You are on page 1of 1

23

membezakan hasil voltan keluaran penukar daripada voltan masukan penukar dari
panel.
Jenis penukar yang kerap digunakan iaitu, penukar buck atau step-down yang
mengurangkan voltan, penukar boost yang meningkatkan voltan. Singkatnya, penukar
DC/ DC mengawal dan membolehkan pengoperasian voltan panel PV berdekatan
dengan titik kuasa maksimum secara bebas dengan voltan yang diperlukan oleh
pengecasan bateri. Rajah 2.15 menunjukan schema asas untuk pengoperasian pengawal
cas MPPT.

Rajah 2.15 Prinsip operasi penjejakan titik kuasa maksima. Dimana kuasa keluaran dimaksimumkan
dengan mengukur arus dan voltan dengan perubahan serentak faktor tugas penukar DC/DC
Sumber: Diubahsuai dari Mertens 2014

2.5 PENYONGSANG

Penyongsang merupakan peranti elektronik yang digunakan untuk menukar arus dan
voltan DC yang dijana oleh PV kepada AC (arus ulang-alik) dengan frekuensi dan
magnitud yang dikehendaki untuk menjalankan peralatan AC atau disambungkan ke
dalam perkhidmatan grid (sekiranya sistem PV sambungan grid). Penukaran ini
diperolehi melalui pengubah yang sesuai, litar kawalan dan pensuisan.

Terdapat tiga jenis penyongsang yang boleh diklasifikasikan dengan kualiti


gelombang hasil keluarannya, iaitu golombang jenis sinusoidal, jenis quasi-sinusoidal
dan jenis gelombang persegi (Rajah 2.16). Kualiti gelombang dalam konteks ini ialah
peratusan jumlah gangguan harmonik (total harmonic distorted, THD), dimana ia

You might also like