You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BRICKFIELDS (1)

JALAN SULTAN ABDUL SAMAD


50470 KUALA LUMPUR
Tel: 03-22741245 Fax: 03-22741248 Email: wbb0044@moe.edu.my

_____________________________________________________________________________

Ruj. Kami: SKB1 700-7/3/4 ( )


Tarikh : 24 OGOS 2021

Pusat Pentadbiran Yapeim Negeri Wilayah Persekutuan,


No 3128( Tingkat 2) Lorong Selangor,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Selangor

Tuan,
MEMOHON BANTUAN KEWANGAN BAGI MURID-MURID SK BRICKFIELDS 1 YANG
KEMATIAN AYAH DISEBABKAN COVID-19

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.


2. Untuk makluman, sekolah kami mempunyai 2 orang murid yang kematian ketua keluarga
disebabkan Covid-19. Bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi, pihak sekolah berharap agar
pihak tuan dapat memberikan sedikit bantuan kewangan kepada 2 orang murid kami.
Berikut merupakan nama murid-murid tersebut.
* SAKURA NAJMA ALDINIA BINTI NORDIN (1 ZAABA)
* NUR DURRATUL SYIFA BINTI ABDULLAH( 6 ZAABA)
3. Semoga dengan sumbangan pihak tuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar
kegembiraan dalam hati anak-anak dan keluarga tersebut.
4. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh hubungi AJK Kebajikan SK Brickfields (1) iaitu
Lalitha (0149639204) .
4. Segala jasa baik dan keprihatinan pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Yang menjalankan tugas,

You might also like