You are on page 1of 1

REFLEKSI

Saya telah menerima banyak faedah dan kebaikan kepada saya semasa memperlajari
kursus Hubungan Etnik. Sesungguhnya dengan kursus ini, saya dapat mempelajari
budaya dan adat kaum lain, dan juga mengetahui pelbagai maklumat mengenai kaum
saya sendiri yang masih banyak budaya dan adat resam yang saya tidak mengetahui
sebelum ini. Dengan pengetahuan tentang kaum sendiri serta kaum-kaum lain di
Malaysia, saya dan orang lain terutamanya generasi muda yang mempelajari kursus ini
boleh lebih menghormati dan memahami orang lain semasa berkomunikasi dan dapat
mengelakkan konflik antara satu kaum sama lain.

Selain itu, pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini adalah walaupun
Malaysia dibentukkan oleh kaum-kaum yang berbeza, tetapi kita boleh berkomunikasi
tanpa halangan sebab rakyat Malaysia menghormati antara sama lain, dan juga
mempunyai keupayaan untuk menggunakan bahasa Malaysia sebagai saluran komunikasi
antara kaum-kaum di Malayisa. Untuk mencapai masyarakat yang harmoni dan
kesepaduan seperti terkini bukanlah senang dan segera, tetapi dengan usaha dan
pengorbanan daripada generasi dahulu, seperti penjajahan daripada beberapa kuasa
seperti British dan Jepun, tragedi berdarah pada 13 Mei 1969, penggubahan
Perlembagaan Malaysia, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain. Selain
itu, seperti yang disebutkan di kandungan kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
(TITAS), kita dapat mengetahui dan memahami tentang berkembangan, sumbangan dan
sejarah antara tamadun Islam dan tamadun asia. Peristiwa-peristiwa dan sejarah tersebut
adalah tulang belakang kepada masyarakat yang harmoni dan kesepaduan terkini.

Cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran kursus ini mengadakan bahan
pendidikan kursus Hubungan Etnik yang terjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti
bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan bahasa Cina. Setiap kaum mempunyai budaya dan
adat resam yang berbeza, dan dengan mengadakan bahan pendidikan yang terjemahkan
dalam pelbagai bahasa, pelajar yang mempunyai berbeza-beza bahasa ibunda boleh lebih
memahami kandangan kursus Hubungan Etnik dalam semua aspek. Tetapi semasa sesi
tutorial, bahasa Malaysia harus digalakkan oleh tutor supaya dapat menjagakan harmoni
Malaysia.

You might also like