You are on page 1of 19

Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

CONTOH KERTAS KERJA

PENTERNAKAN KAMBING SECARA SISTEM


INTENSIF
DAN
SEPARA INTENSIF

DI

{Nama dan Alamat Lengkap Syarikat/ Individu}

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

PENGENALAN 3

LATAR BELAKANG SYARIKAT 4

OBJEKTIF

SYARIKAT 4

KERTAS KERJA 5

PEMASARAN 5

PENGURUSAN SYARIKAT 7

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT 8

HARTA SYARIKAT 8
Asset Tetap 8
Asset Semasa 9

MODAL AWAL PROJEK YANG DIJALANKAN 9

KONSEP PENTERNAKAN 12

SISTEM PENTERNAKAN 12

ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN


UNTUK PEMBANGUNAN PROJEK TERNAKAN KAMBING 16

INFRASTRUKTUR 17

PROSPEK PROJEK 18

RUMUSAN 19

LAMPIRAN 20

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 2


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

PENGENALAN

Permintaan daging kambing negara.

Pada amnya permintaan terhadap daging kambing ini terus meningkat


dari tahuan ke tahun, sepertimana yang ditunjukkan rajah 1.

Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing

2002 2003 2005 2010


Tahun
Pengeluaran 1.25 1.35 1.50 2.18
Permintaan 15.10 15.60 16.80 21.30
KSD(%) 8.01 8.33 8.93 10.23
Rajah 1

Untuk itu perlunya satu sistem pengeluaran yang produktif dan


berdaya maju bagi meningkatkan bekalan daging kambing tempatan
dalam masa yang terdekat untuk mempertingkatkan pengeluaran
tempatan bagi memenuhi permintaan daging kambing ini. Sejajar
dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan impot barangan
makanan.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 3


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

LATAR BELAKANG SYARIKAT

{Nama Syarikat} telah ditubuhkan pada tahun ________. Syarikat ini


banyak menumpukan aktiviti perladangan/penternakan.

Pada masa ini Syarikat mempunyai kontrak {masukkan aktiviti sedia


ada syarikat} pembersihan ladang sawit seluas 17 ekar di Durian
Tunggal Melaka.

Syarikat telah memulakan kerja-kerja penternakan kambing pada bulan


Julai 2007 dengan permulaan sebanyak 10 ekor. Sehingga pada tarikh
ini jumlah kambing yang dipelihara telah ditambah menjadi 20 ekor
kesemuanya.

Oleh yang demikian, syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk


menceburkan diri dalam bidang penternakan ini adalah satu tindakan
yang boleh mendatangkan keuntungan selain daripada memenuhi
permintaan terhadap daging kambing negara.

OBJEKTIF SYARIKAT

Selama ini syarikat menumpukan pekhidmatan pembersihan lading


sawit berjumlah 17 ekar dan lading getah seluas 6 ekar.
Walaubagaimanapun pihak syarikat telah membuat satu pelaburan
dalam bidang penternakan dengan membela kambing bagi
mempelbagaikan aktivi dan pendapatan Syarikat.

Pengurusan syarikat, telah melaburkan sejumlah modal dan telah


membina kandang kambing di Durian Tunggal, Melaka. Pada masa kini
terdapat lebih kurang 20 ekor kambing yang dipelihara.

Syarikat bercadang untuk meluaskan dan mengembangkan lagi bidang


penternakan kambing ini dengan menambah bilangan kambing di
kandang yang telah dibina yang boleh memuatkan sebanyak 100 ekor
kambing pada satu masa.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 4


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

OBJEKTIF KERTAS KERJA

Objektif kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapat pinjaman modal
untuk menambahkan bilangan ternakan kambing serta
memperbesarkan lagi perniagaan ini disamping membeli mesin
perincih makanan (rumput napier) dan bagi membeli makanan
tambahan untuk kambing (pallet PKC/PKE).

PEMASARAN

Pemasaran ternakan kambing akan dilakukan sendiri. Kriteria yang


digunakan bagi menentukan masa jualan ialah berat hidup. Kambing
boleh mula dijual apabila mencapai berat badan antara 28 - 35 kg.

Keyakinan bahawa daging kambing sentiasa mendapat pasaran adalah


tinggi memandangkan permintaan terhadap daging kambing tempatan
yang segar sentiasa ada dan bekalan di pasaran pula adalah tidak
mencukupi.

Selain daripada itu konsep pemasaran seperti berikut juga akan


dijalankan bagi menjual hasil daging kambing.

