You are on page 1of 1

1c.

Jelaskan faktor penting yang mempengaruhi keunggulan pentadbiran


Kesultanan Melayu
Melaka?

Antara faktor penting yang mempengaruhi keunggulan pentadbiran


Kesultanan Melayu Melaka termasuklah Sistem pentadbiran yang sistematik.
Hal ini dikatakan demikian kerana Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan
sistem Pembesar Empat Lipatan.Kerajaan Melayu Melaka mampu meluaskan
empayarnya ke seluruh Tanah Melayu dan hampir seluruh kawasan pantai timur
Sumatera.
Selain itu, Kesultanan Melayu Melaka juga mempunyai undang-undang
yang unggul. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang iaitu
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut. Undang-undang ini berasakan
syariah dan hukum adat.
Seterusnya, pemerintahan yang bijak dan berwibawa juga merupakan
faktor penting yang mempengaruhi keunggulan pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka. Hal in dikatakan demikian kerana sultan mengetuai pemerintahan dan
mempunyai kuasa dalam segala aspek. Sultan berkuasa dalam pemerintahan,
peperangan, hubungan diplomatik dan agama.
Akhir sekali, faktor lain yang mempengaruhi keunggulan pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka ialah agihan tugas yang tersusun antara pembesar-
pembesar.Pembesar-pembesar Melaka melakukan tugas dengan
baik.Contohnya, pembesar-pembesar mengutip cukai di kawasan pegangan.
Kesimpulannya, keunggulan dalam sistem pemerintahan telah
menjadikan Melaka
sebagai sebuah kuasa yang masyhur dan terkenal di Asia Tenggara pada abad
yang ke-
15.

2c. Apakah yang akan berlaku sekiranya Malayan Union diteruskan di negara
kita?

Sekiranya Malayan Union diteruskan di negara kita, Ketuanan Melayu


akan terhakis. Hal ini dikatakan demikian kerana kedudukan Raja-raja Melayu
tergugat. British akan menghapuskan kuasa raja yang menjadi lambang
ketuanan Melayu dan akan digantikan dengan Gabenor Malayan Union.
Selain itu, kedudukan agama Islam akan tergugat. Raja tidak berkuasa
dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.
Seterusnya, budaya Melayu akan luntur dan akan digantikan dengan
budaya Barat. Bukan itu sahaja, pentadbiran juga akan disatukan dalam satu
unit politik dan bilangan penduduk asal akan menjadi kurang akibat bilangan
kaum pendatang akan bertambah.
Akhir sekali, ekonomi negara akan dikuasai oleh kaum pendatang kerana
orang Melayu akan terus terpinggir.
Kesimpulannya, pelbagai keburukan akan berlaku jika pentadbiran
Malayan Union diteruskan di Tanah Melayu.

You might also like