You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pendidikan masa kini jauh lebih rumit berbanding
sebelumnya kerana harapan masyarakat semakin meningkat. Bagi menangani cabaran
tersebut, pengurus pendidikan harus menggerakkan pengamalan budaya cemerlang agar
berlaku perubahan dari segi sikap, nilai dan prestasi warga organisasinya. Menjana dan
memperkasa pengamalan serta penghayatan terhadap budaya kerja organisasi menerusi
pasukan kerja secara kolaboratif bukan sesuatu perkara yang baru dalam sistem
pengurusan masa kini kerana budaya kolaboratif dikatakan mempunyai kuasa yang hebat
dalam membentuk dan menterjemah corak pemikiran dan tindakan warganya (Barth, 2002).

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang menyediakan murid-murid dengan


ilmu pengetahuan. Sekolah yang cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guru-
guru yang bersedia melakukan perubahan untuk mencapai misi dan visi dengan baik.
Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri organisasi yang
sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada perubahan. Malahan,
sebarang aktiviti kerja yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara
guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan
pengajaran dan pembelajaran guru (Gable, 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi
kerja guru (Johnson, 2003).

Walaupun pengetua merupakan pemimpin yang bertanggungjawab penuh dalam


proses membuat keputusan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan, banyak keputusan
berkaitan isu sekolah mengambil kira penyertaan sub-ordinat, iaitu guru. Hakikat ini wujud
kerana sekolah mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Oleh itu, sekolah yang
mengamalkan budaya kolaboratif juga membuat keputusan secara kolektif dan bersama
iaitu melibatkan pentadbir dan guru. Kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan
ko-kurikulum memerlukan proses pembuatan keputusan secara kolaboratif antara pengetua
dan guru di samping kepimpinan pengetua yang berkesan (Azman, 2001).

Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang, maka semua
sekolah haruslah mengamalkan budaya dan pengurusan yang kolaboratif iaitu melakukan
kerja bersama-sama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan bersesuaian dan
menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang tinggi. Ketua Jabatan iaitu pengetua sekolah
seharusnya tidak mengamalkan sikap pentadbiran yang bersikap ‘kuku-besi’ atau
mengamalkan sikap pilih kasih, sebaliknya mengamalkan budaya kolaboratif. Mengikut
Abdullah Sani dalam Azman (2001), elemen penting yang akan mempengaruhi
kecemerlangan pengurusan sesebuah sekolah adalah bagaimana pentadbir dan guru-guru
memimpin sekolah tersebut.

1
2.0 DEFINISI KONSEP

2.1 SEKOLAH

Perkataan ‘sekolah’ berasal dari Bahasa Latin iaitu skhole, scola atau skholai yang
bermaksud waktu lapang yang diisi dengan perkara yang berfaedah seperti
membaca, menulis dan mengira. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang
berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap
murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi
rohani dan mental.

Mengikut Akta Pendidikan pulaa, sekolah ditakrifkan sebagai tempat di mana


sepuluh ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau
lebih bilik darjah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd
Yusuf Othman (1999), sekolah merupakan institusi formal yang melaksanakan
proses pendidikan dari tahap pra sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat
mempunyai silibus atau kurikulum yang setiap satunya mempunyai matlamat dan
objektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), ‘sekolah’ bermaksud tempat
untuk belajar dan mengajar.

Bidwell dalam Sharifah Alsagoff (1990) menyatakan sekolah adalah satu


institusi masyarakat setempat aiaitu dari segi sejauh mana sekolah-sekolah sesebuah
masyarakat itu merupakan identiti dan nilai-nilai masyarakat itu dan merupakan
fokus untuk integrasi kehidupan masyarakat. Hubungan sekolah dengan masyarakat
merupakan jalinan interaksi yang diupayakan oleh sekolah agar dapat diterima di
tengah-tengah masyarakat untuk mendapatkan aspirasi, simpati dari masyarakat.
Dalam mengupayakan terjadinya kerjasama yang baik antara sekolah dengan
masyarakat dalam pelaksanaan pendidikan untuk kebaikan bersama.

Berdasarkan definisi yang telah diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa


sekolah merupakan sebuah institusi formal yang mempunyai pentadbir, guru dan
pelajar yang bertindak untuk mengembangkan ilmu pengetahuan berdasarkan
sukatan pelajaran yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru
juga menjadi model kepada pelajar.

2.2 KOLABORATIF

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kolaboratif bermaksud erat dari segi
kerjasama antara dua pihak ataupun lebih, perhubungan antara kerajaan yang paling
erat sifatnya. Menurut Friend dan Cook (Owens, 2001), kolaboratif adalah gaya
secara langsung dalam pembuatan keputusan yang melibatkan seorang atau lebih
individu yang komited untuk bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat
bersama. Individu-individu ini biasanya membawa kemahiran yang berbeza-beza dan
memberikan sumbangan untuk mewujudkan, menguatkan dan mengekalkan
perhubungan ini.

2
Tiegerman-Farber (1998) pula melihat kolaboratif sebagai perhubungan atau
interaksi antara guru-guru, ibu bapa dan pentadbir ke arah perkongsian dalam
pembuatan keputusan. Proses interaktif ini berjalan berterusan bergantung kepada
komitmen ahli-ahlinya untuk melalui satu proses penerokaan yang panjang.

Idol et. al. (dalam Tiegerman-Farber, 1998) menyatakan mereka yang terlibat
terdiri daripada pelbagai kepakaran menjana penyelesaian sesuatu keputusan yang
kreatif, meningkatkan hasil, mengubahsuai dan menghurai masalah daripada sudut
yang berbeza-beza. Sementara itu, Coufal (dalam Tiegerman-Farber, 1998)
mendefinisikan kolaboratif sebagai penglibatan sesama ahli yang berinteraksi sebagai
penyumbang dalam proses pembuatan keputusan untuk mencapai matlamat yang
dikongsi bersama. Setiap rakan kongsi berperanan seimbang dan perlu memiliki
pembolehubah interaksi, kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah
dan strategi penyelesaian konflik.

Bagi Richardson et al. (dalam Beckett & Flanigan, 2004) pula, beliau
mengklasifikasikan kolaboratif dalam pelbagai label yang berlainan seperti
pengupayaan (empowerment), perkongsian pentadbiran, amalan penyertaan,
pengurusan berasaskan sekolah dan perkongsian dalam pembuatan keputusan.
Setiap individu dalam pembuatan keputusan kolaboratif memberi sumbangan hingga
ke peringkat akhir proses membuat keputusan. Tiada sesiapa yang menjadi 'bintang'
dalam kumpulan ini. Dengan wujudnya kesamarataan, tiada individu atau ahli yang
lebih berharga daripada ahli lain. Perasaan ego perlu diketepikan, sebaliknya
perasaan kekitaan dan komitmen terhadap proses kolaboratif paling diperlukan.
Sokongan satu sama lain dan kesediaan untuk berkongsi matlamat, pengetahuan,
kemahiran, tanggungjawab dan sumber yang ada menjayakan sesuatu kolaborasi
(Walther-Thomas, 2001).

Kesimpulan daripada semua definisi kolaborasi, dapatlah dirangkumkan


bahawa kolaboratif menunjukkan saling bergantungan dan permuafakatan ahli dalam
kumpulan membuat keputusan apabila mereka berkongsi idea-idea unik dan
pengalaman bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada keputusan yang
dibuat secara bersendirian. Selain itu, kolaboratif membawa maksud muafakat dan
pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan
pelajar, antara guru dengan pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dan
sebagainya. Kolaboratif juga membawa makna bekerja dalam pasukan, usaha sama,
mempunyai hubungan dua hala, konsep perkongsian dan pengorbanan dalam
menjayakan satu tujuan dan matlamat yang membawa kebaikan bersama.

