You are on page 1of 4

Abjad Fonetik Antarabangsa - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 06/08/2021, 10:10 AM

Abjad Fonetik Antarabangsa


Jangan dikelirukan dengan abjad fonetik NATO, yang secara tidak
rasminya dipanggil “International Phonetic Alphabet”.
Huruf Fonetik Antarabangsa
Abjad Fonetik International Phonetic Alphabet
Antarabangsa (Bahasa
Inggeris: International
Phonetic Alphabet; IPA)[1]
atau singkatannya AFA[2] Jenis Huruf
merupakan sistem transkripsi
Digunakan untuk transkripsi
fonetik yang dicipta oleh para Bahasa fonetik mana-mana bahasa
pakar bahasa dengan tujuan
Tempoh
menawarakan kaedah yang 1888 sehingga kini
masa
seragam, tepat dan unik bagi
mewakili bunyi-bunyi dalam Romic Alphabet
mana-mana bahasa Phonotypic Alphabet
Sistem
pertuturan,[3] serta juga tulisan Huruf Fonetik
sering digunakan hari demi Induk Antarabangsa
hari oleh para pakar bahasa, International Phonetic
ahli patologi pertuturan dan Alphabet
pakar terapi pertuturan, guru Nota: Muka ini mungkin mengandungi simbol
bahasa asing, pengarang fonetik IPA.
kamus, dan pengalih bahasa.
[4] Dalam bentuk piawainya (seperti pada tahun 2005) AFA mengandungi

kira-kira 107 aksara asas dan 55 pengubah.[5]

Lambang-lambang AFA ini dibahagikan kepada tiga kategori: huruf (yang


menandakan bunyi “asas”), diakritik (yang menerangkan bunyi secara
terperinci), dan suprasegmental (yang menandakan ciri-ciri seperti
kelajuan, ton, dan penekanan). Ketiga-tiga kategori ini kemudian
dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil: huruf dibahagikan kepada

https://ms.wikipedia.org/wiki/Abjad_Fonetik_Antarabangsa Page 1 of 4
Abjad Fonetik Antarabangsa - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 06/08/2021, 10:10 AM

vokal and konsonan,[6] manakala


diakritik dan suprasegmental
dibahagikan menurut pelambangan
artikulasi, phonasi, ton, intonasi, atau
penekanan.[3] Dari masa ke semasa,
lambang-lambang ini ditambah,
dihapus, atau diubah sual oleh
Persatuan Fonetik Antarabangsa.

Meskipun AFA dimaksudkan untuk


hanya mewakiki ciri-ciri penuturan
yang relevan kepada bahasa itu sendiri
(seperti kedudukan lidah, cara
artikulasi, dan pengasingan dan
pemelatan perkataan dan suku kata),
Diagram yang menerangkan Huruf Fonetik
[3] satu set simbol tambahan dipanggil
Antarabangsa.
Extended IPA turut dicipta olej pakar
fonologi untuk merakam ciri-ciri penuturan yang tiada kesan langsung
pada pengertian dalam bahasa (seperti berkertak gigi, pelat menyebut
bunyi "s", dan bunyi yang dihasilkan pesakit bibir bercelah).[4]

Sejarah
Perkembangan AFA bermula pada tahun 1886, apabila sekumpulan guru
bahasa dari Perancis dan United Kingdom yang diketuai pakar bahasa dari
Perancis bernama Paul Passy, memebentuk satu pertubuhan yang bakal
digelar Persatuan Fonetik Antarabangsa. Tujuan asal pertubuhan ini
adalah untuk mereka satu set aksara fonetik berbeza bagi setiap bahasa,
yang mana sesuatu aksara itu melambangkan bunyi yang berlainan antara
satu bahasa dengan satu bahasa lain.[7] Contohnya, bunyi /ʃ/ (sy dalam
syarat; sh dalam shoe) asalnya diwakili huruf <c> dalam bahasa Inggeris
manakala bunyi sama diwakili huruf <x> dalam bahasa Perancis.[8]
Meskipun begitu, atas sebab tertentu persatuan ini kemudian memutus

https://ms.wikipedia.org/wiki/Abjad_Fonetik_Antarabangsa Page 2 of 4
Abjad Fonetik Antarabangsa - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 06/08/2021, 10:10 AM