Pendekatan yang diambil adalah seperti:

a. Jualan sendiri:

Menjual kambing hidup kepada pelanggan yang


sedia menawarkan harga yang baik dan
menguntungkan.

b. Melalui Jabatan:

Perhubungan dua hala dengan agensi kerajaan bagi


memasarkan hasil ternakan yang telah matang,
seperti FAMA atau Syarikat Pembeli/Penyembelihan
kambing yang besar dengan mengambil kira kos
pengangkutan.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 5


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

c. Menjual Daging di Pasar/Pasar Tani:

Penjualan dilakukan melalui timbangan berat. Harga


kambing yang dipelihara secara fidlot adalah lebih
tinggi daripada kambing biasa, kerana mutu
dagingnya lebih baik.

Contoh pengiraan jualan kambing secara terus :

Harga belian : RM300

Berat awal kambing : 20kg (a)

Berat akhir kambing : 35kg (b)

Kadar kenaikan berat :b–a = 20kg

Harga pasaran : RM16.00 – RM21.00 / kg

Purata harga : RM18.00

Jumlah jualan : RM18.00 x 35 = RM630.00

Kos bagi 6 bulan/ekor = RM100.80

Untung kasar = RM630.00 – RM100.80 = RM529.20/ekor

Untung bersih = RM529.20 – RM300* = RM229.20/ekor

Nota : * anggaran harga belian awal kambing

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 6


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

PENGURUSAN SYARIKAT

Pengurus Besar - Pentadbiran dan Kewangan

Mohammed Farid Sulaiman

Dilahirkan di Melaka, berumur 34 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana


Muda (kepj.) daripada Universiti Teknologi Mara. Bertindak sebagai
Pengurus Pentadbiran dan Kewangan syarikat. Pengalaman beliau
dalam bahagian pentadbiran dan kewangan banyak membantu dalam
pelaksanaan projek ini. Selain daripada itu beliau juga mempunyai
pengalaman selama lebih kurang 4 tahun menternak lembu milik
keluarga.

Pengurus Projek Ternakan

Halim Bin Amad

Beliau dilahirkan di Durian Tunggal, Melaka, berumur 40 tahun.


Mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan dan pengangkutan.
Selain daripada itu beliau mempunyai minat yang mendalam dalam
bidang pertanian dan juga penternakan. Telah mengikuti kursus
penternakan lembu kelolaan Jabatan Haiwan di Pusat Latihan Vaterinar,
Perak.

Pengurus Pemasaran

Suhaimi bin Azlan

Seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda (kepj) Pengurusan Perniagaan


Universiti Teknologi Mara jurusan Pemasaran. Pencapaian akedemik
yang amat cemerlang dengan menerima Anugerah Dekan sebanyak 3
semester. Mempunyai dedikasi yang tinggi untuk mejayakan projek ini
dalam bidang pemasaran.

Komitment Kerja yang tinggi adalah satu kelebihan kepada beliau serta
kreatif merupakan nadi bagi memasarkan produk ternakan kambing ini
untuk terus maju dan berdaya saing.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 7


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT ARAH PADU


ENTERPRISE

PENGURUS
BESAR

PENTADBIRAN PENGURUS PENGURUS


& TERNAKAN PEMASARAN
KEWANGAN

HARTA SYARIKAT

Pada masa sekarang syarikat mempunyai sebuah lori (3 tan) dan


sebuah van dan sebuah Toyota Hilux yang dimiliki sepenuhnya,
kandang kambing dan kambing induk dan baka.

ASSET TETAP

Perkara Nilai (RM)

Kenderaan 150,000.00

Kandang kambing 6,000.00

Kambing 9,600.00

Jumlah 165,600.00

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 8


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

ASSET SEMASA

Tunai & Deposit

Baki di bank setiap bulan untuk kegunaan = RM2,400.00 tiap bulan.

Deposit Tetap

Simpanan tetap di bank


RM5,000.00

MODAL AWAL PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

Pengurusan telah mengambil beberapa langkah inisiatif, dengan


mengeluarkan modal sendiri untuk memulakan projek ternakan
kambing. Tujuan modal ii adalah untuk membina kandang kambing,
membeli baka kacukan dan tempatan (induk dan baka) dan kos-kos
makanan.

Sehingga kini syarikat mempunyai sejumlah 20 ekor kambing yang


dipelihara.

