You are on page 1of 40

1

TEKNIK 1: LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION (LUA)

Pernahkah anda alami…

Harapan tidak menjadi kenyataan?

Lain yang diminta, lain yang diterima?

Lain yang diharap, lain yang berlaku?

Apa yang cuba dielakkan, itu yang bertandang?

Apa yang dibenci, itu pula yang sering datang?

Bisnes umpama ‘hidup segan mati tak mahu’?

Di mana silapnya?

Adakah anda mengetahui bahawa 96 peratus daripada keseluruhan


kekayaan dunia dimiliki oleh hanya 1 peratus daripada keseluruhan
populasi dunia? Pasti ada sebab mengapa ini berlaku. Salah satu sebab
adalah kerana kebanyakan orang-orang kaya menggunakan Prinsip ‘Law
of Attraction’ (LOA) dalam kehidupan mereka. Mereka tahu bahawa LOA
boleh membantu mereka untuk mencapai apa yang mereka mahu.

Apakah Perbezaan Di Antara LOA & LUA?

2
‘Law of Universal Attraction’ (LUA) adalah suatu pemikiran iaitu "kita
menarik apa yang kita fokuskan".

Di samping itu, segala-galanya yang menyebabkan kita tertarik akan


memacu kita kepada Allah yang Maha Besar. Kita tertarik untuk menjadi
kaya daripada menjadi miskin, kerana Tuhan adalah Maha Kaya. Kita
tertarik dengan kecantikan daripada hodoh, kerana Tuhan adalah Maha
Cantik. Kita tertarik kepada orang-orang yang menyukai kita berbanding
orang-orang yang membenci kita, kerana Tuhan Maha Pengasih.

Pengamal LUA perlu sentiasa positif dengan apa yang berlaku dalam
kehidupan mereka. Mereka percaya bahawa segala yang berlaku
mempunyai sebab (Hikmah). Mereka sentiasa meminta dan berdoa
daripada Allah yang Maha Besar, bukan daripada alam semesta.

Menjadi Magnet Kejayaan, Kekayaan Dan Kebahagiaan

Memahami LUA bermaksud memahami Seni Berdoa, kerana LUA adalah


DOA.

LUA berbeza dengan LOA (Law of Attraction) dari sudut spiritual, proses
dan teknik-teknik zikir. Tarikan LUA lebih kuat kerana diperhalusi dengan
konsep ubudiyyah dan amalan Asma’ul Husna. Istimewa buat mereka
yang ingin mencapai impian dan cita-cita dengan lebih MUDAH dan
BERKESAN!

3
Kepentingan Mengetahui LUA

Mengetahui LUA adalah penting kerana ia membantu kita menggunakan


LOA tanpa mengorbankan kepercayaan dan amalan kita dalam agama
kita. Selain itu, ia menguatkan kesan daripada teknik LOA seperti
visualisasi dan affirmasi. Disamping itu, kita juga boleh menggunakan
LUA dalam menetapkan matlamat kita dengan lebih berkesan.

Mengetahui bahawa 'kita menarik apa yang kita fokuskan', menyebabkan


kita mengelak daripada perkataan negatif dalam menyatakan matlamat
dan impian kita. Itulah sebabnya Michael J. Losier memberi cadangan
untuk mengelak daripada menggunakan "tidak" dan "jangan" di dalam
bukunya, "Law of Attraction".

4
The Universal Attractor

Apabila menyebut tentang Law of Universal Attraction, kita tidak boleh


mengelak daripada berbicara tentang The Universal Attractor.

Siapakah The Universal Attractor?

Mungkin ada yang berpandangan bahawa Universal Attractor adalah


tarikan alam. Hakikatnya, Universal Attractor adalah Penarik alami.

Apakah bezanya?

Tarikan alam bermaksud alam mempunyai tarikan-tarikan yang tertentu.


Tarikan ini boleh jadi dalam bentuk kekayaan, keindahan mahupun
kepandaian.

Namun jika dilihat dari segi bahasa, Attractor merujuk kepada pembuat,
dan Universal merujuk kepada kata sifat. Lalu makna yang lebih tepat
kepada “Universal Attractor” ialah Penarik Alami, yang bermaksud satu
Zat yang hebat dan mempunyai tarikan terhadap semua alam ini.

Lalu siapakan The Universal Attractor yang dimaksudkan?

Dengan sifat Tuhan yang Maha Pengasih dan maha Penyayang, hanya
Tuhan yang mampu menjadi tarikan kepada setiap makhluk. Tuhanlah
yang memberi kebaikan dan membawa kita ke arah kebaikan. Tuhan
yang memberi kekayaan. Tuhan yang memiliki semua sifat
kesempurnaan dan memiliki pengetahuan yang luas. Kita akan tertarik

5
pada sesuatu berdasarkan sifat-sifat kesempurnaan yang ada pada
Tuhan.

Tuhan telah menjadikan fitrah manusia itu suka kepada kebaikan. Cuba
anda lihat kepada jadual di bawah. Bahagian manakah yang anda lebih
suka, kanan atau kiri?

Bagi saya, bahagian kanan (Set B) jelas lebih menarik perhatian kerana
semua sifat yang dinyatakan adalah sifat-sifat positif.

