You are on page 1of 2

CATATAN

AKTIVITI GOTONG-ROYONG ANJURAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TULAI

Sabtu, 23 Oktober 2020


7:00 pagi
Ibu bapa, murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan Sri Tulai. Semua yang hadir
dipelawa untuk menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan. Hubungan mesra
antara semua yang hadir jelas kelihatan.
7:30 pagi
Guru Besar, Encik Semanto Bin Ahi memberikan ucapan ringkas dihadapan semua yang
hadir. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas kesanggupan untuk
meluangkan masa bersama-sama melaksanakan aktiviti gotong-royong sekolah pada
kali ini.
8:00 pagi
Semua yang hadir telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan A ditugaskan
untuk membersihkan longkangdi sekitar kawasan sekolah agar aliran air tidak
tersumbat. Kumpulan B pula ditugaskan untuk menyapu dan mengemop lantai serta
mengelap tingkap semua blok kelas. Kumpulan C ditugaskan untuk menanam pokok-
pokok bunga baharu, mencabut rumput dan mencantas pokok-pokok bunga sedia ada.
10:00 pagi
Semua yang terlibat telah dijemput untuk menikmati hidangan rehat yang disediakan
oleh beberapa orang ibu kepada murid-murid. Sambil menikmati hidangan, ibu bapa
dan guru-guru sempat berbual-bual mesra tentang perkembangan sekolah dan
pelajaran murid-murid.
10:30 pagi
Semua yang hadir meneruskan tugasan yang masih belum diselesaikan. Kumpulan yang
telah selesai tugasan turut membantu kumpulan yang lain. Semangat kerjasama dan
bantu-membantu jelas kelihatan. Semua bekerja dengan penuh semangat dan
keikhlasan demi kebaikan bersama.
11:30 pagi
Aktiviti gotong-royong selesai dilaksanakan. Semua yang terlibat membersihkan
peralatan dan menyimpan kembali bahan-bahan yang digunakan. Selepas itu, mereka
berkumpul semula di Dewan Sri Tulai. Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih
sekali lagi kepada semua yang hadir dan berharap akan dapat melaksanakan aktiviti
bersama lagi pada masa akan datang.
11:45 pagi
Aktiviti bergambar kenangan dilaksanakan di Dewan Sri Tulai. Semua yang terlibat
kelihatan sangat gembira.
12:00 tengah hari
Aktiviti gotong-royong PIBG pun berakhir. Semua yang hadir balik ke rumah masing-
masing. Kami semua berasa gembira dan berpuas hati kerana sekolah telah kelihatan
bersih dan cantik.

You might also like