 Syarat menjadi menteri (seperti mengetahui akan hukum, mengadakan
siasatan sebelum menjatuhkan hukuman).
6.3 Tiga dosa yang tidak diampun raja (seperti membunuh orang).

Fasal 7 Keterangan Fasal


7.1 Kesalahan membunuh hamba raja.
7.2 Membunuh pencuri yang dapat ditangkap.
7.3 Kesalahan membunuh hamba raja yang mencuri.
Fasal 8 Keterangan Fasal
8.1 Abdi menetak merdeka.
8.2 Abdi menampar merdeka.

19
8.3 Abdi memaki merdeka.
Membunuh orang yang menamparnya.
Fasal 9 Keterangan Fasal
9.1 Keadaan dan pembesar yang melakukan hukuman bunuh.
9.2 Kekuasaan membunuh di laut – nakhoda.
Fasal 10 Keterangan Fasal
10.1 Hukuman kepada yang membawa hamba orang lain.
Fasal 11 Keterangan Fasal
11.1 Hukuman bagi kesalahan mencuri seperti hasil tanaman, perahu dan
binatang.
Fasal 12 Keterangan Fasal
12.1 Hukuman bagi seseorang yang menggangu isteri dan anak perempuan
orang.
12.2 Hukuman bagi lelaki yang berzina.
12.3 Hukuman orang yang menyembunyikan dan melarikan hamba orang.
12.4 Hukuman orang yang mencuri atau menyembunyikan hamba orang
Fasal 13 Keterangan Fasal
13.1 Hukuman orang yang bersekutu dengan pencuri.
13.2 Berhubung dengan perkara undang-undang.
Fasal 14 Keterangan Fasal
14.1 Hukuman kepada orang tuduh-menuduh.
14.2 Tuduhan mengambil isteri orang lain.
Fasal 15 Keterangan Fasal
15.1 Berkenaan dengan hamba kesalahan dan hukuman termasuk hukuman
kepada peminjam kerbau, parang.
Fasal 16 Keterangan Fasal
16.1 Orang yang campurtangan dalam perbalahan.
16.2 Situasi seseorang yang campurtangan dalam perbalahan.
16.3 Seseorang dapat membantu rakannya dalam tiga keadaaan.
(pertama: tidak sampai ke pengetahuan raja, tidak berkuasa melawan dan
ketiga dengan benamnya).
Fasal 17 Keterangan Fasal
17.1 Orang yang mengupah membunuh orang.
17.2 Mengupah orang lain membunuh tanpa pengetahuan hakim.
Fasal 18 Keterangan Fasal
18.1 Kesalahan orang yang angkara.
18.2 Hukum memulangkan hadiah pertunangan.
18.3 Hukum abdi menawar tunangan orang
18.4 Kesalahan orang bermaharaja lela.
Fasal 19 Keterangan Fasal
19.1 Undang-undang menduduki tanah orang lain.
19.2 Tuan punya emas yang menerima gadaian dusun yang tidak
mendatangkan hasil boleh meminta ganda harga emasnya.
19.3 Menduduki dusun orang lain.
Fasal 20 Keterangan Fasal
20 Berkaitan dengan tanah (fasal 20.1 hingga 20.2)
Fasal 21 Keterangan Fasal
21 Berkaitan dengan binatang (fasal 21.1 hingga 21.3)

20
Fasal 22 Keterangan Fasal
22 Berkaitan dengan tanaman. (fasal 22.1 hingga 22.3)
Fasal 23 Keterangan Fasal
23 Berkaitan dengan hamba. Termasuk juga keadaan pelayaran dan perahu
(fasal 23.1 hingga fasal 32.5)
Fasal 24 Keterangan Fasal
24.1 Kesalahan mencuri hamba orang.
24.2 Hukum berwali.
Fasal 25 Keterangan Fasal
25.1 Hukum tentang berwali.
25.2 Syarat ijab kabul.
Fasal 26 Keterangan Fasal
26 Hukum saksi nikah
Fasal 27 Keterangan Fasal
27 Hukum khiyar.
Fasal 28 Keterangan Fasal
28 Berkaitan dengan talak dan syarat untuk berkahwin (fasal 28.1 hingga
28.3)
Fasal 29 Keterangan Fasal
29 Tugas syahbandar.
Fasal 30 Keterangan Fasal
30 Hukum berniaga.
Fasal 31 Keterangan Fasal
31.1 Berkenaan berjual tanah.
31.2 Memulangkan barang yang telah dibeli.
Fasal 32 Keterangan Fasal
32 Berkaitan dengan muflis dan penjamin. (fasal 32.1 hingga 32.5)
Fasal 33 Keterangan Fasal
33 Hukum memberi modal.
Fasal 34 Keterangan Fasal
34 Hukum memberi amanat
Fasal 35 Keterangan Fasal
35 Hukum memberi ikrar.
Fasal 36 Keterangan Fasal
36 Hukum murtad.
Fasal 37 Keterangan Fasal
37 Membicarakan hukum saksi
Fasal 38 Keterangan Fasal
38 Masalah tuntut-menuntut dan sumpah.
Fasal 39 Keterangan Fasal
39 Hukuman membunuh orang.
Fasal 40 Keterangan Fasal
Hukum zina.
Fasal 42 Keterangan Fasal
42 Hukum memaki orang.
Fasal 43 Keterangan Fasal
43.1 Hukuman orang yang meminum arak.
43.2 Mengenai abdi yang di upah didapati mati.
43.3 Semua pengawai kerajaan hendaklah bertugas dengan baik.
43.4 Hukum mendapat benda yang tercicir.

21
43.5 Hukum merogol anak orang.
43.6 Hukum merampas.
43.7 Hukum berjudi.
43.8 Hukum berhutang.
Fasal 44 Keterangan Fasal
44.1 Mengenai orang yang berhutang yang tidak tidak berupaya menjelaskan
hutang.
44.2 Mengenai hamba yang telah dijual.
44.3 Mengambil hamba raja
44.4 Raja yang menitahkan undang-undang ini ialah Sultan Muzaffar Syah.
44.5 Undang-undang Syahbandar berniaga.
44.6 Hukum hamba yang dicuri.
44.7 Larangan orang kebanyakan memakai gelang kaki.
44.8 Tamat undang-undang.
44.9 Seorang sida-sida menjalankan perintah Sultan Mahmud Syah tentang
hukuman orang tawanan di Bentan.
44.10 Denda kepada anak-anak raja.
44.1 Undang-undang yang dipakai di seluruh neeri. Yang melanggar di anggap
menderhaka. Undang ini di amalkan sejak zaman Sultan Mahmud Syah
sehingga 23 orang raja dengan tidak berubah-ubah.

2.1.1 Sejauhmanakah Hukum Kanun Melaka Yang Diamalkan Dalam


Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka Berlandaskan Kepada Ajaran Agama
Islam.

Undang-undang Perkahwinan Islam

Sarjana-sarjana yang membuat kajian tentang Hukum Kanun Melaka ini rata-ratanya
berpendapat bahawa pengaruh undang-undang Islam memang ketara dalam
undang-undang ini. Menurut Hamid Jusoh (1992), menegaskan bahawa undang-
undang Islam mencakupi lebih daripada satu per empat daripada undang-undang
tempatan berhubung dengan undang-undang Islam. 8 Selain tiu, undang-undang
Islam juga terdapat dalam undang-undang jualan dan prosedurnya serta dalam
undang-undang Islam yang ada dalam Undang-undang Melaka itu tidak seragam
bentuknya. Maksudnya di sini ada ketikanya undang-undang itu hanya merujuk
kepada undang-undang Islam sahaja, tetapi pada fasal yang lain diletakkan undang-
undang Islam dengan hukum adat sekali seperti jadual di atas.

Dalam undang-undang perkahwinan Islam, seperti telah dibincangkan,


undang-undang Islam memang diterima pakai. Ini boleh dilihat dalam Fasal 25.1
8
Hamid Jusoh. (1992). Kedudukan Undang-undang Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

22
yang berkaitan dengan wali, Fasal 25.2 tentang ijab dan kabul, Fasal 26 tentang
saksi pernikahan, Fasal 27 tentang kontrak perkahwinan, Fasal 28.1 tentang talak,
Fasal 28.2 tentang wanita yang boleh dikahwini dan Fasal 28.3 tentang hamba-
hamba yang boleh dikahwini. Sebagai contoh, di sini dipetik Fasal 26 tentang saksi
pernikahan:

“ fasal yang kedua puluh enam pada menyatakan hukum syaksi pada nikah. Adapun
sekurang-kurangnya pada kahwin itu empat orang, tetapi jikalau tiada empat, dua orang
pun padalah. Jikalau kurang daripada dua orang, maka iaitu zina, tiada sah nikahnya
itu. Adapun orang yang boleh menjadi syaksi itu orang salih dan laki-laki yang ‘adal lagi
akil mursyid dengan merdehika. Jikalau tiada salih atau abdi atau perempuan, tiadalah
sah syaksinya itu melainkan atas dua jalan jua; suatu syaksi haid, kedua syaksi akan
hamil tiada lagi lain daripada itu. Adapun akan kahwin itu tiada harus bersyaksi kepada
abdi atau orang yang fasik atau perempuan atas kaul azhar; adapun artinya pada ma’na
nyata. Itulah syaksi hukumnya.”