Kenapa? Kerana saya lebih suka menjadi kuat daripada lemah. Memang
sifat Tuhan itu Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa!

Antara hodoh dan cantik, mana yang kita lebih tertarik? Sudah tentu yang
cantik, kerana Tuhanlah Yang Maha Cantik (Indah).

6
Antara benci dan sayang, mana yang kita lebih tertarik? Sudah tentu
sayang, kerana Tuhanlah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Fitrah sukakan kebaikan seperti yang kita lihat di atas membuktikan


bahawa setiap tarikan itu berpusat kepada Tuhan yang menciptakan LUA.
Dan Tuhan mencipta alam ini begitu lengkap dan indah untuk
mendekatkan kita kepadaNya. Untuk memperkenalkan diriNya di sebalik
keindahan alam ciptaanNya. Dialah The Universal Attractor.

LUA DAN Berfikiran Besar (The Magic of Thinking BIG)

Melalui LUA, Tuhan juga mengajar manusia berfikir dan berjiwa besar.
Tiada manusia suka hidup miskin kerana ia menyebabkan kita terpaksa
meminta-minta. Lalu manusia lebih tertarik kepada kekayaan daripada
kemiskinan.

Namun, suatu perkara yang boleh menjurus kepada kesilapan adalah


apabila kita hanya mengaitkan kaya dengan memiliki harta yang banyak,
rumah yang besar, taman yang luas serta aset yang pelbagai.

Izinkan saya membawa anda untuk kita sama-sama menghayati hadis ini:

“Kaya bukanlah kerana banyaknya harta, melainkan yang disebut kaya


adalah kaya jiwa”. (HR Bukhari dan Muslim)

Bila kita menyoroti hadis ini, kita dapat simpulkan manusia yang
mempunyai akhlak yang baik adalah orang yang paling kaya.

7
Mana yang kita lebih suka?

Orang kaya yang banyak harta tapi kedekut atau orang yang biasa-biasa
yang suka memberi?

Orang kaya yang banyak harta tapi malas menolong orang lain atau orang
yang biasa-biasa yang suka menolong orang lain?

Orang kaya yang banyak harta tapi derhaka pada ibu-bapa dan tidak
menghormati orang tua atau orang yang biasa-biasa yang menghormati
orang lain?

Tentu kita suka orang yang bermoral tinggi dan berakhlak baik bukan?
Moral dan akhlak inilah yang dinamakan kaya jiwa.

Tuhan juga Maha Kaya, bukan hanya kaya harta tapi kaya dalam segala-
galanya. Kaya dalam kasih-sayang, kaya dalam memberi, kaya dalam
memaafkan.

Sekiranya kita gagal memahami hakikat ini, manusia akan semakin jauh
dengan Tuhannya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian daripada
mereka yang memperlajari LOA tetapi masih belum berjaya menarik
kebahagiaan.

Apabila mereka meminta sesuatu daripada alam, tanpa mereka sedari


mereka sedang bertuhan kepada alam. Akhirnya, mereka gagal
memahami sumber tarikan kejayaan yang sebenar, lalu gagal menarik
kejayaan yang diimpi-impikan. Kerana sumber kejayaan yang sebenar

8
adalah Tuhan. Dialah Yang Maha Mengabulkan Hajat (As- Somad) lagi
Maha Penyayang.

Lalu apakah perkara pertama yang patut dilakukan oleh mereka yang
inginkan kejayaan dan kebahagiaan?

Mengenalpasti sumber kejayaan dan kebahagiaan yang sebenar, iaitu


Tuhan Yang Maha Esa. Elakkan bergantung dan terlalu berharap kepada
manusia kerana makhluk bukanlah sumber kejayaan dan kebahagiaan
sebenar.

Dengan memahami dan mengaplikasi asas ini, anda sudah bersedia


untuk menarik KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN dalam hidup anda.

Sebelum kita menggunakan LUA untuk menarik kejayaan, mari kita


selami tiga asas penting LUA untuk menarik kejayaan dan kebahagiaan.

9
Tiga asas penting ini ialah:
1. Bersangka baik
2. Bersyukur
3. Sabar

Bersangka Baik

Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular
Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi
bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita fikirkan.

Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan


gelombang yang positif. Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC
ke alam semesta. Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk
mendekati kita. Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai
kejayaan dan kebahagiaan.
Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif
jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif mendatangkan
banyak masalah, kegelisahan, dan kesukaran dalam hidup kita.

10
Menarik Kejayaan Dengan Mengaktifkan RC

Untuk berjaya dan bahagia, RC perlu diaktifkan semaksima yang


mungkin. Dr. Ibrahim Ahmad merupakan salah seorang usahawan yang
menggunakan 'Teknik Pengaktifan RC' bagi memajukan kerjaya dan
perniagaannya.

Dalam satu temubual oleh Mingguan Malaysia pada 13 Mei 2007, beliau
mendedahkan cara beliau berjaya menjadi jutawan. Apakah cara
tersebut?

Beliau menampal simbol-simbol wang ($) hampir di seluruh ruang


pejabat, meja, dan bilik beliau. Dengan cara ini, beliau telah mengaktifkan
RC dan minda menggunakan gambaran atau simbol berkaitan wang.
Pengaktifan ini berlaku tanpa kita menyedarinya.