3
2.3 SEKOLAH KOLABORATIF

Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada
masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mencapai
cita-cita sekolah dan negara (Che Mah Yusof dan Mariani Md.Nor (2000).). Penglibatan
masyarakat dalam bentuk perkongsian untuk kepentingan bersama dapat menjayakan
hasrat dan aspirasi yang diimpikan.

Menurut Freudenstein (1991), sekolah kolaboratif merupakan sebuah sekolah yang


lebih mementingkan proses bekerjasama, berunsurkan sosial (John Dewey) dan
mengutamakan dinamik kumpulan (Kurt Lewin). Sekolah kolaboratif juga menekankan
aspek aktiviti bekerjasama kerana melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang
didapati daripada pembelajaran baru.

Pendapat ini turut disokong oleh Hargreaves, A. (1995). iaitu sekolah kolaboratif
dapat membantu para pentadbir dan guru dan membina pengetahuan dengan yang lebih
bermakna. Pengetahuan atau hasil kajian yang baru haruslah dikongsi bersama guru-guru
lain didalam sekolah mahupun perkongsian ilmu dengan guru di sekolah berlainan. Melalui
perkongsian ilmu ini, secara tidak langsung dapat membina kemahiran berkomunikasi dan
berinteraksi yang lebih berkesan di samping boleh menerima  pendapat orang lain secara
terbuka.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sekolah kolaboratif merupakan sekolah yang
memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan dengan menekankan aspek
bekerjasama untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi yang dibentuk. Segala ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki haruslah dikongsi untuk manfaat bersama.
Sekolah kolaboratif juga menekankan penglibatan semua ahli kumpulan. Idea yang
mencabar dan disokong untuk menambahbaik sesuatu idea sehingga mencapai
persetujuan kumpulan. Guru-guru akan mengumpul idea, berkongsi pengalaman,
berbincang bersama dan menyelesaikan masalah bersama. Selain menjalin hubungan baik
dengan komuniti dan perkongsian ilmu, sekolah kolaboratif juga menekankan bilik darjah
yang kolaboratif.

3.0 PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Kolaboratif berlaku di dalam kumpulan yang terdiri empat atau lima orang pelajar.
Pembelajaran koperatif pula menunjukkan kepada satu kelompok kecil pelajar yang
bekerja dan memahami secara bersama. Jadi pembelajaran koperatif adalah satu bentuk
kolaboratif, iaitu kelompok besar belajar bersama-sama bagi mencapai matlamat yang
boleh dikongsi bersama (Johnson & Johnson, 1989). Menurut Freudenstein (1991),
terdapat tiga bahagian utama dalam pengajaran berkonsepkan Pengajaran Kolaboratif iaitu

4
a) Pra-pengajaran – Peringkat perancangan dan persediaan.
b) Pengajaran – Peringkat persembahan dan pelaksanaan.
c) Pasca-pengajaran – Peringkat penilaian dan pengubahsuaian.

Rajah 1: Konsep Pengajaran Kolaboratif


Sumber: Diadaptasi dari Model Pengajaran Kolaboratif Freudenstein (1991)

Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu metodologi dalam sistem


pendidikan. Pembelajaran ini menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses
pembelajaran. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi
berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan pengajar. Freudenstein (1991), menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi
aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil
pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat
membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan
pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran
secara kolaboratif, kemahiran berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar. Menurut
Tinzmann dalam Freudenstein (1991), terdapat beberapa ciri utama dalam pembelajaran
kolaboratif, iaitu:

a) Perkongsian Ilmu Pengetahuan Di Antara Pengajar dan Pelajar


Dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional, peranan pengajar hanya menyalurkan
pengetahuan seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Guru hanya perlu mempunyai
pengetahuan yang mendalam mengenai isi pelajaran dan mempunyai kemahiran untuk
menyalurkan kepada pelajar. Dalam pembelajaran kolaboratif, pengajar perlu menilai dan
membina satu persekitaran pengetahuan yang meliputi pengalaman individu, bahasa,

5
strategi dan budaya yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran yang
efektif. Pelajar digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman pembelajaran
serta strategi pembelajaran dengan guru dan pelajar yang lain.

b) Perkongsian Autoriti Di Antara Pengajar dan Pelajar

Pembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar.


Autoriti dari perspektif pelajar bermaksud pelajar berhak memberi pendapat dalam proses
membuat sesuatu keputusan. Manakala dari perspektif pengajar, pengajar berhak untuk
menyediakan beberapa pilihan bagi tajuk tugasan dan aktiviti kelas yang sesuai dengan
minat dan tahap pencapaian pelajar dan pelajar boleh membuat pilihan sendiri. Pengajar
perlu mengalakkan pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memastikan
pelajar berkongsi pengetahuan dan strategi pembelajaran. Dengan itu, pelajar boleh belajar
menerima pendapat pengajar atau pelajar lain dan membina kemahiran pemikiran kritis dan
kreatif.

c) Pengajar Sebagai Fasilitator

Dalam perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar, pengajar
berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya akan membantu pelajar
menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada pengalaman dan pembelajaran dalam
bidang yang lain. Pengajar perlu menilai tahap informasi dan bantuan yang diberi untuk
memaksimakan keupayaan pelajar untuk belajar. Pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-
pembelajaran banyak digunakan dalam pembelajaran jarak jauh yang berasaskan internet.
Pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran akan membentuk
komuniti dalam talian seperti group chatting di kalangan pelajar berasaskan sistem
pengurusan pembelajaran atau Learning Management System (LMS) yang dikenali sebagai
MoodleTM. Perkataan Moodle merupakan singkatan bagi perkataan Modular Object-Oriented
Dynamic Learning Environment. Sistem pengurusan pembelajaran (LMS) merupakan satu
sistem perisian yang digunakan untuk mengakses pendidikan dalam talian. Antara fasiliti
LMS yang telah digunakan secara meluas dalam web termasuklah forum perbincangan,
chats dan jurnal. Faktor-faktor yang menentukan kejayaan pengajaran kolaboratif ialah

1) Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk memudahkan
mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang menentukan prestasi murid.
2) Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk membentuk
pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran Kolaboratif.
3) Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada sejauhmana kesediaan
setiap ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan tersebut.
4) Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan pasukan
Pengajaran Kolaboratif.
5) Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar sangat
penting khususnya dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin.

6
6) Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal, bahan
pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk Pengajaran Kolaboratif perlu
dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanannya.
7) Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi demi
menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pedagogi masing-masing.
8) Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan menggalakkan
perkembangan profesional diri.
9) Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan pendapat,
fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan pasangannya.
10) Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan
kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat (Shannon and Meath-Lang, 1992).
11) Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran Kolaboratif boleh dilihat
sama ada sebagai satu hubungan persahabatan atau satu perkahwinan yang saling
melengkapkan Model Pengajaran Kolaboratif-Freudenstein (1991).

4.0 BILIK DARJAH KOLABORATIF

Dewasa ini, ramai orang berbicara mengenai pengurusan bilik darjah. Selalunya,
perubahan ini kebanyakannya dilihat sebagai penghalang kepada proses pengajaran
pembelajaran guru dan pelajar di dalam bilik darjah. Dalam pengurusan bilik darjah yang
kolaboratif, pelajar dibawa masuk ke dalam persekitaran yang sebenar dan pelbagai
aktiviti-aktiviti yang betul-betul sesuai dengan perkembangan kognitif pelajar dipilih dan
diolah serta digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dilihat
sebagai pemimpin yang bersedia bersama-sama pelajar dalam membentuk dan membantu
pelajar belajar. Hal ini berbeza dengan bilik darjah tradisi iaitu pelajar hanya dapat
mencapai objektif tertentu mengenai perkara yang dirancang sebelumnya, iaitu pelajar
mendapat pengetahuan bukan berkaitan dengan masalah dunia sebenar.