Tambahan lagi, Fasal 28.1 tentang hukum talak yang dijalankan ketika itu
jelas menunjukkan pengaruh Islam. Dalam istilah Islam maksud cerai ialah
melepaskan ikatan pernikahan secara menyeluruh atau sebahagiannya. Manakala
maksud idah dalam istilah Islam pula ialah di mana seorang wanita menanti atau
menangguhkan perkawinan setelah ia ditinggalkan mati oleh suaminya atau setelah
diceraikan baik dengan menunggu kelahiran bayinya, atau berakhirnya beberapa
quru’, atau berakhirnya beberapa bulan yang sudah ditentukan. Hal ini jelas dalam
teks Sejarah Melayu dalam Fasal 28.1 melalui petikan teks berikut :

“Adapun akan Tun Kudu itu diperisterikan Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya,
tetapi matanya ada juling sedikit. Telah baginda menegar sembah Seri Nara Diraja
demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka
Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja. Maka kata
segala anak buah Seri Nara Diraja ‘ bagaimana maka datuk hendak beisteri muda,
kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?’ maka Seri
Nara Diraja,’ dimana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh
bapaku sekati emas di benua Keling itu’. Dan tealah sudah lepas idah, maka Seri Nara
Diraja pun nikah dengan Tun Kudu. Maka muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka
Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan tadi”.

Selain itu, dalam Sulalatus Salatin ada juga menceritakan tentang tokoh


terhebat iaitu Iskandar Zul-Karnain. Iskandar Zul-Karnain adalah anak Raja Darab

23
yang berbangsa Rom. Raja Iskandar hendak melihat matahari terbit, maka baginda
sampai di sebuah negeri yang bernama Hindi. Raja Kida Hindi menghimounkan
segala rakyatnya tercetusnya peperangan antara kerajaan Raja Kida Hindi dengan
kerajaan Raja Iskandar dan kemenangan berpihak kepada Raja Iskandar. Oleh
sebab kekalahan menimpa Raja Kida Hindi, Raja Iskandar meminta Raja Kida Hindi
memeluk Islam. Lalu raja Kida Hindi berimanlah kepada Allah dan memeluk Islam.

Raja Kida Hindi meminta agar Raja Iskandar berkahwin dengan puterinya
yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah. Raja Iskandar bersetuju untuk berkahwin
dengan puteri Raja Kida Hindi. Dalam Sulalatus Salatin ada menceritakan bahawa
perkahwinan Raja Iskandar dengan Puteri Syahrul-Bariyah adalah mengikut cara
Islam dengan mas kahwinnya adalah tiga ratus ribu dinar emas. Dengan ini kita
dapat lihat bahawa pada zaman tersebut telah mula mengikuti adat yang terdapat
ajaran Islam. Contoh petikan teks mengenai perkahwinan yang tertera dalam Fasal
25.2 tentang syarat ijab kabul tersebut adalah seperti berikut :

“Bahawa sudahlah hamba kahwinkan anak Raja Kida Hindi yang bernama Puteri
Syahrul-Bariyah dengan Raja Iskandar. Adapun isi kahwinnya tiga ratus ribu dinar
emas, redakah tuan hamba?” Maka sahut Raja Iskandar, “Redalah hamba.”

Kedatangan Islam pasti akan memberi kesan kepada masyarakat yang


menerimanya. Perubahan tersebut boleh dilihat dari segi tingkah laku, akidahnya,
aktiviti sosial, kepercayaan dan lain-lain. Apabila kita menerima sesuatu agama,
contohnya Islam, secara tidak langsung pemikiran kita juga akan dipengaruhi oleh
agama yang kita anuti. Kebiasaannya, tingkah laku dipengaruhi oleh pemikiran kita.
Dalam Sulalatus Salatin, kita dapat lihat beberapa contoh perwatakan yang
menggambarkan perilaku beberapa orang watak yang berlandaskan ajaran Islam
contohnya baik hati, bijaksana, berani dan sebagainya sejajar dengan sifat mulia
Rasulullah s.a.w.

            Dalam Sulalatus Salatin menceritakan bahawa harta yang telah diberi oleh


raja-raja, orang besar-besar, para menteri dan sebagainya digunakan untuk
disedekahkah kepada fakir miskin semasa majlis perkahwinan Raja Iskandar
dengan Raja Syahrul-Bariyah. Sifat bersedekah adalah sangat digalakkan oleh
Rasulullah s.a.w dan barang siapa yang bersedekah akan memperoleh pahala.
Contoh petikan teks tersebut adalah seperti berikut :

24
“Maka bangkit berdirilah segala raja-raja dan segala Orang Besar-besar dan para
menteri dan hulubalang dan segala pendita dan ulama dan segala hukama menabur
akan emas dan perak dan permata ratna mutu manikam kepada kaki Raja Iskandar,
hingga tertimbunlah segala emas dan perak dan ratna mutu manikam itu di hadapan
Raja Iskandar, seperti busut dua tiga timbunannya. Maka sekalian harta itu
disedekahkan pada segala fakir dan miskin.”

Undang-undang Urusan Jual Beli dalam Islam

Selain itu, dalam bab berkenaan urusan jual beli dan prosedurnya pula,
undang-undang Islam diterima pakai dalam enam fasal. Iaitu Fasal 29 berkenaan
timbang dan ukur, Fasal 30 tentang pejualan dan riba, Fasal 31tentang penjualan
tanah, Fasal 31 ceraian 2 dan 3 berkenaan jual beli barang yang rosak, Fasal 32
dan ceraian-ceraiannya tentang kebankrapan dan soal pinjaman, Fasal 33 ceraian 1
dan 3 tentang modal dan usaha sama dan Fasal 34 ceraian 1 dan 2 tentang
pegangan amanah. Fasal-fasal ini ialah berkait rapat dengan undang-undang
muamalah Islam. Contoh yang diambil di sini ialah Fasal 30:

“Fasal yang ketiga puluh pula menyatakan hukum orang yang berniaga itu dan haram
atas segala yang mengambil riba. Adapun hukum berniaga itu tiada sah berniaga
melainkan daripada akil; dan tiada sah berniaga itu bagi orang yang gila dan tiada sah
berniaga dengan kanak-kanak yang belum baligh, dan tiada sah berniaga dengan orang
yang mabuk arak dan tuak dan tiada sah berniaga dengan seklian itu kerana orang
yang mabuk arak dan tuak tiada tentu harga yang dijualkan atau benda yang djual itu”.

Disamping menyatakan tentang urusan juall beli dengan orang mabuk, Fasal
30 ini juga menghuraikan tentang pengharaman riba. Jelaslah bahawa di sini tertera
pengaruh perundangan Islam yang megharuskan urusan jual beli hanya dengan
orang yang waras sahaja dan mengharamkan riba seperti teks Sejarah Melayu
berikut:

“…pada menyatakan hukum orang yang berniaga itu dan haram atas segala yang
mengambil riba’…hukum berniaga itu tiada sah berniaga melainkan daripada ‘akil, tiada
sah berniaga itu bagi orang yang gila, kanak-kanak yang belum baligh.”

Undang-undang Jenayah Islam

Bukan itu sahaja, manakala tentang undang-undang jenayah Islam pula,


Undang-undang Melaka tidak mengambil banyak undang-undang Islam. Hanya
terdapat lima fasal sahaja yang memasukkan undang-undang Islam dalam undang-
25
undang itu. Fasal-fasal itu ialah Fasal 36 yang berkaitan dengan rukun-rukun
murtad, Fasal 39 tentang pembunuhan, Fasal 40 penzinaan, Fasal 41 tentang
rukun-rukun mencerca dan memaki orang dan Fasal 42 tentang perbuatan
meminum minuman keras. Sebagai contohnya, di sini dipetik Fasal 42 iaitu tentang
perbuatan meminum minuman keras:

“ Fasal yang keempat puluh dua pula menyatakan hukum orang yang meminum arak
dan tuak. Barang siapa yang minum arak dan tuak atau minum barang minuman yang
memabukkan; jikalau abdi dua puluh kali deranya. Bermula dihadkan dua perkara, suatu
dengan ikrar; suatu dengan dua orang syaksi laki-laki. Tiada dihadkan dengan dicium
bau tuak mulutnya ya’ni tiada hukum padanya”.

Fasal di atas adalah tepat sekali kerana berlandaskan hukum Islam bagi
mereka yang meminum minuman keras malah ia diperincikan sehingga sebegitu
rupa. Contoh-contoh yang diberikan di atas ini memperlihatkan pengaruh Islam yang
ketara apabila perkara-perkara yang disebutkan itu serta hukuman yang disabitkan
berdasarkan hukum-hakam Islam.