Perkara Nilai (RM)

Kandang kambing 6,000.00

Belian kambing 9,000.00

Jumlah 14,000.00

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 9


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

UNTUNG RUGI

BULANAN

Perkara Debit/bulan
Kredit/bulan

Modal 12,000

Minyak / tol 1,500.00

Gaji pekerja 2,200.00

Telefon 100.00

Servis kenderaan 300.00

Bil bulanan :

i. Kenderaan 900.00

ii. Sewa Rumah 550.00

iii. Pinj. Maybank 1,000.00

iv. Kad kredit 1,800.00

Jumlah 8,350.00 12,000.00

Jumlah bersih 3,650.00

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 10


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

TAHUNAN

Cukai jalan/ Insuran (setahun)

Lori 4,500.00

Toyota Hilux 600.00

Motosikal 100.00

Jumlah 5,200.00

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 11


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

KONSEP PENTERNAKAN

Tujuan

Pihak syarikat memelihara kambing adalah untuk memperolehi baka


dan mendapatkan anak untuk dipelihara dan dijual untuk pengeluaran
daging.

SISTEM PENTERNAKAN

Sistem penternakan dijalankan adalah secara intensif dan fidlot serta


separa berkurung dengan dilepaskan dipadang ragut.

Sistem intensif dan fidlot

Sistem insentif dan fidlot memerlukan system kandang yang baik serta
sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut secara bebas.
Sistem fidlot akan memastikan makan dan minuman diberi secara
teratur dan mengikut jadual. Antara makanan yang diberikan adalah
palet, rumput dan garam jilat. Sistem pemeliharaan ini dilaksanakan
untuk penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut
yang luas. Pengurusan kandang perlu dilakukan secara berjadual oleh
kerana tenakan tidak dilepaskan dan bagi memastikan keadaan
kandang sentiasa bersih bagi mengawal penyakit berjangkit.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 12


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

Sistem Separa Berkurung dan dilepaskan ke


padang ragut

Sistem ini membolehkan di lepaskan pada siang hari dan dikurung di


dalam kandang pada waktu malam. Kelebihan sistem ini memberi
kebebasan untuk ternakan meragut di padang ragut yang telah
disediakan atau dikenalpasti. Cara ini juga mengurangkan tekanan
atau stress kepada kambing ternakan. Kesihatan kambing mudah
dipantau apabila kambing-kambing ini dihalau masuk kedalam
kandang pada waktu petang.

Penyimpanan rekod

Setiap ternakan kambing akan memakai tag telinga yang bernombor


untuk mengenal pasti dan merekod tentang keadaan dan situasi
kambing berkenaan. Rekod-rekod pengurusan juga akan di kemaskini
mengikut keperluan bagi memudahkan pegawai yang akan
memberikan perkhidmatan pemeriksaan projek ini. Dengan cara ini
sudah pasti dapat mempertingkatkan lagi prestasi dan kecekapan
pengurusan dan mengawal penyakit berjangkit.

Pemakanan

Makanan merupakan perkara penting untuk memastikan mutu dan


kesihatan kambing pada tahap yang terbaik. Ia menjadi pendorong
utama kepada sistem pengeluaran kambing. Tumbesaran kambing
ternakan adalah terletak kepada factor pemakanan.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 13


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

Makanan seperti palet yang dirumus oleh sebuah syarikat tempatan


yang mempunyai mengandungi nilai nutrigent yang berkualiti tinggi
dan sesuai dengan ternakan kambing. kandungan nutrien adalah
terdiri daripada berikut;

Nutrien Kandungan (%)

Bahan Kering 90.4


Protein kasar 18.5
Lemak kasar 3.3
Gentian kasar 8.1
Abu ( Jumlah ) 5.4
Kalsium 0.05
Phosphorus 0.43
T.Metabolaizable Energy (mJ/kg) 12.12

Seekor ternakan dewasa memerlukan pemakanan sekitar 400 ke


500gm sehari, dengan demikian kos makanan seekor sebanyak 35 sen
sehari. Rumput merupakan sumber yang amat digalakkan untuk
menjadi sumber pmakanan ternakan kambing. Rumput Napier adalah
rumput yang disyorkan untuk diberikan kepada binatang ternakan
disebabkan rumput ini mudah untu ditanam dan di pantau
tumbesarannya. Selain rumput daun kelapa sawit mengandungi serat
yang tinggi, sesuai untuk diberikan kepada ternakan kambing.

PEMBIAKAN

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 14


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

Pengurusan bercadang untuk menternak kambing dari baka katjang


(baka kambing tempatan) sebagai baka asas di permulaan program.
Manakala kambing jantar adalah dari baka jamnapari yang akan
dikacukkan dengan kambing katjang supaya boleh menghasilkan baka
kambing yang berkualiti dan bermutu. Dengan cara ini hasil kelahiran
baka kambing atau anak kambing tadi adalah dari baka yang bermutu
yang mempunyai daging yang amat baik.
Anak kambing yang dikacuk ini boleh mencapai berat sehingga 30 ke
50 kg dalam tempoh lebih lebih kurang 6 hingga 8 bulan. Oleh itu
ternakan kambing ini boleh dijual dengan harga yang tinggi dan dalam
tempoh yang singkat. Jesteru dengan sistem ternakan ini akan dapat
mempertingkatkan pertumbuhan industri ternakan kambing tempatan.