Kajian jelas menunjukkan beberapa kebaikan pembelajaran koperatif mengatasi


pembelajaran secara bersendirian. Bilik darjah yang kolaboratif dapat meninggikan
pencapaian kumpulan dan individu, lebih kepada metakognitif, memfokuskan kepada idea-
idea baru dan menekankan pendekatan penyelesaian masalah yang sebenar. Belajar di
dalam bilik darjah yang berkolaboratif juga menjadikan pelajar lebih bermotivasi,
mempunyai perasaan ingin tahu, ingin meneroka, mengambil perasaan berat dengan orang
lain dan bertanding secara sihat. Terdapat empat sifat bilik darjah kolaboratif iaitu:

1. Berlaku Perkongsian Ilmu Pengetahuan Pelajar dan Guru

Dalam kelas tradisi, guru adalah sebagai pemberi maklumat yang mutlak di mana aliran
maklumat bergerak satu arah sahaja iaitu dari guru ke pelajar dan sedikit daripada pelajar
kepada pelajar yang lain. Guru dilihat mempunyai pengetahuan tentang kandungan mata
pelajaran, kemahiran dan pengajaran. Pelajar hanya menunggu sahaja arahan yang akan
diberi oleh guru dari masa ke semasa. Pelajar yang memberi reaksi yang berbeza dianggap

7
terus sebagai pengganggu di dalam bilik darjah ataupun pelajar yang tidak memahami
arahan atau ingkar arahan.

Hal ini berbeza dengan guru kolaboratif, mereka juga menilai dan sentiasa membina
ilmu pengetahuan, pengalaman peribadi, pembinaan bahasa komunikasi, strategi dan
konsep pengajaran pembelajaran berteraskan teori yang sesuai dan pelajar menggabung
keadaan sosio-budaya dengan pengalaman pelajar. Sebagai contohnya, apabila guru
mengajar mengenai Bentuk Muka Bumi di Malaysia, maka para pelajar akan menyatakan
pendapat dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan mereka. Pengalaman melalui
pemerhatian yang dimiliki oleh pelajar mengenai bentuk muka bumi yang dilihat oleh pelajar
akan mereka aplikasikan dalam P&P tersebut. Pengalaman yang dimiliki oleh pelajar
menjadikan pelajar lebih berminat untuk mempelajari sesuatu topik.

2. Perkongsian Kuasa

Dalam bilik darjah kolaboratif, guru berkongsi kuasa autoriti dengan pelajar dalam keadaan
tertentu. Kebanyakan dalam bilik darjah tradisi, guru bertanggungjawab menetapkan arah,
memberi, mengatur kerja dan menilai apa yang diajar. Manakala dalam bilik darjah
kolaboratif pula, guru memberi peluang kepada pelajar memahami apa yang telah diajar
dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh objektif guru di mana guru menyediakan latihan
dan mengalakkan pelajar menilai apa yang diajar. Pelajar digalak mengembeling
pengalaman mereka sendiri, memastikan pelajar berkongsi strategi dan pengetahuan,
menghormati pelajar lain, menyokong pertukaran idea yang bernas, terlibat dalam
pemikiran kreatif dan kritis, memupuk dan menggalak pelajar ambil bahagian secara
terbuka dan bermakna.

3. Guru Sebagai Pengantara

Peranan guru di bilik darjah sebagai pengantara di mana guru menolong pelajar dan
membantu pelajar dalam sesuatu permasalahan. Guru juga menjadi penunjuk cara dalam
menyelesaikan masalah pelajar.

4. Kumpulan Pelajar Yang Heterogenus

Perkembangan pengalaman pelajar adalah penting bagi mengkayakan lagi pembelajaran di


bilik darjah. Dalam bilik darjah yang kolaboratif, pelajar bebas belajar mengikut kebolehan
mereka, menyatakan idea dan menidakkan pendapat rakan-rakan yang lain. Satu sifat bilik
darjah kolaboratif ialah pelajar tidak diasingkan mengikut keupayaan dan pencapaian.
Pengasingan pelajar akan melemahkan dan menghakiskan semangat bekerjasama dan
menyekat peluang pelajar belajar melalui berinteraksi secara bermakna dan berkesan.
Pelajar yang lemah tidak mempunyai peluang untuk belajar daripada pelajar yang
berkebolehan dan sebaliknya.
4.1 BUDAYA KOLABORATIF DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN

Budaya kolaboratif bermaksud suatu corak pemikiran, perasaan dan reaksi yang didapati
dan disebarkan melalui simbol yang berkaitan dengan kejayaannya. Intipati asas kepada

8
budaya adalah idea asas dan nilai yang diamalkan. Budaya kolaboratif berkait rapat dengan
sikap, tingkah laku, kognitif dan kefahaman serta komitmen guru terhadap kerja. Cheng
(1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang cemerlang
menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi,
penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma.

Selain itu, budaya kolaboratif juga dapat meningkatkan keakraban hubungan yang
seterusnya menyebabkan guru mengalami kepuasan bekerja yang tinggi dan peningkatan
produktiviti. Sekolah yang ditadbir berdasarkan Teori Pengurusan Kolaboratif mempunyai
idea penglibatan satu pasukan yang berkongsi harapan, norma-norma dan nilai serta
budaya sekolah, memimpin semua ahli sekolah dalam aktiviti pendidikan dan matlamat kerja
yang sama. Budaya organisasi seperti ini mempunyai kesan yang sangat besar terhadap
fungsi dan keberkesanan sekolah (Beare, Caldwell & Millikin 1989; Cheng 1993; Sergiovanni
1984). Budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan dan dikongsi oleh semua
ahli sekolah. Hal ini membolehkan mereka bersedia untuk berkongsi tanggungjawab dan
terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapai idea-idea yang dikongsi bersama.
Budaya kolaboratif ini dapat membantu sekolah untuk menghadapi sebarang cabaran dan
kesulitan bersama untuk mencapai matlamat mereka (Deal & Kennedy 1982; Schein 1992).

Pasukan kerja di sekolah boleh mewujudkan persekitaran yang tersendiri


berdasarkan keadaan dalaman pasukan kerjanya (hubungan sesama ahli). Keadaan luaran
seperti perhubungan dengan pasukan kerja yang lain, keadaan pelajar, harapan keluarga
pelajar dan iklim sekolah turut mempengaruhi persekitaran pasukan kerja sekolah. Pasukan
kerja ini berkongsi misi dan matlamat yang diharapkan sesuai dengan matlamat sekolah.
Perkongsian ini penting untuk memastikan fungsi pasukan akan menjadi berkesan (Hughes
1991). Oleh itu, guru sepatutnya didedahkan dengan budaya kolaboratif yang kuat supaya
mereka akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.

Kajian yang telah dilakukan oleh Ishak (1993) terhadap 463 orang guru daripada 33
buah sekolah menengah di negeri Kelantan mendapati bahawa guru kelihatan lebih
bermotivasi apabila pengetua mereka mengamalkan budaya kolaboratif. Kajian yang telah
dijalankan oleh Noor Hashimah (2000) juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara pengurusan budaya kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Hubungan
yang signifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif berupaya
meningkatkan tahap motivasi guru. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan
mengamalkan budaya positif dan budaya kolaboratif, guru dan pentadbir berupaya untuk
memupuk semangat yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan
melalui aktiviti ko-kurikulum dan interaksi didalam dan diluar sekolah.

