You are on page 1of 15

Nama: Tingkatan:

Sains
1511/1
Kertas 1
1¼ jam
Tingkatan 5

SEKOLAH ALAM SHAH


JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK
56000 KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERTAMA 2001

SAINS
Kertas 1
Satu jam lima belas minit

Bagi soalan 1 - 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu
yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada
kertas jawapan objektif anda.

1. Antara berikut, yang manakan menunjukkan laluan impuls bagi sentakan


lutut?
A. Neuron deria → reseptor → neuron motor → efektor
B. Reseptor → neuron deria → neuron motor → efektor
C. Efektor → neuron motor → neuron deria → reseptor
D. Reseptor → neuron deria → neuron perantaraan → neuron motor
→ efektor

2. Kehadiran gula tidak dapat dikesan dalam air kencing seorang pelajar
walaupun pelajar itu telah memakan banyak gula-gula dan coklat. Antara
pelenjar berlabel Rajah 1, yang manakah memainkan peranan dalam
kejadian itu?

1
A
B

C
D

(rajah 1)

3. Antara tindakan berikut yang manakah merupakan tindakan terkawal?


A. Pernafasan
B. Peristalsis
C. Denyutan nadi
D. Menaakul

P Q R S
Rajah 2

4. P,Q,R dan S dalam Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada peringkat


mitosis dalam tumbuhan. Antara susunan berikut yang manakah menunjukkan
peringkat dalam mitosis?
A. P,S,R,Q
B. Q,R,P,S
C. R,Q,P,S
D. S,R,P,Q

2
Kromosom seks di dalam
Jantina zuriat
sperma ovum
P R Lelaki
Q S Perempuan

5. Jadual di atas menunjukkan zuriat yang dihasilkan oleh pencantuman sperma


P dan Q dengan ovum R dan S. Antara berikut yang manakah mewakili
kromosom seks di dalam P,Q, R dan S?

P Q R S
A. Y X X S
B. Y Y X X
C. X Y Y X
D. X X Y Y

6. Seorang perempuan daripada kumpulan darah A (AO) berkahwin dengan


seorang lelaki daripada kumpulan darah B (BO). Apakah peluang untuk
melahirkan seorang anak yang mempunyai kumpulan darah A?
A. 25%
B. 50%
C. 75%
D. 100%

7. Atom ialah zarah yang neutral kerana


A. bilangan proton, bilangan neutron dan bilangan elektronnya sama
B. bilangan proton dan bilangan neutronnya sama
C. bilangan elektron dan bilangan neutronnya sama
D. bilangan proton dan bilangan elektronnya sama

3
Suhu (oC)
X Y

Masa (minit)
Rajah 3

8. Graf dalam Rajah 3 di atas menunjukkan suhu suatu bahan kimia pepejal
apabila dipanaskan. Suhu bahan itu tidak berubah dari X ke Y kerana
A. tenaga haba digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul-
molekul bahan
B. tenaga haba digunakan untuk menguraikan molekul-molekul bahan
C. saiz molekul-molekul bahan bertambah
D. molekul-molekul bahan bergerak dengan laju.

Kekonduksian elektrik
Bahan Takat lebur / 0C dalam keadaan
pepejal cecair
P 114 Tidak boleh Tidak boleh
Q 450 Tidak boleh boleh
R 1083 boleh boleh

9. Jadual di atas menunjukkan sifat-sifat bagi tiga bahan P,Q dan R. Apakah
jenis zarah yang terkandung dalam bahan P,Q dan R?
P Q R
A. Ion Molekul Atom
B. Molekul Ion Atom
C. Atom Ion Molekul
D. Molekul Atom Ion

10. Karbon di dalam keluli menguatkan logam itu dengan


A. menambah daya tarikan di antara atom-atom besi
B. memenuhi ruang-ruang yang ada di antara atom-atom besi
C. mengelakkan lapisan-lapisan atom besi daripada menggelongsor
D. mengikatkan semua atom besi

4
11. Antara tindakan berikut yang manakah tidak melibatkan perubahan kimia?
A. Kuprum (II) sulfat dihablurkan daripada larutan tepunya
B. Magnesium dibakar dalam udara
C. Asid dicampur kepada alkali
D. Tindak balas antara zink dengan asid hidroklorik cair

Rajah 4

12. Rajah 4 menunjukkan struktur sel kering. Antara bahagian A,B,C dan D yang
manakah bertindak sebagai terminal negatif?