Seterusnya, undang-undang jenayah Islam yang jelas dalam teks Sejarah


Melayu iaitu dalam Fasal 7.3 iaitu tentang kesalahan mencuri. Hukum Islam melalui
Hudud jika mencuri, dipotong tangannya. Jelaslah bahawa ketika itu, hukum Hudud
telah dilaksanakan oleh pemerintahan zaman itu. Hukum Kanun Melaka telah
menetapkan bahawa :

“Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya, maka kenalah denda
akan dia setengah harganya, dan setengah akan menteri, dan setengah akan tuannya,
sebab taksirnya tiada setahu menteri. Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu
tiada harus dibunuhnya, melainkan dipotong tangannya”.

Fasal ini juga memberikan alternatif terhadap kesalahan mencuri. Si pencuri


akan didenda sama ada mengikut lunas hukum adat atau dihukum mengikut
undang-undang syariah, iaitu dipotong tangannya. Hukuman memotong tangan yang
menurut perintah Allah ini amat jelas diterangkan dalam al-Quran:

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri itu, hendaklah kamu potong tangan-
tangan mereka, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah lakukan (dan) sebagai
contoh yang menakutkan daripada Allah; dan adalah Allah itu Maha kuasa (lagi
bijaksana)”.

26
Seterusnya, hukum Islam yang jelas dilihat dalam Fasal 14.1 iaitu hukuman
kepada orang tuduh-menuduh. Menuduh yang digunakan dalam fasal ini boleh
disamakan dengan memfitnah. Dalam sistem perundangan Islam, orang yang
membuat fitnah atau menuduh orang lain berbuat jahat, mereka akan dihukum sebat
atau sebagainya,9 bukan sekadar bersumpah atau bertaubat seperti yang
dinyatakan dalam fasal berkenaan. Namun begitu, terdapat percampuran antara
hukum agama Islam dengan agama Hindu. Di sini disediakan petikan tentang Fasal
14 iaitu hukum kepada orang tuduh-menuduh:

“ Fasal yang keempat belas pada menyatakan hukum orang tuduh-menuduh dan
sangkal-menyangkal. Adapun seorang itu menudh dan seorang itu bersangkal, maka
ditanyai oleh hakim. Jikalau ia mau berlawan, diperlawan; itu pun jikalau tiada syaksi
berdiri. Jikalau ada syaksi dua orang atau seorang, dihukumkan oleh hakim atas
sebarang adat kanun. Adapun pada hukum allah sekadar disuruh bersumpah menjabat
mimbar juga pun padalah. Adapun pada hukum kanun, disuruh ia berlawan berselam air
atau bercelur minyak atau timah. Maka disurat: “ wa’llahu khalakum wa ma ta’maluna.
Ilahi bi barakat jabra’il wa mika’il wa israfil wa izrail, kau tunjukkan kiranya benar si anu
dengan si anu itu”. Maka dibubuh kawah atau kuali. Maka dengan sekali celup
tangannya juga. Barang siapa alah, maka dihukumlah atas hukuman negeri atau dusun,
jikalau besar salahnya patut dibunuh, maka dibunuh akan dia. Jikalau tiada besar
salahnya, didenda akan dia mana patut dendanya, jikalau yang patut dima’afkan,
dima’afkan oleh hakim”.

Menurut Abu Hassan Sham & Mariyam Salim (1995), hukum yang dikatakan
diambil daripada Hindu ialah berkaitan dengan perbuatan berselam air atau
mencelur minyak atau timah untuk membuktikan kebenaran. 10 Percampuran dengan
hukum Islam ketara dengan tulisan ayat al-Quran padah kawah atau kuali yang
digunakan untuk acara tersebut.

Seterusnya ialah mengenai hukum Islam yang terdapat dalam Fasal 12.2
tentang hukuman bagi lelaki yang berzina. Cara pelaksanaan seks yang
bertentangan dengan hukum alam dan tabii manusia amat bersalahan di sisi agama
Islam dan boleh menggugat ketenteraman sosial dalam masyarakat. Melalui
perkahwinan, naluri dan keinginan semulajadi itu dapat disalurkan berlandaskan
hubungan yang halal dan wajar. Menurut hukum Islam, si pesalah akan direjam
dengan batu atau didera dengan bilangan yang tertentu atas kesalahannya berzina.
Walaubagaimanapun, lelaki tersebut tidak akan dipaksa untuk berkahwin dengan
wanita yang menjadi mangsa nafsunya sekiranya wanita itu dirogol. Si pesalah akan
diberikan pilihan sama ada didenda sebanyak tiga paha emas atau jika diadili
9
Ayat dalam Al-Quran iaitu Surah an-Nur ayat ke-4.
10
Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim .(1995). Kegemilangan Melaka. Kuala Lumpur : Sastera Publication.

27
mengikut undang-undang Islam, si perogol akan didera sebanyak 80 kali.
Kewujudan tentang hal ini terdapat dalam Fasal 12:2 melalui petikan teks berikut:

“Adapun tiada dapat ia menangkap dan menggagahi orang. Jikalau ada orang merdeka
yang ditangkapnya itu, maka lalu diwa’tinya perempuan itu, maka diberinya tahu kepada
hakim maka dipanggil oleh hakim, disuruh kahwinkan. Jikalau tiada ia mahu kahwin,
didenda tiga tahil sepaha dengan isi kahwinnya adat hamba raja. Adapun pada hukum
Allah, jikalau ia muhsan direjam....Jikalau ghair muhsan, dipalu delapan puluh palu
dengan hukum dera. Itulah hukumnya dengan tiada bersalah lagi.”

Jelaslah bahawa Fasal 12.2 menggunakan hukum berdasarkan Islam iaitu


hukuman kepada lelaki yang berzina dimana jika lelaki tersebut tidak mengahwini
mangsa, maka akan didenda sebanyak tga emas atau direjam 80 mengikut hukum
Islam. Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan
wajib dikenakan keatas mereka hukuman had 11 iaitu dibaling dengan batu yang
sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab
I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146. Manakala, seseorang yang melakukan
zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas
mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun
sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178. Zina
Muhsan dan zina bukan Muhsan jelas disebut dalam petikan diatas. 

Bukan itu sahaja, hukum berdasarkan Islam jelas juga dilihat dalam Fasal 43
melalui ceraian Fasal 43.1 tentang mengenal abdi yang di upah didapati mati, Fasal
43.2 semua pegawai kerajaan hendaklah bertugas dengan baik, Fasal 43.3 tentang
hukum mendapat benda yang tercicir, Fasal 43.4 tentang hukum merogol anak
orang, Fasal 43.5 tentang hukum merampas, Fasal 43.6 tentang hukum berjudi dan
Fasal 43.7 tentang hukum berhutang. Jelaslah bahawa dalam Fasal 43.3 iaitu
tentang hukuman mendapat benda tercicir diumpamakan sebagai mengambil
barang tanpa keizinan dari tuannya, maka sekiranya diambil barang tersebut di kira
sebagai mencuri. Dalam teks Sejarah Melayu, Sultan Alauddin bertitah kepada
Paduka Raja seperti petikan berikut:

“Maka titah Sultan Alauddin kepada Bendahara Paduka Raja, menyuruh membuat balai
di samping empat dan tengah negeri, disuruh bubuh seorang penghulu di sana. Maka
titah baginda kepada Seri Maharaja jikalau orang mendapat harta orang, jika tiada
dipulangkan pada yang punya, disuruh baginda kudung tangannya; dan jikalau tiada
11
Hukuman rejam.

28
bertemu dengan yang punya, ke balai itulah dihantar. Maka di dalam negeri melaka itu,
jikalau harta orang yang gugur di jalan atau di pekan, maka cari ke balai itulah ada
tergantung di sana. Demikianlah peri adil Sultan Alauddin”.

Di samping itu juga, undang-undang jenayah Islam fasal terawal Hukum


Kanun Melaka kelihatan jelas terutama yang berhubung dengan kesalahan jenayah,
contohnya membunuh orang. Antara lain hukuman yang diperuntukkan kerana
membunuh orang dalam Fasal 5.1 iaitu tentang membunuh tanpa setahu raja seperti
dalam petikan teks Sejarah Melayu :

“Fasal yang kelima menyatakan orang yang membunuh dengan tiada setahu raja-raja
atau orang besar-besar. Jikalau dibunuhnya dengan tiada dosanya sekalipun, dibunuh
pula ia pada hukum Allah, maka adil namanya”.

Peruntukan ini amat nyata disusun berdasarkan hukum jenayah Islam


bersabit dengan soal Qisas atau nyawa atau darah dibalas nyawa atau darah.
Dalam al-Quran ada menyebutkan bahawa;

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu (hukum qisas) buat membela
orang-orang yang mati dibunuh (iaitu) orang merdeka dengan orang yang mendeheka
dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Tetapi barang siapa
dapat sebahagian keampunan daripada saudaranya (yang membela si mati) maka
(hendaklah) ia dibalas kebaikan serta serahkan (diyat) kepadanya dengan cara
baik…”12.