5.1 PERKONGSIAN ILMU ANTARA GURU-GURU

9
Bagi mencapai konsep sekolah kolaboratif, maka perkongsian ilmu wajarlah dilaksanakan
sama ada dalam peringkat dalaman atau luaran. Perkongsian ini dapat dilakukan dalam
pebagai cara seperti mengadakan ceramah, In-House Training, bengkel dan sebagainya.
Agama islam sendiri mengalakkan umatnya untuk menyebarkan ilmu. Rasulullah SAW
pernah bersabda, “Dan sampaikan dariku walaupun sepotong ayat”. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa Islam mengalakkan umatnya untuk menyebarkan sebarang ilmu yang
dimiliki oleh setiap umat.

Bagi mencapai perkongsian idea, maklumat dan kemahiran, maka perkongsian ilmu
antara guru-guru amat diperlukan. Contohnya, pada 30 Ogos 2012 lalu, guru-guru di SMK
Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang telah mengadakan perkongsian ilmu dengan
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dari aspek Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).
SPSK ini difokuskan dari aspek pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor kearah
sekolah bertaraf dunia. Aspek yang turut dibincangkan adalah melaksanakan Prosedur
Pengurusan Kewangan tanpa teguran dari Jabatan Audit, memastikan 100 % murid sekolah
di Negeri Selangor mendapat perkhidmatan bimbingan dalam kemahiran belajar,
pembangunan diri murid, motivasi dan kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di
luar kawalan pihak sekolah, memastikan pencapaian murid setiap sekolah di Negeri Selangor
mencapai 65 % lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam
setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan
awam dan melaksanakan 100 % pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan
Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.

Kenyataan ini disokong oleh Owens (2001) yang menyatakan antara faktor kekuatan
sesebuah organisasi adalah penglibatan individu-individu tertentu dalam organisasi
pembuatan keputusan dan memberikan pengupayaan kepada mereka dalam setiap
peringkat demi menyumbang ke arah pembentukan keputusan yang berkualiti. Justeru,
kolaborasi seharusnya dijadikan amalan di sekolah. Guru-guru yang ramai menjadi sumber
paling berharga kepada sekolah kerana mereka mempunyai kepelbagaian dari segi
pengalaman, pengetahuan pedagogi, kemahiran dan maklumat yang boleh dikongsi
bersama.

5.2 PERTUKARAN PELAJAR ANTARA NEGARA

Wawasan 2020 merupakan mauduk utama Malaysia untuk mencapai negara maju. Untuk
mencapai matlamat ini, generasi muda dipersiapkan untuk memperjuangkan anjakan
paradigma yang semakin berkembang. Kebanyakan negara dunia telah melaksanakan
pertukaran pelajar antarabangsa. Pertukaran pelajar bermaksud seorang atau sekumpulan
pelajar yang ditukarkan tempat belajar sama ada di dalam negara ataupun ke luar negara
untuk sementara waktu bagi mewakili tempat belajar asal. Pertukaran di dalam negara atau
ke luar negara masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri terutamanya kepada pelajar
itu sendiri.
Di Malaysia pula, ramai pelajar cemerlang telah dihantar belajar ke luar negara dan
mengambil contoh yang baik untuk dioperasikan di Malaysia. Program Pertukaran Pelajar ini

10
mempunyai banyak faedah yang boleh didapati sama ada Malaysia atau negara lain yang
terlibat. Para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru. Ideologi yang bebas
dari negara-negara Barat mampu mendidik genersi muda untuk memerdekakan minda dan
berfikir dengan lebih matang dan dapat mengutarakan pendapat. Pelajar akan lebih
berinisiatif dan peka terhadap isu-isu yang berlaku di sekelilingnya. Teknologi yang
berkembang di luar negara dapat di bawa ke Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang
terpelajar. Program ini juga mengajar generasi muda untuk bijak berfikir dan lebih dinamik
dalam menyesuaiakn diri. Oleh itu, Program Pertukaran Pelajar ini berupaya mencipta insan
muda yang sempurna dalam segala bidang untuk memenuhi tuntuan azam negara dan
sekaligus mengalakkan konsep sekolah kolaborasi.

Dari aspek pendidikan, pertukaran pelajar akan mengalakkan pelajar terdorong


untuk menerima dan memahami tentang pelbagai perspektif budaya dan masyarakat yang
berbeza, cuba lain memalui praktikal iaitu percakapan, kesedaran tentang pelbagai kaedah
alternatif dan pendekatan kepada pembelajaran dan pelajar dapat pengetahuan umum yang
lebih luas dalam isu-isu global. Dari aspek peribadi, pelajar akan dapat membangunkan diri,
kesedaran dan meningkatkan keyakinan diri dan kebanyakkan pelajar yang terlibat dalam
program pertukaran pelajar akan mengalami perubahan yang ketara apabila pulang ke
Malaysia. Pelajar ini juga akan mengalami kestabilan sosial dan kematangan diri untuk
mendorong menghadapi cabaran di luar zon selesa tanpa pertolongan. Selain itu, pelajar ini
akan berubah menjadi seseorang yang menghargai hubungan jangka masa panjang dan
lebih menghargai keluarga. Dari sudut jangka panjang, pelajar yang belajar di peringkat
tinggi akan merasakan diri meraka lebih selesa berada di persekitaran yang asing. Tekanan
yang dialami semasa berkomunikasi dengan orang asing turutu membangunkan sifat
sensitiviti tehadap peribadi orang lain.

Sebagai contohnya, program pertukaran pelajar Jepun-Malaysia pada tahun 2011


apabila 20 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Derma dan SMK Tunku Lailatul Shahreen, Negeri Perlis. Para pelajar dan guru ditempatkan
di tiga pusat pembelajaran sekitar wilayah Kansai iaitu National Sono Outdoor Learning
Center, National Awaji Youth Friendship Center dan National Muruto Learning Center di
Kansai, Jepun. Peluang terbaik ini menjadi medan menonjolkan budaya kepada negara luar
sekaligus berupaya memberikan impak kepada industri pelancongan negara (Adha Ghazali,
2011).

Selain itu juga, pada 18 Jun 2010 lalu, SMK Bukit Nenas, Terengganu turut
melakukan program pertukaran pelajar dari KGSE German. Program pertukaran pelajar ini
adalah lanjutan dari lawatan pelajar SMK Bukit Nenas pada tahun sebelumnya. Program ini
turut menjalin persefahaman melalui pertukaran pelajar berasaskan aktiviti sukan, bahasa
dan kebudayaan. Program ini adalah sebahagian pelaksanaan rancangan
mengantarabangsakan pelajar SMKBN demi mencapai misi dan visi sekolah. Rombongan ini
akan mengikuti aturcara yang telah dirancang termasuk lawatan ketempat-tempat menarik
dan mencabar seperti lawatan ke Pulau Redang, Gua Langsir, Tasek Kenyir, ramah mesra
dan sesi latihan sukan serta belajar bersama (http://www.sstbn.dtalian.net)

11
Selain daripada itu juga, Pusat Kegiatan Guru Daerah Maran bersama PPD Maran
telah bekerjasama menjayakan Program Perkongsian Ilmu dan Pengurusan Sekolah-Sekolah
Pinggiran Sungai Pahang.  Turut terlibat adalah Guru Besar sekolah-sekolah tepian sungai
Pahang bagi Daerah Maran, Temerloh dan Jerantut.  Antara sekolah-sekolah yang dilawati
adalah SK Sri Keramat, SK Sentosa, SK Bukit Tajau, SK Paya Pasir, SK Sekara dan SK
Chenor. Program yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan untuk berkongsi
pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah sekolah pinggiran sungai
Pahang untuk menjana minda dan menarik minat murid terhadap pembelajaran dalam
darjah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk serta menggalakkan amalan membaca
(http://btpnpahang.moe.edu.my).