Antara petikan kata-kata beliau ialah

“Saya tidak menafikan, saya banyak menggunakan rahsia bawah sedar


ini bagi merealisasikan semua impian dalam hidup saya. Daripada
pengalaman hidup sendiri, saya adaptasikan dalam program latihan.
Kalau tengok dalam pejabat saya, semuanya berkaitan dengan
duit. Sebenarnya, kita mesti melihat benda yang betul kerana kehidupan
kita dipengaruhi oleh sains bawah sedar.”
Tip-tip Mengaktifkan RC Untuk Usahawan

Menurut Amar Mahmood, penulis buku “Tarik Kekayaan Dengan Kuasa


Minda”, RC boleh diaktifkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah:

11
1. Selalu membaca kisah-kisah kejayaan orang lain
2. Selalu gambarkan diri dengan kekayaan
3. Gunakan kata-kata kekayaan dalam kehidupan seharian

Pentingnya Bersangka Baik

Ada seorang gadis yang baru habis bercuti ingin menaiki bas dari Kota
Bharu ke Kuala Lumpur. Disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan, dia terlewat dan tidak sempat menaiki bas. Hatinya berasa
kesal, gundah, dan marah kerana dia terpaksa membeli tiket lain untuk
pulang ke Kuala Lumpur. Dia tertanya-tanya dalam hatinya, kenapa
perkara ini perlu berlaku sedangkan dia mempunyai banyak urusan yang
perlu diselesaikan di Kuala Lumpur.

Malam itu, pertanyaan itu berlalu tanpa sebarang jawapan.

Keesokan harinya, dia mendapat berita bahawa bas yang sepatutnya


dinaiki semalam terlibat dalam satu nahas jalan raya. Sebahagian besar
daripada penumpangnya cedera, malah ada yang maut dalam kejadian
tersebut.

Apabila mendengar berita tersebut, barulah si gadis sedar kenapa Tuhan


mentakdirkan dia tertinggal bas semalam. Dia sangat syukur. Perasaan
gundah dan gelisah bertukar menjadi syukur dalam sekelip mata.
Benarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikannya yang
tersendiri.

Sangkaan yang difokuskan dengan bersungguh-sungguh adalah satu


doa. Saya tidak menyatakan bahawa semua orang yang mengaplikasikan

12
LUA pasti mendapat apa yang dihajati. Banyak lagi faktor yang
mempengaruhi kejayaan kita.

Yakinlah, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu


hajat kita secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlukan
dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah memberi
apa yang kita perlu.

Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah
mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita
yang sebenar. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan
Tuhan, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

“Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.”


(Surah Al-Insyirah, ayat 5)

13
Doa Tidak Makbul Menjadi Pahala

Saya teringat satu kisah yang disampaikan oleh guru saya. Kisah ini
banyak membentuk diri saya agar sentiasa bersangka baik dengan Allah
jika doa kita belum dimakbulkan. Ia juga banyak membantu saya
membina ketenangan diri dan kekuatan dalam.

Guru saya bercerita;


“Pada hari kiamat nanti, seorang lelaki dimasukkan ke syurga dengan
pahala yang terlalu banyak. Dia berasa hairan kerana sepanjang
pengetahuannya, amal baiknya tidaklah sebegitu banyak. Lalu dia
bertanya kepada Allah,

“Wahai Allah, dari mana datangnya kebaikan yang melimpah ruah ini?”

Allah menjawab,
“Ini semua adalah doa yang kamu minta di dunia, tetapi Aku tangguhkan
supaya menjadi kebaikan buatmu di syurga”.

Lalu pemuda itu berkata,


“Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak
dimakbulkan.”

Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat
dengan LUA. Mari sama-sama kita ingatkan diri kita dengan kisah ini
supaya kita sentiasa redha dan bersangka baik kepada-Nya.

“Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan doa yang tidak
mengandungi dosa dan memutus hubungan silaturrahim, kecuali Allah

14
akan memberikan kepadanya satu diantara tiga hal: dikabulkan doanya ;
ditangguhkan hingga hari kiamat; atau dijauhkan dari suatu
keburukan/musibah yang serupa.”

(Hadis riwayat Ahmad, dari Abi Said Al Khudri)

Ringkasnya, antara perkara asas dalam menarik kejayaan, produktiviti


dan kebahagiaan ialah dengan bersangka baik kepada tuhan. Setiap
kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

“Setiap sesuatu adalah hikmah bagi sesuatu.” (Azzah Abdul Rahman)

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berlapang dada dengan apa yang
berlaku walaupun apa yang kita hajati tidak berlaku. Yakinlah bahawa
Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Saya yakin
Allah yang maha memperkenankan hajat (as-Somad), sentiasa
mendengar apa yang ada dalam hati kita.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad)


tentang Aku, maka sesungguhnya aku sangat dekat. Aku kabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku…”

(Surah al-Baqarah, ayat 186)

15
Yakinlah, sesuatu yang berlaku mempunyai hikmah dan kebaikannya
yang tersendiri. Inilah asas yang perlu kita sedar dalam menarik kejayaan
dengan LUA. Sangkaan baik menjadikan kita tenang dan bahagia.
Tarikan positif terhadap kita bertambah kuat. Kejayaan dan kebahagiaan
semakin mendekati kita.