13. Apabila larutan berair kuprum (II) klorida dielektrolisiskan dengan


menggunakan elektrod-elektrod karbon, bahan-bahan yang terbentuk di
anod dan di katod ialah
Anod Katod
A. Klorin Kuprum
B. Kuprum Klorin
C. Kuprum Hidrogen
D. Klorin Oksigen

Kuprum + argentum nitrat → argentum + kuprum (II) nitrat

14. Tindak balas yang diwakili oleh persamaan perkataan di atas berlaku apabila
sekeping logam kuprum dimasukkan ke dalam larutan argentum nitrat.
Apakah jenis tindak balas ini ?
A. Hidrolisis
B. Penyesaran
C. Penguraian
D. Peneutralan

5
Cermin
satah

Tiang

Pelajar

2m
X 5m Y
Rajah 5

15. Rajah 5 menunjukkan seorang pelajar berdiri di Y, 2 m dari cermin satah.


Satu tiang berada di kedudukan X, 5 m dari cermin satah. Berapakah jarak
imej tiang itu dari kedudukan pelajar itu?
A. 2 m
B. 3 m
C. 5 m
D. 7 m

Merah Biru

Putih
Rajah 6

16. Rajah 6 menunjukkan tiga tompok segitiga cahaya berwarna yang


dipancarkan ke atas skrin putih. Apakah warna cahaya X supaya bahagian
berlorek itu kelihatan putih?
A. Cyan
B. Magenta
C. Hijau
D. Kuning

6
17. Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam pengawalan cahaya yang
memasuki mata?
A. Anak mata
B. Kornea
C. Retina
D. Kanta mata

18. Antara sinar cahaya berikut, yang manakah sinar cahaya yang dilukiskan
dengan betul bagi periskop?
A. C.
Cermin satah
Objek Objek Prisma

B. D.
Cermin satah
Objek Objek Prisma

19. Semua yang berikut adalah tanda-tanda bagi seseorang yang menghidap
penyakit taun kecuali
A. rasa pening-pening
B. rasa telinga berdesing
C. cirit-birit dan muntah-muntah
D. kerap kali diserang demam

7
20. Empat keping kertas A,B,C dan D yang telah dicelup dengan antibiotik
berlainan diletakkan di atas agar-agar nutrien yang telah mengandungi kultur
bakteria. Rajah 7 menunjukkan keputusan eksperimen selepas 24 jam.
Antibiotik pada kertas yang manakah paling berkesan terhadap bakteria ini?

Piring petri

A
C

B D

Koloni bakteria
Rajah 7

21. Antara pernyataan berikut mengenai virus yang manakah tidak benar?
A. Virus boleh menghasilkan spora
B. Virus menyebabkan demam selsema
C. Virus hanya boleh membiak dalam sel-sel hidup
D. Virus boleh menerusi turasan yang paling halus.

22. Yang manakah antara berikut bukan mekanisme pertahanan badan yang
semula jadi untuk menentang jangkitan penyakit?
A. Sel-sel darah putih
B. Alveolus dalam peparu
C. Silia pada salur pernafasan
D. Membran mukosa dalam rongga hidung

8
nyamuk lalat

Rajah 8

23. Rajah 8 menunjukkan dua jenis vektor. Antara berikut yang manakah
kumpulan mikroorganisma yang dibawa oleh vektor itu?

Nyamuk Lalat

A. Kulat Virus
B. Bakteria Kulat
C. Bakteria Protozoa
D. Protozoa Bakteria

24. Antara berikut yang manakah benar mengenai patogen, nama penyakit dan
gejalanya?

Patogen Nama penyakit Gejala

A. Bakteria Sifilis Luka dan berkudis di kemaluan

B. Kulat Panau Tompok bulat merah dan berasa


gatal di kulit
C. Protozoa Denggi Sakit teruk di sendi, bintik merah
pada kulit
D. Virus Tibi Bahagian pipi, rahang bawah
dan leher bengkak

9
Glukosa

Proses X

Etanol

Proses Y

Etanol tulen

Rajah 9

25. Rajah 9 menunjukkan satu siri penukaran sebatian organik bermula daripada
glukosa. Antara berikut yang manakah proses X dan proses Y?
Proses X Proses Y
A. Penapaian Penyulingan
B. Penyejatan Pengoksidaan
C. Pengesteran Peneutralan
D. Peneutralan Penurasan

26. Seorang murid telah mencampurkan 2 cm3 etanol dengan 2 cm3 asid etanoik
dalam satu tabung uji diikuti dengan beberapa titik asid sulfurik pekat.
Campuran ini dididihkan selama lebih kurang lima minit dan wap yang berbau
wangi terbebas. Proses ini disebut sebagai
A. pemvulkanan
B. hidrolisis
C. pengesteran
D. penyesaran