Contoh lain ialah Program Pertukaran Budaya dan Pendidikan antara Sekolah Tinggi
Hokuryo dengan Sekolah Sri Garden, Kuala Lumpur yang telah diadakan sejak dimulakan
pada tahun 2004. Program ini bertujuan mengharumkan nama negara di peringkat
antarabangsa melalui nilai-nilai unik masyarakat Malaysia melalui penglibatan para
pelajarnya. Program ini melibatkan 73 orang pelajar dari Sekolah Tinggi Hokuryo yang
berpeluang untuk mengenali budaya masyarakat di Malaysia. Program ini memberikan
peluang dan ruang kepada pelajar Korea untuk megenali budaya, adat, tarian, makanan,
bahasa dan sebagainya. Pada tahun hadapan, pelajar yang cemerlang dari segi akademik
dan sahsiah akan terpilih untuk mengikti pertukaran pelajar di Korea (http://berita-harian-
online.com). Selain itu juga, seramai 28 orang pelajar dan 2 orang guru dari SM Teknik
Terengganu telah menyertai Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa ke Bandung,
Indonesia. Para pelajar ini akan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing. Program
pertukaran pelajar ini dapat memberikan pengalaman dan budaya mengenai masyarakat
Indonesia.

5.3 LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARK)

Lawatan penanda aras (Bench Mark) merupakan satu lawatan ilmiah ke sesebuah kawasan
untuk memberi pengalaman, berkongsi pendapat, merangsang pemikiran guru dan
sebagainya. Contoh lawatan penanda aras ialah:

1) Sekolah Menengah Sains Muar, Johor ke SMK Aminuddin Baki.

Lawatan berilmiah ini telah dilakukan pada 6 September 2012 dengan harapan segala
perkongsian ilmu yang telah dijalankan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya antara
kedua-dua buah sekolah. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan budaya
kerja sekolah, berkongsi teknik pengajaran yang berkesan oleh guru demerlang dan
pengalaman, berkongsi pengalaman terbaik (best practices) diantara setiap guru,
berkongsi buku rekod terbaik dan sebagainya. Perkongsian ini amat perlu untuk
mewujudkan budaya kolaboratif diantara setiap guru (http://www.sabkl.edu.my).

2) Lawatan Penanda Aras Saff Maktab Sultan Ismail, Kelantan ke SMK Sultan Asma Alor
Star, Kolej Sultan Abdul Hamid dan Penang Free School Pulau Pinang.

12
Pada 4-7 Mei 2011, Saff Maktab Sultan Ismail, Kelantan telah melakukan lawatan
Penanda Aras ke SMK Sultan Asma Alor Star, Kolej Sultan Abdul Hamid dan Penang
Free School Pulau Pinang. Objektif Lawatan Penanda Aras ini adalah untuk
meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalisme guru-guru, menyediakan guru
ke arah Sekolah Bestari pada masa hadapan, memantapkan pengurusan dan
pentadbiran dan mengeratkan semangat berpasukan
(http://maktabsultanismail.blogspot.com).

3) Program Lawatan Penanda Aras Pengintegrasian Teknologi dan Budaya Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Kuching, Sarawak.

Lawatan ini bertujuan menyediakan pelajar-pelajar dan guru-guru dalam pembinaan


bahan pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan dalam Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBL) dan Kajian Tindakan, merangsang guru-guru berdaya kreatif
dalam menghasilkan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran yang berinovasi dan
memberi pengalaman guru-guru, para pentadbir sekolah dan pegawai PKG meneroka
pelbagai teknologi dan budaya secara nyata untuk diintegrasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antara program yang telah direncanakan ialah
sesi lawatan ke Kampung Budaya Dan Kilang Pembuatan Kek Lapis Untuk mengumpul
seberapa banyak maklumat menggunakan pelbagai kaedah teknologi pendidikan untuk
diintegrasikan dalam rancangan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), lawatan ke
Sekolah Cemerlang dan Sekolah Bestari di Sarawak diharapkan dapat merangsang pihak
pengurusan dan pentadbiran serta guru-guru dalam menjadikan proses P&P lebih
kreatif dan berinovasi, perbengkelan, Kajian Tindakan, perkongsian ilmu berkaitan
Pelaksanaan 5S dan Konti/Studio On-Air Radio Pendidikan bersama BTPN Sarawak.

5.4 KERJASAMA PINTAR DIANTARA SEKOLAH LUAR BANDAR DAN BANDAR

Usaha Kementerian Pelajaran mengiktiraf sekolah cemerlang dengan menganugerahkan


status Sekolah Kluster berjaya menyuntik semangat pengurusannya meningkatkan
pencapaian. Kesungguhan mereka terbukti apabila ada sekolah luar bandar menjalin
kerjasama pintar dengan sekolah di bandar bagi memacu kecemerlangan akademik dan
kokurikulum.

Sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak mengadakan


kerjasama pintar dengan komuniti setempat hingga melonjak kecemerlangannya dalam
akademik dan kokurikulum dan kesungguhan itu juga membolehkan sekolah berkenaan
dianugerahkan Commonwealth Education Good Practice Award 2009. Syarat pemilihan
Sekolah Kluster ialah kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, sahsiah, kemenjadian
murid, kecemerlangan kepemimpinan sekolah, pengurusan pengajaran dan pembelajaran
serta program inovasi dan kreativiti yang sudah diterokai oleh sekolah tersebut. Bagi
kecemerlangan budaya sekolah serta kebitaraan ( niche areas), ia membabitkan pelbagai
aktiviti antaranya pancaragam, orkestra, rugbi dan pasukan beruniform. Kerjasama yang

13
erat di antara sekolah luar bandar dan bandar daapt melonjakkan kecemerlangan sekolah
tersebut untuk terus gah di persada arus pendidikan (Norliza Abdullah, 2009).

5.5 PROGRAM i-THINK

Sistem pendidikan negara perlu melalui proses tranformasi bagi melahirkan generasi masa
depan yang mempunyai inovasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan analitikal. Program i-
Think merupakan projek bersama oleh Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia
bertujuan memupuk kemahiran pemikiran tinggi dan inovatif di peringkat sekolah rendah
dan menengah. i-Think adalah pendekatan yang realistik dan praktikal untuk memupuk
proses pemikiran dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam kalangan
guru dan pelajar sama-sama melalui penggunaan peta pemikiran yang dibangunkan oleh Dr.
David Hyerle. Sebanyak 6 buah sekolah rendah dan 4 sekolah menengah telah menjalankan
projek perintis di bawah kendalian Unit Inovasi Khas (Unik) dan Agensi Inovasi Malaysia.
Kerajaan menjangkakan 1,000 lagi sekolah akan menerapkan sistem i-Think ini pada tahun
depan dan kepada semua sekolah menjelang 2014. Muhyiddin Yassin berkata, menerusi
program i-Think, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menerap proses berfikir itu bagi
membantu murid memahami sesuatu konsep dan mengaplikasinya dalam menyelesaikan
permasalahan. Antara sekolah yang terlibat dalam Program i-Think ialah SK Pusat Bukit
Besar, SK Kebangsaan Bukit Lanjan, Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal dan sebagainya
(http://www.hmetro.com.my). Hal ini jelas menunjukkan bahawa Program i-Think mampu
mencapai matlamat sekolah kolaboratif kerana ianya melibatkan perkongsian idea untuk
menghasilkan sesuatu inovasi baru.

5.6 PINTAR FOUNDATION

Bagi mengalakkan hubungan erat antara pihak sekolah terutamanya pentadbir, maka
program bimbingan pendidikan Pintaar Foundation yang diterajui oleh syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) telah menyediakan program pengurusan pentadbiran kepada guru besar,
pengetua dan penolong kanan dalam usaha mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan
pendidikan. Progam ini telah disertai oleh 52 pentadbir sekolah dari seluruh Semenanjung
Malaysia. Hasil daripada program ini adalah Berjaya menyuntik semangat dan inspirasi
supaya para pentadbir lebih gigih mentadbir untuk menghasilkan generasi kretif dan
inovatif. Kedudukan yang berada dalam ruang lingkup yang selesa menjadikan para
pentadbir sekolah tidak mahu melakukan anjakan paradigma. Program ini turut memberi
semangat kepada pentadbir untuk berkhidmat dengan penuh azam selain menjalin
kerjasama erat dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat
(http://www.bharian.com.my).