“Tuhan tidak pernah penat mendengar doa kita, cuma kita yang sering
lewat memanjatkan syukur. Tuhan tidak pernah memilih permintaan
mana yang mesti dikabulkan. Kita yang memilih doa mana yang ingin
dipanjatkan” (Azizah Aling)

Salah satu teknik dalam LUA ialah dengan menggunakan Mind Movie
iaitu antara alat yang boleh membantu kita menarik kejayaan dan
kebahagiaan. Fungsinya adalah seperti Vision Board namun mempunyai
kelebihan dari segi audio dan pergerakan gambar. Dengan memahami
LUA, kita boleh memasukkan elemen Spiritual dan Ketuhanan supaya
yang ditarik bukan hanya kejayaan, malah kebahagiaan. Kita perlu
menghayati Mind Movie ini hampir setiap hari untuk lebih fokus kepada
apa yang ingin saya capai dalam hidup.

16
Bukankah kita akan menarik apa yang kita FOKUSkan?

Minda vs Antena Telekomunikasi

RC ibarat antenna TV yang boleh menyerap gelombang ‘channel’ TV


yang ada. Malah ia lebih ‘advanced’ kerana mampu membebaskan
gelombang dalam minda kita. Maknanya, ia lebih menyerupai antena
telekomunikasi yang biasanya diletakkan di atas bangunan-bangunan
yang boleh menerima dan membebaskan gelombang.

Apa yang diserap oleh RC, itu jugalah yang dibebaskan oleh RC. Ini
berlaku apabila seseorang itu tidak menapis gelombang dan maklumat
yang diterima oleh deria-deria mereka. Ini kerana sebahagian besar
daripada tabiat manusia dilakukan secara separa sedar (subconscious).

Orang yang kaya dan bahagia sangat memahami perkara ini. Oleh itu,
mereka secara sedar akan memastikan yang mereka membebaskan

17
gelombang yang positif walaupun mereka menerima gelombang negatif
daripada orang lain.

Bagaimana Cara mereka Menapis Gelombang Negatif?

Ianya dilakukan dengan melihat semua perkara dengan kaca mata yang
positif. Mereka sangat memahami bahawa “everything happen for a
reason”. Setiap kejadian pasti ada hikmah dan kebaikan, dan hikmah
itulah yang sepatutnya difokuskan.

Mereka juga akan fokus pada apa yang mereka inginkan. Manakala
perkara yang tidak diingini akan mereka awasi (aware) sahaja.

Realiti Yang Berlaku

Realiti yang berlaku ialah ramai di antara kita lebih fokus kepada apa yang
mereka tidak suka, berbanding apa yang mereka suka.

Oleh itu, kita perlu fokus apa yang KITA SUKA, bukan apa yang kita tidak
suka, untuk menjadi insan yang kaya dan bahagia!

Bagaimana caranya untuk menarik apa yang kita suka?

Bermula dari saat ini, fokus apa yang kita suka. Ia boleh dilakukan dengan
melihat, mendengar, berfikir, membayangkan, menulis, melukis dan
menghidu serta merasa apa yang kita suka.

18
Yang paling penting, pilih perasaan yang disukai apabila kita berhadapan
dengan apa jua situasi. Ini kerana perasaan mempunyai gelombang
tarikan yang lebih kuat berbanding tarikan fizikal. “We are the master of
our feelings!”. Tiada orang yang boleh merampas kebahagiaan kita
melainkan dengan keizinan kita!
Jika berasa terganggu dengan seseorang atau sesuatu kejadian, ambil
langkah mudah ini:

1. Pejam mata
2. Tarikh nafas panjang
3. Sambil bernafas, senyumlah sekurang-kurangnya 1 minit
4. Yakinlah bahawa Allah bersama orang yang sabar
5. Teruskan tersenyum sambil melihat langit / dunia yang terbentang
luas!

Subhanallah! anda pasti akan lebih lega kerana kerana memberi ruang
kepada diri sendiri untuk rasa lebih kaya jiwa dan bahagia! Kerana hidup
ini terlalu indah dan singkat untuk dihabiskan dalam keadaan sedih dan
sakit hati!

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah mengizinkan diri sendiri
untuk lebih tenang, kaya dan bahagia sebagai seorang usahawan atau
sesiapa sahaja. Kemudian berusaha dengan ilmu dengan segenap
tenaga.

19
Teknik Menarik Rezeki: Teknik Penulisan Spiritual

Rezeki itu luas. Ia bukan sahaja meliputi wang ringgit. Nafas adalah
rezeki. Sihat adalah rezeki. Penglihatan, pasangan hidup, anak-anak,
ibubapa dan kasih sayang, semuanya adalah rezeki yang tidak ternilai
harganya!

Salah satu teknik Menarik Rezeki adalah Teknik Penulisan Spiritual.


Teknik ini mempunyai kekuatan yang lebih LUAR biasa, kerana kita
mengaitkan terus impian kita dengan Tuhan!

