You are on page 1of 9

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
SEMESTER 1 ( 2008/2009)

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


JXEA 1104

TAJUK: SAJAK KITA INI TETAMU SENJA

NAMA : SUZLIA NIDA BINTI SULAIMAN

NO MATRIK : JEA 080147

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMMAD


Pengenalan

Sajak merupakan salah satu daripada puisi-puisi melayu. Sajak dikatakan bebas, iaitu

bebas dan segi bentuk dan bebas juga dari segi cara pengarang mengekspresikan idea dan

perasaannya. Tiada bentuk yang khusus di dalam sajak seperti puisi-puisi yang lain.

Dalam sajak, idea pengarang amat penting. Idea pengarang ini dipanggil tema. Dalam

sajak “Kita Ini Tetamu Senja” ini, tema yang cuba ditayangkan oleh pengarah ialah dunia

ini sementara. Dalam menyatakan tema dalam sajak, pengarang memilih dan

menggunakan diksi yang tepat dan padat. OIeh sebab itu, sajak dikenali sebagai karya

kesusasteraan yang padat. Selain itu, pengarang juga bertujuan agar dapat meninggalkan

kesan rasa yang menyeluruh selain kesan seni dan estetika. Seperti dalam sajak yang

dipilih ini, terdapat unsur-unsur nasihat yang dipamerkan untuk memberi kesedaran

kepada manusia dan mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca atau

pendengar.
Kita Ini Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja


Bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang


Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insane
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insane.

Bila kita lihat manusia lupa tempat


Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf - kita ini punya kiblat
Segera kita ingat - kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia tebiar larat


Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas.

Kita datang ini satu roh satu jasad


Bila pulang nanti bawalah bakti pada berkat!
Rangkap 1

Rangkap 1 sajak ini cuba menerangkan kepada pembaca bahawa manusia

dilahirkan ke dunia ini ibarat tetamu senja. Senja menunjukkan tempoh waktu yang

singkat. Tetamu senja pula membawa maksud orang yang datang bertandang sekejap

sahaja. Hal ini bermaksud manusia hidup di dunia ini cuma sementara sahaja. “bila

cukup detik kembalilah kita kepada-Nya”. Baris ini bermaksud apabila sudah sampai

masanya, kita (manusia) akan kembali kepada Tuhan (Allah) iaitu pencipta kita, seperti

juga tetamu senja yang pasti akan pulang dalam waktu yang singkat. Apabila manusia

menghadapi maut, manusia akan mengalami transendental iaitu perubahan dari alam

nyata ke alam yang tidak tercapai oleh akal untuk memikirkannya. “kita datang ini

kosong tangan kosong dada”. Baris ini pula menunjukkan maksud manusia yang

dilahirkan adalah suci, suci daripada sebarang dosa. Manusia yang baru dilahirkan

adalah ibarat kain putih yang belum dicorakkan lagi. Semasa hayatnya barulah dia

mendapat dosa dan pahala. Segala-galanya bergantung kepada perbuatan yang

dilakukannya di atas dunia ini. “Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala”. Baris ini

pula membawa maksud apabila kita pulang kepada pencipta kita, kita bukan cuma pulang

sahaja malah kita membawa setiap amalan dan perbuatan yang berbentuk dosa dan pahala

sebagai bekalan di alam lain. Mengikut al-Razi, kematian merupakan pintu gerbang

untuk melangkah masuk kepada kehidupan yang kekal, tiada cacat dan kekurangan, tiada

kesakitan dan kedukaan dengan syarat seseorang itu memperlengkapkan dirinya dengan

membina aspek dan bentuk akhlak moral dan etika yang mulia melalui penguasaan ke

atas nafsu haiwannya dengan berpandukan peraturan-peraturan yang diwahyukan oleh

Tuhan pencipta kepada rasul-Nya yang dinamakan hukum syariah. Kebenaran yang cuba
ditunjukkan melalui rangkap ini ialah kehidupan di dunia ini hanya sementara dan segala

amalan yang dilakukan adalah bekalan untuk kehidupan manusia selepas kematian.

Rangkap 2

“Pada tetamu yang datang yang kenal jalan pulang, bawalah bakti mesra kepada

Tuhan kepada insan” membawa maksud kepada manusia yang dilahirkan di atas muka

bumi ini yang tahu bahawa hidup ini sementara dan tahu mereka akan kembali kepada

Tuhan-Nya, diingatkan supaya menabur bakti kepada Tuhan juga kepada insan. Berbakti

kepada Tuhan ialah beramal oleh, melaksanakan suruhannya dan meninggalkan

larangannya. Manusia perlu untuk mengamalkan ajaran agama untuk memenuhi

keperluan rohani kerana keperluan rohani adalah salah satu elemen dalam membentuk

insan yang seimbang selain daripada jasmani, emosi dan intelek. Bakti kepada insan pula

ialah amalan atau perbuatan yang bermanfat yang dilakukan kepada manusia untuk

manusia lain. Sebagai contohnya, bersedekah dan menolong insan yang di dalam

kesusahan dan kurang berkemampuan. Amalan-amalan ini adalah antara amalan beretika

dan bermoral yang penting dalam menjaga hubungan sesama manusia. “Pada tetamu

yang datang yang lupa jalan pulang, usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan”

bermaksud kepada manusia yang dilahirkan yang lupa terhadap arah tujuan hidupnya

diingatkan supaya tidak menderhaka kepada Tuhan kepada insan. Jika seseorang

manusia itu mempunyai intuisi pada tahap manusia istimewa, iaitu merupakan kesedaran

dan pemahaman tentang alam dan kewujudan yang tinggi yang merentasi alam zahiriah

ini yang membawa kepada pemahaman tentang keseluruhan realiti atau alam kewujudan,
pastinya terkhusus kepada manusia untuk menjalani kehidupannya dalam kebenaran

agama berasaskan kebaktian kepada Tuhan secara ikhlas, khusu’ dan tawaddu’.