5.7 PROJEK SEKOLAH ANGKAT

14
Projek Sekolah Angkat dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik
sekolah-sekolah angkat, menganjurkan bengkel motivasi kepada pelajar yang akan
menduduki peperiksaan utama, meningkatkan keyakinan diri dan imej kendiri pelajar yang
berada di dalam sekolah angkat, membangunkan pelajar dari aspek mental, emosi dan
sosial dan sebagainya. Contohnya, Badan Amal dan Usaha Isteri-Isteri Wakil Rakyat Perak
(BAIDURI) dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Malaysian
Resources Corporation Berhad (MRCB) yang prihatin kepada pelajar-pelajar dari keluarga
berpendapatan rendah dan bersekolah di sekolah yang tidak begitu sempurna dari segi
prasarana pembelajaran. Program ini melibatkan 10 buah sekolah yang membantu pelajar
di sekolah tersebut di dalam pelbagai aspek terutama dari segi akademik, pembangunan diri
dan kesihatan mental serta psikososial. Tujuan utama program ini ialah memberi bimbingan
secara terancang bagi membangunkan pelajar sekolah tersebut dari segi akademik,
pembangunan diri, kesihatan mental dan psikososial.

Selain itu juga, Program Sekolah Angkat TM turut memberi anjakan kepada warga
SM Agama Repah, Tampin, Negeri Sembilan. Sekolah ini terpilih untuk menjadi Sekolah
Angkat kepada sebuah Syarikat Telekomunikasi (TM) yang membantu dalam bidang ICT
sejajar dengan sistem pendidikan negara yang ingin melahirkan tenaga manusia
berkemahiran dalam bidang ICT. Program yang telah dilakukan oleh TM dilaksanakan
termasuk berkaitan dengan perkakasan, perisian, latihan ICT, sekolah angkat, aplikasi dan
penyelesaian sistem pengurusan. Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkembangan ini
sebagai satu indikator yang positif ke arah memantapkan pendidikan negara dan
menjadikannya ia sebagai kerjasama pintar ( Smart Partnership) dalam pendidikan
(http://smrarepah.com).

5.8 SHARING SUCCESSFULL STORIES


(PROGRAM PERKONGSIAN PENGALAMAN GURU)

Program Perkongsian Pengalaman merupakan program untuk meningkatkan motivasi dan


prestasi guru Sains di Negeri perak melalui penceritaan kisah benar guru-guru yang berjaya
melahirkan bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang melebihi 30% dalam
peperiksaan awam tahun semasa. Penceramah dikenal pasti melalui analisis data
peperiksaan awam dan post mortem dalam mata pelajaran Sains Elektif dan Sains Teras.
Penceramah yang dipilih akan berkongsi pengalaman sebenar melahirkan pelajar cemerlang
melalui rahsia kejayaan mereka memotivasikan pelajar masing-masing melalui program
tertentu. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan motivasi dan prestasi guru Sains
di Negeri Perak, meningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada cara-cara melahirkan
pelajar yang berkualiti dan P&P yang berkesan, mewujudkan budaya perkongsian ilmu
dalam kalangan  Guru Sains dan meningkatkan pencapaian peperiksaan awam di Negeri
Perak (http://www.pelajaranperak.gov.my).

5.9 CASE DISCUSSION ACTIVITIES-PEDAGOGY ENHANCEMENT AND


REINFORCEMENT OF LEARNING STRATEGIES (PEARLS)

15
Case Discussion Activities dengan slogan “Dari Guru Untuk Guru” program yang telah
dilakukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak yang merupakan aktiviti perbincangan
profesional dalam kumpulan. PEARLS dilaksanakan secara formal dan berkala oleh kumpulan
guru Sains dan Matematik dan merupakan satu forum yang disediakan khusus bagi
mengatasi semua permasalahan yang dihadapi guru dan sekolah berkaitan P&P. Selain itu,
PEARLS memberikan penekanan kepada aspek  perbincangan sebagai satu usaha mencari
siri penyelesaian kepada sesuatu  permasalahan P&P dan lain-lain isu yang dibangkitkan
melalui konsep ‘belajar melalui pengalaman’  yang dilahirkan melalui perbincangan  berfokus
dan direkodkan di bawah kendalian  seorang moderator. Pendekatan ini akan memberi
kesan yang mendalam  kepada peningkatan prestasi dan amalan guru berbanding dengan
pendekatan melalui kursus/ceramah seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Program ini
dilaksanakan bagi semua mata pelajaran Sains dan Matematik (Fizik, Kimia, Biologi, Sains
Teras, Matematik Tambahan, Matematik, Matematik SMR, Sains SMR, Sains SR dan
Matematik SR). Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kualiti P&P Sains dan
Matematik guru-guru di Negeri Perak, untuk meningkatkan prestasi pencapaian Sains dan
Matematik dalam peperiksaan awam, meningkatkan komitmen dan motivasi guru Sains dan
Matematik, menyediakan forum profesional penyelesaian masalah pedagogi dan Knowledge
Content guru Sains & Matematik, mewujudkan Budaya Perkongsian Ilmu dalam kalangan
Guru Sains dan Matematik dan menyediakan wadah permindahan `Tacit Knowledge’ Guru
Berpengalaman dan Guru Cemerlang.

6.0 BUDAYA KERJA SECARA KOLABORATIF DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Sekolah yang mengamalkan budaya kerja secara kolaboratif akan mendapati semua guru
mengamalkan kepemimpinan secara kreatif dan bertanggungjawab untuk membantu
pembelajaran murid secara bersama-sama (Kohm & Nance, 2009). Hal ini kerana, dengan
budaya kerja secara kolaboratif, ia berupaya menggerakkan semua guru untuk merasakan
mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah
murid. Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara sendirian. Sebarang permasalahan
yang timbul dalam menangani masalah pembelajaran murid akan dibantu dan dibimbing
oleh rakan guru yang lain. Aplikasi ini amat membantu guru-guru baru yang masih mencari
formula bagaimana untuk menangani masalah mengawal disiplin murid di dalam bilik darjah
dan memastikan murid memahami apa yang diajar. Bimbingan dari guru-guru yang lebih
senior secara kolaboratif akan membantu guru-guru baru untuk menjadi lebih profesional.

Dalam masa yang sama, budaya kerja ini juga akan menjadikan hubungan di antara
guru lebih rapat dan bekerja dalam suasana yang mesra. Sebarang teguran dan nasihat
tidak akan di anggap prejudis kerana bagi setiap guru setiap nasihat dan bimbingan adalah
untuk membantu mereka menangani permasalahan yang timbul dan semuanya adalah
untuk memastikan pembelajaran murid yang berkesan.

16
Budaya kerja secara kolaboratif juga akan membantu membuat keputusan yang
lebih baik yang berasaskan data-data yang ada berkaitan dengan pencapaian murid.
Semasa proses membuat keputusan, setiap ahli panitia atau unit akan mengeluarkan
pandangan masing-masing dan memilih cadangan yang paling baik secara bersama. Hal ini
menjadikan keputusan yang dibuat merupakan keputusan bersama atau secara kolektif.
Keputusan yang dihasilkan secara bersama akan meningkatkan tanggungjawab yang lebih
tinggi dalam kalangan guru. Hal ini demikian kerana setiap ahli panitia atau unit akan
merasakan bahawa keputusan tersebut ialah keputusan mereka bersama.