Spiritual berkait rapat dengan hubungan kita dengan Tuhan. Pada hari ini,
ramai manusia yang belum mencapai impian masing-masing kerana
mereka memutuskan hubungan dengan Tuhan dalam proses mencapai
impian!

Affirmasi (pernyataan positif) meneguhkan keinginan yang ada dalam diri.


Visualisasi pula memperkayakan keinginan tersebut dengan bayangan-
bayangan impian yang boleh meningkatkan kuasa tarikan.

Untuk memudahkan anda menarik rezeki dengan menulis, fikirkan apa


yang ingin anda miliki 10 tahun dari sekarang.

Sebaiknya, disiplinkan diri untuk menulis sekurang-kurangnya 70


perkataan sehari. Ia sepatutnya tidak menjadi beban, malah boleh
menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan.

Kenapa? Kerana anda telah menjadi pengarah kepada filem hidup anda
sendiri!

20
Anda juga bebas berangan dan menulis diiringi perasaan-perasaan hebat
dalam diri. Anda bangga dengan pencapaian anda. Keyakinan anda
semakin tinggi malah anda makin cintakan diri sendiri menyebabkan
orang lain tidak mampu menjatuhkan anda dengan kata-kata dan
persepsi yang negatif.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

1. Tanya diri sendiri apa impian anda

2. Bayangkan impian tersebut telah pun anda kecapi. Rasakan bahawa


anda sedang melalui pengalaman indah itu bersama orang-orang yang
tersayang. Gunakan otak kanan anda untuk menghasilkan imaginasi
yang hebat dan memberi inspirasi.

3. Sambil berimaginasi, tuliskan impian tersebut dengan membiarkan


minda anda menari-nari di luar kotak logik manusia.

Antara perkara yang kita boleh tuliskan ialah tentang keadaan:

i. Perasaan sendiri
ii. Kesihatan
iii. Keluarga
iv. Rumah
v. Kereta
vi. Jiran-jiran
vii. Rakan-rakan
viii. Kekayaan harta benda dan jumlah wang simpanan yang banyak

21
ix. Sumbangan terhadap masyarakat seperti rumah anak-anak yatim dan
sebagainya

Untuk mendapatkan tarikan yang maksima, kita perlu menulis dan


melakukan rutin di atas SETIAP HARI untuk meningkatkan tarikan
kejayaan dan kebahagiaan. Waktu dan caranya terpulanglah kepada diri
sendiri.

Anda boleh menulis di waktu malam yang sunyi atau siang yang sibuk.
Anda juga boleh menulis menggunakan pen, telefon bimbit atau
computer. Hatta untuk mereka yang sering menaiki pengangkutan awam
pun masih boleh menulis dalam komuter atau kapalterbang!

Elakkan memberi alasan bahawa kita tiada masa untuk menulis kerana
sememangnya selagi hidup, kita masih mempunyai masa. Hanya orang
yang sudah tiada nyawa sahaja tiada masa. Yang penting ialah
bagaimana kita menguruskan diri kita sesuai dengan pekerjaan yang kita
lakukan seharian.

Panduan penting dalam mengamalkan teknik ini.

1. Gunakan perkataan yang positif sahaja.

Mengikut kajian, otak manusia begitu hebat sehingga boleh berfikir


60,000 perkara dalam sehari. Ini kerana otak manusia begitu pantas
kerana keupayaannya jauh lebih hebat daripada komputer yang sedia
ada.

22
Oleh itu, disebalik menggunakan perkataan “saya tak nak miskin”,
tukarkan perkataan kita kepada “saya kaya!”.

Bagaimana untuk mengelakkan kita menggunakan perkataan-perkataan


negatif?

Tipnya ialah, elakkan perkataan-perkataan ini:


i) Jangan
ii) Tidak
iii) Bukan

Ini kerana minda separa sedar terlalu pantas sehingga sering terlepas
pandang perkataan ‘jangan’, ‘tidak’ dan ‘bukan’.

Bila ini berlaku, minda akan menarik perkataan negatif selepas perkataan
“jangan, tidak dan bukan”.

Oleh itu, elakkan 3 perkataan-perkataan ini dan perkataan negatif yang


lain ketika menulis impian.

2. Banyakkan menulis tentang perasaan (yang positif).

Ini kerana minda berupaya menarik perasaan yang mempunyai frekuensi


dan tenaga/energi yang sama.

Sekiranya anda fokus kepada perasaan positif, semua perkara yang


menyumbang kepada perasaan tersebut akan ditarik bersama. Perkara
ini telah dijelaskan dalam teknik sebelum ini.

23
3. Pilih minimum 3 sebab yang kuat kenapa anda ingin memiliki impian
tersebut.

Untuk lebih memahami perkara ini, senaraikan sebab-sebab anda ingin


memiliki kereta, atau rumah yang saudara idamkan. Masa yang
dicadangkan ialah seminit sahaja.

Saya ingin memiliki ……………………………………………………………


……………………………………………………………….…………………...
………………………………………………………..…………………………..

Tahniah kerana berjaya melakukan latihan di atas. anda boleh


memperbaikinya dengan melihat contoh di bawah:

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sesungguhnya Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Memberi kekayaan.