27. Proses penyulingan berperingkat boleh digunakan untuk mengasingkan


pecahan-pecahan petroleum daripada minyak mentah. Proses ini boleh
dilakukan kerana pecahan-pecahan petroleum itu mempunyai
A. ketumpatan yang berlainan
B. takat lebur yang berlainan
C. takat didih yang berlainan
D. warna yang berlainan

10
28. Sifat-sifat bahan Z disenaraikan seperti yang berikut:
• Atom hidrogen dalam molekulnya belum maksimum
• Melunturkan warna air bromin
• Melunturkan warna kalium manganat (VI) berasid

Bahan Z itu dikenali sebagai


A. alkana
B. alkena
C. alkohol
D. asid lemak

29. Sabun boleh dibuat daripada minyak kelapa dan abu kayu. Dalam
perusahaan membuat sabun, yang manakah di antara bahan-bahan berikut
boleh digunakan sebagai pengganti abu kayu?
A. Gliserol
B. Asid etanoik
C. Natrium klorida
D. Natrium hidroksida

Sifat Plastik
K L M N
Takat lebur Rendah Tinggi Rendah Tinggi
Diacukan berulang
Boleh boleh boleh Tidak boleh
kali
Penembusan
lutcahaya legap lutcahaya Legap
cahaya

30. Jadual di atas menunjukkan sifat empat jenis plastik K, L, M dan N. Jenis
plastik yang manakah sesuai sebagai bekas makanan panas dan mudah
dikitar semula?
A. K
B. L
C. M
D. N

11
Bagi Soalan 31 hingga Soalan 40, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih
daripada satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan
jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada
pilihan A,B,C dan D yang berikutnya.

31. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang perbezaan antara
kordinasi saraf dengan kordinasi kimia?

Kordinasi saraf Kordinasi kimia


I Maklumat dibawa dalam bentuk Maklumat dibawa dalam
impuls bentuk bahan kimia
II Tindakan yang cepat dan serta Tindakan lebih perlahan
merta
III Tempoh kesan yang lama Tempoh kesan adalah
sekejap

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III

Ovum

sperma

Rajah 10

32. Rajah 10 menunjukkan satu ovum sedang disenyawakan oleh satu sperma
yang membawa kromosom X. Bakal anak yang dilahirkan berkemungkinan

I. mempunyai kromosom XY dalam sel badannya


II. anak kembar seiras
III. seorang anak perempuan

A. III sahaja
B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III

12
33. Teori atom yang dicadangkan oleh John Dalton ialah
I. jirim terdiri daripada zarah-zarah seni
II. atom tidak dapat dibina atau dimusnahkan
III. atom terdiri daripada zarah bercas positif dan zarah bercas negatif

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III

34. Antara tindak balas-tindak balas kimia berikut, yang manakah memerlukan
tenaga cahaya untuk bertindak balas?
I. Argentum bromida → argentum + bromin
II. Kuprum oksida + karbon → kuprum + karbon dioksida
III. Natrium hipoklorit → natrium klorida + oksigen

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III

35. Sinar cahaya putih yang melalui sebuah prisma akan disebarkan kepada
warna spektrum kerana
I. cahaya putih terdiri daripada pelbagai juzuk warna
II. kelajuan setiap juzuk warna berbeza bila bergerak di dalam medium
III. setiap juzuk warna dibiaskan pada sudut berbeza

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III

36. Manakah antara bahan kimia berikut adalah berkesan untuk membunuh
mikroorganisma pada kulit?
I. Larutan iodin
II. Asid karbolik
III. Formadehid

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III

13
37. AIDS ialah sejenis penyakit yang boleh merebak melalui
I. air liur
II. makanan dan minuman
III. perkongsian jarum suntikan
A. I sahaja
B. III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III

38. Antara berikut, yang manakah aktiviti bakteria yang berfaedah?


I. Penguraian bahan buangan
II. Pengikatan nitrogen
III. Penghasilan antibiotik
A. I sahaja
B. III sahaja
C. II dan III
D. I, II dan III

Alkena Bilangan atom karbon per molekul


Etena 2
Pentena 5

39. Jadual di atas menunjukkan bilangan atom karbon per molekul dalam etena
dan pentena. Antara berikut yang manakah benar tentang etena dan
pentena?
I. Pentena mempunyai takat didih yang lebih tinggi
II. Daya tarikan antara molekul pentena lebih kuat
III. Pentena lebih mudah terbakar

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III

14
Proses X

Monomer P polimer polistirena

Rajah 11

40. Rajah 11 menunjukkan proses pembentukan polimer polistirena melalui


proses X. Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah benar
tentang
rajah di atas?
I. Proses X ialah proses penyahpolimeran
II. Monomer P ialah stirena
III. Polistirena adalah sejenis plastik termoplastik

A. II sahaja
B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III.

KERTAS SOALAN TAMAT

15

You might also like