Selain itu juga, dalam Fasal 5.3 juga menyebut tentang seseorang yang
membunuh madunya. Hal ini jelas dalam hukum Islam, seseorang membunuh
madunya hendaklah dihukum bunuh juga kepada si pembunuhnya seperti yang
dinyatakan dalam dalil al-Quran dan menurut Amr bil Ma’ruf Wan Nahi Anli Munkar.
Peruntukan ini begitu jelas dalam petikan teks berikut :

“ Adapun jikalau membunuh madunya, maka ia lari ke dalam kampung orang, maka
diikutnya oleh empunya madu itu, maka berkelahi dengan empunya kampung itu, maka
jikalau ia melawan, maka terbunuh yang mengikut itu, dibunuh pula ia pada buku Allah,
maka adil namanya.”

Hukum terhadap kesalahan jenayah yang mengikut undang-undang Islam


sering dialtenatifkan dengan hukum adat. Umpamanya pada Fasal 14.2 yang

12
Terjemahan al-Quran iaitu Surah al-Baqarah ayat 2:178.

29
bersabit dengan tuduhan dan pembunuhan kepada seseorang pesalah. Hukum
Kanun Melaka menentukan bahawa;

“adapun jikalau menuduh orang mengambil isteri orang, maka menang yang dituduh itu,
dibunuh orang yang menuduh itu, sebab hukum mengambil isteri orang itu mati
hukumnya. Jikalau tiada dibunuh, didenda sepuluh tahil sepaha. Di dalam pada itu
melainkan syafaat segala hakim juga; sebab mati hukumnya mati. Adapun kepada
hukum Allah tiada demikian, hanya disuruhkan hakim bersumpah atau bertaubat
daripada perbuatan itu. Demikinlah hukum Allah”.

Hakim mempunyai kuasa penentuan sama ada memlilih hukum adat atau
menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang bersalah itu menurut hukum Islam.
Walau bagaimanapun, kesalahan yang disabitkan oleh hakim hanyalah lebih kepada
orang kebanyakan sahaja.

Wasiat Berlandaskan Islam

Seterusnya, dalam teks Sejarah Melayu juga menyatakan tentang wasiat


berlandaskan Islam seperti Fasal 34 yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka
tentang hukum memberi amanat. Wasiat yang dilakukan melalui kisah-kisah
dalam Sulalatus Salatin dapat menggambarkan bahawa ianya dipengaruhi oleh
pemikiran Islam. Kita ambil contoh melalui wasiat Sultan Mansur Syah dan juga
Sultan Alau’d-Din Syah. Hasil perkahwinan dengan Rden Gakuh Cendera Kirana,
Sultan mansur Syah memperoleh seorang putera bernama Raden Kelang. Putera
inilah yang dihajatkan oleh baginda akan mewarisi tahta. Malangnya Raden Kelang
mati ketika bertikam dengan orang mengamuk.

            Akhirnya Sultan Mansur Syah gering. Baginda memanggil Raja


Ahmad (nama timbanganya ialah Raja Hussain) dan mengumumkan kepada para
pembesar bahawa putera itulah yang akan mengantikan baginda. Baginda
mewasiatkan kepada para pembesar agar menjaga dan memaafkan sebarang
kesilapan puteranya yang masih mentah itu, Wasiat baginda kepada puteranya pula
ialah agar mementingkan keadilan dan permuafakatan dalam mentadbir negara.
Dalam wasiat baginda kepada Raja Ahmad, kita dapat lihat banyak nasihat baginda
kepada Raja Ahmad berkaitan dengan soal agama, pemerintahan, dan kehidupan.
Contoh petikan teks yang berkenaan dengan wasiat Sultan Mansur Syah adalah
seperti berikut :

30
“ Maka titah Sultan Mansur Syah pada sekalian, mereka itu,”Ketahuilah olehmu
sekalian, bahawa dunia ini telah lepaslah rasanya daripada genggamanku;melainkan
negeri akhiratlah penghadapanku. Adapun pertaruhkulah pada Bendahara dan segala
Orang Kaya-kayasekalian, anakkita Ahmad ialah ganti kita pada tuan-tuan
sekalian.Jikalau barang sesuatu salahnya, hendaklah dimaafkan olehtuan-tuan
sekalian,kerana ia budak yang bebal, tiada tahu istiadat.”

“...maka titah baginda, Hei anakku, ketahui olehmu dunia ini sekali-kali tiada
kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya; iman semourna dan
pekerti yang baik, itulah yang kekal disebut orang selama-lamanya. Adapun
peninggalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat-sangat, dan
jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenarnya. Makan haqu’I-adam terlalu
besar dosanya, tiada diampuni Allah S.w.t...”

Dalam wasiat Sultan Alau’d-Din Syah, terdapat banyak pesanan dan nasihat
yang baginda berikan kepada anakanda baginda iaitu Raja Mamad. Segala wasiat
yang dipesan oleh baginda adalah bercorak Islam kerana baginda banyak
mengingatkan anakanda baginda mengenai pemerintahan sebagai sultan, perlu taati
perintah Allah, tentang dosa dan sebagainya. Contoh petikan teks berkenaan
dengan wasiat tersebut adalah seperti berikut :

“Maka Sultan Alau’d-Din pun terlalu sukacita mendengar segala mereka itu.
Maka Baginda memandang kepada  muka anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah 
baginda, “Hei anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar, dan ampunmu
akan segala hamba sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia; kerana firman Allah
Taala Inna’llahu ma’as sabirin, yakni bahawa Allah Taal serta pada segalayang sabar.
Dan jikalau datang kepada dua pekerjaan, suatu olehmu pekerjaan Allah, dan suatu
pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah daripada pekerjaan dunia.
Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu kepada hadrat Allah Taala yang
akan memelihara akan kamu, kerana wa man yatawakkal ‘ala’llah. Dan segala anak
Melayu bagaimanapun besar dosanya, jangan olehmu diaifi dia, dan sampai kepada
hukum syarak dosanya derhaka, bunuhlah; kerana segala Melayu itu ketanahanmu,
seperti kata Arab Al-‘abadi tinu’l-maulahu, yang hamba itu tanah...”

Hukuman ini dikenakan bagi kesalahan yang tidak dikenakan hudud dan
qisas seperti mencuri tak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Sebagai contoh
pesalah akan diminta memulangkan semula barang yang dicuri atau digantung

31
lileher kemudiannya diarak ke keliling kampung sebagai pengajaran kepada pesalah
dan juga sebagai peringatan kepada orang lain.

Peraturan Beribadah dalam Islam

Perkara yang paling menarik ialah struktur dan sebahagian daripada


kandungan Hukum Kanun Melaka itu sendiri. Ada hukum dan undang-undang fiqah
Islam yang diserap dan diperundangkan terus dalam undang-undang negerinya,
seolah-olah teks tersebut menjadi sumber rujukan hukum-hakam Islam pula.
Umpamanya tentang hukum ibadat sembahyang dituliskan pada Fasal 36:2 seperti
petikan di bawah;

“Bermula orang yang sembahyang itu atas dua perkara, meninggalkan dan tiada
iktikadnya pada fardu sembahyang. Dalam iktikadnya bahawa sembahyang fardu itu
disuruh ia sembahyang. Jika tiada ia sembahyang oleh kesakitan, tiada ia mungkar,
disuruh taubat murtad tiga kali. Jikalau sembahyang, baik jalan itu”.

Begitu berkesan dan berpengaruh sekali hukum Islam terhadap Hukum


Kanun Melaka sehingga terdapat bentuk ekspresinya dipetik terus daripada ayat al-
Quran, contohnya pada Fasal 43:2 yang berbunyi :

“Bismi’l Lahi al-Rahman al-Rahim. Qala’ ILahu Ta’ala: Ati’u Allaha wa ati’u ur-rasula wa
uli’l amri minkum…”

Sewajarnya sumber daripada al-Quran dan Hadis ini diserap serta digunakan
sebagai paduan dan untuk kekuatan rohaniah. Sumber ini boleh dijadikan sebagai
tunjang pada peraturan, adat dan undang-undang tempatan supaya selaras dengan
aspirasi dang tanggunjawab raja, pembesar dan rakyat Melayu yang telah pun
beragama Islam. Hukum Kanun Melaka sendiri telah menentukan hal ini.

Kesimpulan

Jika dilihat dari zaman kegemilangan Melaka dahulu sehingga ke hari ini, undang-
undang Islam kurang diterapkan di dalam perundangan dunia Melayu. Walaupun
banyak undang-undang Islam yang digunakan dalam Hukum Kanun Melaka, hanya

32
lebih kurang 41 peratus sahaja perundangan Islam yang termaktub di dalam
undang-undang tersebut. Hal ini menunjukkan penerimaan Islam masih lagi kurang
menyeleluruh disebabkan terdapatnya pengaruh hukum adat yang masih lagi
diangkat dalam pelaksanaan undang-undang pada masa itu. Apabila bermulanya
zaman penjajahan Barat ke Tanah Melayu khususnya di Melaka, Barat cuba
mengubah corak undang-undang Islam yang sudah diguna pakai sebelum ini
kepada sistem undang-undang Barat kerana mereka mahu semua pemerintahan di
bawah takluk mereka menggunakan sistem yang sama.

