You are on page 1of 1

17

Biasanya pengilang bateri menandakan kapasiti penarafan (rating) rujukan pada


C/10 atau 0.1C. C disini ialah kadar-C, atau kadar jam dan C/10 bermaksud pengecasan
atau pelepasan cas dengan arus malar dalam masa 10 jam dan diukur dengan Ampere.
Jika 1 C bermakna masa pelepasan adalah satu jam daripada SOC penuh kepada DOC
penuh; Begitu juga, 0.05C atau C/20 menunjukkan bahawa tempoh pelepasan
sepenuhnya adalah 20 jam (Schmid et al. 2003).

Untuk kapasiti bateri yang diberi nilai tertentu, 0.05C atau C/20 mempunyai
pelepasan kadar-C yang lebih rendah (arus yang lebih rendah dan tempoh yang lebih
lama) berbanding 5C atau C/0.2. Jangka hayat bateri asid plumbum boleh dilanjutkan
jika bateri beroperasi pada kitaran caj / pelepasan kadar-C yang rendah; sebaliknya,
pelepasan kadar-C yang tinggi dan tidak teratur adalah tidak diingini untuk
pengoperasian bateri, terutama pada SOC rendah.

2.3.6 Bateri Dalam Aplikasi Sistem PV Kendiri

Pemilihan bateri asid plumbum yang sesuai untuk jenis aplikasi ini memerlukan analisis
pengecasan dan keperluan pelepasan bateri yang lengkap, termasuk beban, corak
sumber tenaga solar, suhu operasi, dan kecekapan pengawal pengecas dan komponen
sistem lain. Bateri asid plumbum jenis golf-cart dan kenderaan elektrik yang diubahsuai
digunakan secara meluas dalam simpanan storan kecil yang pegun ini dan kelebihan
kos daripada pengeluaran komersial dapat direalisasikan tanpa reka bentuk bateri yang
baru dengan pengeluaran yang kecil.

Bateri jenis ini juga dikenali sebagai bateri kitaran mendalam (deep-cycle) dan
daya tarikan (traction) dan keperluan utama ialah kitaran hayat yang tinggi, cost yang
kurang dan mempunyai ketumpatan tenaga yang agar tinggi. Bateri jenis ini (biasanya
di bawah saiz 100-Ah) boleh digunakan dalam pengoperasian tanpa pengawasan
pekerja teknikal dan ia dicirikan dengan.kadar pelepasan diri kurang dari 5% sebulan,
berkebolehan untuk dicaskan semula dalam masa kurang daripada 8 jam, dan hayat
diantara 1000 hingga 2000 kitaran dan DOD 80% (Salkin et al. 2002).

You might also like