Dengan kelembutan kasih sayangNya, saya membenarkan semua
kekayaan itu mengalir dalam hidup saya.

Saya suka memiliki rumah berkeluasan 80 x 80 kaki di tepi sungai jernih


dan berbatu (jeram). Saya suka ketenangan dan keindahan ketika
bertafakur dan berbuai di tepi sungai tersebut. Rumah saya dilengkapi
dengan 7 buah bilik, ruang perpustakaan, pangkin ibadah, 7 buah bilik air,
pejabat, gimnasium, kolam renang, air pancut, taman bonsai, kolam ikan
dan sebagainya.

Saya bahagia mendiami rumah tersebut. Anak-anak membesar dan


terdidik dengan keteraturan alam. Mereka membesar dalam suasana

24
ceria dan kasih sayang. Isteri saya bahagia menyediakan makanan dan
keperluan rumahtangga dengan adanya kemudahan dan ruang yang
selesa.

Keselesaan yang diperolehi membolehkan saya menghasilkan modul dan


karya yang hebat. Saya berjaya menghasilkan karya bestseller setiap
tahun. Pelajar saya bertambah setiap minit. Saya beroleh pahala setiap
saat melalui karya-karya tersebut. Subhanallah! Betapa besarnya rahmat
dan kasih sayangAllah. Amin Ya Robbal Alamin..

Saya yakin Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha memberi sedang
mendengar doa saya ini. Dia juga sedang mengatur jalan untuk saya
mencapai apa yang terbaik dalam hidup saya. Sesungguhnya Dialah
yang Maha Pengasih lagi Maha Memberi.

Tulisan di atas banyak memberi fokus kepada hubungan dengan Tuhan.


Ini contoh penulisan spiritual. Ia mempunyai tarikan dan energi yang
sangat tinggi kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan Tuan
Punya energi, iaitu Allah SWT.

Hasilnya, impian-impian anda akan lebih cepat dan mudah untuk dicapai!

Hayati ayat pembuka dan penutup borang ini yang boleh membantu kita
menambah getaran positif terhadap impian yang ditulis. Tulis dengan
ikhlas dan yakin bahawa Tuhan yang Maha Pengasih pasti akan

25
memberikan yang terbaik untuk kita. Sebaik-baiknya impian kita dikarang
setiap malam sebelum tidur.

Selamat menarik rezeki!

26
TEKNIK 2: KEHEBATAN NEURO-LINGUISTIC
PROGRAMMING (NLP)

Menurut Md Taib, Neuro-Linguistic Programming adalah satu kajian


sistematik mengenai perlakuan manusia.

NLP membolehkan kita mencontohi atau model, atau meniru


kecemerlangan manusia dalam berbagai bentuk. Dengan NLP kita dapat
mengenalpasti apa yang membuatkan seseorang itu amat berkebolehan
atau berkemahiran dan mendapatkan kebolehan tersebut untuk diri
sendiri atau mengajarnya kepada orang lain.

NLP dapat membantu kita menjadi mahir dalam apa jua perkara yang
bermanfaat kepada kita, samada ianya mengenai hubungan dengan
keluarga ataupun sebagai seorang usahawan yang sentiasa
berhubungan dengan pelanggan.

NLP adalah aplikasi secara praktikal bagaimana minda manusia


berfungsi. Proses mewujudkan kecemerlangan diri yang berguna adalah
kriteria yang paling penting dalam mencapai kejayaan.

Salah satu daripada manfaat bagi usahawan yang menggunakan NLP


ialah dengan menggunkaan Teknik ‘Modelling’ atau meniru
prestasi individu yang telah berjaya dimana kebolehan dan
keupayaannya dapat dipindahkan dengan cara yang betul.

NLP juga merupakan satu set kaedah-kaedah terapeutik yang boleh


digunakan untuk mengubah minda atau sikap seseorang itu.

27
Secara ringkasnya, NLP adalah satu model yang unik bagaimana
manusia belajar, memotivasikan diri mereka dan mengubah perlakuan
untuk mencapai kecemerlangan dalam sebarang bidang.

Selain itu, NLP amat berguna dimana sahaja kemahiran komunikasi


manusia boleh menyerlahkan hasil - dalam perniagaan, pengurusan,
hubungan, keibu-bapaan, pengucapan awam dan penyampaian secara
efektif.

Jika dikaji, kebanyakan trainer ternama di Malaysia mahupun luar Negara


yang melatih para usahawan seperti Anthony Robbins, Adam Khoo, Dr
Azizan Osman, mereka menggunakan pelbagai Teknik NLP dalam
program mereka. Dalam NLP, terdapat pelbagai ‘pattern’ kejayaan yang
boleh diaplikasikan dan diubah mengikut kesesuaian jika kita mengetahu
teknik asasnya. Persoalannya, bagaimana kita pula ingin mengetahu
kaedah asas itu?

Salah satu teknik dalam NLP dipanggil Teknik Matching & Mirroring iaitu
bagaimana Seorang usahawan dapat membina serta meningkatkan
hubungan (rapport) bersama pelanggan secara lisan dan perlakuan. Kita
meniru gaya bahasa, slang, percakapan, perlakuan, ekspresi wajah dan
cara mereka duduk untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat.