Andaian yang boleh dibuat jika tiada berlakunya penjajahan Barat ke Tanah
Melayu,saya merasakan perundangan Islam akan terus berkembang dan pada
suatu masa hukum adat akan diketepikan bagi memartabatkan undang-undang
Islam yang semakin kuat mempengaruhi kehidupan pada masa itu. Namun malang
apabila perkara tersebut belum sempat berlaku kerana Melaka telah dijajah oleh
Barat. Kesannya dapat kita lihat pada hari ini apabila perundangan Islam tidak
diiktiraf dan hanya dilaksanakan dalam hal-hal keluarga sahaja. Bersangkutan
dengan itu, dengan menggunakan undang-undang dari Barat ini memperlihatkan
negara kita pada hari ini tidak lagi segemilang pada zaman Melaka dahulu yang
mana pada masa itu, perundangan Islam masih lagi diguna pakai dalam banyak
aspek perundangan. Di samping itu, kita dapat melihat masyarakat kita yang
semakin banyak bergelumang dengan masalah sosial disebabkan tidak tertegaknya
undang-undang Islam ini.

Jika benarlah tujuan mengenakan hukuman sebagai salah satu cara untuk
memerangi jenayah, maka undang-undang Islam telah berjaya mencapai matlamat
ini begitu jauh dibandingkan dengan sistem undang-undang yang lain. Hal ini
disebabkan jenayah dicegah sebelum perkara tersebut dilakukan, dan jika jenayah
sudah dilakukan, penjenayah akan dihakimi sehingga ke peringkat terhapus segala
kesan dan dapat memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak
melakukannya.

2.2 Undang-undang Laut Melaka

Undang-undang Laut Melaka dipercayai wujud pada abad ke-15 dan disusun
semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan bendaharanya ialah
Bendahara Seri Maharaja. Teks Undang-undang Laut Melaka turut dikenali sebagai

33
Adat Pelayaran Melaka dalam kalangan pedagang dan saudagar ketika itu dan di
samping itu, terdapat beberapa lagi nama yang pernah digunakan untuk merujuk
undang-undang ini misalnya Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang
Laut. Undang-undang ini digubal atas usaha dua orang saudagar, iaitu Patih Harun
dan Patih Elias yang memuafakatkan perkara ini dengan Nakhoda Zainal, Nakhoda
ini berhasrat untuk menggubal hukum pelayaran yang tetap sebagai panduan
kepada semua.

Apabila selesai disusun, mereka menyerahkan undang-undang tersebut


kepada Bendahara Seri Maharaja. Bendahara kemudian mempersembahkan
undang-undang tersebut kepada Sultan Mahmud Shah. Baginda menerima undang-
undang Laut yang sah. Oleh yang demikian, hukuman di laut itu tidak dapat lagi
dipinda kerana ia adalah hukum dari sultan sendiri. Undang-undang ini dinamakan
Undang-undang Laut Melaka kerana kebanyakan naskah ini merupakan bahagian
kedua daripada Undang-undang Melaka. Kandungan teks ini antara lain turut
membincangkan tatacara jual beli di atas kapal, peraturan pelayaran, bidang kuasa
nakhoda serta tanggungjawab-tanggungjawab pelbagai lagi pegawai kapal seperti
kiwi, maula kiwi,13 malim dan sebagainya lagi.

Dalam Undang-undang Laut Melaka terdapat 24 fasal secara


keseluruhannya. Kesemua fasal yang terkandung dalam undang-undang ini menjadi
panduan kepada sebuah pelayaran. Jumlah fasal yang terkandung dalam Undang-
undang Laut Melaka ini adalah berbeza dengan jumlah fasal Hukum Kanun Melaka
yang mana terdapat 44 fasal. Namun begitu, walaupun jumlah yang berbeza antara
kedua-dua undang-undang tetapi hal yang dibincangkan adalah sama. Oleh itu,
disertakan jadual tentang fasal yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka
pada muka surat seterusnya.

Jadual 2 : 24 Fasal yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka.

Fasal Keterangan Fasal


1 Tugas nakhoda serta awak kapal
2 Orang yang berzina

13
Penghulu kiwi.

34
3 Barang siapa yang mendapat sesuatu pendapatan atau hamba orang
yang lari
4 Orang yang diselamatkan atau menumpang
5 Orang yang jadah mulutnya
6 Kesalahan dalam jung
7 Orang berhutang
8 Mualim yang memberi modal atau lalai tidak boleh meninggalkan jung
sebelum habis perjanjian
9 Peranan kiwi (penyewa ruang perahu)
10 Bila kesukaran di laut
11 Larangan duduk bagi anak perahu dan hak menunda sampan oleh
mulkiwi atau kiwi
12 Berjaga-jaga dan tugas orang yang muda-muda
13 Dapur di makan api dan orang yang menyebabkan terbakar
14 Orang atau kiwi yang berkelahi dalam jung
15 Hak nakhoda berniaga apabila sampai di bandar atau bila singgah di
teluk rantau
16 Besarnya ruang untuk awak perahu
17 Hak kiwi jikalau habis musim belum belayar
18 Patih Harun dan Patih Elias bermesyuarat dengan segala nakhoda
membuat undang-undang ini.
19 Orang yang memaki hamun
20 Orang yang ditolong semasa kapal karam
21 Orang yang lari dari kapal
22 Orang yang boleh meminta bantuan nakhoda
23 Pembahagian hak perniagaan
24 Kuasa nakhoda

2.2.1 Sejauhmanakah Undang-undang Laut Melaka Yang Diamalkan Dalam


Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka Berlandaskan Kepada Ajaran Agama
Islam.

Dalam Undang-undang Laut Melaka hanya terdapat dua fasal sahaja yang
mempunyai hukum syarak atau pengaruh tentang hukum Islam. Walaupun pada
asalnya hukum zina yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka lebih kepada hukum

35
adat dan sedikit berkait tentang hukum Islam, namun dari segi pelaksanaan
hukuman adalah sama dengan hukum Islam seperti yang terdapat dalam Undang-
undang Laut Melaka walaupun kiraan sebatan yang berbeza.

Sebagai contohnya, Hukum Kanun Melaka mengenakan sebatan sebanyak


80 kali sementara 100 kali sebatan pula dalam Undang-undang Laut Melaka bagi
kesalahan berzina. Pada hakikatnya dapat dilihat bahawa pelaksanaan hukum Islam
tidak dapat dijalankan sepenuhnya di Melaka tetapi hukum tersebut dapat menjaga
kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Melaka ketika itu. Para kadi dan undang-
undang Islam tealah memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri Melaka.
Sebagai buktinya, melalui Fasal 2 dalam Undang-undang Laut Melaka ada
menerangkan mengenai hukuman ke atas penzina seperti berikut :

“Dinyatakan orang berzina akan dibunuh hukumnya, tetapi bujang sama bujang, didera
dahulu baharu dikahwinkan. Kemudian dinyatakan bahawa orang yang berkelahi atau
berbantahan akan didenda atau dibunuh, disebat 100 kali, menilik kesalahannya.”

 “ Bermula hukum atas segala orang yang berzina dalam jong atau baluk. Jikalau ia
merdeheka (ada isteri sama ada merdeheka atau tiada, maka ia berbuat zina dengan
isteri sama merdeheka dalam jong itu, maka) dibanyak-banyaki oleh nakhoda, dibunuh
keduanya.....”.

Bagi kesalahan yang dianggap serius begini nakhoda mempunyai hak dan
kuasa untuk membunuh pesalah-pesalah yang berkenaan selepas proses siasatan
dan keadilan yang bertunjangkan konsep syariah dijalankan. Justeru jelaslah
bahawa kuasa untuk membunuh yang dikurniakan kepada nakhoda sememangnya
diterima sebagai suatu bentuk hukuman yang sah dan berautoritatif selari dengan
proses perundangan Islam. Jelaslah bahawa unsur-unsur Islam pada ketika ini telah
dilaksanakan sebagai pengajar kepada rakyat Melaka agar tidak melakukan zina
kerana perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah. Dan Allah telah berfirman dalam
Surah al-Isra’ ayat 32 yakni :

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan).”

Bukan itu sahaja, dalam Undang-undang Laut Melaka juga ada menyebut
tentang mualim yang memberi modal atau lalai tidak boleh meninggalkan jung
sebelum habis perjanjian dalam Fasal 8. Sebagai bukti, teks yang terdapat dalam
Sejarah Melayu adalah seperti berikut :

36
“Adapun Malim berperanan sebagai imam di dalam sebuah kapal. Malim berkemahiran
dalam menentukan arah yang hendak dituju, mengenali tanah dan laut, mengetahui
keadaan angin, ombak dan arus bulan dan bintang, teluk dan tanjun, gunung dan bukit,
batu dan pasir. Walhal itu, malim hendaklah berdoa di sepanjang pelayaran supaya
semuanya berada di dalam keadaan selamat.”