Menurut Louis dan Kruse, (1995), sejak dahulu lagi pengetua menduduki hierarki
tertinggi dalam membuat keputusan. Pengetua membuat pelbagai jenis keputusan berkaitan
pengurusan sekolah termasuklah perancangan kurikulum, perkembangan staf, kewangan,
penilaian dan penyeliaan dan sebagainya. Guru-guru pula acap kali 'ditegur' agar keluar
daripada kepompong amalan tradisional yang memperlihatkan pengasingan mereka dan
autonomi daripada proses pembuatan keputusan sebaliknya lebih menonjolkan diri dengan
mengambil bahagian secara aktif lagi dalam proses.

Amalan kolaboratif dalam pembuatan keputusan bermaksud amalan perkongsian


atau partisipatif apabila semua ahli organisasi bekerja bersama-sama secara seimbang atau
sama rata untuk mencapai konsensus dalam pembuatan keputusan. Mc Ewan dan Wood
(dalam Beckett & Flanigan, 2004) menerangkan bahawa pembuatan keputusan, perkongsian
dan partisipatif berlaku apabila mereka mengenal pasti, menganalisa, menyelesaikan
masalah, merancang, menentukan tindakan yang ingin diambil dan memastikan
pelaksanaan keputusan tersebut bersama-sama kerana kolaborasi meningkatkan
keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang
digembelingkan. Guru juga tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada
satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan.
Pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah perlu melalui proses dan anjakan paradigma
selaras dengan objektif falsafah pendidikan negara. Menurut Muhaimi Taat (2012),
pentadbir sekolah haruslah mengelakkan daripada menjadi streotaip dan jumud. Oleh itu,
semua pihak memainkan peranan yang agresif dalam proses membuat sebarang keputusan.

7.0 HUBUNGAN BAIK SEKOLAH DAN KOMUNITI BERUPAYA UNTUK MENCAPAI


MATLAMAT SEKOLAH KOLABORATIF

17
Jika ditelusuri kembali, salah satu ciri sekolah kolaboratif ialah membuat hubungan yang
baik bersama komuniti. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan komuniti luar
amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah
khususnya dari aspek pencapaian para pelajar dan organisasi pengurusan guru.

Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada kekuatan


sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah sahaja bahkan juga
melibatkan komuniti setempat. Keadaan ini berlaku kerana pengurusan sekolah dan
komuniti setempat boleh saling bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.
Sekolah memperoleh faedah berbentuk sokongan moral, bantuan kewangan dan
sumbangan tenaga bakti daripada komuniti manakala komuniti pula memperolehi faedah
dari aspek peningkatan penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka. Menurut
Gonder (1981) kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat akan
menguntungkan semua pihak. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan komuniti penting
untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran di sekolah.

Dalam konteks Malaysia, hubungan yang baik merangkumi perspektif yang meluas.
Collegial Partnership mengikut QSCC (1998) merupakan satu bentuk hubungan yang
melibatkan pengamal pendidikan itu sendiri, ibu bapa dan lain-lain badan profesional seperti
guru, bahan bantu mengajar, pentadbir dan mereka yang terlibat dalam pembangunan
program sekolah. tugas ibu bapa bukan sahaja untuk mengekalkan hubungan baik dengan
pihak sekolah, bahkan dijana bersama profesional untuk faedah bersama.

Berdasarkan pandangan Berger (1983) ini pihak pengurusan sekolah harus


memainkan peranan sebagai morale builder program designer and program coordinator
dengan mengamalkan dasar pintu terbuka, menyediakan bilik pertemuan dengan ibu bapa,
menyelaras mesyuarat dan bengkel dengan ibu bapa dan memberi sokongan kepada PIBG.
Para guru boleh bertindak sebagai fasilitator, kaunselor, penyelaras program dan sumber
serta kawan kepada ibu bapa. Kedua-dua pihak guru dan ibu bapa hendaklah bersikap
terbuka dalam usaha memperbaiki keputusan anak dan murid-murid masing-masing.
Mengikut Berger (1983), untuk menjayakan "educational partnership" ini, pihak sekolah
mesti menjemput ibu bapa untuk melibatkan diri dan ibu bapa mesti memberi respon seperti
yang disebut oleh Hughes dan MacNaughton (2003). Komunikasi dua hala yang paling
efektif untuk mewujudkan kerjasama dan respon dari pihak ibu bapa. Komunikasi ini dapat
dikekalkan melalui PIBG, lawatan ibu bapa ke sekolah dan penyertaan dalam aktiviti sekolah
(Berger, 1983). Selain itu terdapat empat prinsip yang dapat membantu para guru untuk
memastikan hubungan ibu bapa, guru dan komuniti lebih bermakna dari kajian yang
dilakukan oleh Hughes dan MacNaughton (2003) iaitu mengalu-alukan kedatangan ibu bapa
dan komuniti lain ke sekolah mereka, menerangkan pengurusan dan perjalanan aktiviti di
sekolah untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa dan penjaga pelajar, sentiasa
menerima ibu bapa, yang pelbagai sosio-budaya dan mengalu-alukan sumbangan daripada
ibu bapa, pengetahuan serta idea mereka dalam mendidik anak.

Melalui perkongsian juga dapat membetulkan struktur kekeluargaan yang semakin


berubah seperti mengejar kebendaan dan bersikap individualistik tanpa memperdulikan
masyarakat sekeliling mereka. Keadaan mereka sangat sibuk dan hanya mempunyai sedikit

18
waktu untuk datang ke sekolah dan berjumpa dengan pentadbir ataupun guru-guru yang
mendidik anak mereka. Keadaan ini jika tidak diubah akan melemahkan lagi peranan pihak
sekolah untuk menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan para pelajar. Mengikut C.
Bernard (1938) Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004 dalam bukunya yang berjodol ‘The
Functions Of The Executives’ menjelaskan: ‘bahawa pentadbir perlu menggunakan
sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan daripada ahli sistem sosial di
sekolah dan masyarakat luar’.

Model Hoover-Dempsey dan Sandler menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah


dan komuniti boleh dijalin dengan adanya ibu bapa sebagai salah satu dari komponen
komuniti. Model ini menunjukkan bahawa hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan
sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling
memahami perasaan di antara satu sama lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan
hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983). Jika diteliti, pengenalan model
hubungan sekolah dan komuniti ini penting kerana hasil kajian yang dibuat oleh Queensland
School Curriculum Council menunjukkan bahawa hubungan yang baik antara guru dan ibu
bapa merupakan salah satu daripada komponen penting dalam memastikan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya kurikulum (Rujuk rajah dibawah).

Rajah 2: Model Hoover-Dempsey dan Sandler


(Sumber: http://psycnet.apa.org)

Menurut Poston, Stone dan Muther (1992), bahawa sekolah dan komuniti tidak dapat
dipisahkan kerana hubungan kedua-dua pihak ini saling bergantungan antara satu sama
yang lain. Kepentingan hubungan ini juga diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
seperti mana menurut Sufean Russin (2002), pihak kementerian telah menubuhkan

19
jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah pada tahun 1982. Jawatankuasa
ini telah mengenal pasti salah satu aspek besar yang penting dalam peningkatan taraf
pelajaran di Malaysia ialah melalui kerjasama masyarakat dalam pembangunan sekolah.
Selain daripada itu, Akta Pendidikan 1996 turut mengalakkan penubuhan PIBG di semua
sekolah (KPM, 2001). Kewujudan dasar dan akta ini menunjukkan peranan komuniti untuk
membantu pihak sekolah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