28
Dari segi logiknya, kaedah ini akan menyebabkan pelanggan kita akan
merasa lebih dekat dan rapat dengan kita. Oleh itu mereka selesa
berurusan dan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan
mereka.

29
TEKNIK 3: FORMULA BERPENGARUH DENGAN
‘BODY LANGUAGE’

Menurut kajian Dr. Albert Mehrabian, seorang Profesor Psikologi di UCLA,


impak komunikasi dibahagikan kepada tiga komponen penting iaitu lisan,
body language (bahasa badan) dan nada suara.

Bahasa badan memberikan impak tertinggi dengan 55%, diikuti 38%


daripada Tona Suara dan baki 7% adalah daripada percakapan kita
seharian.

Bahasa badan boleh menjelaskan dan menterjemahkan sikap seseorang


semasa berkomunikasi samada seseorang itu dalam mood tenang ,
agresif , relaks, kebosanan dan sebagainya.

Ilmu ini sangat penting lebih-lebih untuk mereka yang sering berkhidmat
dengan orang ramai terutamanya bagi seorang usahawan. Ilmu bahasa
badan ini mampu membantu anda mengenal pelanggan, pelajar, pekerja,
kakitangan dan anak-anak anda.

Jika dikuasai, bahasa badan boleh membantu diri sendiri untuk


mempengaruhi orang lain supaya mempercayai diri anda.

Hebat bukan?

Pernah tak anda berada dalam keadaan dimana anda tidak percaya
dengan apa yang seseorang itu perkatakan?

30
Rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Contohnya seseorang itu bercerita tentang kebaikan produk A tapi


nampak dari body language seperti dia sendiri tidak percaya dengan
produk A?

Pernah ada pengalaman sebegini?

Antara tips yang boleh anda gunakan untuk mengelakkan daripada ditipu
adalah:

1. Bina hubungan dengan berkomunikasi secara santai. Perbualan


adalah berkisar tentang asal, belajar, pekerjaan, hobi, perkara yang
disukai dan lain-lain.

2. Apabila sedang berkomunikasi perhatikan ‘baseline’ (asal) body


language orang tersebut. Maksudnya, bagaimana body language
dia semasa berada dalam keadaan santai seperti cara duduk,
pergerakan tangan, ekspresi wajah dan lain-lain. Dan setiap orang
mempunyai baseline yang berbeza. Kita tidak boleh judge
seseorang itu sehingga kita mengetahui apakah baseline mereka.

3. Kemudian, baru tanya soalan berkaitan topik tersebut. Perhatikan


bagaimana body language dia. Jika body language pada masa ini
agak berbeza dari baseline secara konsisten, maka kita perlu
berhati-hati.

31
4. Pada masa ini, soalan-soalan yang ditanyakan perlu lebih detail.
Kadang-kadang mereka juga sudah bersedia dengan jawapan.
Jadi tanya soalan yang mungkin tidak mereka jangkakan. Jika
mereka teragak-agak atau mengambil masa untuk berfikir secara
konsisten untuk kebanyakan soalan. Nasihat saya, berhati-hati dan
ambil langkah berjaga-jaga atau elakan diri sehingga ada bukti
yang benar-benar kukuh.

Perbezaan diantara apa yang disampaikan dan apa yang kita faham
sebenarnya hadir daripada komunikasi tidak verbal atau dikenali sebagai
bahasa badan.

Sebenarnya sedar atau tidak kita menggunakan bahasa badan dalam


kehidupan kita. Ekperasi muka, cara kita bercakap, berjalan, duduk dan
berdiri boleh menunjukkan apa yang berlaku dalam dalaman kita ,
samada gementar, yakin, cemas dan sebagainya.

Percaya atau tidak, kemahiran ini jika dipelajari dengan baik boleh
membantu anda 'membaca' orang dengan lebih senang.

Peter F. Ducker mengatakan 'The most important thing in communication


is hearing what isn't said'.

Perkara yang paling penting dalam komunikasi ialah mendengar apa yang
tidak diperkatakan. Sebenarnya , selain daripada perkataan , anda
sebenarnya berhubung dengan bahasa badan. Contoh bahasa badan
ialah mengengam tangan, nada suara, eye contact dan pergerakan
badan.

32
Bahasa Badan ini memainkan peranan penting terutamanya dalam
menyampai sesuatu ilmu (ibu bapa, guru) atau semasa close sale sebagai
usahawan.

Jika diaplikasi dan dipelajari dengan betul , ia mampu membantu anda


mencapai tujuan anda terutama sekali untuk meyakinkan orang di
sekeliling anda dan bagi seorang usahawan, klien adalah aset penting
buat mereka.

33
Teknik Body Language

Apabila berlaku kita berkomunikasi, sebahagian besar komunikasi kita


adalah hasil daripada bahasa badan. Bahasa badan boleh
mempengaruhi pelanggan kita.

Bagaimana kita ingin menguasai kemahiran ‘Body Language’ terutama


bagi usahawan?