Fasal di atas menerangkan bagaimana tugas sebenar malim. 14 Malim juga


menjadi modal dan jurupandu semasa dalam pelayaran, malah juga melaksanakan
hal-hal berkaitan dengan ibadat. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat pengaruh
islam apabila malim berperanan sebagai imam di sebuah kapal dan malim juga
diarahkan supaya berdoa agar pelayaran berada dalam keadaan selamat. Tegasnya
di sini, malim tidak melarikan diri sepanjang pelayaran tersebut dan malim
hendaklah berada terus di atas kapal bersama-sama nakhoda dan anak-anak kapal
yang lain sehingga selesai pelayaran itu.

Kesimpulan

Daripada keseluruhan perbincangan ini, dapat disimpulkan bahawa Undang-undang


Laut Melaka telah menyediakan satu set hukum yang berisi panduan serta pedoman
berguna kepada para pelayar. Sistem ini terbukti kena pada tempat dan masanya,
lebih-lebih lagi jika dinilai dari sudut kemajuan sektor perdagangan di Melaka ketika
itu. Selain itu, catatan tokoh-tokoh penting seperti Tom Pires dan Tun Sri Lanang

14
Malim ialah individu yang ditugaskan mengawasi pelayaran , menjadi ketua imam dan juru pandu semasa
pelayaran.

37
juga telah menyedarkan banyak pihak betapa Melaka mengalami banyak kemajuan
dari segi struktur sosialnya yang kemudiannya melahirkan pula sistem perundangan
penting, berdasarkan kepada keperluan masyarakat massanya. Dapat juga
digambarkan pola asas perdagangan di Melaka sebenarnya bergantung kepada
definisi peranan yang dimainkan oleh kelompok nakhoda itu sendiri, iaitu sama ada
mereka adalah pemilik kapal yang berdagang sendiri ataupun wakil kepada
saudagar-saudagar. Dan siapa pun mereka, nakhoda telah dianggap sebagai ‘raja’
yang berkerajaan di laut lepas, suatu perumpamaan yang begitu signifikan dalam
sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

3.0 PENULISAN REFLEKSI

3.1). Pengalaman Anda Semasa Menjalankan Tugasan Ini.

Saya berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan kerja kursus Sejarah Politik
Malaysia Sehingga Awal Abad ke-20 (SJHK3013) ini dalam masa yang ditentukan.
Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya kurang faham kehendak soalan tugasan

38
ini. Manakala dengan penerangan jelas yang telah disampaikan oleh pensyarah
saya, iaitu, Encik Norazan bin Mat Nor, saya telah mendapati bahawa apa yang
perlu saya menjalankan dalam tugasan ini. Dengan kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya atas penjelasan beliau
tentang kerja kursus ini.

Antara pengalaman saya semasa menjalankan tugasan ini terutamanya


dalam proses penerokaan maklumat bagi tugasan Bahagian 1 iaitu merumuskan
idea menggunakan peta pemikiran i-Think tentang perkembangan kerajaan-kerajaan
awal di Tanah Melayu secara kronologi sehingga kemunculan Kesultanan Melayu
Melaka. Sebelum ini, saya telah mempelajari tentang kerajaan-kerajaan Melayu
Awal namun tidak secara mendalam kerana saya hanya mengenalinya secara tidak
total. Semasa mencari maklumat melalui pembacaan buku dan jurnal, saya dapat
mengetahui secara spesifik tentang kerajaan-kerajaan tersebut. Saya juga dapat
mengetahui setiap tarikh kewujudan kerajaan-kerajaan ini secara kronolgi.

Bukan itu sahaja, dalam tugasan Bahagian 1 juga saya dapat


mengetahui nama-nama kerajaan-kerajaan Awal Melayu sebelum Kesultanan
Melayu Melaka. Sebagai tamsilannya, Kerajaaan Langkasuka, Kerajaan Kedah Tua,
Kerajaan Chih-Tu, Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Temasik, Kerajaan Beruas
sehinggalah Kesultanan Melayu Melaka. Setelah saya mengetahui tentang kerajaan-
kerajaan tersebut, saya dikehendaki supaya merumuskan setiap kerajaan tersebut
secara kronologi dengan menggunakan peta i-Think iaitu peta alir. Di sini juga saya
mendapat pengalaman baharu apabila menggunakan peta alir dan dapat
mengaplikasikannya dalam tugasan kerja kursus saya ini. Dengan penggunaan peta
alir dalam tugasan saya ini, saya dapat memperincikan setiap maklumat mengenai
kerajaan-kerajaan tersebut secara kronolgi.

Seterusnya, dalam tugasan kerja kursus Bahagian 2 iaitu berdasarkan teks


Sejarah Melayu, saya dikehendaki menjelaskan tentang Undang-undang Laut
Melaka dan Hukum Kanun Melaka yang diamalkan dalam pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka berlandaskan kepada ajaran agama Islam. Dalam Bahagian 2 ini
agak mencabar kerana saya dikehendaki untuk membuat kajian teks Sejarah
Melayu dalam semua ceritera dalam buku Sejarah Melayu melalui terjemahan W.G.
Shellabear. Saya mengkaji setiap ceritera atau bab dalam teks tersebut dengan

39
bantuan ulasan Buku Sejarah Melayu oleh Ismail Ahmad kerana bahasa yang
digunakan dalam teks tersebut menggunakan bahasa Melayu Klasik yang sukar
difahami dan menjadi sulit lagi apabila saya tidak mengetahui beberapa maksud
perkataan. Dengan adanya buku ulasan tersebut, sedikit sebanyak membantu saya
dalam proses meneroka maklumat dan kajian teks saya.

Pengalaman saya mengkaji teks Sejarah Melayu ini, saya dapat mengetahui
beberapa perkataan Melayu Klasik serta maksudnya yang mana sebelum saya tidak
ketahui. Sebagai contohnya, perkataan ‘arakian’ yang membawa maksud kemudian,
penggunaan bahasa istana iaitu ‘gering’ dan sebagainya. Dalam tugasan Bahagian
2 ini juga, saya dapat mengetahui pelbagai informasi baru tentang hukum-hakam
yang terkandung dalam undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka sama ada hukum adat tempatan mahupun hukum
yang berlandaskan Islam. Dalam kajian teks yang saya lakukan, saya dapat
menemui hukum adat tempatan dan hukum agama Islam yang diamalkan oleh
masyarakat Kesultanan Melayu Melaka. Dalam kajian tersebut, saya dapati
terdapatnya hukum agama Islam dalam Hukum Kanun yang merangkumi undang-
undang keluarga, undang-undang jenayah Islam, undang-undang urusan jual beli
dan sebagainya. Maka saya dapat mengetahui secara terperinci fasal-fasal yang
terkandung dalam Hukum Kanun Melaka tersebut.

Saya juga mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan


ini. Satu daripadanya adalah kemahiran menganalisis maklumat yang diperolehi
untuk disuaikan dengan tugasan. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk
mendapatkan penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat
tersebut boleh digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah
kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan
yang baik kepada soalan yang saya kupas dalam tajuk tugasan ini.
3.2). Masalah Yang Dihadapi Dan Bagaimana Cara Penyelesaian Yang Telah
Dilakukan.

Sudah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha, maka akan
ada masalah-masalah yang muncul sepanjang usaha tersebut dijalankan.
Penghasilan tugasan saya ini juga tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa
masalah dan saya telah mendapat jalan penyelesaian dalam menghadapinya.

40
Antaranya adalah dalam tugasan kerja kursus Bahagian 1 yang mana
memerlukan perincian maklumat yang tepat untuk menyusun setiap Kerajaan-
kerajan Melayu Awal supaya menjadi sebuah kronologi betul. Hal ini kerana tugasan
ini memerlukan ulasan dan isi-isi yang relevan sesuai dengan zaman kerajaan-
kerajaan tersebut, maka memerlukan banyak rujukan untuk menyokongnya tugasan
saya ini. Namun, sumber rujukan yang terhad menyebabkan saya terpaksa
bertindak pantas untuk mendapatkan maklumat yang lengkap. Walaubagaimanapun,
masalah ini tidak dapat dielakkan, maka perkongsian maklumat antara rakan-rakan
lain amat penting untuk menyelesaikan masalah sumber rujukan yang kurang.

Selain itu juga, saya mengambil langkah drastik supaya dapat menjimatkan
tenaga dan masa saya dengan melayari internet untuk mendapatkan banyak lagi
dapatan maklumat berkaitan dengan tugasan ini. Saya telah meneliti beberapa
maklumat tentang Kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan tentang undang-undang
Melaka yang menepati dengan soalan tugasan kerja kursus saya dan memuat turun
segala maklumat yang berguna daripada beberapa laman sesawang rasmi melalui
artikel, jurnal dan blog-blog yang berwasit. Syukur, dengan ada kemudahan internet
saya dapat mencari sumber maklumat dan rujukan dengan lebih pantas dan mudah.

Bukan itu sahaja, masalah saya hadapi yang lain ialah gangguan rangkaian
wifi. Sudah menjadi kemestian dalam bulan membuat kerja kursus, penggunaan wifi
di asrama adalah terhad kerana terlalu ramai menggunakan wifi. Sepatutnya jika
melayari internet, maka dapatlah kita menjimat masa namun sebaliknya apabila
saya menunggu beberapa ketika untuk memuat turun maklumat atau bahan rujukan.
Kesannya, kerja kursus saya ini memakan masa yang lama untuk disiapkan. Untuk
mengatasi masalah yang saya hadapi ini, maka saya terpaksa bersengkang mata
antara jam 2 hingga 3 pagi untuk mendapat bahan rujukan atas talian melalui
internet kerana pada ketika ini kadar penggunaan rangkaian wifi semakin
berkurang.

