You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang


Tel : 09 – 571 5700
Bandar Indera Mahkota
Faks : 09 – 573 4857
25604 Kuantan Portal : http://jpnpahang.moe.gov.my/
Pahang Darul Makmur E-mel : jpn.pahang@moe.gov.my

Ruj. Kami : JPNP.SPMd.600 – 4/2/17(19)

Tarikh : 05 Oktober 2021


28 Safar 1443H

DATUK JAAFAR BIN ABDULLAH


Kapten
Kelab Golf DiRaja Pahang
Jalan Padang Golf
25050 Kuantan

Ybhg. Datuk,

JEMPUTAN SEBAGAI JURI PROFESIONAL PERTANDINGAN KEMAHIRAN


SUKAN GOLF MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) SECARA DALAM
TALIAN TAHUN 2021 DI BAWAH INISIATIF #1: PEMERKASAAN POTENSI DAN
BAKAT MURID

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan),


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan mengelolakan Pertandingan Kemahiran
Sukan Golf Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Secara Dalam Talian yang akan
berlangsung pada 03 hingga 16 Oktober 2021.

3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk telah dijemput sebagai Juri Profesional
dalam pertandingan tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN GOLF MAJLIS SUKAN SEKOLAH


MALAYSIA (MSSM) SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2021

Tarikh : 11 Hingga 15 Oktober 2021

Tempat : Secara Dalam Talian


(pautan akan dimaklumkan kemudian)

4. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih atas kesudian pihak Ybhg. Datuk menerima amanah dan tanggung
jawab ini. Semoga segala usaha meningkatkan prestasi sukan dalam kalangan atlet
murid akan terlaksana dengan jayanya.

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkara di


atas, sila hubungi Encik Mohd Fareez bin Shahrir, Unit Pembangunan Bakat Murid
(Sukan), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang D/A Sekretariat MSS Pahang, Bandar
Indera Mahkota 25200 Kuantan di talian 0199808706 / 09-5737560 atau emel
mohd.fareez@moe.gov.my

( Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung )


JPNP.SPMd.600 – 4/2/17(19)

JEMPUTAN SEBAGAI JURI PROFESIONAL PERTANDINGAN KEMAHIRAN


SUKAN GOLF MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) SECARA DALAM
TALIAN TAHUN 2021 DI BAWAH INISIATIF #1: PEMERKASAAN POTENSI DAN
BAKAT MURID

Kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Datuk dalam perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

HAJI AB MUHAIMIN BIN AB HAMID


Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah Pendidikan Pahang

s.k. :

1. Pengarah Pendidikan Pahang

2. Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid

3. Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid

4. Fail

( Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung )

You might also like