1. Posisi terbuka dan Kedudukan tubuh

Bagi bahasa badan yang berkaitan dengan kuasa, status dan keyakinan
diri, ia sinonim dipamerkan dengan aspek penggunaan ruang. Pastikan
postur badan anda dalam keadaan tegak, bahu sedikit ke belakang dan
kedudukan kepala sedikit mendongak. Jika anda berdiri seperti ini, anda
akan kelihatan lebih berpengaruh dan membina keyakinan klien kepada
anda.

Sekiranya anda sedang duduk di sofa, anda akan kelihatan lebih


berpengaruh sekiranya meletakkan kedua kaki di atas lantai, luaskan
kedudukan tangan atau meletakkan lengan di bahagian atas sofa dan jika
anda anda berada di meja mesyuarat, letakkan barang-barang anda
(seperti buku, pen, handphone) di atas meja bagi menunjukkan keluasan
jajahan anda.

Apabila anda berdiri dalam keadaan kedua kaki dalam kedudukan yang
rapat, anda akan kelihatan seperti teragak-agak dan tidak pasti dengan
kenyataan yang anda ucapkan. Namun sekiranya anda melebarkan jarak

34
kedudukan kaki dan me’relax’kan lutut, anda akan lebih kelihatan ‘tegas’
dan berkeyakinan.

2. Bersalaman

Bersalam menunjukkan suatu perhubungan mesra bersama seseorang.


Dengan teknik bersalaman sebenarnya boleh menguatkan atau
mengurangkan sesuatu perhubungan itu.

Apabila bersalaman, pegang erat tangan mereka, goyangkan dua atau


tiga kali sambil memerhatikan pada mata mereka.

Setiap salam mempunyai klue tentang personaliti seseorang:

35
Bone Crusher

Orang ini akan menghulurkan tangan, bersalaman dan dengan sengaja


meletakkan tangganya ke atas tangan lawannya. Secara tidak langsung
ia memberitahu bahawa dia ingin mengawal keadaan.

Sandwich

Teknik bersalaman ini adalah kebiasaannya untuk orang yang kita kenali
dan rapat. Kita bersalaman dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan atau sambil menyentuh bahu mereka. Apabila teknik ini ini
digunakan, secar tidak langsung sebenarnya kita telah memasuki ruang
peribadi seseorang itu. Ahli politik juga biasa menggunakan teknik ini.

Wet Fish

Ada kalanya tangan seseorang itu berpeluh kerana nervous atau


memegang benda yang basah. Ini akan membuatkan penerima salam
berasa tidak selesa. Jadi elakkan bersalaman dengan tangan yang basah
supaya ia mengelakkan dari persepsi oleh orang yang bersalaman
dengan anda.

36
3. Lihat eye contact semasa bercakap

Bagi yang tidak biasa melihat mata seseorang, cuba anda latih diri anda
dengan melihat mata seseorang dan fikirkan apakah warna matanya. Ini
akan membuatkan anda lebih dominan secara tidak langsung dan tanpa
disedari anda mampu memberikan eye contact pada orang lain. Mereka
juga akan merasa lebih selesa dengan anda.

37
4. Senyuman

Secara azalinya, sebagai seseorang kita mengetahui bahawa senyuman


amat penting bagi seseorang usahawan. Tetapi tahukah kita bahawa
daripada senyuman juga kita boleh mengetahu bahawa ia senyuman
yang tulen atau dibuat-buat?

Ada perbezaan ekspresi wajah ketika mana senyuman yang dilemparkan


dengan ikhlas iaitu selain daripada bibir yang menghala ke atas. Jika
diperhatikan pada wajah orang yang senyum dengan ikhlas, anda akan
dapat memerhatikan ada sedikit kerutan pada bahagian hujung matanya.
Ekspresi ini tidak akan dapat dilihat pada senyuman yang dibuat-buat.

Jadi berhati-hati apabila tersenyum pada pelanggan anda atau sesiapa


sahaja

38
Selain itu, penting juga bagi kita menggunakan ekspresi wajah yang
sesuai dengan pelanggan kita. Pada ketika mereka menceritakan perkara
yang baik dan menceriakan, amat wajar sekali jika kita tersenyum.

Jika mereka bercakap sesuatu yang serius atau sedih, kurang sesuai
sebenarnya kita memberikan senyuman. Ekspresi wajah juga perlu
disesuaikan dengan situasi pada masa tersebut.

Zuhairi Nopiah

Mohd Noor Tahir

Seronok kan bila anak2 atau pelajar kita mudah dengar & ikut apa yang kita cakap?

39
.
Anda nak tahu macam mana nak buat anak & pelajar mudah ikut kata?
.
Yang penting, tak perlu 'tinggikan suara'.
.
.
Tuan Zuhairi Nopiah nak berkongsi satu teknik istimewa, Teknik Minda Separa Sedar
untuk mendorong anak & pelajar mendengar kata.
.
Tuan Zuhairi merupakan Penulis Buku bestseller 'Percaya Sebelum Berjaya' & telah
menjalankan lebih 9000 sesi latihan & motivasi.
.
.
Nak tahu lebih lanjut & jadi orang terawal mendaftar ke Webinar 'Mendorong Anak &
Pelajar Mendengar Kata Dengan Teknik Minda Separa Sedar'?

Join secara PERCUMA untuk 100 orang terawal di


www.digylearn.com/attract

40

You might also like