Seterusnya, kekangan yang saya hadapi semasa menjalankan proses kajian


teks ialah masalah bahasa Melayu Klasik. Bahasa yang digunakan dalam teks
Sejarah Melayu amat sukar untuk difahami kerana bahasa Melayu yang digunakan
jauh berbeza dengan bahasa Melayu yang digunakan kini. Hampir keseluruhan

41
perkataan dalam teks tersebut, amat sukar saya untuk dalami dan memahami
kerana saya tidak mengetahui makna setiap perkataan tersebut. Saya hanya
memahami perkataan yang mudah kerana perkataan tersebut masih digunakan
sehingga ke hari ini. Oleh itu, saya mengambil alternatif lain dengan mendapatkan
buku ulasan Sejarah Melayu. Mujurlah buku tersebut ada terdapat di Perpustakaan
Tok Kenali IPG Kampus Kota Bharu dan mudahlah bagi saya untuk mengkaji teks
Sejarah Melayu seperti yang dikendaki dalam tugasan kerja kursus dalam Bahagian
2.

Di samping itu juga, saya menghadapi masalah untuk mengenalpasti


peristiwa-peristiwa yang berkait tentang hukum Islam dalam teks Sejarah Melayu.
Saya memerlukan beberapa hari untuk mencari peristiwa-peristiwa tersebut kerana
saya mempunyai pelbagai aktiviti lain yang perlu sertai serta tugasan kerja kursus
subjek lain yang perlu saya siapkan. Maka saya harus bijak membahagikan masa
saya. Malah, saya juga merujuk pelbagai maklumat mengenai syariat Islam yang
betul melalui pembacaan saya sama ada dalam buku rujukan mahupun rujukan dari
internet yang sahih maklumatnya. Sebagai contoh, hukuman kepada pencuri dalam
Hukum Kanun Melaka adalah dipotong tangan dan bagi membuktikan hukuman
yang dilaksanakan pada zaman tersebut adalah benar menurut hukum agama Islam,
maka saya mencari dalil-dalil al-Quran yang sesuai dan boleh menyokong hukuman
yang dilaksanakan dalam Hukum Kanun Melaka tersebut serta berlandaskan ajaran
Islam. Dalam tugasan kerja kursus Bahagian 2 ini juga saya serta beberapa dalil-
dalil dan surah-surah berkaitan dengan hukum-hakam menurut agama Islam.

Kekangan yang saya hadapi juga semasa melaksanakan tugasan di


Bahagian 1 ialah merumuskan idea tentang Kerajaan-kerajaan Melayu Awal dalam
bentuk kronologi. Dalam merumuskan segala perihal kerajaan-kerajaan tersebut,
saya dikehendaki menggunakan peta i-Think. Dalam hal ini, peta i-Think terbahagi
kepada beberapa jenis yang terdiri daripada peta alir, peta bulatan, peta buih, peta
buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta pelbagai alir dan peta titi. Disebabkan
itu, saya tidak mengetahui peta i-Think yang mana sesuai digunakan untuk membina
atau merumuskan idea secara kronologi. Oleh itu, untuk menyelesaikan persoalan
yang saya hadapi ini, saya meminta beberapa panduan berkaitan dengan
penggunaan peta i-Think dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Norazan
bin Mat Nor dan beliau telah mencadangkan supaya saya menggunakan peta alir

42
kerana bertepatan dengan soalan yang menginginkan perincian secara kronologi
atau urutan.

Pelbagai perkara saya lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik
perkara yang positif mahupun negatif. Walaupun begitu, saya menganggap semua
yang berlaku adalah sebagai satu pengajaran untuk saya. Sebagai contoh, setiap
permasalahan yang saya lalui adalah untuk membantu saya dalam bertindak
sekiranya saya menghadapi masalah yang sama pada masa hadapan. Segala
cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar saya agar tabah dalam
menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan meminta pendapat
orang lain dalam menghadapinya. Semua pengalaman dan kemahiran yang saya
perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah ke alam
perguruan secara hakiki kelak.

Ini kerana dugaan dan cabaran yang ada di alam perguruan adalah lebih
mencabar memandangkan bidang pendidikan telah mengalami perubahan ekoran
daripada globalisasi yang berlaku di Malaysia. Selain daripada itu, pengalaman
penulisan ilmiah ini juga merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai
kaedah penulisan tesis sewaktu menyambung belajar ke tahap yang lebih tinggi.
Sememangnya menyambung belajar merupakan satu daripada perancangan masa
hadapan saya. Justeru, saya berharap pengalaman-pengalaman ini dapat
membantu saya kelak di masa hadapan.

3.3 Huraikan Bagaimana Pengalaman Anda Dalam Menjalankan Tugasan Ini


Mampu Meningkatkan Kefahaman Tentang Perkembangan dan Pencapaian
Dalam Konteks Pembinaan Negara Bangsa Malaysia Hari Ini.

Pembinaan negara bangsa adalah penting kepada Malaysia. Berdasarkan autoriti


Kamus Dewan Edisi Keempat, negara merujuk kepada suatu komuniti yang
menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan manakala frasa bangsa
merujuk kepada suatu komuniti yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama
dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa

43
idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu
identiti. Menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup
bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama,
bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada
perpecahan. Sejarah pembinaan negara Malaysia bermula dari zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi.

Kewujudan kerajaan atau negara disebabkan adanya raja. Dalam hal ini
kedudukan raja adalah tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. Malah raja
juga memberikan pelindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang
mendiami wilayahnya. Hal ini jelas dilihat berdasarkan tugasan saya ini. Dalam
Kesultanan Melayu Melaka khususnya, raja adalah kedudukan yang tertinggi dan
istimewa serta rakyatnya harus mentaati dan patuh kepadanya. Dengan adanya raja
dalam sebuah negara, ia dapat dimenunjukkan kekuatan sesebuah negara itu.
Seperti yang dapat kita lihat sehingga hari ini, raja menjadi ketua negara, ketua
agama dan berhak menjaga keselamatan rakyatnya sama seperti zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Buktinya, perkembangan dan pencapaian dalam pembinaan negara
bangsa telahpun wujud sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka lagi iaitu
pada tahun 1400.

Selain itu juga, seperti saya nyatakan di atas rakyat wajib menerima dan
mengakui kekuasaan raja kerana kesetiaan rakyat kepada rajanya dapat
menentukan sempadan kerajaaan atau wilayah yang diperintah. Kerajaan yang kuat
akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah untuk mengembangkan
empayar seperti yang berlaku dengan Kesultanan Melayu Melaka. Sebagai
contohnya, empayar Kesultanan Melayu Melaka banyak menakluki dan menaungi
negeri lain seperti Kampar, Siak dan banyak lagi.

Seterusnya, ciri-ciri pembinaan negara bangsa pada zaman Kesultanan


Melayu Melaka mempunyai persamaan yang amat ketara dengan pembinaan
negara bangsa Malaysia pada hari ini. Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15
merupakan asas pembinaan negara dan bangsa negara kita. Peradaban dan
peraturan kenegaraan kerajaan Melaka tercatat dalam buku Sejarah Melayu atau
Salalatus Salatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang. Sejarah Melayu merupakan
dokumen historiografi Melayu yang terpenting. Kesultanan Melayu Melaka

44
mempunyai masyarakat yang tersusun, berperaturan dan mempunyai sistem
pentadbiran dan politik yang tersendiri. Kesultanan Melayu Melaka juga banyak
meninggalkan kesan dan warisan sosial politik yang tersendiri.

Antara persamaan ciri-ciri negara bangsa ialah dalam aspek wilayah


pengaruh. Dalam hal ini, setiap negara mempunyai wilayah, iaitu tempat tinggal
rakyat dan sempadannya sendiri yang diterima umum. Wilayah pengaruh
bermaksud merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan mengakui
pemerintahan seorang raja. Contoh yang jelas dalam pemerintahan zaman
Kesultanan Melayu Melaka ialah mempunyai kawasan lingkungan yang luas
walaupun sempadannya tidak ditetapkan. Empayar Kesultanan Melayu Melaka ini
meliputi keseluruhan tanah Melayu dan seluruh bahagian Timur Sumatera. Sama
seperti Malaysia, wilayah pengaruhnya merangkumi 14 buah negeri termasuk Sabah
dan Sarawak. Kesemua 14 buah negeri ini mengakui dan menerima kedudukan raja.