untuk memastikan setiap satu daripada huruf-huruf ini sama bagi setiap
bunyi dalam semua bahasa, iaitu jika sesuatu bunyi itu terdapat dalam
beberapa bahasa tertentu, maka lambang yang sama patut dipakai untuk
bunyi tersebut dalam semua bahasa. Lambang ini juga boleh diaplikasi
pada bunyi-bunyi yang amat serupa.[9] Versi rasmi pertama AFA
dikeluarkan pada tahun 1888, dua tahun setelah pembentukan Persatuan
Fonetik Antarabangsa,[10] berdasarkan huruf Romik ciptaan Henry Sweet,
[11][12] yang turut dibentuk daripada Phonotypic Alphabet ciptaan bersama

Isaac Pitman dan Alexander John Ellis.[13]

Sejak penciptannya, penyusunan huruf vokal dan konsonan


kebanyakannya dikekalkan bentuknya. Namun, huruf-huruf ini sendiri telah
mengalami sediki pengubahsuaian. Konvensyen Kiel IPA yang
dilangsungkan pada tahun 1989 banyak membawa perubahan pada versi
1932. Satu pengubahsuaian kecil dilakukan pada tahun 1993, melibatkan
penambahan vokal tengah-tengah[4] serta penanggalan simbol bagi bunyi
implosif tanpa suara.[14] Kali terakhir IPA diubah suai adalah pada bulan
Mei 2005, yang mana aksara bagi kibasan bibir-gigi ditambah.[15]

Rujukan
1. Laver, John (1994). Principles of Phonetics. New York: Cambridge
University Press. m/s. 561. ISBN 0-521-45031-4 (hb); ISBN 0-521-
45655-X (pb). "Singkatan ‘IPA’ secara rasminya merujuk…kepada
‘Persatuan Fonetik Antarabangsa’. Namun begitu, kini makin kerap
penggunaannya untuk merujuk kepada aksara ini (dari frasa
‘International Phonetic Alphabet’)."
2. "Terjemahan IPA". DBP. Dicapai pada 2008-09-24. Cite has empty
unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
3. ^ a b c International Phonetic Association (1999). Handbook of the
International Phonetic Association: A guide to the use of the
International Phonetic Alphabet. Cambridge: Cambridge University
Press. ISBN 0-521-65236-7 (hb); ISBN 0-521-63751-1 (pb).

https://ms.wikipedia.org/wiki/Abjad_Fonetik_Antarabangsa Page 3 of 4
Abjad Fonetik Antarabangsa - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 06/08/2021, 10:10 AM

4. ^ a b c MacMahon, Michael K. C. (1996). "Phonetic Notation". Dalam


P. T. Daniels and W. Bright (eds.) (penyunting). The World’s Writing
Systems. New York: Oxford University Press. m/s. 821–846. ISBN 0-
19-507993-0.
5. International Phonetic Association (2006-05-05). "The International
Phonetic Alphabet (revised to 2005)" (GIF). Dicapai pada 2006-08-
27. Check date values in: |date= (bantuan)
6. International Phonetic Association (1999, 3)
7. International Phonetic Association (1999, 195-196)
8. International Phonetic Association (1999, 196)
9. International Phonetic Association (1999, 196)
10. Passy, Paul (1888). "Our revised alphabet". The Phonetic Teacher:
57–60.
11. Sweet, Henry (1880–1881). "Sound notation". Transactions of the
Philological Society: 177–235.
12. Sweet, Henry (1971). Henderson, Eugénie J. A. (ed.) (penyunting).
The indispensable foundation: A selection from the writings of Henry
Sweet. Language and language learning. 28. London: Oxford
University Press.
13. Kelly, John (1981). "The 1847 alphabet: An episode of phonotypy".
Dalam R. E. Asher and E. J. A. Henderson (eds.) (penyunting).
Towards a history of phonetics. Edinburgh: Edinburgh University
Press. ISBN 0-85224-374-X.
14. Pullum, Geoffrey K. (1996). Phonetic Symbol Guide. University of
Chicago Press. m/s. 152 & 209. ISBN 0-226-68535-7. Unknown
parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
15. Nicolaidis, Katerina (2005). "Approval of New IPA Sound: The
Labiodental Flap". International Phonetic Association. Dicapai pada
2006-09-17. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

https://ms.wikipedia.org/wiki/Abjad_Fonetik_Antarabangsa Page 4 of 4

You might also like