7.1 Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sesebuah sekolah.
peranan dan tanggungjawab ibu bapa di sesebuah memberi kesan kepada pencapaian
sekolah. satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan dengan
ibu bapa adalah dengan PIBG. Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibu bapa
dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan
permuafakatan antara ibu bapa dan guru, yang diharapkan dapat membina kesefahamanan
tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu
pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Ia juga mempertingkatkan kerjasama
dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.
Dalam konteks hubungan kolaboratif dakam sistem pendidikan negara, pemimpin-pemimpin
pendidikan perlu mempertimbangkan bagaimana untuk membuat keputusan khususnya,
siapa yang patut dilibatkan dan bagaimana mereka sepatutnya dilibatkan dalam proses
(Conley, Schmiddle, & Shedd, 1988). Dalam hal ini, guru-guru, ibu bapa dan kakitangan
sekolah seharusnya mempunyai peranan dalam menentukan dasar-dasar dan program
berkaitan dengan sekolah dan anak-anak mereka. Mereka yang bertanggungjawab
menjalankan keputusan itu kelak sepatutnya mempunyai 'suara' dalam membuat keputusan
tersebut. Bagi mengalakkan perkongsian ilmu ini, maka terdapat pelbagai cara yang telah
dilakukan bagi mengalakkan kolaborasi in

PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap-melengkapi’ terhadap fungsi


Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana
sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. Hasil jalinan
hubungan yang baik juga dapat dinilai melalui pencapaian dalam bidang akademik dan
bukan akademik seperti kelakuan dan disiplin pelajar yang baik, kendiri dan sikap pelajar-
pelajar yang baik, kepuasan kerja guru dan keadaan sekolah yang bersih dan ceria.
Keberkesanan sekolah boleh diukur melalui proses iaitu proses pengurusan dan pentadbiran
sekolah efektif, mewujudkan iklim budaya sekolah yang positif untuk pengajaran-
pembelajaran, hubungan yang mesra antara pihak pengurusan sekolah dengan guru, guru
dengan guru dan guru dengan pelajar dan guru dengan ibu bapa.

7.2 Program Titian Emas Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Mewujudkan
Perkongsian Idea Dan Infomasi Kepada Guru dan Pelajar

Kajian yang telah dilakukan oleh guru di Daerah Ranau mengenai hasil Kajian Amalan Smart
Partnership di Lima Buah Sekolah di Daerah Ranau (http://ilmu.edublogs.org). Program

20
Titian Emas POIC merupakan jalinan hubungan di antara sekolah dengan pihak separuh
kerajaan atau GLC. POIC Sabah Berhad ditubuhkan oleh kerajaan Sabah untuk
membangunkan pemprosesan “downstream” agar menambah nilai kepada 1.4 juta hektar
estet kelapa sawit, mewujudkan pekerjaan dan peluang perniagaan. Kajian yang dilakukan
amat berfaedah kerana sekolah ini berdekatan dengan penanaman kelapa sawit, maka
hubungan yang erat dengan POIC akan memberi pendedahan dan peluang pekerjaan
kepada pelajar sekolah kelak. Impak yang paling penting dari Program Titian Emas POIC
ialah perubahan sikap pelajar terhadap status pekerjaan yang berkaitan dengan industri
kelapa sawit. Oleh sebab jurang hubungan dengan pihak luar khususnya POIC, pelajar
menganggap pekerjaan yang wujud di estat dan kilang minyak sawit cuma sebagai buruh
kasar. Selepas Program Titian Emas POIC, pelajar-pelajar telah membuka mata kepada
berbagai-bagai pekerjaan yang berkaitan dengan minyak sawit. Satu lagi kejayaan daripada
Program Titian Emas POIC ialah sumbangan POIC dalam bentuk kewangan sempena
Sambutan Hari Guru dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Hal ini menandakan
hubungan yang sangat erat dan berfaedah di antara POIC dan pihak sekolah. Kejayaan
jalinan hubungan dengan POIC menjadi rangsangan kepada pihak sekolah untuk
menjalinkan lagi hubungan baru dengan perbadanan separuh kerajaan yang lain dalam
masa akan datang. Semakin banyak rakan perkongsian ilmu yang strategik, maka semakin
mudah untuk sekolah mencapai misi dan visi negara (http://ilmu.edublogs.org).

7.3 Sekolah PERMATA YB

Salah satu jalinan komuniti yang telah dilakukan oleh guru di Daerah Ranau ialah Program
Sekolah Permata YB merupakan suatu lagi usaha saya untuk menjalin hubungan sekolah
dengan pihak luar iaitu Pejabat Ahli Parlimen Silam YB Haji Salleh Bin Kalbi. Tidak boleh
dinafikan bahawa hubungan yang baik dengan Pejabat Ahli Parlimen amat berfaedah
kepada sekolah dari segi permohonan dana tambahan mahupun penyertaan ibu bapa serta
agensi lain dalam memajukan sekolah. Justeru itu, usaha untuk menjadikan sekolah sebagai
sekolah angkat kepada YB Haji Salleh Bin Kalbi, Ahli Parliman Silam telah memberi impak
yang luas dan pelbagai. Perbincangan dan komunikasi yang terbuka menghasilkan banyak
program dan aktiviti yang memberi faedah yang besar kepada sekolah. Warga sekolah sama
ada guru mahupun staf bukan mengajar juga sangat bersemangat menyumbang masa,
tenaga dan buah fikiran apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti, program, serta majlis
yang berkaitan dengan Sekolah Permata YB.

8.0 KESIMPULAN

Sekolah kolaboratif merupakan satu konsep yang terbaik dalam sistem pengurusan sekolah
kerana ianya melibatkan perhubungan atau interaksi antara pentadbir, guru-guru, ibu bapa
dan badan-badan lain ke arah perkongsian dalam pembuatan keputusan. Proses interaktif

21
ini berjalan berterusan bergantung kepada komitmen ahli-ahlinya untuk melalui satu proses
penerokaan yang panjang. Untuk memantapkan pengetahuan dan ilmu yang dimiliki oleh
seseorang warga dalam sekolahnya, maka perlu adanya hubungan kolaboratif. Hubungan ini
menunjukkan saling bergantungan dan permuafakatan ahli dalam kumpulan membuat
keputusan apabila mereka berkongsi idea-idea unik dan pengalaman bagi menghasilkan
keputusan yang lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara bersendirian. Jika dilihat
dari kaedah pengajaran guru, guru haruslah mengamalkan kaedah pengajaran secara
kolaboratif kerana kaedah ini memberikan impak yang lebih baik kepada para pelajar.
Pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi mewujudkan konsep sekolah
kolaboratif seperi mengadakan kerjasama yang baik dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sharing Successfull Stories (Program Perkongsian Pengalaman Guru, Program Pertukaran
Pelajar, Lawatan Penanda Aras (Bench Mark), Kerjasama Pintar diantara sekolah luar bandar
dan bandar, Program i-Think, Projek Sekolah Angkat dan sebagainya.

Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang, maka semua
sekolah haruslah mengamalkan budaya dan pengurusan yang kolaboratif iaitu melakukan
kerja bersama-sama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan bersesuaian dan
menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang tinggi. Jaringan dan jalinan kerjasama
dengan komuniti amat penting kerana dengan adanya penglibatan badan luar sekolah
seperti agensi kerajaan dan swasta mampu membantu membangun dan memajukan
sekolah. Jika adanya sokongan dan kerjasama pihak komuniti digunakan dengan baik, maka
ia akan memberi kekuatan dan kelebihan kepada pihak sekolah dan hal ini sekaligus
memberikan kesan yang sangat besar kepada pelajar itu sendiri.

Guru merupakan agen pelaksana kepada sebarang sistem perubahan pendidikan.


Kerjasama yang baik diantara pihak sekolah dengan warga dalaman mahupun komuniti luar
amat perlu bagi melahirkan pelajar yang cemerlang. Justeru itu, kaedah kolaboratif mampu
mencetuskan inovasi dan berupaya melonjakkan sistem pendidikan negara seiring dengan
arus pemodenan memandangkan pelajar merupakan pewaris muda negara yang bakal
menjadi pemimpin negara kelak.

22

You might also like