Professional Documents
Culture Documents
KOLEK
KOLEK
BIDALAN
1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]
2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-
tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]
3. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
4. Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila
memperkatakan sesuatu]
6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru
bertindak]
7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara
mendapat pekerjaan yang tetap]
8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat
kemudian]
9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri
dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]
10. Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]
11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]
12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan
berhati mulia]
13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]
14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil [Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada
orang yang lemah]
15. Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih
baik daripada dipecat]
17. Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]
18. Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]
19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati
kerana membuat kejahatan]
20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]
21. Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]
22. Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
23. Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]
24. Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang
baik sahaja]
25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan
jahat jangan sekali-kali dicuba]
26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan)
sesuatu]
27. Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]
28. Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]
29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa,
lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]
30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan
disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]
31. Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]
32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]
33. Genggam bara api biar sampai jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita
hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]
34. Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]
35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidak akan dilupakan
walaupun orang itu sudah meninggal dunia]
36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri
dan masyarakat]
37. Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya
dan habis harta]
39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada
di negara asing]
40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [Jangan sombong apabila mendapat sesuatu
kelebihan]
41. Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]
42. Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orang lain]
43. Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]
44. Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]
45. Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]
46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada
sebelum mendapat kerja yang baru]
47. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang
berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]
48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]
49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain
dengan kedudukan diri sendiri]
50. Jangan punting berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi]
51. Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]
52. Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]
53. Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita
lakukan]
54. Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]
55. Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang
baik]
56. Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya]
57. Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]
58. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di
tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]
59. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing,
hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]
60. Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]
61. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang kita berjimat cermat]
62. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah,
akhirnya tercapai cita-cita]
63. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapai
jika malas berusaha]
64. Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]
65. Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja mencari kesusahan]
66. Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]
67. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang
memuaskan]
68. Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]
69. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya
memperoleh kejayaan]
70. Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]
71. Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]
72. Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]
73. Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat
disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]
74. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk
berjaya]
75. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang
memang mahir dalam pekerjaannya]
76. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana
dan adil]
77. Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana
tahu dia dapat melebihi kita]
78. Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]
79. Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan
bijaksana]
80. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]
PEPATAH
266. Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan
orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama]
267. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi
kesusahan]
268. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur
berdasarkan rupa/ umurnya]
269. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat
atau pertolongan orang lain]
270. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun
kepada anaknya]
271. Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan hati (perasaan)]
272. Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]
273. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan
mestilah ditepati]
274. Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis
supaya nama baiknya tidak tercemar]
275. Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada
senjata]
276. Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan
tidak akan dapat diselesaikan]
277. Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja
sendiri]
278. Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang miskin serta tidak berilmu
tiada gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya]
279. Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan
betul sedangkan dia sendiri berbuat salah]
280. Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada]
281. Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai
sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain]
282. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti
orang kaya]
283. Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil
nampak tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari]
284. Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang
daripada kedua-dua belah pihak]
285. Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi]
286. Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dpersalahkan]
287. Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]
288. Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]
289. Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang
baik]
290. Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas
daripada melakukan kesalahan/ Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]
291. Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang
tajam]
292. Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan]
293. Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang
mendapat nama]
294. Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan
sesuatu]
295. Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian brpura-pura tidak tahu]
296. Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]
297. Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang
menanggung akibatnya]
298. Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah
meninggal dunia]
299. Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai
namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]
300. Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tercapai kehendak lain akan tercapai juga]
301. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk
mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan]
302. Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat]
303. Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]
304. Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]
305. Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat]
306. Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan]
307. Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam
di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]
308. Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan
pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]
309. Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang kecil,
keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]
310. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di
tempat orang, kita hendaklah mengikuti adat resam masyrakat di situ]
311. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]
312. Melentur aur/ buluh biarlah dari rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila
sudah besar, susah hendak mendidiknya]
313. Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri juga
yang malu]
314. Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan aib]
315. Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]
316. Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja]
317. Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan membazir]
318. Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]
319. Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas]
320. Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia]
321. Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi]
322. Menahan lukah di pergentingan [Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan/ Mengambil
kesempatan daripada orang yang susah]
323. Menantikan kucing bertanduk [Mangharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]
324. Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan
datang kepadanya]
325. Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya]
326. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu
dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang]
327. Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang malas bekerja]
328. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan
keburukan diri sendiri tidak disedari]
329. Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan]
330. Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu]
331. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui
orang akan tersebar ke mana-mana sahaja]
332. Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]
333. Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orag kebanyakan]
334. Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian]
335. Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi]
336. Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang [Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi
keuntungannya diambil seorang]
337. Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]
338. Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]
339. Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri
sendiri]
340. Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum
ada]
341. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita
harus membalasnya dengan baik]
342. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan,
orang lain pula yang menerima akibatnya]
343. Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat
keuntungan kecil]
344. Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja]
345. Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira]
346. Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]
347. Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan
menjadi kucar-kacir]
348. Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]
349. Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat
sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh
memberitahu orang lain tentang hal itu]
350. Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]
351. Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya/ Suami isteri yang telah bercerai
berbalik semula]
352. Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]
353. Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin]
354. Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]
355. Pucuk dicita, ulam mendatang [Mendapat sesuatu yang lebih baik daripada yang diharapkan]
356. Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada
orang lain]
357. Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak
buahnya turut menerima akibatnya]
358. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan
disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]
359. Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]
360. Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak logik]
361. Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati]
362. Rebung tidak jauh dari rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]
363. Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang
lain]
364. Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]
365. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]
366. Ringan tulang berat perut [Rajin bekerja mudah belanja]
367. Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan kepadanya]
368. Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang
yang boleh menyusahkan diri sendiri]
369. Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]
370. Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]
371. Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan]
372. Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu malapetaka di sesebuah negara, rakyat
negara itu akan melarikan diri]
373. Runcing taduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]
374. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab]
375. Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa]
376. Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]
377. Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya]
378. Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau
keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]
379. Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak
boleh hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]
380. Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya]
381. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang]
382. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana pandai seseorang itu
pasti akan melakukan kesilapan]
383. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan
perubahan]
384. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak
dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]
385. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan,
hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]
386. Siapa makan nangka, maka kena getahnya [Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang
menanggung akibatnya]
387. Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah
apabila orang lain menyindirnya]
388. Si bingung makanan si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yag cerdik]
389. Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu
menggunakannya dengan baik]
390. Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka]
391. Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan]
392. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik,
yang lama ditinggalkannya]
393. Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]
394. Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah diketahui]
395. Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat kemalangan yang berturut-turut]
396. Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa]
397. Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]
398. Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]
399. Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya]
400. Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]
401. Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai
buruk itu]
402. Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]
403. Takkan sama getah daun dengan getah batang [Kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama
dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita]
404. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke
kampungnya semula]
405. Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang]
406. Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan
sendiri]
407. Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]
408. Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan,
akhirnya tidak mendapat apa-apa pun]
409. Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat mengasihi anak isteri]
410. Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik]
411. Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik
lagi]
412. Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah lembut dan murah hati kerap
menjadi suruhan orang]
413. Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi
tidak akan menonjolkan diri]
414. Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis]
415. Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud
seseorang daripada gerak-gerinya]
416. Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik sebelum
bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]
417. Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat
bahaya yang lain pula]
418. Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan diri sendiri]
419. Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada
cacatnya]
420. Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh
digunakan juga]
421. Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina]
422. Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]
423. Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kecelakaan]
424. Tong yag kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar]
425. Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti orang muda]
426. Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala
perkara]
427. Tunggang hlang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama,
bangsa, dan negara]
428. Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang hitam]
429. Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]
430. Ukur baju di badan sendiri [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri
sendiri]
431. Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila membuat
sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]
432. Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]
433. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat
keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]
434. Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]
435. Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang
dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yag baik atau daripada baka yang tidak
baik]
436. Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang
biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik]
437. Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]
438. Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]
439. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin
kepada seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu
melarikan diri]
440. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat
rezeki di mana-mana sahaja]
441. Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima hukuman]
442. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang
yang malas, akhirnya sia-sia belaka]
443. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang
yang ada dibuang]
444. Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu
perolehan]
445. Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala
sengketa]
446. Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa]
447. Zaman Tuk Nadur berkajang kain [Zaman yang telah lalu; sangat lama]