Rangkap 3

“Bila kita lihat manusia lupa tempat, atau segera sesat puja darjat puja pangkat,

segera kita insaf – kita ini punya kiblat, segera kita ingat – kita ini punya tekad”.

Rangkap ini bermaksud jika terdapat orang di sekeliling kita yang mula lupa diri, taksub

dan asyik dalam mengejar darjat dan pangkat iaitu mengejar kekayaan dan harta benda

sehingga melupakan tanggungjawab yang lain seperti tanggungjawab kepada Tuhan, kita

diingatkan supaya segera insaf dan sedar bahawa kita ini punya kiblat. Kiblat yang

dimaksudkan ini ialah arah tujuan dalam hidup kita yang tidak hanya bertumpu untuk

kebahagiaan di dunia sahaja malah untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Kita juga

perlu segera insaf bahawa kita ini mempunyai tekad dalam kehidupan kita iaitu untuk

mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Mencari harta adalah penting untuk

memastikan kebahagiaan hidup di dunia tetapi manusia perlu memastikan keseimbangan

dunia dan akhirat. Mengikut al-Ghazali kebahagiaan atau sa’adah hanya akan diperoleh

apabila ilmu digandingkan dengan amal perbuatan. Kebenaran yang cuba ditunjukkan

melalui rangkap ini ialah benda dan perkara yang disukai dan diidamkan itu tidak boleh

bertahan dan tidak kekal sifatnya. Kekayaan “boleh habis”, kesihatan boleh didatangi

penyakit atau kemalangan dan kematian.


Rangkap 4

Apabila kita melihat manusia terbiar larat bermaksud manusia yang terbiar

hanyut. Hidupnya melarat disebabkan kemiskinan hingga perlu merempat. Hal ini

menunjukkan bahawa manusia itu tidak mempunyai tempat tinggal dan manusia itu

hidup dalam kemiskinan dan kesusahan. Sebagai manusia yang bertanggungjawab pula,

kita seharusnya cepat sedar terhadap tugas kita sebagai manusia. Kita sepatutnya berasa

kasihan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sebagai manusia, kita

bertanggungjawab terhadap manusia lain. Di dalam Islam juga ada menyatakan bahawa

sebahagian daripada harta kita adalah milik fakir miskin. Hal ini menunjukkan bahawa

setiap manusia hidup saling berkaitan dan bergantungan serta bertanggungjawab antara

satu sama lain. Fakulti syahwah dalam diri manusia yang boleh membuahkan sifat

kemurahan hati iaitu dermawan adalah hakikat diri insan yang boleh membentuk akhlak

mulia menurut Miskawayh.

Rangkap 5

Rangkap 5 ini menerangkan bahawa manusia yang dilahirkan ini satu roh satu

jasad yang bermaksud kita mempunyai rohani dan jasmani yang perlu kita manfaatkan

sebaik-baiknya. Rohani perlu diisi dengan pengisian-pengisian keagamaan seperti

ketakwaan kepada Tuhan dan beramal sebagai bekalan. Jauntuk kehidupan selepas

kematian. Jasmani kita perlulah digunakan sebaik-baiknya untuk memenuhi keperluan

semasa hayat di dunia ini seperti mencari ilmu dan harta. Semuanya perlu untuk

membawa segala amalan yang penuh keberkatan apabila pulang kepada Tuhan nanti.
Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa setiap karya persuratan melayu yang tertulis dalam

karya-karya melayu terkandung falsafah dan logikanya tersendiri. Kebanyakan falsafh

yang ditayangkan di dalam karya-karya tersebut merupakan falsafah dan logika yang

berteras dan bersumberkan islam, termasuklah dalam penampilan pelbagai metafora yang

berlunaskan prinsip Islam seperti juga yang terdapat di dalam sajak di atas. Hal ini

kerana agama Islam yang paling banyak mempengaruhi masyarakat melayu. Ajaran

Islam adalah lengkap dan menyeluruh menyentuh aspek-aspek kehidupan dunia dan

akhirat. Oleh itu, kebanyakan karya-karya melayu berteraskan islam kerana ia sesuai

untuk memberi nasihat, pengajaran dan kesedaran kepada pembaca dan pendengar

terutamanya masyarakat melayu sendiri.


BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Synergymate
Sdn.Bhd.

Hashim bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu
Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ). 1996. Kula Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sarah sadon. 1995. Koleksi Sasterawan Negara A. Samad Said. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

http://www.puisimelayu.net/main/viewpage.php?page_id=1

You might also like