Ciri-ciri pembinaan negara bangsa dari aspek kedaulatan pula iaitu


kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi sesebuah wilayah ke atas rakyatnya.
Kekuasan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak sekalipun. Kedaulatan ini
juga merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah negara atau
pemerintah. Negara atau pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang
dimilikinya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Ini bermakna
negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya. Kedaulatan
memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan asing. Namun
begitu pengertian tentang kedaulatan dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka
adalah berbeza dengan negara moden kerana kedaulatan pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka dirujuk terus kepada raja yang memerintah ketika itu dan zaman itu
dan juga raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan. Seperti
yang saya nyatakan, bahawa dengan adanya kedaulatan dalam sesebuah negara,
negara tersebut bebas dari campur tangan asing seperti di Malaysia. Dengan
adanya kedaulatan tersebut, Malaysia akan terjamin dari segi keselamatan.

Lambang-lambang juga merupakan antara ciri-ciri pembinaan negara bangsa.


Lambang-lambang ini merujuk kepada lambang negara atau simbol atau tanda yang
menjad identiti sesebuah negara. Sebagai contohnya, Bahasa Melayu merupakan
Bahasa Kebangsaan dan lambang penyatuan bangsa dan negara. Dalam

45
Kesultanan Melayu Melaka, sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu,
bahasa Melayu, dan agama Islam merupakan warisan yang kekal sehingga hari ini.
Keunggulan undang-undang juga menjadi salah satu ciri-ciri pembinaan negara
bangsa. Dalam hal ini, penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal
untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang diwartaka yang bertujuan untuk
memelihara keamanan dan melindungi rakyat.

Pada zaman Kesultanan Melaka, terdapat dua sumber undang-undang


bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam, iaitu Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka yang
mempunyai 44 fasal yang menyentuh tentang bidang kuasa raja dan pembesar serta
pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat. Turut menyatakan kesalahan
terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya. Pada
masa kini, undang-undang yang keluarga yang dijalankan adalah sama dengan
zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti syarat ijab dan kabul, hukum wali dan
sebagainya.

Justeru, pembinaan negara bangsa di Malaysia pada hari ini harus


menempuh pelbagai cabaran. Dalam soal perpaduan yang merupakan salah satu
teras utama kekuatan negara. Sejarah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan
penjajah Portugis pada tahun 1511 yang diakibatkan oleh keadaan kucar-kacir dan
ketiadaan perpaduan di kalangan masyarakat Melayu wajar dijadikan iktibar.
Dengan sifat sejarah yang sentiasa berulang, maka kita perlu sentiasa mengambil
langkah berwaspada. Negara yang dicintai ini perlulah dibangunkan bukan hanya
dari aspek fizikal semata-mata tetapi lebih penting lagi, dari sudut pembangunan
insan dalam konteks pembinaan negara bangsa kini. Pembangunan insan yang
berpandukan syarak bagi memupuk keimanan dan akhlak yang teguhlah yang akan
mencorakkan hala tuju pembangunan serta kemajuan yang dicapai. Malah, insan
yang membangun jiwa dan keperibadiannya berupaya memimpin masyarakat untuk
memanfaatkan kemajuan yang telah dicapai bagi mencipta lebih banyak kejayaan
demi mengisi negara bangsa Malaysia. Selain itu, insan yang memiliki keteguhan
iman, jiwa dan akhlak inilah yang akan berjuang mempertahankan agama, bangsa
dan negara daripada ancaman musuh serta sanggup terkorban kerananya demi
mencapai dan membina negara bangsa Malaysia.

46
4.0 RUMUSAN

Sebelum munculnya Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud beberapa kerajaan


Melayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu Awal ini terletak di pesisir pantai atau dikenali
sebagai kerajaan maritim. Kerajaan-kerajaan tersebut juga wujud pada masa yang
berbeza. Kerajaaan-kerajaan awal ini merupakan pusat perdagangan yang maju pda
zamannya. Kerajaan-kerajaan ini juga menjalankan hubungan diplomatik dengan
negara luar untuk meluaskan pengaruh perdagangan mereka. Sebagai contohnya,

47
Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Chih-Tu yang mengadakan diplomatik dengan
negara China sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kerajaan-kerajaan ini
dengan negara China. Selain itu, Kerajaan-kerajaan Melayu Awal juga terdiri daripada
Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Temasik, Kerajaan Beruas dan
akhirnya muncul Kesultanan Melayu Melaka.

Secara keseluruhannya, Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang


menyentuh kuasa dan bidang pemerintahan raja dan pembesar, pantang larang di
kalangan anggota masyarakat, hukuman ke atas kesalahan jenayah dan awam,
undang-undang keluarga dan sebagainya. Naskah undang-undang ini telah ditokok
tambah dari masa ke semasa, iaitu daripada asalnya 19 bahagian kepada 27 bahagian
dan kemudiannya ditambah lagi dengan hukum-hakam Islam menjadikan sehingga 44
fasal yang dipecahkan kepada tambahan-tambahan dan pecahan-pecahan yang lebih
kecil lagi.

Kebanyakan isi kandungan Hukum Kanun Melaka berasaskan hukum Adat


Temenggung iaitu adat resam tempatan. Undang-undang ini juga turut dipengaruhi
oleh unsur-unsur Hindu dan Islam. Unsur-unsur Hindu ketara dibahagian yang
berkaitan dengan hukuman ka atas pesalah, sementara pengaruh Islam lebih ketara di
bahagian akhirny. Ini memperlihatkan bahawa setelah kedatangan agama Islam,
hukum-hukum syarak turut mempengaruhi undang-undang di Melaka secara beransur-
ansur. Hukum Kanun Melaka menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat
lembaga dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta
perkara-perkara berkaitan dengan pertanian, perhambaan dan kekeluargaan.

Manakala pada keseluruhan Undang-undang Laut Melaka pula, menerangkan


pembahagian yugas antara pegawai dan anak-anak kapal, di samping mengandungi
beberapa peraturan tertentu untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan para
pedagang yang berdagang dengan kapal. Undang-undang ini memperlihatkan bahawa
walaupun anak-anak kapal tidak dibayar upah, tetapi mereka mempunyai bahagian
dalam perniagaan. Selain para pegawai dan anak-anak kapal, terdapat para
penumpang yang membawa barang dagangan dan ada undang-undang tertentu untuk
mereka. Undang-undang Laut Melaka ini dianggap penting kerana Melaka merupakan
pelabuhan persinggahan dan pusat perdagangan antarabangsa yang melibatkan
hubungan dengan para pedagang asing. Oleh sebab Melaka mempunyai undang-

48
undang laut yang teratur, urusan perdagangan dapat berjalan dengan lancar sehingga
Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu.

5.0 Lampiran

49
6.0 Rujukan

Abd. Jalil Borham. (2002). Pengantar perundangan Islam. Johor Bahru, Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

Abdul Halim El-Muhammady. (1993). Perkembangan undang-undang Islam dari zaman


Rasulullah S.A.W hingga zaman penjajahan barat. Petaling Jaya: Budaya Ilmu.

Abu Hassan Sham. (1995). Hukum kanun Melaka. Melaka: Penerbitan Perbadanan


Muzium Melaka.

50
Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim. (1995). Kegemilangan Melaka. Kuala Lumpur :
Sastera Publication.

Ahmad Sarji. (2004). Hang Tuah Tokoh Epik Nasional. Selangor : Pelanduk Publications
(m) Sdn.Bhd.

A.Samad Ahmad. (2003). Edisi Pelajar Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: 
Dewan Bahasa dan Pustaka.

D.Kathiresan. (1998). Kajian Teks Sastera : Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Petaling


Jaya : Longman.

Hamid Jusoh. (1992). Kedudukan Undang-undang Islam dalam Perlembagaan Malaysia.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ahmad. (1988). Ulasan Buku Sejarah Melayu. Selangor : Penerbit Fajar Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur : Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Khoo Kay Kim (Edi.). (1982). Melaka dan sejarahnya. Melaka: Persatuan Sejarah Melaka.

Liaw York Fang (Edi.). (2003). Undang-undang Melaka dan undang-undang laut / dikaji dan
diperkenalkan oleh Liaw York Fang. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Lisa Yip Shukye dan Jais Abdul Hamid. (2012). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Abad
ke-20. Kuala Lumpur : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mohd Jasmin Bin Jasni. (2006). Kupasan Grafikal kesusasteraan Melayu : Sulalatus


Salatin (Sejarah Melayu) STPM . Kuala Lumpur. Marshall Cavendish (Malaysia)
Sdn. Bhd.

Mohd Yasin Hahim. (2008). Hang Tuah Wira Melayu. Melaka : Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme Malaysia (IKSEP)

Muhammad Yusha Haslam. (1989). Kesultanan Melayu Melaka: kajian beberapa aspek


tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam sejarah Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Yusoff Hashim. (1996). Sejarah Melayu Melaka 1400. Kuala Lumpur : Bluesky Copy
Printing.

Nik Anuar Nik Mahmud. (2010). Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Sham Publisher.

Nisrawani Yahaya. (2003). 101 Puteri Dunia Melayu : Sejarah Dan Lagenda. Kuala Lumpur
: Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Othman Ishak. (1997). Hubungan antara undang-undang Islam dengan undang-undang


adat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

51
Ruslan Zainuddin (Edi.). (2003). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

W.G. Shellabear. (1977). Sejarah Melayu. Selangor : Penerbit Fajar Sdn. Bhd.

52

You might also like