Baka kambing katjang atau tempatan dipilih kerana beberapa ciri yang
terdapat pada baka ini, dan setelah dikacukkan ciri-ciri ini
menyumbang kepada kualiti baka kacukan yang dihasilkan,
diantaranya termasuklah:-

1. Ketahanan penyakit, khususnya jangkitan cacing.


2. Kadar kelahiran yang baik,
3. Pertumbuhan daging yang berkualiti.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 15


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK


PROJEK TERNAKAN KAMBING

Bagi tujuan untuk memperbesarkan lagi projek penternakan


kambing adalah seperti Jadual 1 di bawah :

Ladang Kambing
Kos Pembangunan Jadual 1
Bil.
Unit Kos/Unit Jum Kos
1. PEMBANGUNAN TANAH

i) Penanaman Rumput
Napier 3ekar 700 2,100

2. PEMBAIKAN BANGUNAN
LADANG
i) Setor & Rumah Pekerja 1 12,000 12,000
ii) Kandang & pagar 1 60,000 60,000

3. LETRIK & UTILITI 2,500 2,500

4. PERALATAN LADANG 1 3,500 3,500


JUMLAH (A) 80,100

5. PEMBELIAN KAMBING
Baka Pejantan 4 1,500 6,000
Baka Induk Betina 100 500 50,000
JUMLAH (B) 56,000
JUMLAH KESELURUHAN (A+B) 136,100

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 16


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

INFRASTRUKTUR

Kandang kambing dibuat menggunakan kayu serta beratapkan zink.


Tinggi lantai daripada tanah adalah kira-kira 6 kaki. Setiap ekor ibu
diberikan keluasan 9 kaki persegi.

Konsep kandang yang akan dibina adalah berdasarkan kepada


gambarajah dibawah :-

Masukkan gambarajah dan ukuran kandang kambing yang


dicadangkan

Kandang yang baru ini akan dapat menampung antara 100 hingga
200 ekor kambing pada satu-satu masa.

PROSPEK PROJEK

Bagi pembangunan projek ternakan kambing ini ke peringkat komersil


memerlukan kos yang dianggarkan sebanyak RM100,000 hingga
RM150,000.

Ternakan kambing merupakan projek yang berdaya maju dan komersil,


berdasarkan kepada benchmark yang dinyatakan. Saiz minima projek
ialah 3 ekor pejantan dan 100 ekor ibu. Modal untuk membangunkan
projek yang 100% baru ialah melebihi RM 200,000.00. Kadar pulangan
dalaman(IRR) ialah 13% dengan titik pulangan modal diperolehi pada
tahun yang ke 6.

Untuk projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan


semula projek ke tahap komersil memerlukan kos sebanyak RM
100,000 hingga RM150,000 sahaja. Bagi projek transformasi ini Kadar
Pulangan Dalaman(IRR) ialah sebanyak 16% dan titik pulangan modal
pada tahun ke 5 juga.

Projek penternakan ini boleh memberi pulangan kepada pengusaha


sehingga RM3,000.00 sungguhpun pada tahun pertama dianggarkan
pendapatan pada kadar RM2,500.00/sebulan.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 17


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

RUMUSAN

Nam Syarikat bercadang untuk menambahkan jumlah bilangan


kambing dan membesarkan keluasan kandang bagi tujuan mencapai
tahap komersil yang boleh keuntungan.

Dengan pembangunan dan penambahan ternakan kambing ini ke


tahap komersial dapat meningkatkan dan mempercepatkan proses
pengeluaran daging kambing dengan cara yang bersistematik. Dengan
itu pengurusan berharap agar dapat membantu kerajaan untuk
mengurangkan daging ternakan import yang semakin tinggi pada
setiap tahun.

Diharap dengan pembentangan kertas Kerja ini dapat membantu


syarikat kami untuk memperolehi modal tambahan bagi
membangunkan projek ternakan kambing yang merupakan komiditi
yang terpenting pada masa kini. Secara tidak langsung dapat memberi
pendapatan yang lumayan kepada usahwan didalam bidang ini.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 18


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

LAMPIRAN

1. SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT ANDA


2. SIJIL BERKAITAN DENGAN SYARIKAT SEPERTI
KEMENTERIAN KEWANGAN DAN LAIN-LAIN

3. SIJIL KELULUSAN PENGURUSAN

4. SIJIL PENYERTAAN KURSUS PERTANIAN OLEH


PENGURUSAN

5. SENARAI PELANGGAN-PELANGGAN

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 19

You might also like